Ahad, 8 Jun 2014

novel KAU BUKAN FIR AKU!!


BAB 7

Hari ini bermula la operasi mengemas rumah seperti yang si Falisha mulut murai tu tulis untuk aku. Tak buat kang kena bebel pulak. Aku lebih sanggup buat semua tugas yang dia tulis di atas kertas A4 tu daripada kena dengar dia membebel sebijik sama macam burung murai yang tak tau nak berhenti berbunyi.

“Fuh, penatnya. Tak sempat aku nak rehat ni. Banyak lagi ni tugas yang nak kena siapkan. Emm, aku pergi sidai baju kat luar dulu la. Yang lain, aku buat lepas ni. Lepas tu, nanti dah beres boleh la aku rest secukupnya.” Aku memberitahu diriku.

Aku mula melangkah keluar dari rumah melalui pintu belakang. Nak tengok cuaca kat luar camne. Kut, kut nak hujan. Sesudah aku berada di luar rumah, aku dapat rasai panasnya cahaya matahari menyinari.

Fuyoo!! Panas gila hari ni. Boleh terbakar kulit aku yang gebu ni. Kena cepat-cepat sidai baju ni kalau tak, jadi minah Bangladesh la jawabnya. Alamak, baru aku ingat satu benda. Aku berjalan memasuki rumah semula untuk mengambil sesuatu.

“Oi, nak pergi mana tu? Jangan nak lari ea. Banyak lagi tugas yang perlu Sya selesaikan tu.”

Kata-kata Falisha menyebabkan aku berhenti berjalan dan memalingkan muka ke arah ruang tamu untuk melihatnya.

“Mana ada Sya lari. Sya nak pergi ambik kain tudung dalam bilik je. Takkan la Sya nak pergi sidai baju dengan kepala tak bertudung kut. Kan dosa tu. Kak Falisha bukannya nak tolong Sya buat sekali pun tapi tolong tengok je tu ade la”balasku geram.

“La, ingatkan nak lari tadi. Manalah tau kan. Tiba-tiba, takde kat rumah pergi lepak mana-mana. Falisha dah pandai buat semua tugas tu. Tugas Falisha hanya perlu memasak je. Sya memang kena belajar semua tu, nanti takde orang nak buat menantu baru tau.”

Sempat lagiFalisha menyindir Sya. Mentang-mentang la Falisha tahu buat semua kerja rumah, suka-suki dia je sindir orang macam aku ni.

‘Aku bukannya tak tau tapi malas. M A L A S yang teramat sangat. Lagipun aku ni kecik lagi. Baru 14 tahun dah kena membebel pasal malas buat kerja rumah la, tak buat menantu orang la, orang tak nak buat bini la, itu la, ini la. Isy, kenapa aku kena fikir semua tu ha? Aku bukannya anak dara yang berumur 23 tahun yang memang sepatutnya dah nak kahwin pun. Bencinya!!!!!!!’

“Pape je la. Malas Sya nak layan Lisha yang macam burung murai ni. Wekk…”aku menjelirkan lidah kepada Falisha.

“Oi, sedap mulut kau je kata aku ni macam burung murai. Siap kau. Dah la main jelir lidah kat orang. Potong lidah tu sampai pendek kang baru tahu. Malam ni, Falisha tak nak masak untuk Sya. Sya masak la sendiri kalau Sya nak.” Falisha menjeling mata ke arahku.

“Jeling la lagi. Nanti Sya korek mata Falisha tu. Biar jadi buta. Nak? Kalau Falisha tak nak masak takpe. Sya kan pandai masak. Nanti Sya masak sendiri. Sya tak nak kongsi dengan Falisha. Wekk…” aku membuat muka soalah-olah ingin muntah.

“Ikut suka hati kau la Sya. Malas aku nak layan. Lebih baik aku layan crite dalam tv daripada layan kau Sya. Dah pergi sambung buat kerja, jangan nak tercegak kat situ macam patung pulak. Syuh…”

Falisha mengangkat tangan dan membuat gerakan seperti menghalau kucing. Eii, geramnya dengan Falisha si burung murai, aku punyalah kiut miut ni kau halau macam kucing. Kalau kucing parsi tu takpe la jugak. Kucing parsi kan comel. Dah la aku ni secomel kucing parsi. Ha ha ha.. perasan.

“Dah la. Aku nak pergi sambung kerja aku balik. Aku pergi dulu ye burung murai. Wekk….” Aku menjelir lidah sekali lagi.

‘Falisha yang terlalu geram melemparkan bantal yang berhampiran dengannya kepadaku. Mujur aku sempat mengelak daripada terkena. Ape la minah burung murai ni, main lempar-lempar bantal pulak. Kalau kena muka aku yang cute ni, siapa yang nak tanggung?

Nanti boleh hilang kecomelan muka aku ni kalau terkena bantal yang Falisha lempar ke arah aku tadi. Falisha ni cemburu sangat dengan kecomelan aku. Aku tau la aku ni orang yang paling comel antara kami adik beradik. Dengki betul la Falisha ni.’

“Oi, main kasar nampak. Siap kau.”

Aku membaling semula bantal yang Falisha lempar tadi ke mukanya. Pap…. Bantal yang aku baling mengenai sasaran. Betul-betul kena mukanya.

“Yes, kena. Pandai jugak aku baling ya. Apa macam Falisha? Sedap tak kena bantal? He he..” Sya bertanya sinis.

“Eii, geramnya aku dengan kau ni SYA… siap kau.”

“Alamak, burung murai nak mengamuk. Lari…”

Aku bergegas menaiki tangga dengan ketawa kecil menuju ke bilik meninggalkan Falisha seorang diri.

“Tau takut. Padan muka kau. Lain kali jangan cabar kesabaran aku.”

Falisha tergelak sendiri melihat gaya Sya menaiki tangga itu tadi. Lucu, macam orang lari nampak hantu je gayanya.“Mana pulak kain tudung aku ni? Dari tadi cari tak jumpa-jumpa jugak.”

Sya membelek-belek tudung yangdiinginkan di dalam almari di biliknya.

“Yes, jumpa jugak akhirnya.”

Aku mengambil sehelai tudung bawal berwarna hijau pucuk yang tersangkut di dalam almari. Aku menyematnya dengan teliti sekali sambil membetulkan tudung di hadapan cermin yang ada di dalam bilik tidurku. Cantik sangat. Memang sesuai aku kenakan baju kurung kuning dan tudung hijau. Nampak ayu gitu.

“Dah, siap.”

Aku mula melangkah keluar dari bilikku dengan senyuman. Aku berjalan ke bilik air untuk mengambil pakaian yang sudah siap dibasuh untuk disidai. Aku membawa keluar semua kain yang dibasuh ke luar rumah.

“Banyaknya kain yang nak kena sidai.” Aku mengeluh sambil melihat kain yang perlu disidai.

“Okey. Sabar Sya, sabar.Kau pasti boleh buat. Kita mulakan dengan bismillahirahmanirahim.”

Aku mula menyidai pakaian satu persatu dengan ayu sekali. Cewah, ayu la sangat.

 

Seorang budak lelaki  yang berpakaian t-shirt hijau pucuk dan berseluar jean hitam menghampiriku dari arah belakang tanpa aku sedari. Orangnya tinggi daripadaku dan badannya kurus. Warna bajunya memang padan dengan kulitnya yang putih gebu itu.

“Ai, rajinnya dia. Nak pertolongan ke?”

Dia mula berbisik dengan ayat sinis di tepi telingaku dari belakang. Suaranya macam aku pernah dengar. Ya, aku amat mengenali suara itu. Aku mula memalingkan tubuhku ke belakang dengan senyuman terukir di bibir untuk melihat orangnya.

“La, kau rupannya mangkuk. Kau buat apa kat sini. Menyibuk je kerja dia.” Ujarku malas. Aku menyambung kembali menyidai pakaian. Senyumanku yang tadi kelihatan manis entah hilang ke mana selepas mengetahui orangnya.

‘Dah sah betul tekaan aku tadi. Memang mangkuk ni. Kalau korang nak tahu ni nama penuh dia Muhammad Firdaus atau seperti yang telah korang kenali dengan panggilan Fir. Dia ni asal orang Johor. Tinggal kat sini baru 2 tahun tu pun sebab mak dia kena tukar kerja kat sini jadi peguam kat Kelantan ni tapi berlagak macam orang lama. Dia sama kelas dengan kakak aku. Dia ni takde kerja lain, datang sini mesti nak cari abang aku. Benda yang selalunya dia datang sini sebab nak ajak abang aku pergi lepak kat tepi pantai la tu. Mujur la pantai dengan rumah aku tak jauh. Jalan kaki tak sampai tujuh minit dah sampai. So, aku boleh la lepak kat situ selalu jugak.’

“Hisy, sampai hati you panggil I mangkuk. Tak boleh ke you panggil I dengan nama manja macam darling ke, sayang ke, manja ke. Dah dua tahun sejak mula-mula kita kenal lagi you asyik panggil I mangkuk mangkuk mangkuk. Huh..” Fir mendengus beberapa kali.

Fir mula memeluk tubuh sambil memerhatikan tanganku yang sedang asyik menyidai pakaian. Marah dengan aku agaknya.

“Ei, takde maknanya la aku nak panggil kau dengan nama macam tu. Geli la.”

“Ha, kalau macam tu you panggil la I dengan nama abang Fir. Kan sedap di dengar tu.”

Aku memalingkan mukaku untuk menatap matanya. Aku menjongketkan kening kiriku  sambil merenung matanya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku dengar.

“Ni, kenapa you renung mata I lama macam tu? Ke mata I ni cantik sampai you tergoda. Ha, ataupun you minat kat I sebenarnya. Mengaku je la.” Tembak Fir. Hampir saja tembakkan kata-katanya itu mengenai hati Sya.

‘Eleh, mamat ni. Aku renung sekejap je dah fikir bukan-bukan. Mentang-mentang la mata dia comel. Aku tau la mata kau tu warna sedikit kehijauan tapi jangan la sampai nak berlagak bagai. Aku korek kang mata kau ganti dengan mata kucing baru padan muka kau.’

“Oi, tolong la sikit ea. Aku setakat mata kau tu tak tergoda la.”Aku menjeling mata kepadanya.

“Hisy, tengok tu. You ni selalu je guna bahase kasar dengan I. Panggil la manja-manja sikit. Abang Fir nak dengar you cakap dengan lemah-lembut boleh? Abang Fir teringin la nak dengar.” Pujuk Fir lembu boleh mencairkan setiap gadis yang mendengarnya.

“Kau ni dah kenapa teringin bagai? Dah macam orang mengandung dah aku tengok kau ni. Teringin itu, teringin ini. Kau tu sepatutnya aku panggil pak cik tau. Ha, pak cik Firdaus. Sedap bunyinya kan pak cik.” Sya mengelipkan matanya beberapa kali dengan senyuman manis di bibirnya.

“Gelaran Pak cik tu tak sedap didengar la. Panggilan abang lagi sedap didengar.” Fir mengenyitkan mata kanannya. Cuba untuk mengoda gadis itu.

“Oi, pak cik. Kau jangan nak lebih-lebih ea. Aku ketuk kang kepala kau dengan penyapu baru tau. Ni kau datang sini nak jumpa dengan abang aku ke apa?”

“Eh, tak la. I tak nak jumpa abang you tapi I nak jumpa you.”

“Kenapa kau nak jumpa aku?” Sya bertanya dengan rasa keliru.

‘Tak pernah-pernah pun Fir nak jumpa aku. Selama ni, Fir bukannya nak jumpa dengan aku pun. Bercakap pun jarang-jarang. Ni mesti ade something wrong ni.’ Bisik hati Sya.

“Jom.” Kata Fir mesra.

“Nak pergi mane?” Sya bertanya dengan malas. Takde mood nak berbual dengan Fir agaknya.

“Kita pergi duduk kat sana.”

Fir menunding ibu jari tangan kanannya menunjuk ke suatu tempat yang ada kerusi dan meja rehat di bawah sebatang pokok rambutan yang rendang. Tempat tu selalu Sya lepak untuk study ataupun menghirup udara segar pada waktu malam. Lagipun, tempat tu depan rumah Sya aje.

“Ade sesuatu yang I nak bincang dengan you.” Fir menolak lem bahu Sya dengan hujung jari tangannya.

“Habis tu, baju semua ni tak habis jemur lagi. Kalau tak siapkan nanti mak dengan kak marah Sya.”

Sya memandang lemah akan baju-baju yang belum dijemurnya itu. ‘Banyak lagi ni. Walau macam mane sekali pun, aku kena siapkan jugak. Kesian kat mak kalau aku tak siapkan semua ni.’ Rintih hati Sya.

“Ermm, takpe. Biar Abang Fir tolong jemur baju ni. Cepat sikit siap.”

Fir tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Alahai, comelnya.

“Ai, rajinnya nak tolong orang. Ni mesti ade pape ni.” Sya berkata sinis.

“Takde la, saje je nak tolong. Kesian tengok dia kena jemur baju yang banyak ni sorang diri.”

Kedua-dua tangan Fir sudah mula mencapai sehelai dua baju yang belum dijemur untuk disidaikan di atas tali . Sya pun melakukan perkara yang sama. Baik jugak si Fir ni kan. Sesuai sangat kalau dijadikan calon suami.

Setelah 5 minit kami tak berkata, akhirnya Fir yang terlebih dahulu mengeluarkan suara.

“Rajin la Sya ni. Pagi-pagi dah jemur baju. Banyak pulak tu. Kenapa kak Sya tak tolong sekali?”

“Eleh, dia tu bukannya nak tolong pun. Habis-habis dia tolong pun, tolong tengok je. Lagipun, semua benda ni dia yang rancang. Siap bagi jadual lagi tau. Sakit hati ni.”

“Jadual? Jadual apa?” Fir memandang Sya hairan.

Sya mengeluarkan sehelai kertas tugasan yang ditulis oleh Falisha lalu diserahkan kepada Fir. Sya masih menyimpan kertas itu.

“Ni ha. Cer kau baca apa yang kakak aku tulis atas kertas ni. Kau jangan terkejut pulak.”

Sya menghulurkan kertas tersebut kepada Fir. Fir mengambil kertas tersebut daripada Sya dengan cepat dan membacanya di dalam hati dengan pantas sekali. Sya menyambung kembali menyidai pakaian.

“Oi, tu bukannya makanan tapi kertas. Yang kau ambil dengan tergesa-gesa tu ape hal?” marah Sya.

“Mak ai, banyaknya benda yang you kena buat. Kesian kat you Sya. Mesti penat kan nak kena wat semua ni.” Kata Fir simpati.

“Tau takpe. Sampai lenguh-lenguh badan aku ni nak siapkan semua tu.”

“You kena wat semua ni hari-hari ke?”

“Isy, tak la. Seminggu sekali je. Minggu depan last. Mase cuti sekolah je kena wat semua tu. Habis cuti, tak kena wat dah.” Sya tersenyum gembira.

“Oww.” Fir mengangguk sedikit setelah mendengar penjelasan Sya.

‘Yes, dah siap akhirnya sidai semua pakaian ni.’ Sya bertepuk tangan beberapa kali dengan perlahan kerana gembira satu tugasannya sudah siap.

“Ok, dah siap. Jom.” Sya mengajak Fir untuk pergi berbual di depan rumahnya seperti yang dijanjikan tadi.

“Nak pergi mane?” Tanya Fir keliru.

“Eii, geramnya aku dengan dia ni. Dia yang beria-ria ajak aku pergi berbual tapi sekarang dia pulak yang tak ingat.” Sya berkata geram dan sengaja diperlahankan suaranya agar Fir tidak dengar apa yang dikatakannya sambil mukanya menghadap ke arah lain.

“Apa YO cakap tadi? I kurang dengar la. Boleh ulang semula tak?”

Sya tersentak lalu memalingkan mukannya kembali menatap wajah Fir dengan satu senyuman bersalah. ‘Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi. Alamak, harap-harap dia tak dengar la apa yang aku cakap tadi. Amin..’

“He he.. takde pape la. Aku cuma nak semula kertas yang kau pegang tu. Ha, tadi kan kau ada kata nak bincang sesuatu dengan aku.” Sya cuba menukar topic.

“Oh, ye la kan. Sorry, I lupa la. He he.. sorry ya. Jom la.”

‘Eleh, cakap la yang kau tu dah nyanyuk sampai tak ingat itu ini. Buat-buat lupa konon. Menyampah pulak aku rase.’ Sya mengambil semula kertas tugasan dari tangan Fir. Sya menyimpan kembali kertas itu di dalam poket.

 

Falish menghampiri Lisha yang sibuk menonton drama Korea lalu duduk bersebelahan dengan Lisha.

“Best ke cerita ni?” Falish menyilangkan kakinya.

“Ha’ah.” Lisha tidak menoleh sedikit pun ke arah Falish yang sedang duduk di sebelahnya.

“Macam boring je.”

“Mana ada boring. Best tau cerita ni.”

“Hurmm..” Falish menonton malas cerita Korea. Nak tukar cerita lain takut Lisha marah. Kesian Ish.

 

Sya dan Fir berjalan menghampiri sebuah meja dan beberapa buah kerusi yang bersandar di meja itu. Sya mula melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi yang ada di situ. Begitu juga dengan Fir. Kedudukan mereka menyebabkan mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

“Thanks la sebab kau sudi tolong aku tadi.” Sya berkata selamba di depan Fir. Tidak ada perasaan gementar mahupun segan walaupun mereka berdua saja di situ.

“Sama-sama. Hal kecik je tu.” Fir mengeyit mata ke arah Sya dengan senyuman mengoda.

“Ha, ni apesal kau nak jumpa aku. Kau kata kau ada benda nak bincang dengan aku. Kau nak bincang hal ape?”

“I nak bincang hal….ermm hal, hal…”

“Hal ape?” kata Sya sedikit marah sambil tangannya menghentak kuat meja sehingga Fir terkejut.

“Hal kita.”

“Hal kita?”

“Emm, I sebenarnya ermm, sebenarnya sebenarnya se…”

Fir menjadi gagap untuk berkata-kata. Entah kenapa. Dia sendiri tidak tahu. Dahinya sedikit berpeluh mungkin disebabkan rasa gementar apabila menatap wajah Sya. Dia tak pernah menatap wajah comel Sya secara berdepan-depan terutamanya masa mereka berdua je..

“Sebenarnya apa?” Sya menengking Fir.

“I sebenarnya rindu kat you. I tak tau kenapa I rindu sangat-sangat kat you. I tak boleh lupakan bayangan you. I sayang sangat kat you.”

Kata-kata itu terlepas dari mulut Fir. Fir segera menutup mulutnya. ‘Alamak, kantoi.’ Bisik hati Fir. Sya sedikit terkejut dengan apa yang Fir beritahunya itu.

‘Apa dia cakap ni? Apa maksud dia? Kenapa hatiku berdebar-debar saat dia menyatakan bahawa dia menyayangi aku? Apa maksud perasaan ni? Aku bermimpi ke apa ni? Aku salah dengar kut. Tak mungkin la jejaka paling hensem yang pernah aku jumpa ni sayang kat aku. Bangun Sya bangun…’ Bergunung-gunung persoalan bermain di minda Sya.

“Maksud kau?” Sya ingin mendapatkan kepastian.

“Aku sebenarnya suka kat kau Sya. Dah lama dah aku simpan perasaan aku ni. Selama ni aku pendam je tetapi hatiku dah tak sanggup pendamkannya lagi. Aku cintakan kau. Aku sayangkan kau. Kau lah cinta pandang pertama aku Sya.”

Fir menyatakan isi hatinya dengan jujur sekali. Walaupun, masih berasa gementar tetapi Fir tetap cuba memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaannya terhadap Sya.

“Wait, wait. Apa semua ni Fir? Kenapa boleh jadi macam ni? Aku tak faham la.”

Sya mengerutkan dahi dengan riak wajah seolah-olah ingin mengetahui jawapan di sebalik kekeliruan itu.

“Aku tahu kau tak faham dengan perasaan aku. Aku sendiri pun tak faham, Sya. Yang pasti, aku sangat menyayangi kau, Sya.”

Air mata mula mengalir di kedua-dua belah pipi Fir. Keikhlasan hati Fir mencintai Sya terselah melalui air matanya. Sya melihat Fir yang mengalirkan air mata mula terkejut. Sya terharu dengan luahan isi hati Fir itu.

“Fir, kau tak boleh jadi macam ni. Kau tak boleh nangis semata-mata kerana aku. Aku bukannya gadis yang special seperti di luar sana yang layak ditangisi dan dicintai oleh lelaki seperti kau. Kau harus ingat yang kita ni masih budak sekolah lagi. Masa depan kita masih jauh. Kau harus ingat itu. Tahun ni kau dah nak SPM. Aku tak nak la disebabkan aku keputusan SPM kau merosot sekali gus merosakkan masa depan kau.”

“Tapi… tapi aku… aku sayang kat kau Sya. Aku betul-betul tulus dan ikhlas sayangkan kau. Susah sangat ke kau nak terima cinta aku ni, Sya Aku…”

Belum sempat Fir menghabiskan ayatnya, Sya terus menghentikan ayat Fir secara tiba-tiba. Lebih tepat mencelah.

“Stop.Please la Fir, aku tak nak dengar lagi luahan hati kau tu. Pembelajaran tu lebih penting daripada cinta, Fir. Cinta tu tak sepatutnya hadir ketika umur kita masih muda seperti sekarang. Ia akan menyebabkan pembelajaran kita merosot. Aku harap kau akan faham apa yang aku maksudkan ni.” Sya berkata malas. Satu keluhan kecil keluar daripada celah-celah bibir mungil milik Sya.

“Kau tak sayangkan aku ke Sya?”

Suara Fir menjadi sayu apabila air matanya mengalir semakin laju membasahi pipi.

“Aku…. aku tak tau.”

Sya mengeling kepalanya sedikit tanda tidak mengetahui apa-apa pun tentang perasaannya terhadap Fir. Fir sedikit kecewa mendengar jawapan Sya tapi dia mesti bertahan. Dia mampu untuk terus cuba memiliki hati Sya. Cuma perlu sedikit usaha lagi.

“Sya, aku nak kau jawab dengan jujur. Kau memang tak pernah cintakan aku ke? Tak pernah terdetik ke di hati kau untuk cintakan aku? Selama ni kau anggap aku sebagai apa untuk kau? Adakah aku ni hanya teman biasa bagi kau?Aku harap kau akan jawab dengan jujur semua soalan aku ni. Yang penting, kau jangan tipu perasaan kau kat aku.”

Fir merayu kepada Sya. Bersungguh-sungguh dia ingin tahu perasaan sebenar Sya terhadapnya. Sya mula mengetap bibir. Sya memang menyayangi Fir tetapi dia tidak tahu sama ada dia sayang Fir sebagai kawan ataupun lebih daripada itu. Sya sendiri tidak pasti.

“Aku…… aku…….aku sebenarnya….. ermm…..”

“Sebenarnya apa, Sya? Please, Sya. Aku betul-betul nak tahu perasaan kau kat aku selama ni. Pengakuan kau sangat penting untuk aku. Please Sya, please.” Fir merayu kepada Sya. Rayuannya itu mungkin mampu untuk mencairkan hati Sya yang keras macam besi itu.

“Eii, kau boleh diam tak Fir. Aku akan bagitau la. Kau tak boleh sabar sikit ke? Kang aku tampar muka kau kang baru kau tau.” Bentak Sya. Muka Sya sedikit kemerahan menahan marah yang membuak-buak sekali gus menahan rasa malu dengan Fir.

Sya membuat gaya tangan seolah-olah ingin menampar Fir. Tangannya begitu hampir dengan muka Fir. Nasib baik la tangan Sya tak melekat di pipi Fir tu kalau tak habis la muka Fir yang comel tu. Boleh jadi merah sebelah. Mujur Sya hanya mengugutnya saja.

“Tak, tak, tak.” Fir menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Takut kena penampar Sya la kan.

“Ape yang taknya?” Tanya Sya keliru.

Fir perlahan-lahan menurunkan kedua-dua tangannya daripada menutupi mukanya itu. Ingin lihat sama ada Sya masih nak menamparnya atau tidak.

“Takde pape. He he..” Fir ketawa kecil untuk melindungi muka dia yang ketakutan tadi. Fir cuba membuat muka selamba. Air matanya yang tadi mengalir tidak lagi kelihatan.

“He he he… takut ke? Aku gurau je pun. Takkan la aku nak tampar kau kut. Agak-agak la. Haram tu kalau aku tampar kau. Kau ni pun, pengecut sangat.”

Jelas terpapar di raut wajah Sya kegembiraan. Akhirnya, dia tahu juga dimana kelemahan Fir iaitu penakut.

“Kenapa aku pulak? Kau tu yang nak tampar aku tadi. Aku cuma risau je dengan muka comel aku ni. Mana tau kut, kut kau nak tampar aku betul-betul.” Fir mula membuat muka merajuk. Saja nak tarik perhatian Sya kat dia.

“Oi, agak-agak la aku nak tampar muka kau tu. Muka kau tu terlalu hensem apa untuk ditampar tau.”

Sya memalingkan mukanya memerhatikan sekitar rumahnya itu. Mana la tau, kalau ada orang lain yang dengar perbualan diorang. Dah la duduk berdua saja. Kalau nampak dengan orang kampung boleh jadi fitnah pulak. Sya terfikir sejenak akan ayatnya sebentar tadi.

‘Alamak, aku ada puji muka mamat ni tadi. Adoi, teruk la macam ni. Boleh jadi perasan sampai ke bulan mamat ni. Jangan la dia ingat aku suka kat dia pulak. Memang aku suka pun. He he he… kalau camni lebih baik aku wat muka blur je. Harap-harap dia tak perasan aku terpuji dia. Just relax Sya, relax.’

“La, kau baru tau ke yang aku ni hensem. Ape la kau ni, Sya. Aku ni dah lame hensem sejak dari bayi lagi tau. Kenapa? Selama ni kau nampak aku tak hensem ke?” Fir menjongketkan keningnya beberapa kali.

“Kau tu tak hensem pun. Kau tau tak?”

“Tak tau.”

“Isy, memang la kau tak tau.”

“Aku tak tau apa?”

“Cara kau cakap tu dah macam orang riak tau. Dosa kalau kau riak macam tu. Nanti Tuhan tarik nikmat kecomelan yang kau miliki baru tau.”

“Eh, ye ke? Astagfirullahalazim… aku tak perasan la Sya. Sorry, sorry.”

“Yang kau ni dah kenapa sorry kat aku? Kau bukannya ada salah dengan aku pun. Kau cuma perlu balik sembahYang pastu kau berdoa semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kau selama ini.  Lebih bagus lagi, kalau kau solat sunat taubat. Bersih sikit hati kau tu.”

“Oww, macam tu ea. Terima kasih la ustazah kerana nasihatkan Fir ni. Insyaallah, Fir akan turuti semua nasihat ustazah tu ya.”

Ewah, dia ni memang nak kena ni. Macam peril aku je gayanya. Kau ingat aku ni ustazah ke ha? Dah la main loya buruk dengan aku. Kalau loya baru tu takpe la jugak.

“Kau nak balik rumah kau ke tak?”

“Aku mana ada rumah. Bapak aku je yang ada rumah. He he he…” Fir sempat menyakat Sya.

Muka Sya sudah kemerah-merahan. Lebih merah daripada cili. Aku dah tak tahan ni. Tahap kesabaran aku ada hadnya jugak. Sya mula berdiri di sebelah kerusi sambil memegang kerusi itu.

“Kau balik sekarang sebelum aku baling kerusi ni kat kau.” Kata Sya dengan sedikit perasaan marah yang masih di pendamnya dalam jiwa.

“Kenapa you nak baling kerusi kat I? Kesian la I kalau you baling kerusi tu. Kerusi tu keras nanti sakit habis badan I. Daripada you baling kerusi, lebih baik you baling hati you ke dalam hati I. Boleh la rasa kemanisan di sebaliknya.”

Fir mengenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum penuh makna. ‘Dia dah mula dah. Mari balik ayat gelinya tu. I, you, I, you.Eii, geli geleman aku dibuatnya. Nak termuntah pun ada.’ Bisik hati Sya.

“Kau pilih yang mana satu yang kau nak. Kau nak penumbuk ke ataupun kau nak penampar. Pilih sekarang.”

Sya mengayakan tangannya seperti ingin memberi penumbuk dengan penampar. Sya merenung tajam mata Fir dengan rasa marah yang membuak-buak. Hisy, kalau singa tengok muka Sya tika itu, pasti singa dah lari macam kena kejar hantu.

“Tak nak dua-dua. He he he..” Fir rasa ketakutan melihat wajah Sya yang tengah marah tu.

“Kalau tak nak, kau balik sekarang.”

Sya mengerakkan tangannya seperti menghalau ayam.

“Okey, okey, aku balik. Esok kita jumpa pulak ya. Love YOU sayang. Muahh…”

Sempat Fir membuat flying kiss kepada Sya dalam situasi seperti itu.

“Aku kata balik la mangkuk.”

“Ye la ni. Nak balik dah ni.”

Fir melangkah pergi meninggalkan Sya dengan satu senyuman manis yang terukir dibibirnya. Fir memalingkan mukannya untuk melihat kembali wajah Sya. Oleh sebab terlalu asyik merenung wajah Sya dari jauh sambil tangannya melambai-lambai ke arah Sya sehingga dia tidak perasan ada tunggul kayu dihadapannya. Fir tergolek jatuh dengan kuat sekali. Sya terdengar raungan kesakitan Fir itu dan terus menghampiri Fir segera. Bukan pertolongan yang dihulurkan oleh Sya kepada Fir tetapi gelakan besar yang diberikannya.

“Camne, sakit ke?” Tanya Sya gembira.

“Tak sakit. Best sangat rasanya sayang.” Fir tersenyum tawar seolah-olah malas hendak melayan loya buruk seorang gadis yang bernama Sya itu.

“Best? Rase macam makan pizza ke?” sinis Sya.

“Ha’ah, rase macam makan pizza. Nak cuba?” pelawa Fir mesra.

“Eh, takpe takpe takpe. Thanks je la ya sebab sudi pelawa Sya untuk merasai sendiri apa yang Fir tengah alami sekarang ni. Ha, kalau best sangat cuba Fir jatuh sekali lagi. Nak jatuh banyak kali pun takpe.”

“Isy, tak nak la aku. Sakit giler.” Fir mengurut-urut sedikit kakinya yang kesakitan akibat terjatuh tadi.

“Kata best. Siap kata rasenya macam makan pizza lagi.”

“Dah kau tanya aku macam tu. So, aku jawab je la.”

“Emm, ye la sangat. Eh, kaki kau tu sakit ke?”

“Mesti la sakit. Kau ni bukannya nak tolong tapi tolong gelak ada la.”

“Tolong jugak tu kan.”

“Hisy, tolong la aku. Aku tak boleh nak bangun ni Sya. Sakit sangat ni.” Fir memegang sedikit kakinya yang terseliuh itu. Fir mengangkat kedua-dua belah tangannya dihadapan Sya dengan berwajah seakan-akan ingin menagih simpati kepada Sya.

“Kau ni dah kenapa angkat tangan depan aku ni?”

“Tolong la angkat. Aku dah tak boleh nak bangun sendiri dah ni. Please Sya tolong aku. Kau kan baik, cantik pulak tu. Boleh la Sya, boleh la. Please help me.”

“Oi, mangkuk. Aku mana boleh tolong angkat kau. Haram tu kalau aku sentuh tangan kau. Ha, kau tunggu sini kejap, aku pergi panggil abang aku. Kau tunggu sini tau, jangan pergi mana-mana pulak.”

“Ye la. Cepat sikit. Sakit ni.”

“Aku tau la. Hisy, kau ni tak boleh sabar sikit ke? Tunggu situ nanti aku datang balik.”

Baru selangkah Sya berjalan pergi, Fir sudahpun memanggilnya.

“Sya.” Panggil Fir sedikit lantang.

“Isy, apa lagi?” Sya memalingkan mukannya dengan mulut bermucung untuk melihat Fir.

“Sya.” Panggilannya semakin perlahan tetapi lemah-lembut bunyinya.

“Ya.”

“I love U. Nanti lepas kita kahwin, you tak perlu panggil orang lain dah untuk tolong I sebab you sendiri akan tolong I kan.”

“Pape je la.”

Sya berlalu pergi meninggalkan Fir yang tengah menahan kesakitan.

 

Selepas lama Fir menunggu di atas tanah siap duduk bersila lagi, barulah Sya dengan Falish kelihatan muncul menghampiri Fir dengan tergesa-gesa. Falish begitu gelisah apabila melihat Fir mengerang kesakitan.

“Bro, kenapa jadi camni?” Tanya Falish kerisauan. Falish berlutut di tepi kaki Fir.

“Dia terlanggar tunggul kayu tu, ha.” Sya menunjukkan tunggul kayu berhampiran dengan badan Fir. Falish melihat tunggul kayu tersebut.

“Oww, kau sakit kat mana?” Tanya Falish ingin tahu.

“Kaki kanan aku tu rasa sakit sangat. Aku rasa kaki aku tu terseliuh la.” Fir mengadu kepada Falish.

“Aku check sekejap kaki kau.” Falish mencari kesan-kesan terseliuh di kaki kanan Fir. Satu kesan lebam telah kelihatan di pergelangan kaki kanan Fir.

“Patut la kau sakit sampai tak boleh jalan. Kaki kau dah sampai lebam ni. Kalau macam tu biar aku tolong hantar kau balik. Kalau kau nak jalan sendiri susah ni.”

Falish mula memapah kawannya itu untuk menghantarnya balik ke rumah. Ala, bukannya jauh pun tepi rumah je.Sempat lagi Fir mengenyitkan mata ke arah Sya tanpa kesedaran Falish. Tetapi, jelingan tajam yang Sya berikan kepada Fir sebagai balasan. Fir mula bermasam muka.

Tiada ulasan: