Ahad, 8 Jun 2014

cerpen SIAPAKAH JODOHKU?


Hatiku sentiasa berdebar-debar setiap kali terbayang akan sepasang mata brown yang cukup menawan itu. Aku hairan kenapa mata secantik itu dimiliki oleh insan yang bernama…ah, aku sendiri pun tak tahu. Tapi kan orang tu kacak. Meskipun dia sentiasa hadir dalam mimpiku dengan rupanya yang kurang jelas tapi aku….

“Zaklish!!!!” Jerit Hakim lantang. Bergema lubang telinga aku ni dek mendengar jeritannya. Eii, dia ni kan kalau jerit macam aku ni duk kat Australia. Ni yang aku nak lempang je mamat ni. Huh, sabar je la.

“Kau ni dah kenapa, Kim? Aku depan kau aje. Tak payah la jerit bagai nak seluruh pelosok dunia dengar suara kau yang macam kambing nak mati tu.” Bentak Zaklish. Terangkat kedua-dua belah bahu Hakim dek terlampau terkejut.

“You, ada orang nak jumpa.” Ujar Hakim dengan penuh lemah lembut. Kalah orang perempuan. Sampai aku sendiri pun dah tak boleh beza jantina kawan serumah aku sorang ni. Atau lebih tepat, sepupu aku. Dah la cara dia berpakaian persis perempuan, nasib baik la dia tak pakai baju kurung. Tak mengaku sepupu la jawabnya.

“Eii, siapa?” Jawab Zaklish malas. Zaklish menggaru-garu sedikit kepalanya yang dilitupi tudung bawal oren.

“Ala, your husband. Siapa lagi.” Seloroh Hakim.

“What? Bila masa aku kahwin? Kau jangan main-main dengan aku, Kim. Nanti tak fasal-fasal aku lempang kau pulak.”

“Okay okay, your boyfriend forever. Ala, Saiful la.” Hakim menampar lembut bahu Zaklish. Berdiri semua bulu roma Zaklish apabila menerima tamparan lembut Hakim tu. Seram + geli.

“Saiful? Kau biar betul Kim?” Zaklish terpaku seketika.

“Hey, I betul okay. Tak percaya pergi tengok sendiri. Baik you cepat kalau tak, I kebas.” Ugut Hakim tiba-tiba. Buntang mata Zaklish selepas mendengar ugutan Hakim itu. Tangan Zaklish tidak mampu bertahan lagi daripada ingin mencubit sekuat hati lengan Hakim.

“Auch!! Sakit la.” Jerit Hakim.

“Eh, Kim kau tu lelaki. Kau mana boleh suka dengan…”

“Hai?” Saiful melambai tangan ke arah Zaklish di sebalik daun pintu bilik Zaklish yang terbuka luas.

“Cak.” Saiful menutup mukanya dengan tapak tangan lantas di buka pantas. Kemudian dia mengulanginya beberapa kali. Apa la nak jadi dengan Saiful, umur semakin meningkat tapi perangai semakin menurun ke arah kebudak-budakan.

“Sayang, jom. I ada kejutan untuk you.” Ujar Saiful mesra. Mata itu, bukan mata yang aku lihat dalam mimpiku. Saiful, kenapa kau….maksud aku mata kau warna…..

“Dah la tu duk renung mata orang. Tau la mata I ni warna black and white. Tak secantik mata you tu.” Ujar Saiful dengan rasa malas. Saiful mula menarik muncung. Kalau bukan Saiful, siapa lagi yang aku sayang? Siapakah gerangan dalam mimpiku itu? Adakah jejaka dalam mimpiku adalah jodohku? Ah, tak mungkinlah.

***

Tinggal satu shopping mall lagi yang aku dan Saiful belum terjah lagi. Rupa-rupanya, ni la kejutan yang Saiful nak bagi kat aku. Shopping sampai puas hati. Maklumlah, si Saiful tu doktor pakar bedah. Duit pun banyak. Tapi, itu tak bermakna aku ni mata duitan. Aku cintakan Saiful bukan kerana duitnya. Dah dia yang terhegeh-hegeh nak belanja aku. So, aku terima je la. Tak salah kan? Lagipun tak baik tolak rezeki ni. Shopping kali ni memang meletihkan hampir seluruh tubuhku. Rasa nak tercabut kaki aku ni.

“Kim?” Zaklish sedikit terkejut dengan kehadiran Hakim di hadapannya.

“Kau buat apa kat sini? Sorang aje?” Mata Zaklish melilau setiap sudut dalam bangunan pusat beli-belah itu seperti sedang mencari seseorang.

“Ya la, sorang. Tak kan dua kut. You nampak I dengan orang lain ke? You ni pun.” Lagi sekali bahuku menikmati rasa tamparan yang teramat lembut daripada Hakim. Lembut un tapi tetap rasa sakitnya.

“Beb, handsomenya….” Secara tiba-tiba dengan tak ada angin, tak ada ribut, Hakim menjadi gedik semacam.

“Mana?” Zaklish bertanya. Satu cubitan kecil dihadiahkan kepada Zaklish daripada Saiful. Angin cemburu buta sudah datang mari. Saiful membulatkan matanya, memberi amaran kepada Zaklish.

“Ouch, sakit la.” Marah Zaklish. Zaklish menggosok-gosok bekas cubitan Saiful.

“Tu, yang pakai cermin mata hitam dekat kedai bunga hujung sana tu.” Hakim memberitahu Zaklish dengan perasaan yang penuh teruja. Teruja sebab jejaka itu macho. Hurm, boleh tahan jugak cita rasa mamat ni. Cari yang kacak tapi dia kan lelaki. Huh, pelik betul otak si Hakim ni.

 

AKAN BERSAMBUNG…..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa semua cerpen takde sambungannnnn kata akan bersambung tapi manaaaaa ��

Nurul Aima Mohd Zaki berkata...

Sbb mia busy dgn study..tkda mase nk smbung smua crite..maaf yaa