BAB 8
Falish
memapah Fir perlahan-lahan memasuki rumah yang agak mewah itu. Besar betul
rumah yang Fir tinggal ni. Kalau nak dibandingkan rumah Fir dengan rumah aku
memang cantik dan mewah rumah Fir lagi la. Anak orang kaya la katakan. Ayah Fir
tu pemilik sebuah syarikat pemasaran mutiara asli yang terkenal di Kuching,
Sarawak iaitu Mutiara Holdings dan mak
Fir pulak seorang peguam. Beruntung Fir dapat keluarga kaya camni. Ayah dan
maknya dah jadi Dato’ dan Datin dah sekarang ni. Kira Fir ni anak Dato’ la.
Falish
memerhatikan setiap sudut di dalam rumah itu. Kagum dengan keindahan rumah yang
Fir diami itu. Besarnya…. Dah la rumah ni tiga tingkat. Cantik dan luas pulak
tu.
“Oi,
kau ni dah kenapa sampai ternganga macam tu? Macam la kau tak pernah masuk
rumah aku selama ni.” Fir bertanya hairan dengan gaya Falish seperti itu.
Kenapa
dengan Falish ni. Kan dah 3 tahun kami berkawan takkan la macam sehari je kenal
kut. Rumah ni pun hari-hari si Falish tu masuk. Macam kali pertama masuk rumah
ni je gayanya. Pelik betul la si Falish ni. Isy2 Falish, Falish.
Falish
cepat-cepat menutup mulutnya apabila Fir berkata sebegitu.
“Memang
la aku pernah masuk rumah kau tapi aku masuk dari dapur rumah kau je. Selama ni
aku bukannya berani pun nak masuk melalui pintu depan. Kau pun tak pernah ajak
aku round semua tempat dalam rumah kau yang macam istana ni.”
Falish
memandang kawannya itu. Mulut Falish sudah pun memuncung sedikit. Merajuk
dengan kawan sendiri pulak dah.
“Ye
ke? Sorry la beb. Takpe, suatu hari nanti aku akan bagi kau round ini satu
rumah. Siap bagi kau tidur lagi kat sini.”
“Maksud
kau?”
“Dah
la. Nanti aku crite kat kau. Yang penting kita duduk dulu. Kaki aku dah lenguh
dah ni dari tadi asyik berdiri. Dah la kaki aku ni sakit.” Fir memegang kakinya
yang kesakitan itu.
“Oh,
sorry aku tak ingat pasal kaki kau tu. Jom la kita duduk.”
Falish
kembali memapah Fir sehingga ke sofa. Falish membantu Fir untuk duduk di atas
sofa perlahan-lahan kerana risau akan kaki Fir yang terseliuh tadi. Falish
melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Fir.
Falish
memandang setiap sudut di ruang tamu mewah itu seolah-olah sedang mencari
seseorang.
“Papa
dengan mama kau mana? Aku tak nampak pun diorang.” Kata Falish ingin tahu.
“Macam
biasa la diorang pergi kerja.” Jawab Fir dengan selamba.
“Owh,
habis tu kau duduk sorang je ke buat mase sekarang?”
“Emm,
aku sorang je. Adik beradik aku yang lain semuanya di Johor. Tinggal bibik dengan aku je setiap
hari.”
“Kau
tak boring ke?” berkerut-kerut dahi Falish kerana terkejut dengan jawapan yang
Fir berikan.
“Kau
jangan tanya. Kau tengok muka aku ni macam boring tak.” Fir menunjuk mukanya
sendiri yang kebosanan itu.
“Boring
yang teramat sangat.”
“Tau
takpe.” Jawab Fir malas.
“Kesian
kat kau kan.” Falish memandang Fir dengan perasaan sedikit kesian.
“Emm.”
Hanya itu saja yang mampu diungkapkan oleh Fir sebagai tanda apa yang dikatakan
Falish itu betul.
Kelibat
seorang wanita tua yang berumur lebih kurang 60 tahun mula menghampiri mereka dengan
berbaju kurung ala kampungan gitudari arah dapur. Orang itu adalah salah
seorang bibik di rumah Fir. Bibik ni bagus orangnya, dah la baik, penyayang
pulak tu. Bibik ni ada satu kelemahan iaitu kelam-kabut. Sebab tu Fir sayang
gile kat bibik ni. Fir dah anggap bibik ni dah macam maknya sendiri. Nama bibik
tu Mak Som.
“Fir
ade nak ape-ape ke? Kalau Fir nak air biar mak buatkan.”
Fir
memalingkan mukannya untuk menatap wajah yang bersuara itu dengan satu senyuman
menghiasi bibir Fir.
“Eh,
mak. Takpe la mak, Fir tak dahaga pun. Cuba mak tanya si Falish ni. Kut, kut
dia dahaga nak minum ke.”
Fir
kembali memandang Falish ingin mendapatkan kepastian. Falish membulatkan
kedua-dua matanya memandang Fir.
“Eh,
takpe la mak. Terima kasih je la. Ni Falish datang sini cuma nak hantar si Fir
ni je. Kaki dia tu terseliuh tadi. Kena tunggul kayu depan rumah Falish tu ha.
Macam mane dia boleh terlanggar pun Falish sendiri tak tahu.”
“Ya
Allah, Fir. Apa nak jadi dengan kamu ni. Ni sebab nakal la ni sampai boleh
terseliuh macam ni. Nanti bila mama dengan papa kamu balik, mak nak cakap apa
kat dia orang pasal kaki kamu tu.”
Kata
Mak Som bimbang selepas melihat pergelangan kaki Fir yang sudah mula membiru
itu.
“Ala,sikit
je ni. Mak jangan la risau sangat. Lepas sapu ubat, okay la tu. Nanti Fir
bagitau mama dengan papa pasal kaki Fir ni.”
Fir cuba untuk menenangkan hati Mak Som yang
kebimbangan.
“Fir
tunggu sekejap.” Mak Som mengarahkan Fir. Mak Som segera mengatur langkah pergi
meninggalkan Fir dan Falish.
“Mak
nak pergi mana tu?” pertanyaan Fir telah memberhentikan langkah Mak Som yang
seakan-akan mahu bergegas ke suatu tempat. Mak Som berhenti melangkah dan
menoleh ke belakang menatap kembali wajah Fir.
“Nak
pergi ambil minyak gamat la. Pergelangan kaki kamu tu kalau lambat sapu minyak
nanti semakin lebam.” Kata Mak Som.
“Emm,
ye la mak.” Jawab Fir dengan bibirnya menguntumkan satu senyuman manis.
Mak
Som menyambung langkah pergi meninggalkan mereka berdua.
“Oi,
yang kau tersenggih-senggih sorang ni kenapa? Ke kau suka kat Mak Som? Lagipun
Mak Som tu single lagi. He he he….” Sindir Fir akan gaya senyuman di bibir
Falish.
“Isy,
kau ni ke situ pulak. Aku sebenarnya kagum la dengan Mak Som tu. Prihatin
orangnya. Beruntung la kau ada pembantu rumah macam Mak Som tu. Sayangkan kau.
Aku tengok cara Mak Som layan kau tu macam dia layan anaknya sendiri pulak.”
“Memang
la. Mak Som tu memang dah lama dah anggap aku ni macam anak kandung dia. Sejak
aku kecil lagi tau. Sebab tu aku panggil dia dengan gelaran mak.”
“Oww,
macam tu ke? Kiranya kau dengan Mak Som tu dah akrab and tak boleh dipisahkan
lagi. Macam tu?”
“Yap,
tepat sekali.”
Mak
Som mula menghampiri Fir dengan membawa kotak kecemasan. Mak Som meletakkan
kotak itu di atas meja yang ada di hadapan sofa yang Fir duduki. Mak Som mula
melabuhkan punggungnya di atas lantai menghampiri kaki Fir yang terseliuh itu.
“Mak
nak watpe ni?” Tanya Fir kehairanan. Berkerut-kerut dahi Fir melihat perlakuan
Mak Som yang memegang kakinya yang sakit itu. Mak Som mendongakkan kepalanya ke
atas sedikit untuk melihat kedua-dua wajah Fir.
“La,
kamu ni Fir. Tu pun nak tanya ke? Mak nak buat apa lagi, nak sapu ubat kat kaki
kamu tu la.”
Mak
Som mula mengambil botol minyak gamat di dalam kotak kecemasan. Dengan segera,
Fir merampas botol minyak gamat itu daripada Mak Som. Mak Som memandang hairan
terhadap Fir yang hanya tersenggih-senggih selepas merampas botol minyak gamat
daripadanya.
“Eh,
tak payah susah-susah la mak. Biar Fir yang sapu ubat ni sendiri. Mak pergi la
rehat dulu. Mesti mak letih kan kerja seharian suntuk sampai tak ada masa nak
berehat.”
Mak
Som merampas semula botol itu daripada tangan Fir.
“Eh,
takpe la Fir. Mak tak letih pun. Dah memang kerja mak buat semua ni.”
Fir
tidak berpuas hati dan merampas semula botol itu.
“Tak
payah mak. Biar Fir yang sapu sendiri.”
“Takpe
biar mak je yang buat.”
Botol
minyak gamat itu segera dirampas oleh Falish. Tergamam Mak Som dan Fir melihat
riaksi Falish yang berani merampas botol itu. Falish hanya menayangkan sebaris
giginya sambil tersenyum.
“Biar
Falish je yang buat ya.” Kata Falish mesra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan