Ahad, 8 Jun 2014

novel KAU BUKAN FIR AKU!!


BAB 5

Aku berjalan masuk ke dalam biliknya untuk bersemuka dengan si burung murai tu.

“Ya saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Falisha membuat muka selamba.

Eii!!! Geram pulak aku tengok muka minah ni. Dah la buat orang marah, boleh pulak dia buat muka selamba je. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Senyuman monyet lagi cantik daripada senyumannya tu. Kalau bukan kerana dia kakak aku, dah lama aku campak dalam laut minah ni. Tak pun kerat badan dia kecik-kecik buat masak tomyan bagi ayam makan.

“Apa ni? Kenapa banyak sangat tugas yang Sya kena buat? Sya mana boleh nak buat semua ni, lagipun Sya banyak kerja sekolah yang kena siapkan. Lebih important daripada tugas yang Falisha bagi tau.” Aku menerangkan kepada Falisha dengan nada sengaja direndahkan.

Aku sengaja buat muka baby face depan Falisha supaya dia membatalkan tugas yang diberikan kepadaku. Aku cuba memujuk Falisha tu tetapi usahaku sia-sia je. Hati Falisha tu bukannya lembut tapi keras macam batu karang dalam laut tu. Merayu macam mana pun bukannya boleh lembut hati dia tu.

“Alolo...Buat muka baby face la pulak. Walau pape pun yang terjadi Sya kena jugak laksanakan tugas yang Falisha beri. Banyak kebaikannya buat kerja rumah tau. Dah la dapat pahala sebab menolong orang dan dapat hidup selesa di persekitaran yang bersih. Kalau Sya tak buat semua tugas tu, alamaknya Sya akan jadi seorang anak dara yang pemalas tau tak? Falisha nak Sya jadi budak yang rajin. Baru la orang nak buat menantu. Ni tak, asyik ngadap laptop dengan tv je kerja dia. Sikit-sikit facebook la, twitter la, website la. Orang suruh buat kerja sekolah malas sebab tu la Falisha nak Sya buat semua tugas tu………” Falisha mula membebel panjang lebar depan aku.

Fuh, naik rimas aku dibuatnya. Membebel tak habis-habis si Falisha ni.Apa lagi, aku potong la bebelan dia tu. Kalau nak dilayan, sampai ke subuh tak siap lagi. Boleh meletup telinga aku dibuatnya. Sampai menantu, mertua, suami, pakwe semua dia masukkan dalam bebelannya.

“Okey, okey, okey…Sya akan buat la semua tugas tu tapi dengan satu syarat.” Aku bercakap dengan perasaan malas.

Falisha berhenti daripada membebel dek kerana aku potong line. He he he… Padan muka kau Falisha, tak dapat membebel sampai ke subuh.

“Apa syaratnya. Lisha nak dengar. Cuba bagitau.”

“Syaratnya mudah je lagi simple iaitu tutup mulut kak Lisha ni daripada membebel 24 jam. Sakit telinga Sya tau, asyik dengar Lisha membebel je. Kak Lisha tak penat ke membebel 24 jam? Tak habis suara ke?” aku memberitahu kepadanya sambil memerlinya sedikit.

“Oww, sorry, sorry. Okey, Lisha tutup mulut Lisha daripada membebel lagi. Puas hati? Lisha sendiri pun tak tau kenapa Lisha suka sangat membebel. Ikut mak kut. Lagipun, Lisha dah jadi kebiasaan membebel sana sini. Tak tau la kenapa?”

Lisha mula mendiamkan diri daripada terus membebel.

“Apa sorry, sorry? Ni mesti dah kemarut kat super junior la tu sebab tu asyik sorry, sorry, sorry je memanjang. Ha ha ha…” aku sedikit menyidir kakakku dengan ketawa yang dibuat-buat.

Sya mula memanaskan muka kakak Sya ni. Tak boleh panaskan guna api gas dapur, guna ayat panas pun jadi la. Sya mula ketawa jahat dalam hati.

“Woi Sya, aku tau la aku ni peminat nombor satu Super Junior tapi jangan la buat aku macam ni. Kau pun sama jugak. Peminat nombor satu Boyfriend. Sikit-sikit, Minwoo. Macam la tak de nama lain yang kau nak sebut.” Falisha mula menampakkan reaksi muka tak puas hati.

“Excuse me, tolong sikit ea. Minwoo tu hensem tau. Dah la hensem, muka baby face pulak tu. Memang sesuai dengan aku yang muka baby face ni. So, kau jangan nak libatkan nama dia dalam ini hal ok.”aku mengangkat jari telunjukku ke arah muka Falisha sebagai tanda amaran.

‘Sayang jugak aku kat Minwoo. Well, peminat nombor satu katakan. Mesti la kena pertahankannya daripada di ejek orang sekeliling. Betul tak korang?’

“Okey, okey, fine. Aku takkan libatkan nama Minwoo lagi dalam ini hal. Sayang jugak kau kat dia ea?” Falisha menjawab dengan nada mengalah.

Yes, aku berjaya kalahkan jugak si burung murai ni. Ha ha ha…. Jangan pandang aku sebelah mata ya Falisha sayang.

“Good. Lagipun, bila Sya dewasa nanti Sya nak cari suami macam Minwoo la. Muka macam baby face, mata yang menawan dan yang paling penting dia suka dengan kanak-kanak. Oh, sweetnya kalau dapat suami macam tu.” Aku mula ingin berangan.

“Ehem.. kau jangan nak berangan la Sya. Muka macam kau ni jangan harap orang nak, kalau Minwoo sekali pun dia tak nak pandang muka macam kau punya. Muka kau Sya, bukannya kiut pun. Nak dibandingkan dengan muka gadis kat Korea tu lagi comel muka diorang tau. Ada hati nak suami muka macam Minwoo.” Falisha mula menyindir Sya.

“Excuse me. Aku tau la muka aku ni cute sebab tu kau sindir aku kan. Kau sebenarnya cemburu dengan kecomelan aku. Mengaku je la. Wekk….”

“Oi, mana ada aku cemburu. Muka aku lebih comel daripada kau Sya. Lagipun ramai jejaka kat sekolah tu yang tergila-gilakan aku tau. Diorang terpegun dengan kecomelan aku. Dah la hari-hari kat sekolah tu ada saja pelajar lelaki yang nak mengurat aku. Mujur la aku ni jenis yang jual mahal. Naik rimas aku dengan diorang Sya. Yang dah ada gf pun nak mengurat aku lagi. Nasib baik cikgu lelaki kat sekolah tu tak mengurat aku. Ha ha ha…” Lisha mula memuji diri sendiri.

“Ala, kau jangan nak prasan sangat la Falisha. Diorang saja je nak main-mainkan prasaan kau. Bila diorang dah berjayacuri hati kau, diorang akan cuba sedaya-upaya diorang untuk berlakon drama depan kau konon-kononnya yang diorang sayang giler kat kau. Lepas kau terpedaya dengan lakonan diorang, mulalah diorang cuba lari dari kehidupan kau dan tinggalkan kau macam kucing jalanan je. Kau nak jadi macam tu Falisha sayang?”

Aku mula menasihati kakakku itu dengan lemah lembut sekali. Dah macam gadis melayu terakhir la pulak aku ni. Cewahh….

“Mesti la aku tak nak. Kau ni pun sengaja nak takutkan aku kan?”jawab Falisha.

“Eh, mana ada aku takutkan kau Falisha. Aku ni cuba bagi nasihat kat kau. Kau kan kakak aku. Aku takut kau akan jadi macam tu. Sebab tu aku nak kau hati-hati dengan orang yang digelar lelaki terutamanya sekali lelaki buaya darat.”

Aku mula duduk di atas katil berhampiran dengan Falisha. Habis sakit kakiku ni asyik berdiri dari tadi lagi. Fuh, bestnya dapat duduk atas katil yang lembut ni. Aku minta maaf ya wahai kakiku yang comel dan gebu sebab suruh kau berdiri lama tadi. Sekarang aku bagi korang rehat ya kakiku.

“Baiklah Sya yang comel dan kiut miut. Kak akan ikut semua nasihat yang Sya bagi ya. Thanks sebab bagi nasihat kat Falisha. Sayang jugak Sya kat Falisha kan.” Falisha mula  memegang tanganku sebab terlalu terharu.

“Sama-sama. Ala, Sya bagi nasihat je pun bukannya bagi hadiah. Lagipun sudah menjadi kewajiban Sya kan untuk menasihati orang lain terutamanya keluarga Sya sendiri. Betul tak Falisha?” Aku tersenggih sambil mataku merenung ke wajah Falisha.

“Betul sangat-sangat Sya sayang. Eh, Sya kau nak jadi ustazah ke bila kau dewasa nanti? Aku tengok cara dan gaya kau bagi nasihat kat aku tadi dah lebih kurang sama macam ustazah. Aku rasa kau memang sesuai jadi ustazah bila kau dewasa nanti. Sejuk sikit mata Falisha dan yang lain memandang Sya bila Sya jadi ustazah.” Cara percakapan Falisha seolah-olah ingin sangat apa yang dikatakannya menjadi kenyataan.

Isy, Falisha ni. Dah macam nak paksa aku je suruh jadi ustazah bagai. Aku tak pernah terfikir la pulak nak jadi ustazah. Lagipun, aku punya cita-cita tinggi mengunung. Cita-cita aku bukannya nak jadi ustazah tapi doktor. Kan jauh beza tu ustazah dengan doktor. Apa la Falisha ni.

“Ai, Sya hanya bagi nasihat sikit je pun. Takkan la dah boleh disamakan dengan ustazah kot. Agak-agak la. Falisha ni pun. Kan Falisha sendiri pun dah tahu yang cita-cita Sya nak jadi doktor. Doktor ya bukannya ustazah. Faham?” Aku menekankan perkataan doktor supaya kakakku faham apa yang aku inginkan.

“Ye la, Falisha faham. Ikut suka hati Sya la nak jadi apa pun. Sya nak jadi doktor ke, ustazah ke, saintis ke, jururawat ke, penoreh getah ke, pemunggut sampah ke, peminta sedekah ke, asalkan Sya bahagia. Lagipun, Falisha kan tak de hak untuk tetapkan cita-cita Sya kan. Semuanya terserah pada Sya. Yang penting, Sya kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang Sya impikan ya.”

“Okey, Sya tau la semua tu tapi yang Sya peliknya kenapa Falisha kaitkan dengan peminta sedekah la, penoreh getah la, tukang jahit la dan macam-macam lagi. Nampak sangat yang Falisha nak sindir Sya kan?” Aku bercakap dengan perasaan sedikit geram.

“Ala, jangan la touching sangat Sya. Falisha gurau je pun. Ala, comelnya pipi Sya. Geram la pulak Falisha rasa. Rasa macam nak tarik je pipi Sya tu.”

Tanpa meminta kebenaranku, Falisha terus mencubit pipiku sekuat yang mungkin. Sakit giler woo. Rasa macam nak tercabut je pipi aku yang gebu ni.

“Weyh Falisha, sakit la. Dah la tu.” Aku bercakap dengan perasaan geram yang membara.

“Okey-okey. He he… sorry.” Falisha cuba memujuk Sya sambil melepaskan tangannya yang mencubit pipi Sya.

“Apa yang okey? Habis sakit pipi Sya tau. Dah jadi merah dah ni. Falisha ni pun, jangan la main hentam je tarik pipi orang. Mentang-mentang la pipi Sya ni gebu, comel, putih, suka suki dia je nak tarik pipi orang. Sakit tau.” Jawabku geram.

 Aku meletakkan tanganku di pipiku yang telah menjadi mangsa cubitan tangan Falisya sambil mengosoknya dengan lembut sekali. Kesian kat pipi aku yang comel ni. Apa la Falisha ni, suka suki dia je main tarik pipi orang. Macam la dia tak ada pipi sendiri yang nak ditarik, dicubit, ditampar dan dipegang.

“Sorry la Sya. Aku gurau je tadi. Tu la, siapa suruh ada pipi yang comel? Kan dah kena tarik tu kan. Lain kali, jangan ada pipi yang secomel ni. Tak pasal-pasal orang lain pulak yang tarik pipi kau sebab geram dengan pipi kau tu.”

“Nak buat macam mana, pipi aku kan sejak lahir lagi comel. Lagipun, aku suka dengan pipi aku ni sebab dapat menambahkan lagi kecomelan di wajah aku yang sememangnya comel.” Aku membuat muka baby face dihadapan Falisha.

“Eii.. Perasannya kau Sya. Nak termuntah aku dibuatnya. Wekk…” Falisha membuat muka seolah-olah ingin muntah di hadapan Sya.

“Hei… jangan la muntah depan aku. Loya la.” Aku menjarakkan diriku daripada duduk berhampiran dengan Falisha.

“Isyh, kau ni. Aku tak nak muntah la. Aku saja je buat macam tu. Kau ni pun Sya. Agak-agak la sikit.” Falisha seolah-olah mula merajuk.

“Tu la kau, siapa suruh buat muka nak termuntah depan aku. Aku tak suka la kau buat macam tu.” Aku memeluk tubuhku yang kecil dengan muka masam.

“Ala, aku gurau je pun. Kau ni sensitive sangat la Sya.”

“Emm.. pape je la. Aku ni sensitive ke, positif ke, negative ke, aku tak kisah yang penting aku happy.”

“Haah, kau happy aku celcom.” Falisha mula tersenyum dengan gigi tersengih.

Tiada ulasan: