Ahad, 8 Jun 2014

novel KAU BUKAN FIR AKU!!


BAB 10

Fir melabuhkan punggungnya di sisi katil dalam suasana yang diterangi dengan cahaya lampu. Fir mengambil gitar yang tersandar pada dinding di tepi katilnya lalu dipegangnya. Fir mengambil gambar Sya yang disimpannya di bawah bantal tidurnya dan direnung lama gambar Sya yang diambilnya semasa birthday Sya tahun lepas. Fir tersenyum melihat gambar Sya yang sedang meniup lilin kek. Comel sangat. Fir meletakkan gambar itu di atas meja berhampirannya. Fir mula bermain gitar ditangannya dan menyanyi mengikut rentak lagu Sandiwara Cinta daripada Republik.

Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi

Mau bilang apa aku pun tak sanggup

Air mata pun tak lagi mau menitis

Alasan yang sering kali ku dengar

Alasan yang sering kali kau ucap

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa yang telah kau lakukan

Kepadaku…

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas tak berbeza

Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mahu

Mungkin ini jalan yang engkau inginkan

Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa

Ceritanya apa

Aku tahu…

Fir berhenti bermain gitar. Fir mula mengenangkan peristiwa yang amat menyakitkan hatinya sebulan yang lepas ketika di sekolah.

Sya dan Lina berjalan bersama-sama dengan Fir menuju ke perpustakaan sekolah. Lina berbual kosong dengan Fir sambil berjalan. Pada masa itu, Sya hanya berdiam diri. Termenung pasal apa pun Fir tak tahu. Fir mula rasa tak selesa apabila melihat Sya sebegitu. Selalunya Sya ni happy je hari-hari tapi masa tu Sya jadi lain. Asyik termenung je macam ada masalah.

“Weh, Fir. Kau nak tahu tak si Sya ni dulu ada boyfriend. Handsome pulak tu. Masa tu aku test la pikat lelaki tu tapi dia tak nak. Dia kata dia setia pada Sya je. Aku pun apa lagi, menyerah kalah la beb.” Lina mula menceritakan kisah percintaan Sya masa lalu. Sengaja ingin mengusik Sya yang dari tadi asyik terdiam dan termenung aje.

“Iye? Erkk, sekarang ni Sya dengan dia camne?” Fir berbisik di tepi telinga Lina kerana ingin mengetahui kisah percintaan Sya dengan lebih lanjut.

“Dah putus pun. Dia tu kalau kau nak tahu Fir, playboy habis.” Lina berkata dengan nada rasa tidak bersalah langsung kerana mengungkit semula kisah Sya dulu sedangkan Sya juga turut mendengar perbualan mereka.

Sya yang terdengar suara Lina yang menceritakan semula kisah percintaannya dulu mula termenung memikirkan semula bekas kekasih hatinya dulu. Sya membiarkan Lina menceritakan kisah pahitnya kepada Fir.

“Apa yang habis?” Tanya Fir dengan rasa sedikit cemburu.

“Habis semua gadis dia kebas. Sya pun lepas tahu dia tu jenis macam tu, apa lagi mintak break la. Aku pun ada masa tu.” Lina berasa kesian dengan Sya kerana terpaksa menghadapi perpisahan itu.

“Owh, macam tu rupanya. Kesian kat Sya. Dah berapa lama Sya putus dengan si dia tu?”

“Tak silap aku la kan, dah nak sampai 10 tahun dah diorang putus.”

“Lamanya. Hurm, wait wait wait… 10 tahun yang lepas? Tu maksud kau?” Fir ingin mendapatkan kepastian.

“Ha’ah, kenapa?” Lina kehairanan dengan Fir yang bersungguh-sungguh bertanya kepadanya.

“Jadi masa tu Sya baru berusia 5 tahun la.”

“Yap. Sweet kan diorang. Cinta zaman kanak-kanak.” Lina menepuh lembut bahu Fir lalu senyuman diukir manis. Gatalnya nak tepuh bahu orang suka-suki dia je.

Fir menutup mulutnya kerana ingin menahan ketawa selepas mendengar cerita Lina itu. Fir tak sanggup menahannya lagi lalu ketawa terbahak-bahak di tepi Lina.

“Woi woi woi… kenapa kau ketawa? Apa yang lucu sangat sampai kau ketawa camni sekali?” Marah Lina.

“5 tahun? Bercinta? Lawak lawak lawak… ha ha ha…” Fir menghabiskan sisa ketawanya sampai tak ingat yang Sya ada bersama-sama dengan mereka.

Lina mencubit pinggang Fir kerana geram kisah kawannya yang menyedihkan menjadi bahan ketawa orang lain.

“Ouch, sakit la.” marah Fir.

“Fir, jaga sikit hati Sya ni.” Lina berbisik di telinga Fir.

“Okay okay… Sya, I mintak maaf sebab ketawakan kisah percintaan you. I tak sengaja.”Fir memandang Sya dengan rasa bersalah lalu meminta maaf kepada Sya. Kata-kata maaf Fir itu seperti angin lalu bagi Sya. Sya masih termenung seperti mempunyai masalah.

“Sya.. ooo Sya..” Lina mencuit sedikit hidung Sya. Sya tersedar daripada lamunannya setelah hidungnya di cuit oleh Lina.

“Hurm, ada apa?” Sya berkata malas.

“Kau dengar tak Fir kau mintak maaf tadi?” Lina bertanya ingin mendapatkan kepastian. Berkerut-kerut dahi Lina dan Fir memandang riak wajah Sya yang mempunyai masalah yang bergunug-gunug.

“Minta maaf? Ada ke? Bila masa? Kenapa?” Sya menjadi kelam-kabut sambil pelbagai persoalan di tanya kepada Lina.

“Takde apa la. Gurau je.” Fir tersenyum melihat Sya menjadi kelam-kabut selepas tersedar daripada lamunan. ‘Nasib baik Sya tak perasan.’ Bisik hati Fir gembira.

Kalau semua yang Lina cerita kat aku pasal cinta Sya dulu tu betul, maknanya aku takde peluang dah la untuk jadi cinta pertama Sya. Hurm, mesti Sya masih cintakan dia tu. Rintih hati Fir. Fir rasa begitu kecewa kerana tak dapat jadi cinta pertama Sya.

 

Pintu dikuak sedikit. Prof. Zubaidah memerhatikan anak terunanya yang termenung dengan bermuka masam melalui celah pintu yang dibukanya sedikit. Prof. Zubaidah tak mahu menganggu anaknya itu. Tak tidur lagi anak aku sorang ni. Pintu dikuak semakin besar. Prof. Zubaidah berdiri di sebalik pintu bilik Fir yang dibukannya dengan senyuman.

“Fir, tak nak tidur lagi ke? Dah lewat ni.”

Lamunan Fir terhenti kerana suara Prof. Zubaidah memecah lamunannya itu. Fir melemparkan senyuman tawar kepada Prof. Zubaidah yang berdiri di tepi pintunya. Prof. Zubaidah menghampiri katil Fir lalu dia melabuhkan punggungnya di sisi katil.

“Kenapa ni sayang? Mama tengok Fir ni lain macam je. Termenung bukan main lama lagi. Fir ada masalah ekk? Cuba bagitau mama.”

“Takde pape la mama. Fir okay. Fir nak tidur tapi tak ngantuk la mama.” Fir bergerak duduk di sebelah mamanya lalu gitar diletakkan di bawah katilnya. Fir memeluk erat tangan Prof. Zubaidah. Persis macam anak mak.

“Hurm, kesian anak mama ni. Ke Fir nak mama dodoikan Fir?” Prof. Zubaidah mencium umbun-umbun anaknya.

“Hisy, tak nak la mama. Fir dah besar la. Dah boleh jadi suami orang dah.” Fir mengangkat kepalanya dan melepaskan tangannya daripada terus memeluk tangan Prof. Zubaidah. Kata-kata Fir itu menyebabkan Prof. Zubaidah terbatuk-batuk. Prof. Zubaidah memandang Fir tak percaya.

“Pesal mama pandang Fir macam tu? Fir ada wat salah ke?”

 “Anak mama ni dah tak sabar-sabar nak kahwin ke?”

“Kahwin?” Fir terkejut. “Mana ada mama. Bila masa Fir nak kahwin. Muda lagi kut.”

“Iye la tu.” pandangan Prof. Zubaidah beralih ke arah sekeping gambar di atas meja. Dahi Prof. Zubaidah mula berkerut-kerut ingin tahu gambar siapa di atas meja itu. Fir yang perasan akan riak wajah Prof. Zubaidah mula berubah turut melihat sama ke arah pandangan yang sama. Fir mula kegelisahan. Air peluhnya mula kelihatan di dahi. Fir segera mengambil gambar itu lalu diletakkan di bawah bantalnya. Prof. Zubaidah menjadi semakin curiga dengan gambar yang tiba-tiba Fir letakkan di bawah bantal. Fir hanya memberi senyuman kepada Prof. Zubaidah.

“Gambar siapa tu Fir? Jawab..” Prof. Zubaidah merenung tajam Fir.

“Erkk… gambar gambar…” Fir memikirkan alasan yang boleh diterima oleh mamanya. “He he he… gambar tu sebenarnya gambar kawan Fir masa sekolah rendah dulu.” Fir berharap dalam diam semoga mamanya boleh terima jawapannya itu.

“Kawan Fir tu boy or girl?”

“Boy.”

“Mana mama nak tengok.”

“Erkk.. tak payah tengok la mama. Lagipun kawan Fir masa tu selekeh. Nanti malu pulak kawan Fir tu.”

“Ai, kan kawan Fir takde kat sini sekarang. Buat apa dia nak malu. Bukannya dia tahu pun.”

“Erkk.. Ha, mama, papa panggil tu. Baik mama pergi cepat.”

“Ye ke? Mama tak dengar pun papa panggil.”

“Ye mama. Papa panggil mama tadi. Fir ada dengar la.”

“Yang, watpe dalam bilik Fir tu. Kesian dia nak tidur. Dah jom.”

“Ye la ye la…” Prof. Zubaidah menurut arahan suaminya itu. “Dah, pi tidur. Muahh..” Prof. Zubaidah mencium mesra dahi Fir sebelum beredar dari bilik itu.

“Jom.” Dato’ Ridzuan menarik mesra tangan Prof. Zubaidah menuju ke bilik mereka. Macam pasangan bahagia gayanya.

“Fuh, nasib baik tak kantoi.” Fir mengiring tubuhnya di atas katil ke sebelah kanan sambil bantal peluk dipeluknya erat.

Tiada ulasan: