BAB 9
Seorang
gadis berusia 16 tahun berpakaian skirt pendek berwarna hitam menampakkan
betisnya yang putih gebu dan memakai blouse biru yang menampakkan susuk
tubuhnya yang lampai. Rambutnya yang diwarnakan sedikit kemerahan di bahagian
hujung rambutnya yang panjang mengurai menjadikan dia nampak lebih anggun
ditambah pula dengan make up tebal yang diserikan di wajahnya. Biasa la, anak
Dato’ katakan. Gadis itu berjalan dengan penuh bergaya menghampiri Fir yang
sedang sibuk mengulang kaji pelajaran di meja ruang tamu.
“Hai
sayang. You tengah watpe tu?” Amanda duduk tanpa segan silu di atas sofa iaitu
belakang Fir yang duduk di atas lantai. Fir membuat seolah-olah tidak dengar
akan pertanyaan Amanda dan menganggap Amanda seperti tak wujud dalam hidupnya
tika itu.
‘Amanda,
itulah nama anak kepada Dato’ Ridzuan pemilik sebuah syarikat pemasaran permata
yang terkenal di Johor Bahru. Amanda ni anak tunggal dan ibunya telah meninggal
dunia ketika dia berumur 12 tahun akibat kemalangan jalan raya. Sekarang Amanda
tinggal bersama-sama dengan ayahnya, Dato’ Ridzuan. Amanda ni sepupu kepada Fir
sebab tu boleh jumpa Fir hari-hari. Amanda ni jenis yang ada 4G bagi orang
Kelantan iaitu Gedik, Gelenya, Gatal dan Geletah sebab tu Fir rimas dengan
Amanda yang syok sendiri ni. Kononya Fir tu hak milik dia sorang je. Tak
percaya? Tengok ni..’
“Sayang,
you dengar tak apa yang I cakap ni? Sayang….” Amanda mengoncang kuat bahu Fir
menyebabkan apa yang ditulis oleh Fir di atas kertas kajang terconteng dengan
dakwat pen yang Fir pegang.
“Woi,
kau ni dah kenapa ha?” Fir memarahi Amanda lalu menepis kasar tangan Amanda
yang menyentuh bahunya. Fir bangun berdiri lalu berpaling memandang Amanda yang
tergamam di atas sofa.
“Kau
ni sehari kalau tak ganggu hidup aku tak boleh ke? Aku dah naik rimas dengan
perangai kau ni, Amanda. Sejak mami kau meninggal, kau dah banyak berubah. Kau
dah lain. Kau dah tak tahu apa itu sifat malu. Kau…. huh” Fir berhenti
menengking Amanda apabila air mata Amanda mengalir di pipinya. Fir
mengurut-urut sedikit dahinya yang pening memikirkan perangai Amanda yang
semakin lama semakin menjadi-jadi. Amanda bangun berdiri di hadapan Fir lalu
mengesat kasar air matanya yang membasahi pipinya.
“Aku
apa? Jawab Fir, aku apa ha? Aku apa? Aku gadis yang tak tahu malu, takde
maruah. Itu yang kau nak cakap, ha?” Amanda menolak bahu Fir beberapa kali
kerana ingin melepaskan geram. Fir mengetap bibir apabila mendengar apa yang
Amanda beritahu kepadanya.
“Bukan
itu maksud aku, Amanda. Aku rasa perangai kau tu dah melampau. Kembali kepada
jalan yang betul la Amanda. Aku tahu kau pun tak nak jadi macam ni. Aku kenal
kau dah lama dah. Berubah la Amanda. Dengan pakaian kau yang tak cukup kain ni
akan tambah lagi penderitaan arwah mami kau kat kubur dan papa kau yang
mendapat dosanya sebab tak berjaya mendidik anaknya kembali ke jalan yang betul
dan dirahmati-Nya.” Lemah lembut Fir menasihati sepupunya. Fir sangat
menyayangi Amanda kerana Fir sudah menganggap Amanda seperti adiknya sendiri
sebab dahulu ketika mereka masih budak-budak, Amanda la yang sentiasa bersama-sama
dengannya ketika suka dan duka.
‘Menyampah
aku dengan kau ni Fir. Nak nasihatkan aku bagai. Cermin la dulu muka kau tu.
Kau tu bukannya ustaz yang boleh bagi aku ceramah bagai. Kalau bukan kerana kau
anak orang kaya dan lebih kaya daripada papa aku, lelaki macam kau ni aku petik
jari sekali je sepuluh orang jejaka yang lebih hensem daripada kau siap melutut
depan aku lagi tau. Aku bukannya nak kat kau pun tapi aku nak harta kau dan
papa kau yang berlambak tu. Huh, disebabkan harta, aku terpaksa bazirkan air
mata aku ni.’ Amanda memerli Fir di dalam hati.
“You,
I sedih dengan kematian mami I. I rindu dia, you. I perlukan kasih sayang
daripada seseorang untuk ubatkan rindu I ni. Sebab tu I nak kasih sayang
daripada you.” Amanda merayu kepada Fir dengan kata-kata yang menyentuh jiwa
Fir. Fir merasa kasihan dengan Amanda yang tidak dapat merasai lagi kasih
sayang seorang insan bergelar ibu.
“Da,
cara yang kau buat ni salah. Dengan kau memakai pakaian tak tutup aurat ni, tak
kan boleh buat aku jatuh cinta. Kau kena tahu yang selama ni aku sayang kau
sebagai seorang abang menyayangi adiknya. Tu je, tak lebih daripada tu pun.”
Fir cuba untuk mendamaikan keadaan yang agak tegang.
Mak
Som mengacau segelas air jus oren di dapur untuk diberikan kepada Amanda. Mak
Som dapat tahu Amanda ada datang ke rumah tu pun sebab terdengar suara Amanda.
Mak Som berjalan menghampiri Fir dengan segelas air di ruang tamu. Mak Som
memberhentikan langkah apabila susuk tubuh Amanda tidak kelihatan lagi di ruang
tamu. Hanya ada Fir seorang je di ruang tamu yang sedang sibuk mengulangkaji
pelajaran untuk SPM yang hampir menjelang tak lama lagi. ‘Mana Amanda pergi ni?
Tadi ada, sekarang takde.’ Bisik hati Mak Som.
“Ya
Allah, habis semua nota aku yang aku tulis kat kertas tadi kena dakwat. Huh,
nasib baik satu kertas je yang kena, kalau semua kertas yang aku tulis nota
kena dakwat pen mati la aku. Stressnya dengan SPM la, Amanda la, Sya la… Opss,
kenapa terkeluar nama Sya pulak ni? Arghh, serabutnya otak aku..” Fir menjerit
sedikit kerana stress menguasai dirinya. Fir meletakkan dagunya di atas meja
lalu matanya merenung tajam kertas nota yang diletakkan di atas meja. Fir
mengembulkan pipinya dengan udara lalu ditiupnya semua kertas di hadapan
matanya. Mak Som duduk di tepi Fir lalu diletakkan segelas jus oren di depan
mata Fir. Fir mengangkat mukanya yang melekat atas meja lalu direnung lama
gelas yang berisi jus oren itu.
“Air
ni untuk sape Mak Som?” Fir tersenyum memandang wajah Mak Som di tepinya.
“Untuk
Amanda.” Kata Mak Som membuatkan Fir memuncung panjang.
“Ni
kenapa mulut wat camtu? Tak hensem la Fir sayang oi.” Mak Som mencubit lembut
kedua-dua pipi Fir lalu dilepaskannya.
“Amanda
dah balik la, mak. Fir ingatkan mak wat air ni untuk Fir.”
“La,
dia dah balik rupanya. Ke Fir sayang ni gaduh dengan Amanda?”
“Takde
la mak.”
“Ni
Fir nak tak air ni? Kalau tak nak biar mak je yang minum.” Mak Som mengambil
gelas di atas meja itu dan membuat gaya seolah-olah ingin meminumnya di depan
Fir. Fir mencapai cepat gelas daripada tangan Mak Som. Mak Som hanya
menguntumkan satu senyuman manis kepada Fir.
“Mesti
la nak mak. Mak wat kan sedap.”
“Ada-ada
je la kau ni Fir. Dah la mak nak pergi dapur jap. Nak masak untuk makan tengah
hari nanti.”
Mak
Som berjalan meninggalkan Fir yang sedang menikmati jus oren yang dibuat oleh
Mak Som.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan