BAB 3
Lina
berhenti mengayuh basikal di depan pintu pagar sekolah. Lina melihat jam di
tangannya tepat pukul 7.00 pagi.
“Mana
pulak Sya pergi ni? Dah 15 minit aku kayuh basikal dari rumah sampailah aku kat
depan pintu pagar sekolah ni tak nampak-nampak jugak batang hidungnya. Kata nak
pergi sekolah sekali.”
Lina
kembali mengayuh basikal memasuki sekolah lalu diletakkan basikalnya di bawah
garaj basikal.
Sya
yang berpakaian sekolah lengkap dan bertudung labuh sempat bersalam dengan
maknya yang tercegak di pintu utama sebelum keluar dari rumah dengan
tergesa-gesa sehingga kasut sekolah tidak dipakainya.
“Sya…”
Puan Falmira yang berada di pintu utama memanggil Sya. Sya memberhentikan
langkah lalu memalingkan badan ke belakang untuk memandang Puan Falmira yang
sedang memegang kasut sekolah miliknya.
“Tu
kasut Sya.” Sya menunjukkan jarinya ke arah kasut yang maknya sedang pegang. Sya
ternganga lalu memandang ke kakinya yang tidak berkasut. Sya segera menghampiri
maknya dan mengambil kasut itu lalu dipakainya segera.
“Ni
beg sekolah.” Puan Falmira menghulurkan beg galas berwarna biru hitam kepada
Sya. Sya mengambil beg galas itu lalu diletakkan di bahunya.
“Sya
pergi sekolah dulu ya mak. Assalamualaikum.” Sya berjalan menghampiri
basikalnya yang tersandar di bawah pokok manggis.
“Waalaikumussalam.
Hati-hati bawak basikal tu.” Nasihat Puan Falmira.
Falish
yang memakai t-shirt merah kosong dan berseluar jean hitam menghampiri Puan
Falmira dengan senyuman terukir. Puan Falmira berpaling ke belakang dan melihat
Falish dengan muka yang penuh persoalan.
“Ha,
Ish nak pergi mana pulak ni?” Tanya Puan Falmira kepada anak terunanya.
“Nak
pergi jumpa kawan jap.” Falish bersalam dengan Puan Falmira la masuk ke dalam
perut kereta Vios yang berwarna silver. Falish menutup pintu kereta yang
terbuka lalu menghidupkan enjin kereta. Sya mengheret basikalnya ke hadapan
sedikit kerana basikalnya disandar di batang pokok manggis. Sya mula menyedari
bahawa tayar basikalnya telah pancit.
“Mak
tayar basikal Sya pancit la.” jerit Sya.
Falish
yang kebetulan baru mengundur kereta berhenti berhampiran Sya apabila memandang
Sya sedang mengaru-garu kepala seperti mempunyai masalah. Falish menurunkan
cermin keretanya.
“Sya
tak pergi sekolah lagi? Ni kenapa tergaru-garu kepala? Ade masalah ke?” Tanya Falish.
“Macam
mana nak pergi, cer Ish tengok tayar basikal Sya. Pancit kan?” Sya berkata
lemah. Falish memandang ke arah tayar basikal Sya yang pancit.
“Ha’ah
la, pancit. Ermm, takpe la biar Ish je yang hantar Sya. Dah lewat dah ni.”
“Okay.”
Sya berkata gembira. Sya mengambil beg galasnya yang diletakkan di dalam raga
basikal lalu membuka pintu kereta. Sya memasuki perut kereta dan duduk di tepi
Falish dengan lemah lembut kemudian menutup pintu kereta yang terbuka. Falish
mengambil cermin mata hitam yang telah disediakannya di dalam kereta lalu
memakainya.
“Ish
tak boleh ke kalau masa memandu tak pakai cermin mata hitam tu?” Sya
mengerutkan dahinya.
“Tak
boleh Sya. Ish dah biasa pakai masa memandu. Kalau tak pakai mesti rasa ada
yang tak kena je.” Falish sempat melemparkan senyuman manis kepada Sya.
“Dah
duduk diam. Pakai tali pinggang tu.” Sya menuruti arahan Falish.
‘Mak
ai, wanginya. Satu botol minyak wangi ke abang aku sorang ni pakai.’ Sya
memandang Ish sehingga tidak berkelip matanya. Falish mula memacu laju
keretanya meninggalkan halaman rumah menuju ke sekolah tempat Sya belajar.
Sya
berjalan beriringan dengan Lina menuju ke kelas mereka. Mereka ketawa
terbahak-bahak kerana Sya menceritakan tentang nasib malangnya sebelum ke
sekolah. Seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun yang sedang asyik membaca buku
rujukan Sains berjalan bertentangan dengan Sya.Lelaki itu ialah Fir. Ala, anak
jiran Sya yang Sya syok gila kat dia tu. Sya yang tidak perasan akan kehadiran
Fir di hadapannya membuatkan Sya terlanggar bahu Fir.
Buku
rujukan milik Fir terjatuh ke lantai membuatkan Sya tergamam seketika. Fir
berlutut di atas lantai kerana ingin mengambil bukunya begitu juga dengan Sya
sehingga tangan mereka bersentuhan secara tidak sengaja. Sya dan Fir saling
merenung wajah antara satu sama lain. Sya menarik segera tangannya yang
tersentuh dengan tangan Fir itu. Sya menundukkan kepalanya sedikit kerana malu
dengan Fir.
‘Owh,
Sya rupa-rupanya yang langar aku.’ Bisik hati Fir. Fir melemparkan senyuman
yang menawan kepada Sya. Sya kembali merenung ke dalam anak mata Fir. Fikiran
Sya mula memainkan lagu Aku Suka Dia yang dinyanyikan oleh Ainan Tasneem.
Bila
dia mendekati diriku
Hatiku
rasa sesuatu
Bila
dia senyum pada diriku
Hatiku
rasa tak menentu
Kekadang
hatiku bertanya
Adakah
dia dah berpunya
Kerana
diriku berasa
Aku
jatuh hati padanya
Aku
ingin memilikinya
Aku
ingin menjaga dia
Aku
ingin mencinta dia
Aku
ingin hidup dengannya
Lina
yang kehairanan dengan riaksi Sya yang tersenggih sorang-sorang depan Fir mula
memikirkan sesuatu.
“Ehem
ehem ehem…” Lina sengaja membuat bunyi ehem dengan kuat supaya Sya sedar
daripada lamunan. ‘Macam sweet je diorang ni.’ Bisik hati Lina.
Sya
berhenti merenung wajah Fir lalu mengambil buku milik Fir yang masih berada di
atas lantai. Mereka bangun dan saling berpandangan sehingga lupa yang Lina
sedang memerhatikan setiap perlakuan mereka. Lina hanya tersenyum manis melihat
drama sweet di hadapannya.
“Erkk..
sorry, aku tak perasan tadi Fir. Aku betul-betul minta maaf sebab langgar kau.”
Kata Sya dengan rasa penuh bersalah. Sya mengembalikan buku Fir yang
dipegangnya. Fir mengambil dengan lembut buku itu daripada tangan Sya.
“Takpe..
I tak kesah pun.” Fir sempat mengenyitkan mata kanannya kepada Sya sebelum
pergi meninggalkan Sya dan Lina yang tercegat di kaki lima.
‘Eii,
gatalnya. Mentang-mentang la dia hensem. Dah la kenyit mata kat orang sesuka
hati dia je.’ Sya menjeling sekilas ke arah susuk tubuh Fir yang kian pergi menghilangkan
diri meninggalkan mereka di situ.
“Hei,
Sya si Fir tu syok kat kau ekk?” Tanya Lina dengan senyuman sinis di bibirnya.
“Takde
maknanya dia nak syok kat aku.” Sya berpeluk tubuh lalu memandang Lina.
“Ke
kau yang syok kat dia ni?” Lina menjongketkan kening kirinya beberapa kali.
“Hisy,
merepek la kau ni Lina. Dah la jom masuk kelas.” Sya dan Lina mula mengatur
langkah menuju ke kelas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan