Isnin, 23 November 2015

Novel : Takdir Cinta 12

12
FIRDAUS  memakai kopiah putih pemberian Umi Khadijah. Langkah diatur laju menuruni anak tangga. Syafrill yang sedang menaiki tangga memandang Firdaus yang lengkap serba putih dengan hairan. Nak pergi mana pula budak ni? Syafrill mendepakan tangannya menghalang Firdaus daripada terus menuruni anak tangga. Firdaus berkerut seribu. Apa hal pula dengan dia ni? Masa ni la dia nak buat ‘road block’ bagai. Getus hati Firdaus.
“Along.. acik dah lewat ni.” Firdaus membuat muka sepuluh sen.
“Nak pergi mana ni? Handsome tahap Imam Muda Nazrul bagai.”
“Acik nak pergi pondok la. Dah lewat ni.. Tepi la along.” Rengek Firdaus.
Syafrill mencebik bibir. Kelmarin tak nak pergi, sekarang kelam kabut nak pergi. Adik siapa la ni.
“Pergi sana tu belajar. Jangan nak jatuh cinta dengan orang kat sana pula.” Pesan Syafrill tegas. Firdaus mengangkat kening. Macamlah aku tak ada kerja lain pula nak cari makwe kat sana.
“Yalah cik Syafrill Hafiz.” Syafrill menurunkan tangannya. Firdaus bersalaman dengan Syafrill dan terus beredar pergi. Berderum enjin kereta Myvi putih milik Firdaus dari luar rumah. Syafrill hanya menggeleng kepala melihat telatah adik bongsunya.
“Acik pergi mana tu along?” Sampuk Safina dari dapur.
“Pergi pondok.” Jawab Syafrill bersahaja. Syafrill  meneruskan langkah mendaki anak tangga.

FIRDAUS membuka pintu keretanya lalu melangkah keluar. Karim yang terlihat kereta Myvi milik Firdaus terus menghampiri. Firdaus tersenyum lebar melihat sahabatnya yang menyambut kehadirannya di situ. Kamil segera bersalaman dengan Firdaus.
“Firdaus… Subhanallah, ke mana anta menghilang sampai seminggu tak datang pondok? Kami semua kat sini risau fasal anta.” Firdaus ketawa kecil selepas mendengar teguran Kamil. Ada juga orang risau fasal aku. Ingatkan tak ada yang peduli.
“Allah, ana ada hal yang perlu diselesaikan. Yang penting ana dah datang semula ke pondok ni. Kai faha lukka?”
“Alhamdulillah, bikhoir.” Firdaus memeluk sahabatnya itu. Senyuman Firdaus terus mati saat matanya terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Hidayah?
Firdaus melonggarkan pelukannya dan menolak tubuh Kamil ke tepi. Kamil kehairanan. Anak mata Firdaus langsung tidak berganjak daripada terus memerhati gerak-geri Hidayah.
“Tunggu sini sekejap Kamil.” Firdaus bergegas mendapatkan Hidayah namun bayangan Hidayah tiba-tiba hilang begitu sahaja. Aku yakin gadis tadi Hidayah. Aku kenal dia.
“Hidayah!!!” Panggil Firdaus sekuat hati. Semua mata tertumpu pada Firdaus waktu itu.
Hidayah menghentikan langkah. Telinganya menangkap satu suara yang memanggil namanya. Hatinya mula berombak kencang. Firdaus? Ya Allah, tidak mungkin dia ada di sini.
“Kenapa ni Hidayah?” Tegur Hanim risau.
“Ana terdengar ada orang panggil nama ana.” Adu Hidayah pada Hanim. Hanim melihat sekeliling tempat mereka berdiri. Hanya dia dan Hidayah sahaja di situ.
“Hidayah salah dengar kut. Ana tak ada dengar apa-apa pun. Dah jom…” Hidayah mengikuti langkah Hanim. Ya Allah, Kau damaikanlah hati hamba-Mu ini.
“Firdaus, anta okay tak ni?” Karim memegang bahu Firdaus. Risau hatinya bila terdengar Firdaus menjerit memanggil nama seseorang.
“Ana nampak dia, Karim. Ana nampak dia.” Rintih Firdaus.
“Ya Allah, istighfar Firdaus. Jangan jadi lemah macam ni.” Karim merangkul badan Firdaus yang lemah. Entah kenapa sahabatnya itu dalam sekelip mata menjadi lemah tidak berdaya. Siapa Hidayah?

HIDAYAH dan kumpulan ‘four’ H a.k.a  rakan sebiliknya bersiap untuk ke masjid. Mereka berjalan sambil berbual sakan. Firdaus menyelit di celah orang yang memenuhi saf depan. Pantang baginya kalau terlihat ada ruang kosong di saf hadapan, pasti dia akan memenuhinya.
“Firdaus, silakan.” Firdaus terkejut beruk bila Kamil menyuruhnya untuk melaungkan azan.
“Tapi ana…” Belum sempat Firdaus menghabiskan ayatnya Kamil pantas mencelah.
“Anta kan dah lama tak datang pondok. Ana rindu nak dengar anta azan. Silakan Firdaus.” Habis longgar tulang belulang Firdaus mendengarnya. Ya Allah, kenapa hati ini berdebar-debar? Firdaus menapak selangkah ke hadapan. Kamil tersenyum gembira.
Waktu maghrib telah tiba, Firdaus segera melaungkan azan dengan penuh rasa cinta pada Ilahi. Dada Hidayah kembali berdenyut laju. Ya Allah, suara itu. Firdaus?
Usai solat maghrib dan Isyak, Hidayah teragak-agak untuk memijak tangga masjid. Dia takut Firdaus akan ternampak dirinya. Hidayah belum bersedia untuk bertemu dengan Firdaus. Ah, kalau ingin diikutkan hati 20 tahun lagi pun Hidayah takkan bersedia.
“Hidayah?” Suara itu hampir membuatkan Hidayah pengsan. Ya Allah, dia nampak aku ke?
“Siapa ni?” Tanya Hanim ingin tahu.
“Tak kenal.” balas Hidayah.  Hidayah ingin menuruni anak tangga namun di halang oleh Hanim. Hanim memegang erat tangan Hidayah.
“Tak baik pergi macam tu je.” Hanim menegur Hidayah, perlahan. Hanim yang perasan Firdaus memandang mereka dengan muka hairan mula menayangkan sebaris giginya. ‘Cover line’..
“Hidayah, ana ada sesuatu yang ingin diberitahu. Tolong beri Fir peluang untuk menjelaskan semuanya.” Hidayah memandang Firdaus penuh rimas. Apa lagi yang dia nak? Hidayah berlalu begitu sahaja. Tidak ingin mendengar sebarang penjelasan daripada mulut lelaki itu. Hanim tergamam hilang kata. Dia tidak faham akan situasi sebenarnya.
“Hidayah, jangan tinggalkan Fir lagi.” luah hati Firdaus. Hidayah, apa salah Firdaus? Kenapa buat Firdaus macam ni?
“Ana pergi pujuk Hidayah ya.” Hanim berlari anak mendapatkan Hidayah. Firdaus terduduk di tangga. Sayu hatinya tika itu. Kamil yang mengikuti perbualan mereka, duduk di sisi Firdaus. Ditepuk bahu Firdaus berulang kali. Kasihan sahabatnya itu.

HANIM membuka matanya yang sedia tertutup rapat. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Tidur lenanya terganggu dek suara Hidayah yang tidak henti-henti memanggil nama Firdaus. Mengigau agaknya. Hanim menggoncang bahu Hidayah beberapa kali. Risau hatinya melihat Hidayah berpeluh bagai. Mimpi apa dia ni?
“Hidayah… bangun Hidayah. Hidayah…”
“Firdaus…. jangan tinggalkan saya.. Fir… Fir!!!!”
Gedebuk!!! Hanim terjatuh di lantai dek terkejut dengan jeritan Hidayah. Hanim menggosok belakangnya yang menjadi mangsa awal pagi buta lagi. Hidayah meraup muka dan beristighfar. Hanim mengambil tempat di sisi Hidayah.
“Awak okay tak ni? Kalau tak okay, saya rasa awak perlu solat tahajud. Mohon ketenangan daripada Allah. In sha Allah, hati awak akan tenang nanti. ” Hanim menggenggam erat tangan Hidayah. Hidayah yang masih bersisa ketakutan, mendakap rakannya itu.

YA ALLAH, kenapa dia buat kerja bodoh pagi-pagi begini? Aku tak nak jumpa dia. Tak faham bahasa ke? Hidayah curi-curi intai Firdaus yang terpacak persis tiang bendera depan pintu. Bila dia nak blah ni. Dah sejam lebih aku terperuk dalam bilik. Aku bukan asam yang boleh terperap lama. Hanim sekadar membisu. Kalau dia buka mulut mahunya si Hidayah sumbat mulutnya dengan tuala.
Bulat mata Hidayah melihat Firdaus seperti memberitahu Haida sesuatu. Mata Haida tertangkap wajah Hidayah yang seperti pencuri intai-intai dari celah pintu. Hidayah pantas menutup pintu yang sedikit terbuka. Haida menggeleng kepala.
“Hidayah, buka pintu ni.” Tegas Haida. Perlahan-lahan Hidayah memulas tombol pintu.
“Kenapa buat orang tertunggu-tunggu macam tu, Hidayah? Tak baik tau.” Tegur Haida. Hidayah menundukkan kepalanya. Dia pun tak sampai hati biarkan Firdaus berdiri di luar sana. Sampai sejam lebih. Rasa bersalah menerpa wajahnya.
“Saya tak bersedia untuk jumpa dia. Suruh dia balik, Haida. Awak kan kawan saya.” rayu Hidayah penuh pengharapan.
“Pergilah jumpa dia sekejap. Mana tahu ada hal penting.” Pujuk Haida. Hati Hidayah berbelah-bahagi. Nak jumpa ke tak?
“Pergilah Hidayah.” Celah Hanim.
Hidayah menarik nafas panjang. Langkah disusun rapi mendekati Firdaus yang masih setia berdiri di situ. Bibir Firdaus ditarik sampai ke telinga. Alhamdulillah, Hidayah sudi juga bertemu dengannya. Peluang itu dimanfaatkan Firdaus sebaik mungkin. Dia mesti perbaiki hubungannya dengan Hidayah secepat mungkin. Sengsara hatinya semenjak Hidayah menjauhi dirinya.
“Hidayah, terima kasih kerana beri Fir peluang. Mula-mula sekali, Fir nak minta maaf jika Fir ada menyinggung hati Hidayah. Percayalah, tidak pernah terdetik sebesar zarah pun dalam hati Fir untuk menyakitkan perasaan Hidayah. Fir tahu semua ni salah Fir. Fir punca kemarahan Hidayah. Maafkan Fir.” luah isi hati Firdaus.
Lega rasanya membebaskan ayat yang bersarang dalam mindanya. Semalaman Firdaus tidak dapat tidur. Semuanya gara-gara memikirkan ayat untuk menambat semula kepercayaan Hidayah. Sampai lebam matanya persis mata panda.
“Salah Hidayah juga. Ikutkan sangat perasaan hati.” Ujar Hidayah, bersalah.
Firdaus angkat kening. Tanpa dipinta, benaknya terlintas akan sesuatu yang bisa membuatkan Hidayah tersenyum kembali. Firdaus mula menyanyikan lagu kumpulan dehearty iaitu Permata Yang Dicari.
Hadirnya.. tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadirnya insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi…
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini…
Hidayah tertunduk malu. Lagu itulah yang pernah mengikat cintanya dengan Firdaus ketika di maahad dahulu. Lunak suara Firdaus masih tidak berubah. Maklumlah, Firdaus bekas ketua kumpulan nasyid suatu ketika dahulu. Dari situlah hatinya terpaut dengan Firdaus.
Kasih mereka tidak pernah membatasi syariat. Mereka pasrah dengan ketentuan Allah. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau mereka berjodoh, alhamdulillah. Kalau tiada jodoh, mungkin mereka akan terus sebagai kawan. Tetapi setelah Firdaus tamat pengajian di maahad, tiada satu pun khabar mengenai Firdaus. Itulah penyebab utama Hidayah tidak mahu berjumpa Firdaus. Dia kekok.

Tiada ulasan: