Ahad, 8 Jun 2014

novel KAU BUKAN FIR AKU!!


BAB 4

Sya berjalan menuju ke dapur dengan berpakaian baju t-shirt perempuan labuh berlengan panjang yang berwarna putih dan ada tulisan ‘I LOVE YOU’ di hadapan bajunya.Sya memadankan bajunya dengan memakai skirt hitam labuh dan seperti selalunya tudung bawal yang dipakainya dengan rapi sekali berwarna oren cair menjadi kegemaranya sambil memegang sebuah kamera digital jenama Canon di tangannya.Dah macam gaya seorang ustazah dah cara pemakaiannya. Setelah sampai di dapur, Sya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran dengan meja makan. Sya mula merakam video gelagat dirinya dan merapu macam-macam. Tak percaya? Tengok ni.

“Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Korang pe khabor? Sihat ke tak? Meh sini adik, kakak, abang, pak cik, mak cik, atuk, nenek, moyang, emm apa lagi ea?” Sya berfikir seketika.“Ha, suami moyang, isteri moyang, cucu moyang, anak moyang, pakwe moyang, makwe moyang, tok moyang kecuali orang yang dah meninggal ya. Yang dah meninggal tu jangan datang sini. Pergi main jauh-jauh.He he he.”

Sya merakam video setiap percakapan dan pergerakannya di dapur yang sunyi ditemani oleh seekor kucing parsi kesayangannya dengan menggunakan kamera Canon. Sya berbicara selamba je sambil melawak di dapur dengan menggunakan kamera Canon itu.

“Ha, kalau korang nak tahu kamera ni hadiah anak jiran aku yang single lagikan teruna kepada aku sebagai hadiah hari jadi aku tahun lepas.Cantik jugak kamera ni kan. Dah la canggih. Pandai bakal suami aku pilih kamera ni sebagai hadiah hari jadi aku. Oh Fir buah hatiku. Aku cinta padamu. Cewah, jiwang karat pulak aku.” Bisik hati Sya. Sya mengerakkan kamera itu supaya dapat merakam setiap sudut di dapur yang nak kata kecil pun tak, nak kata besar pun tak, kira sedang-sedang je la tetapi kelihatan agak besar kerana deko yang digunakan menjadikan ruang dapur nampak lebih luas.

“Ha, ni la tempat aku selalu lepak dan masak.”

“Meow..” tiba-tiba kucing parsi milik Sya yang berbulu oren mengiau memanggil tuannya. Sya memberhentikan kameranya lalu ditunjukkan ke arah kakinya kerana kucingnya yang bermanja di kaki asyik memandang setiap gelagat tuannya itu.

“Eh, Princess. Pandang sini Princess. Senyum sikit.” Princess, itulah nama kucing Sya. Princess menjadi kucing kesayangan Sya sejak Princess kecil lagi. Sya masih merakam gelagat kucingnya yang mencuit hati seperti membuat muka kesian, menjilat bulu dan menayangkan muka manja.

“Princess, say hai to camera.” Sya berkata kepada kucingnya.

“Meow..” Princess membuat muka comel kepada Sya. Sya ketawa terbahak-bahak kerana melihat gelagat kucingnya yang melucukan.

 

 

Suasana bilik yang luas dan deko yang begitu mewah menjadikan bilik bagi seorang lelaki menjadi tampak lebih cantik dan grand sesuai dengan citarasa dan jiwa seorang lelaki terutamanya bagi anak Dato’. Seorang jejaka Malaya la sangat sedang asyik merenung gambar seorang gadis ayu dengan senyuman terukir di bibir. Jejaka itu ialah Fir. Fir membaringkan badannya di atas katil queen dengan gambar yang masih dipegang erat olehnya. Fir kembali merenung gambar yang dipegang olehnya.

“Sayang, I love you so much. You nak tau tak, you ni sebenarnya cinta pertama I. I tak tahu macam mana nak luahkan isi hati I ni kat you. I takut you tak boleh terima cinta I. Orang selalu kata walau jauh di mata namun dekat di hati tetapi mengapa kita dekat di mata namun jauh di hati. Adakah masih ada kesempatan untuk diri ini untuk memiliki dirimu? Puihh… berapa kali nak untuk…Hisy, jiwang karat punya aku. Dah kena sampuk ke apa aku ni?” Asyik fikir fasal Sya aje!

Fir bangun dan membuka almari untuk menyimpan gambar gadis bertudung ayu itu di dalam almari meja kecil berhampiran di kepala katil. Fir merenung seketika gambar itu. ‘Sya sya… kenapa la aku boleh tergila-gila kat kau sampai gambar kau pun aku simpan?’ Fir menutup pintu almari kecil yang terbuka. Fir kembali membaringkan tubuhnya di atas katil. Fir memandang ke atas membayangkan senyuman gadis yang disayanginya iaitu Sya.

“Sya, macam mana la aku nak wat kau jatuh cinta kat aku? Hurm.. apa la yang kau tengah wat sekarang? Rindunya aku kat kau.” Fir meletakkan tangannya di atas dahinya dengan lemah.

 

 

Lisha yang ternampak Sya yang tengah bercakap sorang diri sambil memegang kamera segera menghampiri dari belakang. Lisha mula ingin menegurnya. Timbul la idea jahat daripada otak si Lisha tu untuk membuat Sya terkejut dengan kehadirannya. Lisha terus menerkam kedua-dua belah bahu Sya secara tiba-tiba supaya Sya terkejut dengan perbuatannya itu.

“Gah”sergah Lisha.

“Oi, kau.” Latah Sya. Sya menampar sedikit bahu Lisha kerana geram dengan perbuatan Lisha yang suka buat dia terkejut.

‘He he..terkejut ea, padan muka kau Sya.’ Falisha ketawa jahat di dalam hati.

“Oit, tak pandai bagi salam ke…ni tak, main terjah je..mujur Sya ni panjang umur lagi tau, kalau tak..melayang macam tu je roh Sya ni. Ni kamera ni kalau terjatuh tadi Lisha yang Sya mula-mula salahkan.”

Sya menggunakan nada tinggi sedikit sebab rasa marah dalam hati yang membuak-buak disebabkan perangai si Falisha yang tak tau nak hormat orang. ‘Eii…geram betul aku dengan Lisha yang kuat membebel ni. Suka sangat potong line(menyibuk)orang. Orang baru je nak test kamera ni tapi diadah potong line dulu. Hisy, sabar je la.’ Rungut hati Sya.

“Ala..jgn la marah…okey2..assalamualaikum Nurul Farmisya Falrisya bt Mohd Farid Fauzan yang paling Lisha sayangi… Sya tengah buat apa ekk? Nak join sekali boleh?” Falisha berkata dengan lembut sekali.

‘Nak ambik hati aku la tu. Wekk, cakap je macam lemah lembut tapi dalam hati tengah panas macam gunung berapi nak meletup je aku tengok. Isy, dah la panggil aku dengan nama penuh pulak tu. Macam la aku tak tau nama penuh aku apa. Meluat aku dengar. Iyekk…’

Aku memberi senyuman tawar setawar biskut tawar yang aku pernah makan untuk si Falisha tu. ‘Nak halau dia ke tak? Kalau halau nanti dia membebel panjang lebar kat aku pulak. Aku tak nak la dengar sebarang bebelan pun pada pagi yang indah ni.’ Sya berfikir sejenak.

‘Dah la hari ni hari first cuti sekolah untuk penggal kedua pertengahan tahun. Ha ha ha… Kan best kalau dapat rest secukupnya masa cuti sekolah ni.’ Bisik hati kecil Sya. Sya sudah berangan entah ke mana sambil tersenyum seorang diri.

“Wei, Sya..kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?”

Sya tak menjawab soalan daripada kakaknya tu malah termenung lebih jauh. Falisha melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran dengan Sya tanpa di suruh.

 “Oi, Risya apa yang kau termenungkan tu? Teringatkan pakwe kau kat sekolah ea? Mentang-mentang la cuti sekolah dah start.” Sempat Falisha menyakat adiknya.

Sya termenung cuba mengingatkan kerja sekolahnya yang cikgu beri sebelum cuti sekolah bermula.‘Alahai, kerja sekolah untuk cuti ni cikgu bagi banyak. Macam mana aku nak siapkan semuanya. Adoi, dah la aku malas nak wat kerja sekolah. Rase macam takde mood je nak buat.’ Sya menghentikan lamunannya untuk menjawab salam kakaknya itu.

“Emm..waalaikumussalam, Sya dengar la… Join la kalau tak malu.. Sya bukannya teringatkan pakwe, lagipun Sya mana ada pakwe la… Falisha pun tau kan yang Sya tak pernah ada pakwe, bercinta pun Sya tak pernah” jawab Sya dengan malas.

“Tadi Sya tengah test kamera ni. Boleh tahan jugak canggihnya.”Sya mula menarik minat kakaknya.

“Wait wait.. ni bukan ke kamera si Fir tu bagi ea?” Tanya Falisha ingin mendapatkan kepastian.

“Ha’ah. Cantik kan kak Lisha?”

“Emm, cantik sangat. Cemburu pulak kak dengan Sya ni. Hari jadi kak takde yang nak bagi hadiah kamera bagai.”

“Ala, tak lama lagi ada la rezeki kak Lisha pulak. Lagipun, ni hadiah hari jadi tahun lepas. Tahun ni entah ada ke tak orang yang nak bagi hadiah hari jadi kat Sya nanti.”

“Sya doa la banyak-banyak ea.”

“Hurm..”

“Eh, Sya..sekarang ni musim cuti sekolah kan? Kak ada tugas nak bagi kat Sya ni.” Falisha cuba tarik minat Sya dengan ayat suspen. Mujur tak suspek je.

“Emm, Lisha nak bagi tugas apa kat Sya ni? Macam ada special je dengan tugas yang Kak Lisha nak bagi ni.” Aku berkata dengan bersemangat sekali.

“Ade la..Memang special pun tugas ni…Khas untuk Sya sorang je.” Falisha berkata seperti ada sesuatu yang dirahsiakan daripada Sya.

“Oww, ye ke. Mesti best kan tugas yang Falisha nak bagi. Siap main rahsia-rahsia pulak tu.” Sya berkata dengan rasa berminat ingin tahu.

Sya bergerak menghampiri kakaknya itu dengan menarik sedikit kerusi untuk mendengar tugas yang akan diberikan kepadanya. Tersenyum lebar Sya semasa kakaknya mula ingin memberitahu kepadanya.

“Memang la best. Kalau tak best, Kak tak pilih tugas ni untuk Sya yang comel ni.” Falisha mencuit lembut hidung Sya.

“Emm, tak sabarnya nak tau tugasnya. Cepat la kak Falisha yang baik hati. Jangan bagi Sya suspen” rungutku.

“Okey, tapi Sya kena janji yang Sya akan laksanakan tugas ni sampai selesai dulu. Baru Falisha bagitau kat Sya tugasnya” Falisha mengugut Sya.

“Okey, okey. Sya janji akan laksanakan tugas tu sampai habis. Cepat la kak Falisha.”

 Aku mengoncangkan lengan Falisha supaya dia mempercepatkan bicaranya.

“Okey, okey, okey. Sabar la.”

 

Puan Falmira mendekati suaminya bersama-sama dengan secawan air kopi ditangannya. Encik Farid yang sedang menonton cerita Adnan Sempit 2 di ruang tamu direnung lama oleh Puan Falmira. Puan Falmira duduk di atas sofa bersebelahan dengan suaminya itu.

“Bang, saya ada wat air ni. Minum ya.” Puan Falmira meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja di hadapannya.

“Hurmm, nanti abe minum la. Trimo kasih la ayang sebab susoh-susoh wat air ni ko abe.” Encik Farid memberi senyuman manis kepada isterinya itu.

“Sama-sama. Eh bang, mana Sya dengan Lisha? Tak nampak pun dia orang.” Tanya Puan Falmira memulakan topic perbualan mereka. Encik Farid meneguk beberapa kali air kopi yang dibuat oleh isterinya lalu diletakkan di atas meja kembali.

“Dop tahu la tu. Ado dale bilik kot.” Encik Farid kembali menyambung menonton cerita yang disiarkan di televisyen.

“Si Ish tu?”

“Dio gi jupo nga saen-saen dio.”

“Ada hal apa Ish nak jumpa kawan-kawan dia bang?”

“Ado la tu. Kan Ish doh lamo dop jupo nga saen-saen dio hok sini terutamonyo si Firdaus anok jiran kito tu. Maso cuti semester gini la dio ado maso nok enjoy nga lepas stress belajar.”

“Owh, saya bukannya apa bang. Saya cuma bimbang akan keselamatan dia tu. Si Ish tu la satu-satunya anak teruna kita.”

“Ayang jange la risau do’oh. Anok awok tu doh besar panje. Dio tahu hok mano baik hok mano buruk. Pandai-pandai la dio bowok diri dio tu.” Ujar  Encik Farid.

 

Falisha mengeluarkan perlahan-lahan kertas A4 yang telah diconteng dengan tulisannya daripada poket seluarnya. Kertas A4 tu telah dilipat kecil oleh Falisha supaya senang dia nak ambil kertas tu yang ada dalam pokek seluarnya.

“Nah!! Sya ambil kertas ni lepas tu Sya baca sampai habis ya. Jangan sampai terngaga ya adikku yang comel. Lagi satu, jangan nak mengelak pulak daripada tugas yang Falisha beri kat Sya tau sebab Sya kan dah janji. Sya baca sendiri la ya apa yang Falisha tulis kat kertas tu. Sya kan bukan budak darjah 1 lagi yang tak tau nak membaca. Betul tak?”

Falisha memberi kertas A4 yang dilipatnya kepada Sya. Sya mengambil kertas itu dengan tersenyum. Sya hanya melihat susuk tubuh kakaknya berjalan pergi meninggalkan Sya sorang diri di dapur.

“Apa agaknya yang tertulis kat kertas A4 ni ya?”

Aku menanyakan soalan kepada diri sendiri. Korang jangan ingat aku ni gila pulak tanya soalan untuk diri sendiri. Ni aku tengah bermonolog sorang diri. Korang mana tau semua ni. Wekk….

Aku membuka dengan cepat kertas A4 yang dilipat oleh Falisha. Tanpa melengahkan masa, aku membaca isi kandungannya.

10 TUGAS UNTUK ADIK KESAYANGANKU SELAMA DUA MINGGU CUTI  SEKOLAH

1)basuh semua baju kotor sampai bersih

2)jemur baju sebelum pukul 10 pagi

3)lipat kain baju yang telah dijemur

4)mop lantai rumah sampai berkilat

5)basuh pinggan mangkuk yang telah digunakan

6)kemas bilik tidur sebelum pukul 7.30 pagi

7)menyapu daun-daun kering di halaman rumah sehingga tiada satu helai pun daun kering di atas tanah

8)susun buku-buku yang berlambak di atas meja tulis

9)masak nasi jika disuruh. Masak nasi tu biar ikhlas ya Sya. Baru la orang ada selera nak makan

10)buang sampah yang ada di dalam tong sampah jika sampah telah penuh

SEKIAN, TERIMA KASIH……. JANGAN MALAS  YA RISYA….BIAR RAJIN SIKIT BARULAH BOLEH JADI BAKAL ISTERI SI EHEM-EHEM…. (^_^)

Aku ternganga sambil membulatkan mata selepas membaca isi kandungannya. Mujur tak keluar bijik mata aku yang comel ni. Ha, perasannya aku.

“Mak ai..Banyaknya tugas yang nak kena buat. Dah la aku dah janji akan buat sampai selesai. Adui, mampus aku kalau dua minggu cuti sekolah kena buat semua benda ni setiap hari. Dah la kerja sekolah tinggi menggunung macam gunung kinabalu. Parah-parah..” aku merunggut seorang diri.

“Wait wait.. si ehem-ehem? Fir ke? Tak mungkin tak mungkin.. ah, lantak la.”

Ni dah kira macam aku pembantu rumah dah ni. Nak bunuh aku ke minah ni. Eii!! Dasar Falisha burung murai, mangkuk ayun, ikan kering, periuk, senduk, kuali, burung murai, cawan, gelas, sudu, garpu, ikan tenggiri, meja, kerusi. Bagi tugas dekat aku bukannya satu ke dua ke, ni bagi sepuluh tugas terus kat aku. Siap kau. Kau kenakan aku ya. Nanti kau. Aku akan kenakan kau semula Falisha poyo. Kau tunggu la. Aku membebel di dalam hati.

“Eii… Nur Faliza Falisha..”jeritku. Suara ku nyaring sehingga satu rumah dengar.

Tiada ulasan: