Isnin, 23 November 2015

Novel : Takdir Cinta 9

9
SYAFRILL menghentikan langkah apabila anak matanya terpandang Hidayah dan Asyifah yang ralit berborak sakan dengan seorang lelaki. Sebenarnya Asyifah sahaja yang asyik berbual sebaliknya Hidayah pula diam macam patung cendana.
Siapa lelaki tu? Tidak mungkin abang Hidayah. Abang Hidayah kan masih di luar negara. Kakaknya pun sama. Hairan juga kalau di fikir semula. Abang dan kakak sambung belajar sampai ke negara orang bagai tapi adiknya pula belajar di maahad. Mungkin kerana rahim yang berlainan.
Syafrill terkedu hilang kata melihat Asyifah memasuki perut kereta Vios milik lelaki yang berkemeja kemas itu. Syafrill menghampiri Hidayah yang sedang melambai-lambai ke arah kereta yang makin hilang daripada pandangan.
“Siapa tu?” Soal Syafrill tiba-tiba. Hidayah pantas mengurut dadanya yang hampir luluh. Terkejut dengan kehadiran Syafrill. Macam Jun On si Syafrill ni. Tiba-tiba sahaja ada di tepi. Menyeramkan.
“Ya Allah, ustaz rupanya. Terkejut Hidayah. Yang tadi tu abang Asyifah. Mereka nak pergi jalan-jalan sekejap. Mereka dah lama tak berjumpa. Rindu agaknya.”
Syafrill mengaru kepala yang tidak pula terasa gatal. Dia rasa bersalah kerana telah membuat Hidayah terkejut tadi. Nasib baik Hidayah tiada penyakit jantung. Mahunya Syafrill menangis tak berlagu tengok Hidayah terlantar di hospital.
“Hurm… Hidayah, ustaz nak tanya anta. Sebagai umat Islam, perkara apa yang paling berat dan susah untuk anta terus istiqamah?”
Ai, di luar kelas pun ada sesi soal jawab juga. Macam-macam la ustaz Syafrill ni.
“Ma’zirah ustaz. Ana tidak tahu.”
“Jawapannya ikhtilat. Ustaz ternampak Hidayah langsung tidak menundukkan pandangan masa berbual dengan abang kepada Asyifah tadi.” Tegur Syafrill.
Bila masa pula aku berbual dengan abang Asyifah? Aku cuma jadi pendengar setia sahaja. Tapi yang ikhtilat tu aku rasa memang betul kut. Aku tak perasan pula yang pandangan aku telah tersasar tadi. Ya Allah, ampunkan aku. Aku lalai dalam menjaga pandangan mataku ini.
“Na’am. Walaupun ana berniqab namun belum tentu ana mempunyai kekuatan untuk terus istiqamah dalam menjaga ikhtilat. Astaghfirullah..” Hidayah tidak putus-putus beristighfar dalam hatinya.
“Sebab itu kita perlu berdoa dan terus berdoa kepada Allah agar Allah memberi kekuatan dalam diri kita. Tanpa bantuan Allah, kita tidak dapat menangkis hasutan syaitan. Ingat, syaitan merupakan musuh umat Islam yang nyata.” Nasihat Syafrill penuh keikhlasan. Hidayah mengangguk faham.

SYAFRILL mengemas barang-barangnya yang bersepah di atas meja. Kalau pulang dengan meninggalkan meja seperti tongkang pecah, itu bukan Syafrill namanya. Mungkin Syafrall. Syafrill amat menitikberatkan soal kebersihan. Kebersihan merupakan amalan yang dituntut di dalam Islam. Kekotoran pula tempat kesukaan syaitan.
“Tadi ana nampak anta berbual dengan Hidayah. Soal apa?” spontan Khairil menyoalnya. Syafrill memandang sekilas.
“Ana tegur dia. Ikhtilatnya sedikit terbabas tadi.” Syafrill memasukkan laptop ke dalam beg hitam.
“Sayang betul anta dengan Hidayah.” usik Khairil.
“Mestilah. Seorang bakal suami perlu menegur kesilapan bakal isterinya. Walau sekecil mana pun kesilapan yang dilakukannya. Itulah tanda kasih sayang.” Syafrill tersenyum sampai ke telinga melihat wajah Khairil yang agak terkejut.
“Subhanallah. Betul-betul serius anta ni?” Terlopong mulut Khairil saat Syafrill menganggukkan kepala.

Tiada ulasan: