Jumaat, 6 Jun 2014

cerpen CINTA TEDDY BEARKU



Syira segera bangkit daripada mimpi indah apabila jam loceng miliknya berbunyi dari atas meja berhampiran dengan katilnya. Syiramengosok-gosok sepasang matanya yang baru terbuka lalu menutup jam loceng daripada terus membingitkan telinganya. Syira membuka lampu mejanya dan mencapai sebatang pen dan buku diarinya dari atas meja yang sama.Syira membuka diarinya dan menulis apa-apa yang terlintas di fikirannya.

‘Tak semua yang ku impikan menjadi kenyataan tetapi apa salahnya kalau kita menganggap apa yang kita impikan itu akan menjadi kenyataan juga suatu hari nanti. Aku berharap sangat bila aku dewasa nanti aku akanberkahwin dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri yang aku idamkan. Aku tak terlalu mengharapkan si dia mempunyai paras muka yang tip top, kacak, comel ataupun kiut miut tetapi aku hanya ingin si dia beragama, penyayang, baik hati dan penyabar. Kalau boleh yang penghafaz al-Quran lagi bagus.Boleh cair hati ni setiap hari kalau dapat si dia yang begitu.’Syira mula mengarang ayatnya sambil tangannya giat menulis di buku diari miliknya.Syira menyambung menulis setelah ideanya muncul.

‘Aku bukanlah jenis perempuan poyo, gedik, gatal dan sebagainya tetapi aku ni jenis yang bila depan khalayak ramai aku akan jadi pendiam. Kadang-kadang sifat pendiam aku ni buat aku rasa bosan sebab takde yang nak berbual-bual denganku. Tetapi ada satu perkara yang orang luar tak tahu pasal perangai aku di rumah.Mengalahkan orang lelaki.Nak tahu kenapa?Sebab aku suka panjat pokok, duduk di atas tingkap, ketawa kuat, buat lawak bodoh hari-hari dan sebagainya. Aku ni jenis yang tak boleh tengok teddy bear. Kalau ada depan mata pasti aku akan peluk-peluk sampai geram aku melihat kecomelannya tu habis tapi kalau di kedai jual teddy bear tu aku tak akan buat la macam tu. Nanti apa pula orang akan kata kan.’ Syira mula menceritakan tentang kehidupannya dengan menulis di diarinya.Menulis diari adalah hobi bagi Syira.

‘Ha, korang pasti nak tahu kan nama aku. Nama aku boleh dikatakan panjang la juga iaitu Puteri Nur Kasyirah Elaika. Cantik kan nama aku tu, sama cantik dengan tuannya. Untuk pengetahuan korang, kawan-kawan rapat aku selalu panggil aku Ika tapi kalau family aku pula panggil aku Syira je. Aku ni kira anak orang kaya la juga yang tinggal kat Kedah. Aku ada adik-beradik 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan.Aku anak bongsu, so aku ni budak manja yang suka berkepit dengan mama 24 jam.’ Syira tersenyum memikirkanapa yang ditulisnya.

“Syira, mari turun makan sayang. Makanan dah terhidang dah ni. Kalau lambat turun makan nanti makanan ni sejuk pula.”Puan Safrina memanggil anak bongsu kesayangannya Syira dengan sedikit lantang untuk makan juadah yang disediakannya.

“Yes mum.” Jerit Syira lantang tetapi serak basah.

Syira menutup diari miliknya yang berwarna pink dan meletakkannya di atas meja tulis bersama dengan pen.Syira menguap kecil sementara tangannya menutup mulutnya yang terbuka.Syira membuka pintu bilik dan melangkah keluar dari biliknya itu dengan lemah.

Syira yang masih berbaju tidur bercorak bunga kemerah-merahan dengan berwajah lesu menuruni anak tangga untuk ke dapur dengan malas sekali.Tanpa disedari, Syira terbawa teddy bearnya yang berwarna putih sebesar pelukan bersama-sama menuju ke dapur sambil memeluknya dengan begitu erat.Dengan berambut kusut-masai, Syira menguatkan semangat untuk membuka kedua-dua matanya mencari kelibat mamanya di dapur walaupun matanya berat untuk dibuka.

“Mama kat mana?” suara Syira yang serak basah itu menyebabkan Puan Safrina sedikit terkejut.

“Syira, mama ada kat sini. Ni kenapa muka Syira pucat semacamni? Syira tak sihat ke?”Tanya Puan Safrina bimbang.Puan Safrina menghampiri Syira sambil memegang kedua-dua belah tangan Syira yang lemah.

“Entah la mama. Adik rasa kepala adiknipening sikit. Nak demam kut .”Syira melabuhkan punggungnya dengan lemah sekali di atas kerusi yang ada di tepi meja makan.Syira mengurut-urut sedikit dahinya untuk menghilangkan rasa pening.

Puan Safrina segera meletakkan tangannya di dahi Syira untuk memeriksa suhu badan Syira.

“Panasnya. Syira demam ni. Hari ni Syira tak payah pergi sekolah ya. Ambil MC di klinik mama.” Puan Safrina cuba menasihati anaknya itu.

“Takpe la mama. Nanti adik makan ubat panadol turun la suhu badan adik ni. Mama jangan la risau. Adik akan okay sebab adik ada doctor peribadi yang sentiasa ada di sisi adik ketika adik sakit iaitu mama.”

Syira tersenyum tawar memandang wajah mamanya itu. Puan Safrina memandang sayu wajah Syira. Puan Safrina mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi menghadap wajah Syira. Jelas terserlah riak kebimbangan di wajah Puan Safrina.

“Jadi, Syira nak pergi la ke sekolah hari ni?” Tanya Puan Safrina ingin mendapatkan kepastian.

“Emm, tahun ni kan adik dah nak SPM. So, adik kena pergi sekolah juga walau apa pun yang terjadi.”

Puan Safrina mendengus kecil setelah mendengar penjelasan anak bongsunya itu.

“Emm, kalau itu la keputusan Syira mama tak boleh nak halang. Lepas sarapan jangan lupa makan ubat tau.”

“Emm.” Syira mengiakan nasihat mamanya.

“Dah pergi mandi. Nanti lewat pula sampai di sekolah.”

Puan Safrina menyuruh anaknya dengan penuh prihatin. Syira mula melangkah lemah menghampiri bilik air yang ada di kawasan dapur dengan teddy bearnya.

“Syira, kalau ya pun nak pergi mandi jangan la bawa masuk teddy bear tu sekali masuk dalam bilik air.”

Puan Safrina mengeling kepala sedikit sambil tersenyum melihat gelagat anaknya. Syira memalingkan kepala kembali melihat mamanya. Ketawa kecil terkeluar dari mulut Syira apabila melihat teddy bearnya masih berada di dalam pelukan.

“Ha’ah, tak perasan pula terbawa teddy bear ni sekali.”

Syira menghampiri Puan Safrina dan menyerahkan teddy bearnya. Syira menaiki anak tangga menuju ke biliknya untuk mengambil tuala mandi. Syira menuruni tangga semula untuk ke bilik air dengan memegang sehelai tuala mandi berwarna biru.
 

 

Syira yang siap berpakaian sekolah mula menghampiri mamanya yang sibuk membasuh pingan mangkuk di dapur.

“Mama, Abang Long dengan Abang Ngah kat mana? Adik tak nampak diorang pun. Selalunya diorang paling awal bangun pagi.”

Mata Syira mula mencari-cari kelibat abang-abangnya.

“Entah la Syira. Mama rasa abang-abang kau tak bangun lagi kut. Ni Kak Chik kau tu tak bangun lagi ke?”

“Dah bangun. Dia tengah solat subuh dalam bilik tadi. Sekejap lagi turun la tu.” Syira memegang bahu mamanya dengan kedua-dua belah tangannya dari belakang.

“Syira pergi la makan dulu. Pastu makan ubat. Panadol ada atas meja tu. Jangan tak makan pula.” Puan Safrina menunjuk dua biji ubat panadol di atas meja makan.

“Emm.” Syira mengiakan arahan mamanya itu.

Syira melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran meja makan untuk bersarapan pagi. Syira mula menyuap beberapa keping sandwish ke dalam mulutnya. Kak Chik mula melangkah menghampiri Syira dari arah anak tangga.

“Emm, bestnye dia dapat makan sandwish. Mama, Kak Chik pun nak jugak.” Kak Chik mula membuat muka kesian seperti meminta simpati.

“Kalau nak, buat sendiri. Sayang mama ni kan dah besar panjang, dah boleh jadi menantu orang dah. Tak kan la umur dah masuk 20 tahun sandwish pun nak kena mama yang buat.” Puan Safrina mula memeluk tubuh menatap wajah Kak Chik.

“Ala, malas la nak buat sandwish sendiri. Mama la yang buat. Please! Mama buat sedap.” Kak Chik melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Syira.

“Buat malas tapi makan rajin pula. Mama malas nak buat sandwish dah ni. Mama penat. Yang ada atas pingan dua keping tu untuk papa. Jangan nak ambil makan pula.” Puan Safrina kembali berehat di atas kerusi sambil melihat gelagat anak-anaknya.

“Ye la, Kak Chik tak curinya sandwish papa tu.” Kak Chik mula menarik mucung. Merajuk dengan mama.

Abang Long bersama-sama Abang Ngah menuruni anak tangga dengan pantas sekali menuju ke dapur. Biasa la, nama pun lelaki. Mesti la turun tangga sepantas kilat terutamanya ketika ingin ke dapur untuk makan.

“Sedapnya sandwish. Mama, Abang Long nak sekeping boleh. Lapar la.” Abang Long cuba memujuk mama sambil tangannya menepuk-nepuk perutnya yang kelaparan.

“Abang Ngah pun nak jugak.” Abang Ngah tersenyum sehingga menampakkan giginya.

“Oi, kalau nak, pergi la buat sendiri.” Kak Chik memarahi Abang Long dan Abang Ngah dengan rasa tak berpuas hati.

“Mana rotinya?” Tanya Abang Long selamba.

“Buat ape dengan roti?” Kak Chik bertanya dengan sengaja mukanya dibuat blur.

“Kata suruh buat sendiri sandwish. Mana ada sandwish takde roti.” Kata Abang Long sinis.

“Betul tu. Sokong 100%.” Abang Ngah tidak teragak-agak menyokong apa yang dikatakan oleh Abang Long.

“Banyak la kau punya sokong. Abang Long cuba tanya mama kat mana roti.” Kak Chik berpaling menghadap mama.

“Mama mana roti sandwich?” Tanya Abang Long lembut dengan senyuman terukir di bibirnya.

“Longcuba cari di dalam kabinet tu. Mama rasa mama ada simpan kat situ tadi.” Puan Safrina menunjukkan kabinet yang dikatakan itu. Puan Safrina menyambung kembali membasuh pinggan mangkuk di singki.Abang Long segera menghampiri kabinet yang dikatakan oleh mama dan mencari roti di dalamnya.

“Dah jumpa.” Abang Long segera mengambil bungkusan roti sandwish itu.

“Jom kite buat sandwish.” Abang Long mengajak Abang Ngah untuk membuat sandwish bersama-sama dengannya.

“Ehem, sebelum buat sandwish kena pergi man….” Mama sengaja memberhentikan ayatnya supaya anak-anak terunanya yang menyambung kembali ayatnya itu.

“Di….” Serentak Abang Long dan Abang Ngah menyambung ayat mama dengan lemah.

“Anak mama memang pandai.”Puji Puan Safrina.

Abang Long dan Abang Ngah mula mengatur langkah meninggalkan  kawasan dapur dengan kedua-duanya bermuka masam. Belum sempat meninggalkan ruangan dapur, Kak Chik mula berkata-kata sehingga memberhentikan langkah mereka.

“Oit, nak bawa ke mana roti tu? Jangan nak makan dalam bilik air sudah. Letak je atas meja makan ni.” Kak Chik menyindir Abang Ngah yang masih memegang bungkusan roti sandwish yang masih belum dibuka.

Abang Ngah kembali menghampiri Kak Chik dan meletakkan roti tersebut di atas meja dengan rasa tak puas hati.

“Sibuk je dia.” Abang Ngah berkata sambil menjeling ke arah Kak Chik. Puan Safrina dan Syira hanya tersenyum memerhatikan gelagat Abang Ngah dengan Kak Chik yang tengah mula nak berperang. Mana ada adik-beradik yang tak pernah bergaduh.

Abang Ngah berlalu pergi meninggalkan Kak Chik dan menghampiri Abang Long yang tercegak di tangga. Abang Ngah menepuk sedikit bahu Abang Long yang tersenyum di tangga.

“Jom la Abang Long kita naik atas.”

Abang Ngah mengajak Abang Long untuk ke bilik mereka. Mereka menaiki anak tangga dan berlalu pergi meninggalkan Kak Chik, mama dan Syira di dapur.

“Mama, hari ni siapa yang hantar adik ke sekolah?” Tanya Syira lembut.

“Kak Chik la yang hantar Syira ya. Boleh kan Kyira kamu hantar adik kamu ni ke sekolah pagi ni?” Mama bertanya kepada Kak Chik ingin mendapatkan kepastian.

“Kyira tak boleh nak hantar adik ke sekolah la mama. Pagi ni Kyira ada meeting penting dengan klien kat office tu. Ha, mama suruh anak teruna mama dua orang tu. Diorang kan cuti hari ni. Lagipun, semua budak-budak di kolej tu cuti semester.”

“Isy, kamu ni Kyira ada-ada je la alasannya. Nanti la mama bagitau diorang. Syira dah makan ubat?”

“Dah mama.” Syira menjawab lembut pertanyaan ibunya.

“Syira makan bila ubat? Mama tak perasan pula.” Tanya Puan Safrina kehairanan.

“Masa Kak Chik gaduh dengan Abang Ngah tadi.” Senyuman terukir dibibir Syira.

“Oww.”

“Adik makan ubat apa?” Kyira bertanya ingin tahu.

“Ubat panadol.”

“Adik demam ke?”Tanya Kyira lagi.

“Emm, dari semalam lagi rasa badan ni tak berapa sihat.”

“Ni larat ke nak pergi sekolah? Kang tak pasal-pasal pengsan kat sekolah.”

“Syira okay. Demam sikit je ni. Lepas makan ubat baik la tu.”

 

 

Hafiz dan Fazil mula menuruni anak tangga dengan berbaju t-shirt dan berseluar jeans. Terserlah kecomelan dan kehenseman mereka.

“Stop!” Hafiz mengangkat sedikit tangan kirinya di depan dada Fazil.

“Why? Ada yang tak kena ke dengan baju angah?”

Fazil membelek-belek baju yang dipakainya. ‘Ok je baju aku’

“Bukan tu la angah. Tapi yang tu.”

Hafiz memuncungkan mulutnya sebagai isyarat supaya Fazil melihat telatah Kak Chik yang rancak berbual pasal diorang di dapur.

“Apa tu tu? Ada hantu ke?” Fazil kehairanan.

“Bukan la. Nanti aku hantukan kau baru tahu. Tu cer Angah tengok Kak Chik tu. Along rasa dia tengah kutuk kita tu. Jom kita beng dia nak tak?”

“Angah setuju. Kalau dia betul la tengah perli kita, apa kata kita beng dia macam dalam rancangan…” Fazil membulatkan matanya sambil tersenyum penuh makna. Angah dan Along saling berpandangan antara satu sama lain.

“BengBengBOOM…” Angah dan Along serentak mengungkap perkataan yang sama dengan tersenyum gembira.Mereka sempat membuat highfive. Abang Ngah dan Abang Long mula mengintip Kak Chik dari belakang dinding dapur secara senyap-senyap. Dah macam pencuri gaya diorang.

“Ai, lamanya abang-abang hensem kita nak bersiap. Pergi mandi ke pergi sambung tidur?” Sindir Kyira.

“Entah la Kyira. Apa la abang-abang korang ni buat atas tu?” Puan Safrina mendengus kecil.

Hafiz dan Fazil menampilkan diri mereka di hadapan Kak Chik dengan bermuka masam.

“Ada ni ha. Kitorang baru siap.” Kata Abang Long malas.

“Suka suki dia je kata kita pergi sambung tidur kan Along. Terasa hati ni tau.” Abang Ngah mula menayangkan muka kecewa.

“Dah korang kat atas tu lama sangat. Mana tahu korang sambung sweet dreams.” Kata Kyira lagi. Kyira mengelipkan matanya beberapa kali dengan satu senyuman. Abang Long menolak sedikit kepala Kyira dengan hujung jarinya. Geram dengan telatah Kyira. Kyira menjeling sekilas kepada Hafiz yang tengah berpeluk tubuh.

“Macam la dia tak pernah mandi lama dalam bilik air. Mengalahkan orang buat tandas lamanya.” Fazil menjeling mata kepada Kyira. Fazil meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri Hafiz.

“Eii, korang ni kan.” Kyira mengengam kuat tangannya seolah-olah ingin menumbuk seseorang.

“Dah dah dah. Cukup stop.” Tegas mama. Puan Safrina mengurut-urut sedikit kepalanya yang tiba-tiba kepeningan.

“Sorry mama.” Serentak Fazil, Hafiz dan Kyira memohon maaf.

“Emm ye la. Ni Fazil kamu tolong hantar adik kamu ke sekolah hari ni ya.” Mama menyuruh Abang Ngah untuk menghantar Syira.

“Okay, jom adik Syira comel. Dah nak pukul 7.30 pagi dah ni. Adik tunggu dalam kereta Abang Ngah tau. Abang Ngah nak ambil sesuatu jap dalam bilik.” Fazil melebarkan senyuman di bibirnya. Fazil sempat mencuit lembut pipi Syira yang comel itu.

“Emm, ok Abang Ngah. Cepat sikit tau.” Kata Syira.

“Ye la.”

Fazil bergegas menaiki anak tangga untuk mengambil telefon bimbit kesayangannya. Syira bersalam dengan Puan Safrina dan adik beradiknya sebelum meninggalkan rumah itu. Fazil membuka pintu kereta Grand Livina miliknya yang berwarna silver. Syira yang sudah berada di dalam kereta hanya tersenyum memandang setiap perlakuan Fazil yang mencuit hati. Mereka mula meninggalkan kawasan rumah itu.

 

èDI SEKOLAH

“Hisy, mana Ika ni. Dah pukul 7.45 dah ni. Tak kan dia tak datang sekolah kut.”

Kirana mula berjalan mundar-mandir di dalam kelas seperti kucing kehilangan anak.

“Gah..” Sergah Syira sambil tangannya memegang bahu Kirana.

“Eh, mak aku comel.” Latah Kirana.

“Hisy, kau ni kalau sehari tak buat aku peranjat tak sah kan.” Kirana mula memarahi Syira.

“Alolo, merajuk ke sayangku Kirana oi. Cori….” Syira menarik lembut kedua-dua belah pipi Kirana.

“Ouch, sakit la.” Kirana menepis tangan Syira lalu mengosok-gosok bekas tarikan jari Syira di pipinya.

“Sakit ke?”

“Sakit la. Nak rasa?”

“Tak nak.” Dengan cepat Syira menolak tawaran Kirana sahabat baiknya itu.

 “Tau pun tak nak. Ni kenapa lambat sampai ke sekolah? Aku punyalah tunggu kau sampai naik lenguh kaki aku ni.”

“Aku pergi honeymoon.” Syira tersenyum sambil meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi tempat duduknya.

“Dengan siapa?” Kirana mula berminat ingin tahu.

“Dengan Iskandar, boyfriend kau.” Tambah Syira lagi.

“What?” Kirana sedikit terkejut dengan penjelasan Syira itu.

“Eleh, cemburu la tu. Tak la aku gurau aje. Macam biasa la aku kena tunggu abang hensem aku tu hantar aku ke sekolah. Abang aku tu kan kalau bersiap mengalahkan perempuan.” Syira melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Begitu juga dengan Kirana yang duduk bersebelahan dengannya.

“Oww, camtu rupanya.” Kirana mengangguk-angguk laju tanda memahami penjelasan Syira itu.

“Eh, tudung kau senget la. Meh sini aku tolong betulkan.” Syira membuat gaya seperti ingin membetulkan tudung Kirana.

“Eii, tak nak la. Tak romantic pun. Tudung kau pun apa kurangnya, senget yang teramat sangat.” Kirana menepis lembut tangan Syira lalu dia memeluk tubuh dengan mulutnya memuncung panjang.

“Isy, mana ada tudung aku senget. Ke kau ni nak Is yang betulkan?” Syira mencuit sedikit hidung Kirana.

“Boleh jugak.” Mereka ketawa sampai tak ingat dunia kerana perbualan mereka dikaitkan dengan Iskandar.

 

 

 

èDI KAWASAN RUMAH KELUARGA SYIRA

Fazil melangkah keluar dari perut keretanya dan menanggalkan kasut yang dipakai di kakinya depan pintu rumah. Fazil memberi salam setibanya dia di dalam rumah. Puan Safrina menjawab salam Fazil. Fazil bersalam lalu mencium tangan Puan Safrina.

“Ha, sampai pun. Ni dah makan ke belum?” Tanya Puan Safrina.

“Dah. Makan kat kedai lepas hantar Syira tadi.”

“Owh.”

“Papa mana?” Tanya Fazil.

“Ada kat atas tu tengah bersiap nak ke office.”

Kelibat Dato’ Safuan kelihatansedang menuruni anak tangga dengan berpakaian pejabat lengkap setaraf dengan statusnya bos di sebuah syarikat terkenal iaitu Syarikat Enterprise Holdings. Dato’ Safuan membetulkan tali lehernya supaya lebih kemas lalu menghampiri Fazil dan Puan Safrina.

“Fazil tak kerja ke hari ni?” Tanya Dato’ Safuan.

“Tak papa. Cuti semester.”

“Untung anak papa ni jadi pensyarah. Dapat cuti macam pelajar kolej. Tengok papa ni, hari-hari kena pergi office. Cuti pun jarang-jarang.”

“Eh, jadi bos pun takde cuti jugak.”

“Ye la. Papa ni kena urus semuanya. Nama pun bos.”

“Emm, ye la papa.”

“Okay, dah la. Papa dah lewat dah ni.”Dato’ Safuan bergegas menghampiri pintu utama. Puan Safrina sempat mengejar suaminya itu.

“Abang.” Panggil Puan Safrina.

“Emm.” Dato’ Safuan memberhentikan langkah lalu memalingkan mukanya untuk melihat isterinya itu.Puan Safrina menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan suaminya. Di kucup lama tangan Dato’ Safuan sebelum dilepaskan. Senyuman terukir di bibir Puan Safrina dan Dato’ Safuan.

“Hati-hati ya bang.” Puan Safrina menasihati suaminya.

“Emm, ye la.” Dato’ Safuan memegang erat tangan isterinya. Sukar untuk berpisah dengan isterinya itu walaupun sehari. Puan Safrina melambai-lambaikan tangannya kepada Dato’ Safuan di depan pintu utama. Dato’ Safuan mula meninggalkan kediamannya dengan menaiki kereta Vios kesayangannya yang berwarna putih.

 

èDI KANTIN SEKOLAH

Syira meletakkan tin minuman air soya yang dibelinya di atas meja. Syira melabuhkan punggungnya di atas kerusi di kantin. Kirana duduk bersebelahan dengan Syira. Syira mengurut-urut sedikit dahinya yang masih berbaki rasa pening. Kirana sedikit terkejut melihat muka Syira yang sudah mulai pucat itu.

“Eh, Ika. Are you okay?” Tanya Kirana bimbang sambil tangan kirinya memegang erat tangan Syira.

“I’m fine tapi aku rasa kepala aku ni pening sikit.”

“Kau dah makan ubat?”

“Dah. Kat rumah tadi.”

Syira segera menghabiskan air yang dibelinya begitu juga dengan Kirana. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas mereka. Syira memberhentikan langkahnya dan mengurut-urut beberapa kali dahinya kerana pandangannya yang mula menjadi kabur dan kepalanya terasa seperti berpusing-pusing. Zakwan yang kebetulan lalu di situ segera menyambut badan Syira yang hampir terjatuh ke lantai. Kirana tiba-tiba menjadi cemas apabila melihat keadaan Syira yang lemah itu.

“Ika, bangun Ika. Jangan takutkan aku.” Kirana menepuk-nepuk pipi Syira beberapa kali.

Semua orang yang lalu di kawasan itu segera menghampiri untuk melihat apa yang berlaku. Tanpa berfikir panjang, Zakwan mendukung Syira menuju ke bilik kesihatan dengan tergesa-gesa. Setelah sampai di bilik kesihatan, Zakwan meletakkan Syira perlahan-lahan di atas katil di bilik itu.

“Cantiknya.” Kata Zakwan jujur. Zakwan merenung lama wajah Syira yang putih gebu itu. Hatinya berdegup laju saat memandang wajah Syira. Kirana yang tercungap-cungap kerana berlari segera duduk berhampiran dengan Syira. Zakwan bangun dan berdiri di sebelah Kirana. Dia hanya memerhatikan setiap perlakuan Kirana yang risau tentang keadaan Syira. Kirana memandang kepada Zakwan kerana ingin berkata sesuatu.

“Terima kasih ya…erkk…..” Kirana tidak tahu nama lelaki yang telah membantu sahabatnya itu.

“Zakwan. Muhammad Zakwan. Panggil jer Wan.” Zakwan menghadiahi Kirana satu senyuman yang manis.

“Terima kasih la Wan sebab sudi tolong kawan saya ni. Kalau takde awak tadi entah apa yang nak jadi dengan kawan saya ni.”

“Sama-sama. Hal kecil je tu. Lagipun saya suka tolong orang.”

“Owh. Erkk..Awak budak baru kan dalam kelas kami?”

“Emm.” Zakwan mengangguk sedikit kepalanya.

“Selamat berkenalan. Saya Nur Ain Kirana. Panggil saya Kirana.” Kirana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zakwan tetapi hanya senyuman yang diberi oleh Zakwan. Tangan Kirana segera menampar sedikit pipinya. “Pup…” Kirana ketawa sedikit dengan gelagatnya.

“Kenapa awak tampar pipi awak tu? Tak sakit ke? Pape pun selamat berkenalan jugak.”

“Erkk…ada nyamuk kat pipi saya tadi sebab tu la saya tampar.” Kirana menayangkan sedikit giginya.

“Owh, camtu rupanya.”

“Ha, nama kawan saya ni Syira. Sebenarnya dia ada bagitau saya yang dia tak berapa sihat hari ni tapi saya tak sangka pula dia akan pengsan.” Kirana cuba menukar topic.

“Owh.” Zakwan kembali merenung wajah Syira. ‘Syira. Cantik nama dia sama cantik dengan tuannya.’ Tanpa Zakwan sedari, satu senyuman menghiasi di bibirnya tatkala dia memandang wajah Syira. Lama Zakwan merenung Syira. Kirana yang menyedari riaksi Zakwan itu mula memikirkan sesuatu.

‘Dia ni dah kenapa ekk pandang Syira lain macam je. Ke dia….’ Kirana menjongketkan kening kirinya sambil memandang Zakwan. Pandangan Zakwan beralih ke arah Kirana. Senyuman yang tadi menghiasi bibir sekarang entah ke mana. Zakwan mula mengetap bibir apabila mengetahui riaksinya diperhatikan oleh Kirana.

“Erkk… Kirana, saya masuk kelas dulu ya. Dah lewat dah ni. Assalamualaikum…” Zakwan bergegas meninggalkan bilik kesihatan. Zakwan menutup mukanya yang mula kemerahan kerana malu dengan Kirana atas riaksinya terhadap Syira. ‘Wan, apa yang kau dah buat ni.’ Zakwan memarahi dirinya sendiri.

“Waalaikumussalam.” Jawab Kirana perlahan. ‘Kenapa dengan Wan ekk? Lain macam je.. Ah, lantak la.’ kata hati Kirana.
 
AKAN BERSAMBUNG....

cerpen EH, AWAK KE SUAMI SAYA?



Syafzira sudah berfikir masak-masak sampai terlebih masak dengan permintaan ibunya yang tercinta tentang pencarian jodoh untuknya. Hampir sebulan satu hari satu jam satu minit satu saat Syafzira berfikir tentang perkara itu. Nak tak nak, aku akan merasai juga manisnya perkahwinan walaupun TERPAKSA. Tapi, adakah aku sudah bersedia untuk bergelar isteri? Dan kalau aku setuju dengan permintaan ibu, siapa pula jejaka BERTUAH yang akan menjadi suami aku? Fikir Syafzira seketika.

Ibu pun satu hal, aku dah rancang lama dah sejak sekolah rendah lagi yang aku nak kahwin masa umur aku mencecah 24 tahun. Ulang suara, 24 tahun….. Bukannya 20 tahun. Ibu ni macam dah tak sabar-sabar pula nak sambut menantu. Huh… tunggu la 4 tahun lagi. Bukannya lama pun 4 tahun tu, pejam celik pejam celik dah 4 tahun.

Makin lama makin serabut kepala otak aku setiap kali memikirkan nasib aku ini. Dulu, aku pernah berazam, masa tu umur aku baru 12 tahun yang aku takkan tergoda dengan mana-mana lelaki sehinggalah umur aku 23 tahun. Itulah prinsip hidup aku sampai sekarang. Aku amat menginginkan suatu hari nanti lelaki yang menjadi suami aku adalah lelaki yang amat aku cintai dan aku rela untuk bersama-sama dengannya menuju ke JANNAH. Lebih tepat lelaki pilihan aku sendiri. Tapi kini, segala azam aku waktu hingusan dulu sudah hancur berkecai macam kena letupan bom atom.

Aku pernah baca novel, bukan satu tapi 10 novel yang menceritakan tentang kisah kehidupan kahwin paksa, kahwin kontrak, kahwin tiga hari lepas tu bercerai dan macam-macam lagi la. Ada juga aku terfikir, selepas aku kahwin dengan lelaki pilihan mama nanti adakah aku akan menghadapi situasi yang sama seperti dalam novel. Kalau la betul, mesti ‘sweet’ kan. Mula-mula saling tak kenal, saling tak suka lama-lama cinta mekar di dalam hati dan akhir kisah bahagia.

Sekarang, pada detik ini, saat ini, tika ini, aku Nurul Syafzira Ezlin sebulat suara bersetuju untuk mengikut permintaan mengarut ibu aku tu tentang jodoh yang akan di pilih oleh dia sendiri. Keputusan aku ini adalah muktamad. Surat bantahan tidak akan dilayan termasuk e-mail, twitter, facebook dan sebagainya.

“Zira, macam mana? Setuju tak dengan permintaan ibu?” Tanya Puan Nazilah kali ke sembilan.

“Erkk…”

“Zira, jangan sampai kamu buat ibu nangis. Fikir betul-betul dulu baru buat keputusan. Tak masuk syurga kamu nanti kang.” Ugut Puan Nazilah selamba. Sengaja nak tengok reaksi wajah Syafzira bila mendengar ugutannya itu. Buntang mata Syafzira bila mendengar ugutan ibunya itu. Syafzira menggigit bibir sementara menanti keputusan muktamad daripada hatinya pula.

Wahai hati, adakah kau mampu untuk menerima dan mencintai lelaki yang tak pernah mengusik perasaan kasih sayang kau selama 20 tahun? Bisik benak Syafzira ikhlas kepada hatinya sendiri. Kalau fikiran kata nak, belum tentu hati kata mahu.

“Insyaallah, Zira Zira Zira se se setuju.” Ujar Syafzira sambil menutup rapat matanya. Tak nak tengok wajah ibunya saat perkataan SETUJU keluar dari mulutnya sendiri.

Syafzira membuka perlahan-lahan kedua-dua belah matanya kerana tiada sebarang respons yang diberikan oleh ibunya. Peluk pun tak, jerit gembira pun tak. Terlopong Syafzira memandang sofa kosong di hadapannya, tempat yang tadi ibunya duduk. Mana ibu pergi? Tadi ada, sekarang….. Mana ibu menghilang ni? Takkan aku cakap sorang-sorang macam orang gila kut.

“Ibu!!!” Panggil Syafzira, lantang. Mata Syafzira melilau setiap sudut di dalam rumah banglo satu tingkat itu mencari susuk tubuh ibu kesayangannya.

“Ibuuuu….. oi, mari masuk. Mari lawan satu lawan satu.“ Dek terlampau terkejut kerana ibunya memegang bahu kanannya, Syafzira mula membuka langkah kekuda tanpa disedarinya. Macam nak bersilat dah gaya si Syafzira ni. Puan Nazilah ketawa terbahak-bahak di sisi Syafzira. Haji Amsyar yang baru hendak memulas tombol pintu utama hanya menggeleng kepala dan tersenyum kecil memerhati gelagat dua beranak itu. Syafzira berhenti membuka langkah kekuda yang tak nampak macam kuda tu. Merah muka Syafzira menahan malu tika itu.

“Ibu…. dah la ketawa.” Pinta Syafzira.

“Okay…” Ibu menghabiskan ketawanya yang masih berbaki 10% itu.

“Eh, ibu nak pergi mana ni? Bergaya sakan nampak.” Syafzira memandang dari hujung kaki ibunya sampai ke tudung jenama Farida berwarna purple gelap yang dipakai dengan penuh bergaya oleh ibunya. Tudung sama warna dengan baju kurung moden. Nampak cantik sangat ibu aku hari ni.

“Ibu dengan papa nak pergi jumpa Dato’ Haizal dan Datin Umairah jap.” Ujar Puan Nazilah seraya menguntum satu senyuman yang penuh maksud tersirat buat anak dara di hadapannya.

“Ibu nak buat apa jumpa dia orang?” Syafzira mula berkerut seribu.

“Nak bincang pasal perkahwinan korang la.” Sampuk Haji Amsyar dari belakang tempat ibu berdiri.

Korang? Siapa? Aku ke? Takkan secepat itu kut?

“Jom sayang. Kan lewat pula nanti. Take care, Zira. Papa dengan ibu pergi dulu ea. Assalamualaikum.” Bicara Haji Amsyar lantas memimpin erat tangan ibu berjalan meninggalkan aku keseorangan di dalam rumah ini.

Aku menjawab salam papa dalam hati. Aku terlebih dahulu melabuhkan punggung ke sofa bersama-sama satu keluhan berat.  Aku tak tahu sama ada keluhan itu adalah keluhan bahagia ataupun keluhan resah + gelisah. Aku sebenarnya belum sedia lagi nak jadi isteri orang ni. Lagipun aku bukan cantik sangat pun. Comel tu adalah sikit-sikit mewarisi ibu. Dah la aku tak suka pakai make up tebal-tebal. Nanti hari perkahwinan mesti kena pakai make up macam pontianak. So scary.

***

Majlis pertunangan, risik merisik semua aku tak dapat rasa. Ni semua idea ibu la. Katanya lagi cepat lagi bagus. Apa yang bagusnya pun aku sendiri tak tahu. Hari ini adalah hari kemuncak hidup aku yang selama 19 tahun memegang status single mingle akan berakhir ditukarkan dengan status baru iaitu isteri. Majlis akad nikah aku dengan si dia yang aku tak tahu nama apa, umur dia berapa, handsome ke tidak, senang cerita semua la aku tak tahu fasal si dia yang sekejap lagi akan menjadi suami yang sah kepada Nurul Syafzira Ezlin iaitu aku dan majlis kami akan di adakan di masjid besar berhampiran kawasan sini. Simple je perkahwinan kami.

Aku mengenakan busana gaun putih dihiasi dengan mutiara dan diamonds pada tubuhku yang tinggi lampai ini. Cantik gaun pengantin ni. Pandai si… erkkk…. entah nama apa bakal suami aku tu…Yang pasti, DIA yang pilih busana ni untuk aku. Nak suruh sama warna dengan baju Melayu DIA kut. Ya la, takut tukar bini la tu.

Aku duduk bersimpuh malu betul-betul tengah sanak-saudara aku dan sanak-saudara si DIA. Susuk tubuh DIA pun aku tak nampak. Ramai sangat la yang nak ambil gambar aku buat kenangan. Aku membetulkan sedikit tudung warna putih yang melilit indah di kepala ku. Petang ini aku rasa macam aku ni princess la pula sebab ada mahkota warna putih atas kepala ku. Kebanggaan terserlah di bibir merah ku.

Lepas sorang, sorang lagi yang nak ambil gambar aku. Tahu la hari ini aku pakai make up tebal-tebal sampai kecantikan aku yang aku sengaja sembunyikan selama 19 tahun terserlah pada petang damai ini. Kalau terlebih tebal make up muka aku ni, orang pertama yang aku akan mengamuk ialah Sarah, kawan satu universiti. Dia yang beria-ria nak make up aku. Tapi, untung apa. Tak payah bayar perkhidmatannya. Dia kata percuma sebab itulah hadiah perkahwinan aku. Apa la Sarah ni? Orang bagi la kereta sebuah ke, motosikal ke, komputer riba ke, telefon Samsung ke. Ni tak. Make up kira hadiah juga ke?

“Kak Zira, pandang sini. Orang nak ambil gambar Kak Zira. Kak Zira kan lepas ni jadi kakak ipar orang.” Ujar Syamina lembut sekali gus mematikan lamunan Syafzira. Syafzira menarik bibir menguntum senyuman comel. Siap buat pizz lagi. Macam budak-budak Syafzira ni.

Snap..

“Lagi sekali.” Syamina berkata lagi lantas meneruskan kerjanya mengambil gambar Syafzira sebagai wakil daripada  keluarga si DIA. Kamera NIKON D5100 yang digunakan oleh Syamina membuatkan aku bertambah teruja untuk bergambar. Kali ini, Syafzira menarik lengan abangnya, Syahidan supaya bergambar bersama-sama dengannya. Syahidan dengan rela hati bergambar bersama-sama dengan adik bongsunya itu. Kang tak ikut kehendak Syafzira, nanti merajuk pula. Siapa nak pujuk? Nak harapkan Syahidan pujuk, jangan harap.

Snap…

***

15 minit sudah berlalu. Tok kadi pun baru je sampai. Aku terpaku seketika memandang sepasang pengantin bertemakan warna putih juga masuk ke dalam masjid bersama dengan rombongan, ramai.

“Ina, berapa pasangan yang akan akad nikah hari ini?” Tanya Syafzira kepada Syamina. Syamina hanya mengangkat bahu sedikit.

“Dua kut. Kak Zira dengan pasangan yang lagi satu tu.” Syamina menjawab sekadar pengetahuannya sahaja. Lagipun Syamina baru berumur 17 tahun. Mana la dia nak ambil tahu tentang orang lain. Syafzira mengangguk faham.

Aku melihat tepat jam yang tergantung pada dinding masjid. Dah pukul 3.30 petang sekarang. Bakal laki aku pun aku tak tengok lagi. Entah gemuk ke, gelap ke, tua ke, ke duda anak satu? Eh, macam-macam la aku ni. Biar la, nanti lepas majlis akad nikah aku dapat tengok juga rupa laki aku. Masa dia nak sarungkan cincin nikah lepas ni mesti aku surprise gila. Aku tahu sangat cita rasa ibu macam mana. Nak menantu yang perfect. Walaupun aku tak perfect.  Tak sabar la pula nak tatap wajah si DIA.

“Eh, dah nak mula ke?” Tanya Syafzira.

“Ya kak.” Syamina menjawab dengan penuh semangat.

Inilah detik yang amat mendebarkan. Saat mendengar kata-kata keramat ‘aku terima nikahnya….’ daripada mulut lelaki yang aku tak pernah jumpa mahupun kenal.

“Mohamad Nizam bin Dato’ Haizal?” Soal tok kadi sambil memegang erat tangan kanan Nizam. Eh, jap macam pernah kenal je nama tu? Mohamad Nizam? Kata Syafzira hanya sekadar di kerongkongnya.

“Ya, saya.” Jawab Nizam selamba tapi penuh serius. Dan suara lelaki itu? Aku rasa aku pernah dengar. Tapi siapa? Fikir Syafzira sejenak.

“Aku nikahkan dikau dengan Nurul Syafzira Ezlin binti Haji Amsyar dengan mas kahwin sebanyak RM100 ringgit tunai…” Saat Tok kadi menggoncang tangan Nizam tiba-tiba suatu debaran datang menghantui jiwa Syafzira serta-merta. Apakah maksud di sebalik debaran ini?

“Aku terima nikahnya Nurul Syafzira Ezlin binti Haji Amsyar dengan mas kahwin sebanyak RM100 ringgit tunai.” Lafaz yang keluar daripada mulut Nizam itu telah mengesahkan bahawa Nurul Syafzira Ezlin secara sah menjadi milik Mohamad Nizam 100%. Hurray….

Usai bacaan doa, pasangan seterusnya pula yang mengambil alih untuk majlis akad nikah. Memang secocok pasangan yang satu lagi. Bagai pinang di belah dua. Aku pula? Mungkin bagai pinang di belah lima. Guna kapak pula tu nak di belahnya. Apa la nasib ku. Kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Zira, inilah permulaan hidup kau yang amat mengerikan, mengelirukan, mengejutkan dan semua ‘meng’ la.

Nizam berborak riang dengan rakan-rakannya yang turut serta berada di situ sambil berjalan menuju tepat ke arah ku. Aku terpaku melihat kaki putih yang berjalan penuh bergaya itu datang menghampiriku. Hatiku semakin berombak kencang menahan debaran yang kian melanda dengan penuh dahsyat. Aku sengaja buat-buat malas angkat muka kononnya malu dengan si DIA yang dah sah jadi suami aku. Tak nak tengok konon. Sebenarnya nak. Fikiran Syafzira menyindir tindakannya itu.

Nizam berlutut sopan betul-betul di hadapanku. Lebih kurang 50 cm je jarak dia dengan tempat aku yang duduk bersimpuh ni. Nizam mencapai lembut tangan kananku lantas di sarungkan sebentuk cincin emas bertakhta berlian ke jari manisku. Aku tanpa segan silu mencium lama tangan kanan Nizam membiarkan sanak-saudaranya mengambil gambar. Nizam belum sempat menatap lagi wajah aku tika itu kerana sanak-saudaranya terlalu sibuk mengambil gambar muka DIA….ulang suara lagi DIA sorang je. Benci!!

Mak ai, wanginya tangan. Pakai losyen tiap-tiap hari ke mamat ni? Bisik hati Syafzira. Syafzira mengangkat mukanya lantas menatap wajah suaminya itu seketika. Buntang mata Syafzira memandang lelaki di hadapannya itu. Takkan la Nizam ni, Nizam musuh lama aku kut? Nizam yang dulu budak perasan handsome ke ni? Memang handsome pun. Dah la putih melepak, kiut, sweet, romantik, tinggi lampai, baby face… perfect la. Eh, jap aku puji dia? Alamak, aku dah kena angau dengan dia. Syafzira cuba untuk menenangkan dirinya.

Nizam hampir sahaja ingin mencium dahi Syafzira tika itu tapi dia terlebih dahulu terdiam seribu kata sekali gus mematikan niatnya untuk mencium dahi Syafzira apabila memandang pipi Syafzira yang mula bertukar warna menjadi sedikit kemerahan, comel…. Syafzira mengelipkan matanya beberapa kali merenung Nizam yang berbaju Melayu putih itu. Sungguh kacak. Baju yang tersarung pada badan Syafzira sama warna dengan baju Melayu Nizam. Macam pasangan yang amat sepadan sekali.

Sungguh menawan sepasang mata milik Syafzira. Boleh cair hati setiap jejaka yang memandangnya tapi tidak mampu untuk mencairkan hati Nizam yang mungkin sekeras batu. Saat ini, baru lah mereka betul-betul menatap wajah satu sama lain. Nizam yang dari tadi mengukir senyuman kini senyuman itu hilang entah ke mana. Syafzira pula mengangkat kening kirinya, tinggi. Mengalahkan Ziana Zain.

“Zira?” “Nizam?” Serentak mereka berdua melemparkan soalan.

“Eh, awak ke suami saya?” Soal Syafzira ingin mendapatkan kepastian.

“Eh, takkan la you isteri I ? Impossible.” Soal Nizam pula. Masing-masing kehairanan.

“Eh, awak ni salah orang kut. Saya tak mungkin kahwin dengan awak. Lagipun, suami saya tu anak Dato’.. Dato’ Haizal. Awak anak Dato’ Haizal ke?” Sinis Syafzira. Nizam mengecilkan anak matanya merenung Syafzira, lama. Sampai Syafzira tergoda dengan wajah sempurna itu.

“Dato’ Haizal? For your information Zira mulut murai, Dato’ Haizal tu daddy I tau.” Nizam menjawab dengan penuh bangga. Syafzira segera menarik nafas dalam-dalam lantas menjerit…

“TIDAK…..” Jerit Syafzira, sedikit lantang sambil menekup kedua-dua belah telinganya. Terangkat sedikit bahu Nizam mendengar jeritan Syafzira itu. Ah, sudah. Minah mulut murai ni dah mula buat hal dah. Ni yang aku nak sumbat kasut dalam mulut minah ni. Bisik benak fikiran Nizam.

***

Malam ini adalah malam pertama aku dengan mamat perasan handsome tu. Tak sabar pula nak jalankan rancangan aku yang pertama. Bagi sikit si Nizam tu serik sebab mengahwini aku. Petang tadi selepas majlis akad nikah, sempat lagi dia nak cari gaduh dengan aku. Ada ke patut dia kata muka aku macam itik kena tepung. Satu masjid ketawakan aku termasuk keluargaku sendiri. Huh, tak mengapa Syafzira. Waktu untuk kau balas dendam hampir tiba. Dah lama aku nak balas dendam aku selama ini dengan mamat tu dan malam ini adalah masa yang tepat untuk aku balas dendam.

Gunting? ada!! sos cili? ada!! air masak? ada!! Bagus semua benda yang aku perlukan semua ada di sisi ku. Kau tunggu dan lihat apa yang aku akan buat dengan benda kesayangan kau, Nizam. Syafzira menoleh ke kiri memandang benda yang paling berharga dalam hidup Nizam. Memang berharga pun, nak pegang sikit pun tak boleh. Kedekut tahap dewa.

Daun pintu di kuak sedikit membenarkan cahaya dari luar memasuki biliknya yang gelap gelita itu. Nizam melangkah masuk ke dalam biliknya seperti tidak menyedari dirinya sudah bertukar gelaran daripada single mingle kepada berkahwin. Daun pintu di tutup rapat. Nizam menekan suis lampu membenarkan cahaya lampu menerangi ruang biliknya. Buntang mata Nizam memandang benda yang paling penting dalam hidupnya sudah berada dalam pelukan Syafzira. Di tambah pula sebelah tangan Syafzira yang satu lagi sedang memegang gunting. Peluh mula merenek di dahi Nizam. Rasa marah semakin membuak-buak dalam jiwa Nizam. Pantang kalau ada orang yang berani menyentuh semua barang kesayangannya.

“Zira!! Kau letak balik teddy bear aku tu. Kau jangan sentuh teddy bear aku sebelum kau langkah mayat aku dulu. Kau letak balik!! Cepat!!!” Bentak Nizam. Walaupun tengkingan yang di hadiahkan oleh Nizam khas untuk Syafzira tetapi itu tidak mematahkan semangat Zira untuk meneruskan rancangan jahatnya. Zira ketawa sinis. Gunting di halakan menghampiri teddy bear putih Nizam yang sebesar dirinya. Nizam terpaku dengan tindakan berani Syafzira itu. Kenapa aku boleh lupa yang aku sudah berkahwin dengan minah mulut murai ni? Kalau aku ingat, mesti aku sempat untuk sorokkan teddy bear buah hati pengarang jantung aku itu. Bodohnya aku!!!

“Apa yang awak nak sebenarnya, Zira?” Nizam memperlahankan suaranya. Cuba untuk menjadi tenang. Nizam meraup mukanya meredakan api yang marak membakar jiwanya.

“Saya cuma nak awak tunaikan semua permintaan saya.” Syafzira menekankan sedikit perkataan ‘semua’ agar Nizam dapat mendengarnya  dengan jelas. Nizam terkedu seketika. Ah, sudah.. Minah ni main ugut-ugut la pula.. Ni yang aku nak tembak guna senapang gajah je, minah ni.

“Just tell me. What you want?” Jawab Nizam selamba.

“Ha, soalan tu la yang saya nak dengar. Bagus la awak ni. Ni yang membuatkan saya makin sayangkan awak.” Seloroh Zira. Nizam hanya ketawa kecil.

“Saya yang sebenar-benarnya dan sejujur-jujurnya ada banyak permintaan yang awak perlu tunaikan. Awak tak kisahkan?” Ujar Zira sedikit bergurau.

“I tak kisah pun asalkan you bagi balik my teddy bear. Bak sini.” Nizam cuba merampas teddy bearnya daripada tangan Zira tetapi percubaannya gagal. Zira lebih pantas daripada yang di sangka. Nizam membulatkan matanya manakala Zira pula menjelir lidah.

“Awak kena tunaikan dulu permintaan saya. Lepas awak tunaikan, baru saya beri balik teddy bear busuk awak ni.”

“You ugut I ke apa ni?” Nizam bertanya sekadar meneka sahaja.

“Ugut?” Tanya Zira pula.

“Yes, ugut..”

“Of course la…… ya. Tengok la siapa, Zira gitu.” Nizam dan Zira ketawa terbahak-bahak seketika sebelum keadaan menjadi tegang semula. Macam anjing dengan kucing.

Situasi sebegini yang amat aku rindukan. Teringat saat pertama kali aku gaduh dengan dia dulu. Tak silap aku masa tu aku darjah tiga dan dia pula darjah enam. Kami mula-mula bergaduh hanya kerana dia langgar bahu aku sampai aku jatuh tergolek kat tapak perhimpunan. Semua ketawakan aku. Yang menyebabkan si Nizam bermusuhan dengan aku sampailah sekolah menengah hanya kerana aku pernah buat aduan kepada pengetua sekolah tentang sikap kurang beradab si Nizam tu. Siapa suruh langgar aku sesuka hati mak bapak dia. Kalau masa tu dia minta maaf atas kesalahannya kepada aku, mungkin aku tak buat aduan sampai dia kena gantung sekolah selama seminggu. Aku masih ingat lagi kata-kata dia dulu.

“ People like you just give me more troubles, you know? You ingat I tak tahu kenapa dan mengapa you buat aduan mengarut tentang I kat cikgu. Huh… perempuan selalu menyusahkan. Manja tak bertempat. Menyampah!!!! You dengar sini, disebabkan you, I kena gantung sekolah and disebabkan you juga I dah masukkan your name in my list of some people I hate forever. I akan balas dendam I dengan you suatu hari nanti. You must remember that!!!” Kata-kata ‘puaka’ itulah yang selalu menghantui fikiran aku ni setiap kali aku bersama-sama dengannya.

Huh, mustahil kalau mamat poyo tu masih ingat dengan kata-kata ‘puaka’ dia dulu. Hal remeh-temeh macam tu bukannya penting pun untuk terus melekat kemas di mindanya. Tapi….. macam mana kalau dia akan tunaikan kata-katanya dulu? Adakah dia akan membunuh aku suatu hari nanti? Oh Tuhan, apa yang harus aku lakukan? Aku tak pernah minta maaf dengannya dari dulu sampai kami kahwin. Tapi kan, semua pergaduhan kami bukan berpunca daripada aku pun. Dia yang salah. Dia yang mulakan dulu. Jadi, dia la yang kena minta maaf. Dan memang layak pun aku balas dendam aku sampai dia serik sebab selama ini dia hidup dengan hati batu dan ego tahap dewanya itu.

Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa 11 tahun yang lalu. Sakit, malu, sedih, pilu, kecewa dan segala-galanya yang telah kau lakukan kepada aku. Berpuluh-puluh kali kau cari fasal dengan aku dari kecil sampai besar panjang. Aku sabar je. Kalau boleh nak je aku kerat-kerat badan kau. Dan sekarang aku rasa impian aku untuk buat kau menderita semakin senang sebab kau dah jadi milik aku selamanya. Selamanya? Oh, bukan selamanya tapi untuk seketika sahaja. Hidup berdua dengan mamat poyo tu? Jangan harap aku rela.

Teddy bear yang aku peluk aku rasakan seolah-olah ada sesuatu yang sedang menariknya secara perlahan-lahan. Lamunan panjang aku terhenti. Aku menguatkan lagi pelukan lantas menjeling tajam tepat ke wajah masam Nizam. Aku memijak kaki kanan Nizam, kuat sehingga merah mukanya menahan kesakitan. Aku menarik pantas teddy bear Nizam daripada tangan Nizam yang terus cuba merampas teddy bearnya kembali.

“Lepaskan pegangan you tu!!!”

“Awak yang perlu lepaskan!!!”

“This is my teddy bear!!” Marah Nizam.

“This is my teddy bear…” Zira meniru gaya percakapan Nizam, lebih tepat menyindir. Nizam menggigit bibir menahan marah. Mahu saja dia menelan Zira hidup-hidup tika itu. Namun, dia mampu bersabar sahaja melayan kerenah si Zira tu. Kurang matang mengalahkan budak umur 8 tahun.

Gaya Syamina yang sedang meletakkan telinga kirinya pada pintu bilik Nizam yang tertutup rapat membuatkan Shahrul bertambah aneh melihat adiknya itu.

 “Ina, kau buat apa depan pintu Abang Nizam? Kau skode….” Syamina pantas menutup mulut Shahrul dengan telapak tangannya.

 

AKAN BERSAMBUNG….

cerpen I'M 15 YEARS OLD



Hidup tanpa tujuan seolah-olah manusia yang tidak berguna. Tapi, tujuan yang bagaimana untuk aku pilih? Cinta, kerjaya, cita-cita, impian, masa depan atau khayalan? Kenapa hidup aku ni tak indah? Bak kata pepatah nenek aku, hidup bagai laut bergelora. Nampak indah tetapi berbahaya. Hisy, ada ke pepatah macam tu.

Sejak umur aku kini semakin meningkat bukan semakin TUA, aku rasa hidup ni penuh dengan cabaran. Macam candy crush dan angry bird. Kalau di fikir-fikirkan semula, aku nak jadi budak balik. Tak nak jadi remaja. Bosan, mengarut dan memeningkan kepala. Kalau jadi budak tak payah nak fikir semua tu. Boleh buat apa yang suka.

Sekarang dah lain. Nak main sikit pun tak boleh. Sikit-sikit kena ngadap buku 24 jam. Ingat muka aku ni muka ulat buku ke? Aku ni bukannya komputer. Aku nak rehat, nak makan, nak tidur, nak semuanya la. Hidup aku memang membosankan. Kalau di buat novel mesti orang tengok tajuk je dah bosan. Siap menguap bagai. Belum baca lagi.

Cinta? Aku tak percaya cinta yang sebenar-benarnya wujud. Semuanya mengarut je. Cinta sejati yang tulus dari hati yang ikhlas menyayangi itu hanya wujud sekadar dalam novel je. Aku tak pernah jumpa pun cinta sejati. Yang aku tahu dan nampak dengan mata aku sendiri adalah tidak lain dan tidak bukan cinta monyet, cinta buta, cinta buaya, cinta kura-kura, cinta unta, cinta khayalan dan macam-macam jenis cinta lagi.

Okay, bab cinta dah tamat. Malas fikir fasal cinta. Aku sedar hidup tanpa cinta ni macam satu kehidupan yang tidak lengkap. Tapi kan aku tak pernah dengar lagi ada manusia yang mati tanpa cinta. Jadi, tak mustahil la aku boleh hidup tanpa cinta mengarut yang ada dalam dunia yang penuh dengan benda yang membosankan termasuk Syam. Syam? Erkk… kenapa aku teringat nama dia pula ni? Ah, semua ni mengarut je.

Aku terasa satu udara panas mengenai batang hidungku. Ima, kau jangan kata ada orang depan kau sekarang ni. Aku mengelipkan mataku sekali gus lamunan yang tadi sampai ke bintang hancur berkecai mengembalikan aku ke dunia asal. Buntang mataku merenung sepasang anak mata coklat yang begitu hampir dengan mataku.

“Woi!!” Aku menolak bahu Aznif menjauhi muka ku. Reaksi aku itu hanya menjadi bahan ketawa Aznif.

“Aku pelik la dengan kau ni. Suka sangat mengelamun. Kau fikir apa sebenarnya? Beritahu aku sekarang.” Ujar Aznif sambil menghabiskan sisa tawanya. Aznif ni kalau sehari tak kacau hidup aku tak sah kan. Boleh mati ke?

“Aku malas nak layan kau. Lagi lama aku layan kau, lagi naik gila aku di buatnya.” Aku berura-ura bangun daripada terus duduk semeja dengan Aznif di café Fantasy. Niat ku terbantut dek tangan Aznif sudah memegang tanganku. Aku melopong.

“Arghhhhh…” Jeritku sedikit lantang. Aznif tersentak seketika.

“Kenapa kau pegang tangan aku, ha?” Bentak ku tiba-tiba menyebabkan Aznif tidak senang duduk walaupun dia sedang berdiri tika itu. Ini kali pertama aku dapat melihat secara live si Aznif diam hilang kata. Lucu sangat muka dia masa dia rasa bersalah. Kalah muka badut. Kalau boleh ingin saja aku ketawa sampai pecah perut tika itu. Kawal emosi kau Ima, jangan sampai akhlak keperempuanan kau tercalar disebabkan hal kecil macam ni. Jangan ketawa, jangan marah cuma perlu sedikit bertenang.

“Aku minta maaf, aku tak sengaja.” Aku menjeling tepat ke pegangan Aznif. Masih tak longgar walau 1 cm pun. Ni yang nak naik angin satu badan ni. Aznif faham dengan jelingan maut yang aku hadiahkan itu. Serta-merta pegangan dileraikan.

“Kau tahu tak disebabkan kau, wuduk aku terbatal secara automatik tau.” Aku berkata dengan lembut tapi maksud yang tersirat dalam kata-kataku itu mampu menikam hati, jantung, jiwa, perasaan dan benak fikiran Aznif. Aku pantang 7 keturunan aku ada yang pegang tangan dengan yang bukan muhrim. Kalau ada, sepak terajang la yang dia orang dapat.

“Ak ak aku…”

Aku tahu dan yang paling tepat aku dah boleh agak mamat tu pasti akan kata maaf. Kalau bukan maaf, tak sengaja. Tak sengaja kepala hotak kau. Daripada aku tercegat kat situ macam orang gila lebih baik aku pergi jauh membawa diri. Eh, silap bukan orang gila. Orang gila tak sesuai, ha, macam patung cendana yang tak laku.

“Ima…. aku minta maaf. Air ni siapa nak bayar?” Jerit Aznif sambil matanya memerhati susuk tubuhku yang kian menghilang .

Tak dengar, tak dengar, tak dengar. Aku melajukan lagi langkah meninggalkan Aznif yang menghentak kaki persis budak kecil nak coklat di belakang.

 

***

Belajar, belajar, belajar. Arghh, bencinya aku. Sejak umur aku mencecah 15 tahun ni, dalam kamus hidup aku ada perkataan belajar, belajar, belajar. Sakitnya kepala. Aku tahu kalau tak belajar nak jadi manusia apa. Tak kan nak jadi mat rempit. Eh, bukan mat rempit tapi minah rempit. Broomm….

Ima… belajar. Ima, jangan tengok tv. Ima, Ima, Ima…. Arghh. Tu la benda yang mak aku selalu bebel kat aku. Okay, aku tahu dan amat mengerti. Aku akan menghadapi peperiksaan yang separuh besar iaitu PMR tahun ini tapi tenang la. Baru separuh bukan penuh. Nanti SPM orang belajar sampai subuh la. Dasar pemalas betul aku ni.

Hujung minggu ku memang membosankan. Memang selalu membosankan pun. Asyik tidur makan tidur makan lepas tu belajar sampai naik lebam mataku. Dah macam mata kena tumbuk dah. Huh, sabar je la. Otak aku berserabut setiap kali tiba hari yang menyusahkan dalam hidup aku iaitu hari ahad. Ahad? Hari ni hari apa?

“Kak Ima……” Jerit anak buahku yang baru berusia 8 tahun. Ha, dia dah mula dah. Memang sah hari ni hari ahad. Kenapa aku boleh lupa yang hari ni hari ahad?

“Ya sayang.” Jawab ku lembut. Ya, selamat datang ke dunia Nurul Syimah Kaylisaf. Pakar mengasuh anak orang yang secara tidak bertauliah ini. Ha ha ha…. Tak lawak pun.

“Kak…..” Lagi sekali telingaku di hidangkan dengan jeritan suara katak anak buahku yang macam mulut murai tu.

“Iya, sayang. Kakak ada kat sini.”

“Kak…” Zurisha menghampiri tubuhku yang enak melemahkan diri duduk di atas sofa.

 

AKAN BERSAMBUNG…