BAB
7
Hari
ini bermula la operasi mengemas rumah seperti yang si Falisha mulut murai tu
tulis untuk aku. Tak buat kang kena bebel pulak. Aku lebih sanggup buat semua
tugas yang dia tulis di atas kertas A4 tu daripada kena dengar dia membebel
sebijik sama macam burung murai yang tak tau nak berhenti berbunyi.
“Fuh,
penatnya. Tak sempat aku nak rehat ni. Banyak lagi ni tugas yang nak kena
siapkan. Emm, aku pergi sidai baju kat luar dulu la. Yang lain, aku buat lepas
ni. Lepas tu, nanti dah beres boleh la aku rest secukupnya.” Aku memberitahu
diriku.
Aku
mula melangkah keluar dari rumah melalui pintu belakang. Nak tengok cuaca kat
luar camne. Kut, kut nak hujan. Sesudah aku berada di luar rumah, aku dapat
rasai panasnya cahaya matahari menyinari.
Fuyoo!!
Panas gila hari ni. Boleh terbakar kulit aku yang gebu ni. Kena cepat-cepat
sidai baju ni kalau tak, jadi minah Bangladesh la jawabnya. Alamak, baru aku
ingat satu benda. Aku berjalan memasuki rumah semula untuk mengambil sesuatu.
“Oi,
nak pergi mana tu? Jangan nak lari ea. Banyak lagi tugas yang perlu Sya
selesaikan tu.”
Kata-kata
Falisha menyebabkan aku berhenti berjalan dan memalingkan muka ke arah ruang
tamu untuk melihatnya.
“Mana
ada Sya lari. Sya nak pergi ambik kain tudung dalam bilik je. Takkan la Sya nak
pergi sidai baju dengan kepala tak bertudung kut. Kan dosa tu. Kak Falisha
bukannya nak tolong Sya buat sekali pun tapi tolong tengok je tu ade la”balasku
geram.
“La,
ingatkan nak lari tadi. Manalah tau kan. Tiba-tiba, takde kat rumah pergi lepak
mana-mana. Falisha dah pandai buat semua tugas tu. Tugas Falisha hanya perlu
memasak je. Sya memang kena belajar semua tu, nanti takde orang nak buat
menantu baru tau.”
Sempat
lagiFalisha menyindir Sya. Mentang-mentang la Falisha tahu buat semua kerja
rumah, suka-suki dia je sindir orang macam aku ni.
‘Aku
bukannya tak tau tapi malas. M A L A S yang teramat sangat. Lagipun aku ni
kecik lagi. Baru 14 tahun dah kena membebel pasal malas buat kerja rumah la,
tak buat menantu orang la, orang tak nak buat bini la, itu la, ini la. Isy, kenapa
aku kena fikir semua tu ha? Aku bukannya anak dara yang berumur 23 tahun yang
memang sepatutnya dah nak kahwin pun. Bencinya!!!!!!!’
“Pape
je la. Malas Sya nak layan Lisha yang macam burung murai ni. Wekk…”aku
menjelirkan lidah kepada Falisha.
“Oi,
sedap mulut kau je kata aku ni macam burung murai. Siap kau. Dah la main jelir
lidah kat orang. Potong lidah tu sampai pendek kang baru tahu. Malam ni,
Falisha tak nak masak untuk Sya. Sya masak la sendiri kalau Sya nak.” Falisha
menjeling mata ke arahku.
“Jeling
la lagi. Nanti Sya korek mata Falisha tu. Biar jadi buta. Nak? Kalau Falisha
tak nak masak takpe. Sya kan pandai masak. Nanti Sya masak sendiri. Sya tak nak
kongsi dengan Falisha. Wekk…” aku membuat muka soalah-olah ingin muntah.
“Ikut
suka hati kau la Sya. Malas aku nak layan. Lebih baik aku layan crite dalam tv
daripada layan kau Sya. Dah pergi sambung buat kerja, jangan nak tercegak kat
situ macam patung pulak. Syuh…”
Falisha
mengangkat tangan dan membuat gerakan seperti menghalau kucing. Eii, geramnya
dengan Falisha si burung murai, aku punyalah kiut miut ni kau halau macam kucing.
Kalau kucing parsi tu takpe la jugak. Kucing parsi kan comel. Dah la aku ni secomel
kucing parsi. Ha ha ha.. perasan.
“Dah
la. Aku nak pergi sambung kerja aku balik. Aku pergi dulu ye burung murai.
Wekk….” Aku menjelir lidah sekali lagi.
‘Falisha
yang terlalu geram melemparkan bantal yang berhampiran dengannya kepadaku.
Mujur aku sempat mengelak daripada terkena. Ape la minah burung murai ni, main
lempar-lempar bantal pulak. Kalau kena muka aku yang cute ni, siapa yang nak
tanggung?
Nanti
boleh hilang kecomelan muka aku ni kalau terkena bantal yang Falisha lempar ke
arah aku tadi. Falisha ni cemburu sangat dengan kecomelan aku. Aku tau la aku
ni orang yang paling comel antara kami adik beradik. Dengki betul la Falisha
ni.’
“Oi,
main kasar nampak. Siap kau.”
Aku
membaling semula bantal yang Falisha lempar tadi ke mukanya. Pap…. Bantal yang
aku baling mengenai sasaran. Betul-betul kena mukanya.
“Yes,
kena. Pandai jugak aku baling ya. Apa macam Falisha? Sedap tak kena bantal? He
he..” Sya bertanya sinis.
“Eii,
geramnya aku dengan kau ni SYA… siap kau.”
“Alamak,
burung murai nak mengamuk. Lari…”
Aku
bergegas menaiki tangga dengan ketawa kecil menuju ke bilik meninggalkan Falisha
seorang diri.
“Tau
takut. Padan muka kau. Lain kali jangan cabar kesabaran aku.”
Falisha
tergelak sendiri melihat gaya Sya menaiki tangga itu tadi. Lucu, macam orang
lari nampak hantu je gayanya.“Mana pulak kain tudung aku ni? Dari tadi cari tak
jumpa-jumpa jugak.”
Sya
membelek-belek tudung yangdiinginkan di dalam almari di biliknya.
“Yes,
jumpa jugak akhirnya.”
Aku
mengambil sehelai tudung bawal berwarna hijau pucuk yang tersangkut di dalam
almari. Aku menyematnya dengan teliti sekali sambil membetulkan tudung di
hadapan cermin yang ada di dalam bilik tidurku. Cantik sangat. Memang sesuai
aku kenakan baju kurung kuning dan tudung hijau. Nampak ayu gitu.
“Dah,
siap.”
Aku
mula melangkah keluar dari bilikku dengan senyuman. Aku berjalan ke bilik air
untuk mengambil pakaian yang sudah siap dibasuh untuk disidai. Aku membawa
keluar semua kain yang dibasuh ke luar rumah.
“Banyaknya
kain yang nak kena sidai.” Aku mengeluh sambil melihat kain yang perlu disidai.
“Okey.
Sabar Sya, sabar.Kau pasti boleh buat. Kita mulakan dengan
bismillahirahmanirahim.”
Aku
mula menyidai pakaian satu persatu dengan ayu sekali. Cewah, ayu la sangat.
Seorang
budak lelaki yang berpakaian t-shirt
hijau pucuk dan berseluar jean hitam menghampiriku dari arah belakang tanpa aku
sedari. Orangnya tinggi daripadaku dan badannya kurus. Warna bajunya memang
padan dengan kulitnya yang putih gebu itu.
“Ai,
rajinnya dia. Nak pertolongan ke?”
Dia
mula berbisik dengan ayat sinis di tepi telingaku dari belakang. Suaranya macam
aku pernah dengar. Ya, aku amat mengenali suara itu. Aku mula memalingkan
tubuhku ke belakang dengan senyuman terukir di bibir untuk melihat orangnya.
“La,
kau rupannya mangkuk. Kau buat apa kat sini. Menyibuk je kerja dia.” Ujarku
malas. Aku menyambung kembali menyidai pakaian. Senyumanku yang tadi kelihatan
manis entah hilang ke mana selepas mengetahui orangnya.
‘Dah
sah betul tekaan aku tadi. Memang mangkuk ni. Kalau korang nak tahu ni nama
penuh dia Muhammad Firdaus atau seperti yang telah korang kenali dengan
panggilan Fir. Dia ni asal orang Johor. Tinggal kat sini baru 2 tahun tu pun
sebab mak dia kena tukar kerja kat sini jadi peguam kat Kelantan ni tapi
berlagak macam orang lama. Dia sama kelas dengan kakak aku. Dia ni takde kerja
lain, datang sini mesti nak cari abang aku. Benda yang selalunya dia datang
sini sebab nak ajak abang aku pergi lepak kat tepi pantai la tu. Mujur la
pantai dengan rumah aku tak jauh. Jalan kaki tak sampai tujuh minit dah sampai.
So, aku boleh la lepak kat situ selalu jugak.’
“Hisy,
sampai hati you panggil I mangkuk. Tak boleh ke you panggil I dengan nama manja
macam darling ke, sayang ke, manja ke. Dah dua tahun sejak mula-mula kita kenal
lagi you asyik panggil I mangkuk mangkuk mangkuk. Huh..” Fir mendengus beberapa
kali.
Fir
mula memeluk tubuh sambil memerhatikan tanganku yang sedang asyik menyidai
pakaian. Marah dengan aku agaknya.
“Ei,
takde maknanya la aku nak panggil kau dengan nama macam tu. Geli la.”
“Ha,
kalau macam tu you panggil la I dengan nama abang Fir. Kan sedap di dengar tu.”
Aku
memalingkan mukaku untuk menatap matanya. Aku menjongketkan kening kiriku sambil merenung matanya seolah-olah tidak
percaya dengan apa yang aku dengar.
“Ni,
kenapa you renung mata I lama macam tu? Ke mata I ni cantik sampai you tergoda.
Ha, ataupun you minat kat I sebenarnya. Mengaku je la.” Tembak Fir. Hampir saja
tembakkan kata-katanya itu mengenai hati Sya.
‘Eleh,
mamat ni. Aku renung sekejap je dah fikir bukan-bukan. Mentang-mentang la mata
dia comel. Aku tau la mata kau tu warna sedikit kehijauan tapi jangan la sampai
nak berlagak bagai. Aku korek kang mata kau ganti dengan mata kucing baru padan
muka kau.’
“Oi,
tolong la sikit ea. Aku setakat mata kau tu tak tergoda la.”Aku menjeling mata
kepadanya.
“Hisy,
tengok tu. You ni selalu je guna bahase kasar dengan I. Panggil la manja-manja
sikit. Abang Fir nak dengar you cakap dengan lemah-lembut boleh? Abang Fir
teringin la nak dengar.” Pujuk Fir lembu boleh mencairkan setiap gadis yang
mendengarnya.
“Kau
ni dah kenapa teringin bagai? Dah macam orang mengandung dah aku tengok kau ni.
Teringin itu, teringin ini. Kau tu sepatutnya aku panggil pak cik tau. Ha, pak
cik Firdaus. Sedap bunyinya kan pak cik.” Sya mengelipkan matanya beberapa kali
dengan senyuman manis di bibirnya.
“Gelaran
Pak cik tu tak sedap didengar la. Panggilan abang lagi sedap didengar.” Fir
mengenyitkan mata kanannya. Cuba untuk mengoda gadis itu.
“Oi,
pak cik. Kau jangan nak lebih-lebih ea. Aku ketuk kang kepala kau dengan
penyapu baru tau. Ni kau datang sini nak jumpa dengan abang aku ke apa?”
“Eh,
tak la. I tak nak jumpa abang you tapi I nak jumpa you.”
“Kenapa
kau nak jumpa aku?” Sya bertanya dengan rasa keliru.
‘Tak
pernah-pernah pun Fir nak jumpa aku. Selama ni, Fir bukannya nak jumpa dengan
aku pun. Bercakap pun jarang-jarang. Ni mesti ade something wrong ni.’ Bisik
hati Sya.
“Jom.”
Kata Fir mesra.
“Nak
pergi mane?” Sya bertanya dengan malas. Takde mood nak berbual dengan Fir
agaknya.
“Kita
pergi duduk kat sana.”
Fir
menunding ibu jari tangan kanannya menunjuk ke suatu tempat yang ada kerusi dan
meja rehat di bawah sebatang pokok rambutan yang rendang. Tempat tu selalu Sya
lepak untuk study ataupun menghirup udara segar pada waktu malam. Lagipun,
tempat tu depan rumah Sya aje.
“Ade
sesuatu yang I nak bincang dengan you.” Fir menolak lem bahu Sya dengan hujung
jari tangannya.
“Habis
tu, baju semua ni tak habis jemur lagi. Kalau tak siapkan nanti mak dengan kak
marah Sya.”
Sya
memandang lemah akan baju-baju yang belum dijemurnya itu. ‘Banyak lagi ni.
Walau macam mane sekali pun, aku kena siapkan jugak. Kesian kat mak kalau aku
tak siapkan semua ni.’ Rintih hati Sya.
“Ermm,
takpe. Biar Abang Fir tolong jemur baju ni. Cepat sikit siap.”
Fir
tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Alahai, comelnya.
“Ai,
rajinnya nak tolong orang. Ni mesti ade pape ni.” Sya berkata sinis.
“Takde
la, saje je nak tolong. Kesian tengok dia kena jemur baju yang banyak ni sorang
diri.”
Kedua-dua
tangan Fir sudah mula mencapai sehelai dua baju yang belum dijemur untuk
disidaikan di atas tali . Sya pun melakukan perkara yang sama. Baik jugak si
Fir ni kan. Sesuai sangat kalau dijadikan calon suami.
Setelah
5 minit kami tak berkata, akhirnya Fir yang terlebih dahulu mengeluarkan suara.
“Rajin
la Sya ni. Pagi-pagi dah jemur baju. Banyak pulak tu. Kenapa kak Sya tak tolong
sekali?”
“Eleh,
dia tu bukannya nak tolong pun. Habis-habis dia tolong pun, tolong tengok je.
Lagipun, semua benda ni dia yang rancang. Siap bagi jadual lagi tau. Sakit hati
ni.”
“Jadual?
Jadual apa?” Fir memandang Sya hairan.
Sya
mengeluarkan sehelai kertas tugasan yang ditulis oleh Falisha lalu diserahkan
kepada Fir. Sya masih menyimpan kertas itu.
“Ni
ha. Cer kau baca apa yang kakak aku tulis atas kertas ni. Kau jangan terkejut
pulak.”
Sya
menghulurkan kertas tersebut kepada Fir. Fir mengambil kertas tersebut daripada
Sya dengan cepat dan membacanya di dalam hati dengan pantas sekali. Sya
menyambung kembali menyidai pakaian.
“Oi,
tu bukannya makanan tapi kertas. Yang kau ambil dengan tergesa-gesa tu ape
hal?” marah Sya.
“Mak
ai, banyaknya benda yang you kena buat. Kesian kat you Sya. Mesti penat kan nak
kena wat semua ni.” Kata Fir simpati.
“Tau
takpe. Sampai lenguh-lenguh badan aku ni nak siapkan semua tu.”
“You
kena wat semua ni hari-hari ke?”
“Isy,
tak la. Seminggu sekali je. Minggu depan last. Mase cuti sekolah je kena wat
semua tu. Habis cuti, tak kena wat dah.” Sya tersenyum gembira.
“Oww.”
Fir mengangguk sedikit setelah mendengar penjelasan Sya.
‘Yes,
dah siap akhirnya sidai semua pakaian ni.’ Sya bertepuk tangan beberapa kali
dengan perlahan kerana gembira satu tugasannya sudah siap.
“Ok,
dah siap. Jom.” Sya mengajak Fir untuk pergi berbual di depan rumahnya seperti
yang dijanjikan tadi.
“Nak
pergi mane?” Tanya Fir keliru.
“Eii,
geramnya aku dengan dia ni. Dia yang beria-ria ajak aku pergi berbual tapi sekarang
dia pulak yang tak ingat.” Sya berkata geram dan sengaja diperlahankan suaranya
agar Fir tidak dengar apa yang dikatakannya sambil mukanya menghadap ke arah
lain.
“Apa
YO cakap tadi? I kurang dengar la. Boleh ulang semula tak?”
Sya
tersentak lalu memalingkan mukannya kembali menatap wajah Fir dengan satu
senyuman bersalah. ‘Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi. Alamak, harap-harap
dia tak dengar la apa yang aku cakap tadi. Amin..’
“He
he.. takde pape la. Aku cuma nak semula kertas yang kau pegang tu. Ha, tadi kan
kau ada kata nak bincang sesuatu dengan aku.” Sya cuba menukar topic.
“Oh, ye la kan. Sorry, I lupa la. He
he.. sorry ya. Jom la.”
‘Eleh, cakap la yang kau tu dah
nyanyuk sampai tak ingat itu ini. Buat-buat lupa konon. Menyampah pulak aku rase.’
Sya mengambil semula kertas tugasan dari tangan Fir. Sya menyimpan kembali
kertas itu di dalam poket.
Falish menghampiri Lisha yang sibuk
menonton drama Korea lalu duduk bersebelahan dengan Lisha.
“Best ke cerita ni?” Falish
menyilangkan kakinya.
“Ha’ah.” Lisha tidak menoleh sedikit
pun ke arah Falish yang sedang duduk di sebelahnya.
“Macam boring je.”
“Mana ada boring. Best tau cerita
ni.”
“Hurmm..” Falish menonton malas
cerita Korea. Nak tukar cerita lain takut Lisha marah. Kesian Ish.
Sya dan Fir berjalan menghampiri
sebuah meja dan beberapa buah kerusi yang bersandar di meja itu. Sya mula
melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi yang ada di situ. Begitu juga
dengan Fir. Kedudukan mereka menyebabkan mereka saling berpandangan antara satu
sama lain.
“Thanks la sebab kau sudi tolong aku
tadi.” Sya berkata selamba di depan Fir. Tidak ada perasaan gementar mahupun
segan walaupun mereka berdua saja di situ.
“Sama-sama. Hal kecik je tu.” Fir
mengeyit mata ke arah Sya dengan senyuman mengoda.
“Ha, ni apesal kau nak jumpa aku. Kau
kata kau ada benda nak bincang dengan aku. Kau nak bincang hal ape?”
“I nak bincang hal….ermm hal, hal…”
“Hal ape?” kata Sya sedikit marah sambil
tangannya menghentak kuat meja sehingga Fir terkejut.
“Hal kita.”
“Hal kita?”
“Emm, I sebenarnya ermm, sebenarnya
sebenarnya se…”
Fir menjadi gagap untuk berkata-kata.
Entah kenapa. Dia sendiri tidak tahu. Dahinya sedikit berpeluh mungkin
disebabkan rasa gementar apabila menatap wajah Sya. Dia tak pernah menatap
wajah comel Sya secara berdepan-depan terutamanya masa mereka berdua je..
“Sebenarnya
apa?” Sya menengking Fir.
“I
sebenarnya rindu kat you. I tak tau kenapa I rindu sangat-sangat kat you. I tak
boleh lupakan bayangan you. I sayang sangat kat you.”
Kata-kata
itu terlepas dari mulut Fir. Fir segera menutup mulutnya. ‘Alamak, kantoi.’
Bisik hati Fir. Sya sedikit terkejut dengan apa yang Fir beritahunya itu.
‘Apa
dia cakap ni? Apa maksud dia? Kenapa hatiku berdebar-debar saat dia menyatakan
bahawa dia menyayangi aku? Apa maksud perasaan ni? Aku bermimpi ke apa ni? Aku
salah dengar kut. Tak mungkin la jejaka paling hensem yang pernah aku jumpa ni
sayang kat aku. Bangun Sya bangun…’ Bergunung-gunung persoalan bermain di minda
Sya.
“Maksud
kau?” Sya ingin mendapatkan kepastian.
“Aku
sebenarnya suka kat kau Sya. Dah lama dah aku simpan perasaan aku ni. Selama ni
aku pendam je tetapi hatiku dah tak sanggup pendamkannya lagi. Aku cintakan
kau. Aku sayangkan kau. Kau lah cinta pandang pertama aku Sya.”
Fir
menyatakan isi hatinya dengan jujur sekali. Walaupun, masih berasa gementar
tetapi Fir tetap cuba memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaannya terhadap
Sya.
“Wait,
wait. Apa semua ni Fir? Kenapa boleh jadi macam ni? Aku tak faham la.”
Sya
mengerutkan dahi dengan riak wajah seolah-olah ingin mengetahui jawapan di
sebalik kekeliruan itu.
“Aku
tahu kau tak faham dengan perasaan aku. Aku sendiri pun tak faham, Sya. Yang
pasti, aku sangat menyayangi kau, Sya.”
Air
mata mula mengalir di kedua-dua belah pipi Fir. Keikhlasan hati Fir mencintai
Sya terselah melalui air matanya. Sya melihat Fir yang mengalirkan air mata
mula terkejut. Sya terharu dengan luahan isi hati Fir itu.
“Fir,
kau tak boleh jadi macam ni. Kau tak boleh nangis semata-mata kerana aku. Aku
bukannya gadis yang special seperti di luar sana yang layak ditangisi dan
dicintai oleh lelaki seperti kau. Kau harus ingat yang kita ni masih budak
sekolah lagi. Masa depan kita masih jauh. Kau harus ingat itu. Tahun ni kau dah
nak SPM. Aku tak nak la disebabkan aku keputusan SPM kau merosot sekali gus
merosakkan masa depan kau.”
“Tapi…
tapi aku… aku sayang kat kau Sya. Aku betul-betul tulus dan ikhlas sayangkan
kau. Susah sangat ke kau nak terima cinta aku ni, Sya Aku…”
Belum
sempat Fir menghabiskan ayatnya, Sya terus menghentikan ayat Fir secara
tiba-tiba. Lebih tepat mencelah.
“Stop.Please
la Fir, aku tak nak dengar lagi luahan hati kau tu. Pembelajaran tu lebih
penting daripada cinta, Fir. Cinta tu tak sepatutnya hadir ketika umur kita
masih muda seperti sekarang. Ia akan menyebabkan pembelajaran kita merosot. Aku
harap kau akan faham apa yang aku maksudkan ni.” Sya berkata malas. Satu
keluhan kecil keluar daripada celah-celah bibir mungil milik Sya.
“Kau
tak sayangkan aku ke Sya?”
Suara
Fir menjadi sayu apabila air matanya mengalir semakin laju membasahi pipi.
“Aku….
aku tak tau.”
Sya
mengeling kepalanya sedikit tanda tidak mengetahui apa-apa pun tentang
perasaannya terhadap Fir. Fir sedikit kecewa mendengar jawapan Sya tapi dia
mesti bertahan. Dia mampu untuk terus cuba memiliki hati Sya. Cuma perlu
sedikit usaha lagi.
“Sya,
aku nak kau jawab dengan jujur. Kau memang tak pernah cintakan aku ke? Tak
pernah terdetik ke di hati kau untuk cintakan aku? Selama ni kau anggap aku
sebagai apa untuk kau? Adakah aku ni hanya teman biasa bagi kau?Aku harap kau
akan jawab dengan jujur semua soalan aku ni. Yang penting, kau jangan tipu
perasaan kau kat aku.”
Fir
merayu kepada Sya. Bersungguh-sungguh dia ingin tahu perasaan sebenar Sya
terhadapnya. Sya mula mengetap bibir. Sya memang menyayangi Fir tetapi dia
tidak tahu sama ada dia sayang Fir sebagai kawan ataupun lebih daripada itu.
Sya sendiri tidak pasti.
“Aku……
aku…….aku sebenarnya….. ermm…..”
“Sebenarnya
apa, Sya? Please, Sya. Aku betul-betul nak tahu perasaan kau kat aku selama ni.
Pengakuan kau sangat penting untuk aku. Please Sya, please.” Fir merayu kepada
Sya. Rayuannya itu mungkin mampu untuk mencairkan hati Sya yang keras macam
besi itu.
“Eii,
kau boleh diam tak Fir. Aku akan bagitau la. Kau tak boleh sabar sikit ke? Kang
aku tampar muka kau kang baru kau tau.” Bentak Sya. Muka Sya sedikit kemerahan
menahan marah yang membuak-buak sekali gus menahan rasa malu dengan Fir.
Sya
membuat gaya tangan seolah-olah ingin menampar Fir. Tangannya begitu hampir
dengan muka Fir. Nasib baik la tangan Sya tak melekat di pipi Fir tu kalau tak
habis la muka Fir yang comel tu. Boleh jadi merah sebelah. Mujur Sya hanya
mengugutnya saja.
“Tak,
tak, tak.” Fir menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Takut kena penampar
Sya la kan.
“Ape
yang taknya?” Tanya Sya keliru.
Fir
perlahan-lahan menurunkan kedua-dua tangannya daripada menutupi mukanya itu.
Ingin lihat sama ada Sya masih nak menamparnya atau tidak.
“Takde
pape. He he..” Fir ketawa kecil untuk melindungi muka dia yang ketakutan tadi.
Fir cuba membuat muka selamba. Air matanya yang tadi mengalir tidak lagi
kelihatan.
“He
he he… takut ke? Aku gurau je pun. Takkan la aku nak tampar kau kut. Agak-agak la.
Haram tu kalau aku tampar kau. Kau ni pun, pengecut sangat.”
Jelas
terpapar di raut wajah Sya kegembiraan. Akhirnya, dia tahu juga dimana
kelemahan Fir iaitu penakut.
“Kenapa
aku pulak? Kau tu yang nak tampar aku tadi. Aku cuma risau je dengan muka comel
aku ni. Mana tau kut, kut kau nak tampar aku betul-betul.” Fir mula membuat
muka merajuk. Saja nak tarik perhatian Sya kat dia.
“Oi,
agak-agak la aku nak tampar muka kau tu. Muka kau tu terlalu hensem apa untuk
ditampar tau.”
Sya
memalingkan mukanya memerhatikan sekitar rumahnya itu. Mana la tau, kalau ada
orang lain yang dengar perbualan diorang. Dah la duduk berdua saja. Kalau
nampak dengan orang kampung boleh jadi fitnah pulak. Sya terfikir sejenak akan
ayatnya sebentar tadi.
‘Alamak,
aku ada puji muka mamat ni tadi. Adoi, teruk la macam ni. Boleh jadi perasan
sampai ke bulan mamat ni. Jangan la dia ingat aku suka kat dia pulak. Memang
aku suka pun. He he he… kalau camni lebih baik aku wat muka blur je.
Harap-harap dia tak perasan aku terpuji dia. Just relax Sya, relax.’
“La,
kau baru tau ke yang aku ni hensem. Ape la kau ni, Sya. Aku ni dah lame hensem
sejak dari bayi lagi tau. Kenapa? Selama ni kau nampak aku tak hensem ke?” Fir
menjongketkan keningnya beberapa kali.
“Kau
tu tak hensem pun. Kau tau tak?”
“Tak
tau.”
“Isy,
memang la kau tak tau.”
“Aku
tak tau apa?”
“Cara
kau cakap tu dah macam orang riak tau. Dosa kalau kau riak macam tu. Nanti
Tuhan tarik nikmat kecomelan yang kau miliki baru tau.”
“Eh,
ye ke? Astagfirullahalazim… aku tak perasan la Sya. Sorry, sorry.”
“Yang
kau ni dah kenapa sorry kat aku? Kau bukannya ada salah dengan aku pun. Kau cuma
perlu balik sembahYang pastu kau berdoa semoga Allah ampuni segala dosa-dosa
kau selama ini. Lebih bagus lagi, kalau
kau solat sunat taubat. Bersih sikit hati kau tu.”
“Oww,
macam tu ea. Terima kasih la ustazah kerana nasihatkan Fir ni. Insyaallah, Fir
akan turuti semua nasihat ustazah tu ya.”
Ewah,
dia ni memang nak kena ni. Macam peril aku je gayanya. Kau ingat aku ni ustazah
ke ha? Dah la main loya buruk dengan aku. Kalau loya baru tu takpe la jugak.
“Kau
nak balik rumah kau ke tak?”
“Aku
mana ada rumah. Bapak aku je yang ada rumah. He he he…” Fir sempat menyakat
Sya.
Muka
Sya sudah kemerah-merahan. Lebih merah daripada cili. Aku dah tak tahan ni. Tahap
kesabaran aku ada hadnya jugak. Sya mula berdiri di sebelah kerusi sambil
memegang kerusi itu.
“Kau
balik sekarang sebelum aku baling kerusi ni kat kau.” Kata Sya dengan sedikit
perasaan marah yang masih di pendamnya dalam jiwa.
“Kenapa
you nak baling kerusi kat I? Kesian la I kalau you baling kerusi tu. Kerusi tu
keras nanti sakit habis badan I. Daripada you baling kerusi, lebih baik you
baling hati you ke dalam hati I. Boleh la rasa kemanisan di sebaliknya.”
Fir
mengenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum penuh makna. ‘Dia dah mula dah. Mari
balik ayat gelinya tu. I, you, I, you.Eii, geli geleman aku dibuatnya. Nak
termuntah pun ada.’ Bisik hati Sya.
“Kau
pilih yang mana satu yang kau nak. Kau nak penumbuk ke ataupun kau nak
penampar. Pilih sekarang.”
Sya
mengayakan tangannya seperti ingin memberi penumbuk dengan penampar. Sya
merenung tajam mata Fir dengan rasa marah yang membuak-buak. Hisy, kalau singa
tengok muka Sya tika itu, pasti singa dah lari macam kena kejar hantu.
“Tak
nak dua-dua. He he he..” Fir rasa ketakutan melihat wajah Sya yang tengah marah
tu.
“Kalau
tak nak, kau balik sekarang.”
Sya
mengerakkan tangannya seperti menghalau ayam.
“Okey,
okey, aku balik. Esok kita jumpa pulak ya. Love YOU sayang. Muahh…”
Sempat
Fir membuat flying kiss kepada Sya dalam situasi seperti itu.
“Aku
kata balik la mangkuk.”
“Ye
la ni. Nak balik dah ni.”
Fir
melangkah pergi meninggalkan Sya dengan satu senyuman manis yang terukir
dibibirnya. Fir memalingkan mukannya untuk melihat kembali wajah Sya. Oleh
sebab terlalu asyik merenung wajah Sya dari jauh sambil tangannya
melambai-lambai ke arah Sya sehingga dia tidak perasan ada tunggul kayu
dihadapannya. Fir tergolek jatuh dengan kuat sekali. Sya terdengar raungan
kesakitan Fir itu dan terus menghampiri Fir segera. Bukan pertolongan yang
dihulurkan oleh Sya kepada Fir tetapi gelakan besar yang diberikannya.
“Camne,
sakit ke?” Tanya Sya gembira.
“Tak
sakit. Best sangat rasanya sayang.” Fir tersenyum tawar seolah-olah malas
hendak melayan loya buruk seorang gadis yang bernama Sya itu.
“Best?
Rase macam makan pizza ke?” sinis Sya.
“Ha’ah,
rase macam makan pizza. Nak cuba?” pelawa Fir mesra.
“Eh,
takpe takpe takpe. Thanks je la ya sebab sudi pelawa Sya untuk merasai sendiri
apa yang Fir tengah alami sekarang ni. Ha, kalau best sangat cuba Fir jatuh
sekali lagi. Nak jatuh banyak kali pun takpe.”
“Isy,
tak nak la aku. Sakit giler.” Fir mengurut-urut sedikit kakinya yang kesakitan
akibat terjatuh tadi.
“Kata
best. Siap kata rasenya macam makan pizza lagi.”
“Dah
kau tanya aku macam tu. So, aku jawab je la.”
“Emm,
ye la sangat. Eh, kaki kau tu sakit ke?”
“Mesti
la sakit. Kau ni bukannya nak tolong tapi tolong gelak ada la.”
“Tolong
jugak tu kan.”
“Hisy,
tolong la aku. Aku tak boleh nak bangun ni Sya. Sakit sangat ni.” Fir memegang
sedikit kakinya yang terseliuh itu. Fir mengangkat kedua-dua belah tangannya
dihadapan Sya dengan berwajah seakan-akan ingin menagih simpati kepada Sya.
“Kau
ni dah kenapa angkat tangan depan aku ni?”
“Tolong
la angkat. Aku dah tak boleh nak bangun sendiri dah ni. Please Sya tolong aku.
Kau kan baik, cantik pulak tu. Boleh la Sya, boleh la. Please help me.”
“Oi,
mangkuk. Aku mana boleh tolong angkat kau. Haram tu kalau aku sentuh tangan kau.
Ha, kau tunggu sini kejap, aku pergi panggil abang aku. Kau tunggu sini tau,
jangan pergi mana-mana pulak.”
“Ye
la. Cepat sikit. Sakit ni.”
“Aku
tau la. Hisy, kau ni tak boleh sabar sikit ke? Tunggu situ nanti aku datang
balik.”
Baru
selangkah Sya berjalan pergi, Fir sudahpun memanggilnya.
“Sya.”
Panggil Fir sedikit lantang.
“Isy,
apa lagi?” Sya memalingkan mukannya dengan mulut bermucung untuk melihat Fir.
“Sya.”
Panggilannya semakin perlahan tetapi lemah-lembut bunyinya.
“Ya.”
“I
love U. Nanti lepas kita kahwin, you tak perlu panggil orang lain dah untuk
tolong I sebab you sendiri akan tolong I kan.”
“Pape
je la.”
Sya
berlalu pergi meninggalkan Fir yang tengah menahan kesakitan.
Selepas
lama Fir menunggu di atas tanah siap duduk bersila lagi, barulah Sya dengan
Falish kelihatan muncul menghampiri Fir dengan tergesa-gesa. Falish begitu
gelisah apabila melihat Fir mengerang kesakitan.
“Bro,
kenapa jadi camni?” Tanya Falish kerisauan. Falish berlutut di tepi kaki Fir.
“Dia
terlanggar tunggul kayu tu, ha.” Sya menunjukkan tunggul kayu berhampiran
dengan badan Fir. Falish melihat tunggul kayu tersebut.
“Oww,
kau sakit kat mana?” Tanya Falish ingin tahu.
“Kaki
kanan aku tu rasa sakit sangat. Aku rasa kaki aku tu terseliuh la.” Fir mengadu
kepada Falish.
“Aku
check sekejap kaki kau.” Falish mencari kesan-kesan terseliuh di kaki kanan
Fir. Satu kesan lebam telah kelihatan di pergelangan kaki kanan Fir.
“Patut
la kau sakit sampai tak boleh jalan. Kaki kau dah sampai lebam ni. Kalau macam tu
biar aku tolong hantar kau balik. Kalau kau nak jalan sendiri susah ni.”
Falish
mula memapah kawannya itu untuk menghantarnya balik ke rumah. Ala, bukannya
jauh pun tepi rumah je.Sempat lagi Fir mengenyitkan mata ke arah Sya tanpa
kesedaran Falish. Tetapi, jelingan tajam yang Sya berikan kepada Fir sebagai
balasan. Fir mula bermasam muka.