Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 18, 2013

cerpen ABANG CUBA LA KEJAR SAYANG

Imej
Suasana di Taman Rekreasi Teluk Intan amat menenangkan jiwa kerana adanya air tasik buatan dan dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang mekar. Beginilah suasana pada waktu pagi di taman ini. Masyarakat berhampiran taman ini ramai yang mengambil peluang pada waktu pagi untuk merehatkan minda dengan bersenam. “Awak buat apa kat sini?” Muhaimin duduk di sebelah Irfa. Irfa membiarkan teman lelakinya itu duduk di sebelahnya. “Buat apa lagi, tengok wayang la. Tak nampak orang tengah tengok cerita The Hobbit ni?” Irfa berkata malas sambil tangannya asyik mengikat tali kasut sukan. “Kat sini mana ada pawagam la awak. Camne nak tengok wayang? Ni kan taman untuk orang jogging. Macam-macam la awak ni.” Muhaimin ketawa kecil. Irfa menarik muka rimas. ‘aku macam-macam, atau dia yang macam-macam.’ “Awak kata saya macam-macam? kenapa saya pulak? Yang awak tu pakai baju pejabat kat sini macam mana pulak? Bukankah itu dikira macam-macam jugak ke? Ke awak tak jumpa pejabat kat mana sampai b...