Sabtu, 28 November 2015

cerpen EH, AWAK KE SUAMI SAYA? 2

Angin malam dihirup segar oleh Nizam. Nizam merenung tajam susuk tubuh Syafzira yang meliuk lentuk tidur di atas katilnya. Nizam ketawa kecil. Lucu dengan gaya tidur Syafzira yang persis bayi manja. Comel sangat si Zira di matanya. Geram hatinya untuk menarik hidung Syafzira yang comel itu. Tapi, bolehkah? Nanti  tidak fasal-fasal ada yang kena penampar percuma. Andai saja hati Syafzira memberi ruang kosong kepada Nizam sebagai suaminya, pastinya Nizam akan bersorak keriangan. Mungkin semua itu hanyalah mimpi di siang hari yang sukar di kecapinya. Sabarlah Nizam.
Nizam menghampiri Syafzira yang masih di buai mimpi. Nizam duduk mencangkung berhampiran dengan katil. Mata Nizam tidak henti-henti menatap wajah polos di hadapannya. Terasa deruan nafas Syafzira pada wajah Nizam. Nizam menongkat dagu dengan tangan kiri. Sebelah tangannya yang satu lagi dibiarkan bergerak sesuka hati. Biasalah tangannya itu susah untuk dikawal. Sikit-sikit merayap. Tidak reti hendak duduk diam. Sekejap sentuh tangan, sekejap sentuh hidung isterinya. Maklumlah, ingin ambil mood happy sebelum tidur.
“Cantik juga isteri aku ni. Hai, apalah nasib. Dapat isteri garang. Tapi yang garang tu yang aku suka.” Nizam berkata perlahan. Senyuman diukir di bibirnya. Nizam mengangkat kening hairan kerana Syafzira seolah-olah mengigau sesuatu. Nizam menepuk perlahan bahu isterinya. Kononnya ingin mendodoi kembali Syafzira.
Gedebuk…Syafzira tergolek jatuh ke lantai sekali gus menindih badan kurus Nizam. Boleh tahan berat si Syafzira ni. Bisik Nizam dalam hati. Nizam mencuba untuk meloloskan diri namun tidak berhasil. Syafzira kini mula memeluknya dengan erat sampai pucat wajah Nizam jadinya. Dia ni ingat aku teddy bear ke? Peluk dah la kuat. Nak bunuh orang ke apa dia ni? Nizam tidak berputus asa untuk meleraikan pelukan Syafzira secepat mungkin. Tidak sanggup Nizam menghadapi situasi sedemikian. Risau kalau-kalau hatinya akan cair seratus peratus pada wanita di sisinya itu.
Nizam berura-ura meninggalkan Syafzira yang masih tidur nyenyak di atas lantai. Nizam memberhentikan langkahnya lantas menoleh ke arah Syafzira. Hisy, dia ni tidak sejuk ke tidur atas lantai? Ah, lantaklah! Tapi, kesian pula aku menengoknya. Nak angkat ke tidak? Kalau angkat, nanti aku pula yang bahaya. Tidak mahu aku makan penampar malam-malam macam ni. Tapi…. ah, angkatlah!
Nizam mendukung Syafzira lantas diletakkan di atas katil. Nizam tersentak seketika. Alamak, minah ni pegang tangan aku. Masak aku kali ni. Dia dah sedar ke?
“Abang, jangan tinggalkan Zira.” Rengek Syafzira dengan mata yang masih terpejam rapat. Mengigau agaknya.
Meremang bulu roma Nizam mendengar rengekan isterinya itu. Habis cair egonya yang dahulu tinggi melangit. Nizam meleraikan pegangan tangan Syafzira dengan perlahan. Khuatir jika Zira tersedar. Nanti ada pula burung murai yang berleter sampai ke subuh.
Sebelum berlalu ke sofa, Nizam sempat mengucup dahi Zira. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa ingin menyayangi Zira.
“Sayang jangan mengigau lagi tau.” Pesan Nizam lembut setelah ciuman diberi. Nizam tergelak kecil. Beraninya aku panggil Zira, sayang. Gatal juga aku ni.

“KITA pergi honeymoon minggu hadapan.” Ujar Nizam bersahaja.
Buntang mata Syafzira mendengarnya. Dia ni dah buang tabiat agaknya. Honeymoon apa pula ni? Yang ni yang buat aku rasa macam nak makan orang saja. Dia ni dah nyanyuk ea. Dah tak ingat yang aku dengan dia bermusuhan sejak kecil lagi. Ke dia ada pelan nak kenakan aku? Opss, ini Syafzira la. Sukar untuk dikenakan oleh lelaki macam si Nizam poyo plus papan itu.
“What? Honeymoon? Excuse me, perkataan honeymoon tidak pernah wujud dalam kamus hidup I TERUTAMANYA dengan manusia macam you ni. Please la.” Zira memandang Nizam di sisinya sebelum jelingan maut diberikannya. Sepoi habis mood aku hendak layan cerita Suami Aku Ustaz.
“Tapi, mama yang suruh kita pergi.” Terang Nizam.
“Kalau you nak pergi, you pergi sorang!! I ada banyak kerja di hospital. Berlambak dan ia lebih penting daripada honeymoon bodoh you itu.”
“Degil betul you ni!! Harap muka je cantik tapi perangai…” Sinis Nizam.
“Kau ni dah kenapa? Tidak puas hati dengan aku? Sengaja nak cari gaduh, ha?” Bentak Zira geram. Pantang bagi dirinya jika ada yang mengejek akan perangainya. Apa lagi angin satu badan la jadinya.
“You ni sikit-sikit melenting. You ingat you sorang saja dekat dunia ni ada rasa marah. I tak faham la, kenapa banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, I boleh TERkahwin dengan perempuan sengal macam you?” Sinisnya lagi.
Apa? Dia kata aku sengal? Oh, mamat poyo plus papan ni nak kena dengan aku agaknya. Kecik besar, kecik besar saja aku menengoknya. Kau memang nak cari nahas Nizam. Aghhhh!!!! Aku benci kau, NIZAM!!! Sampai bila-bila….