Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2013

Cerpen BOLEH KE GANGSTER JADI USTAZ??

Imej
“Bro, macam biasa.” Seorang lelaki berbadan sasa sedang berbual di telefon bimbit dengan seseorang. Diam seketika. “Malam ni, pukul 11 malam. Aku tunggu kau.” Tiada sedikit pun bahasa sopan-santun yang digunakan oleh lelaki ini. Gangster kot?? Diam seketika. “Ok, kau jangan lupa bawa geng kita sekali.” Diam seketika. “Bye.” Lelaki itu terus menekan butang merah lalu panggilan dihentikan. *** Azlif perlahan-lahan memulas tombol pintu untuk keluar dari rumah kayu yang didiaminya bersama-sama ibu dan adik kandungnya. “Along nak pergi mana tu? Kan ibu tengah sakit tu. Tak kesian kat ibu ke, along.” Sapa Nasyirah dari belakang. Nasyirah membuka telekung lantas menampakkan rambutnya yang panjang mengurai. Nasyirah menyidai telekung di lengan kirinya. Azlif memberhentikan langkah apabila mengetahui adiknya telah memerhatikannya dari belakang.   Azlif tergamam seketika sebelum menoleh ke belakang. ‘Cepatnya Irah siap solat isyak.’ Getus hati Azlif Nasyirah ...