Ahad, 8 Jun 2014

novel KAU BUKAN FIR AKU!!


BAB 1

‘Inilah kehidupanku dan inilh rumah tempat aku tinggal bersama-sama dengan keluarga kandungku yang amat aku sayangi.’

Rumah banglo dua tingkat yang di cat dengan warna hitam dan putih terserlah kecantikan dan keunikan seni binanya serta ukiran kayu asli di pintu utama menampakkan rumah banglo ini simple tetapi boleh dikatakan mewah walaupun rumah ini mempunyai ruang yang kecil, bilik kecil, dapur kecil dan ruang tamu pun sederhana besar je. Nasib baik tuan rumah tak kecil. Huhu… Lagipun, bukannya rumah macam Dato’2 kat bandar tu yang besar, cantik, luas dan wow. Barang-barang perhiasan dalam rumah Dato’2 pun mahal-mahal. Bagi Dato’2 la kan pasu harga RM100 000 pun sanggup beli. Gila pasu ke apa?

‘Walaupun hidup kami tak semewah dan sekaya Dato’2 kat luar sana tetapi kami tetap bahagia hidup dalam kesederhanaan yang dimiliki. Hidup ini tak lengkap kalau kemewahan ada tetapi kasih sayang tak ada. Aku kemewahan tak ada tapi kasih sayang ada. Tak ada ke? Rumah banglo dua tingkat ni bukan dah mewah ke? Tapi rumah bapak aku punya bukan aku punya.’

‘Aku nak cerita kat korang pasal kehidupan aku. Aku ni anak bongsu daripada tiga orang adik beradikku. So, aku ni dikira anak manja la jugak. Aku paling benci kalau ada orang panggil aku dengan gelaran anak manja. Kalau ada yang panggil macam tu, penampar la orang tu dapat.’

Seorang jejaka yang berumur dalam lingkungan 19 tahun berjalan dengan penuh bergaya menuju ke biliknya dengan berpakaian t-shirt polo berwarna ungu dan berseluar jean koko. Warna ungu adalah warna kesukaan si jejaka ini dan seluar jean adalah seluar yang paling kerap dipakainya. Gaya rambutnya yang menawan mampu mencairkan setiap gadis yang memandangnya. Tingginya jejaka ini hampir setinggi pelakon hot la sangat sekarang ni iaitu Aiman Hakim Ridza. Tinggi kan. Macam pokok kelapa, tingginya.

‘Ha, kalau korang nak tahu yang handsome ni nama dia, Muhammad Fikri Falish. Dia ni anak sulung merangkap abang kesayanganku. Aku selalu panggil dia dengan nama Falish ataupun Ish. Aku tak biasa panggil dia dengan gelaran abang sebab dari kecik sampai sekarang, aku dan keluargaku selalu panggilnya dengan nama Falish je.Kadang-kadang je aku panggil dia abang. Tak tau la kenapa.’

Falish membuka pintu biliknya lalu menutupnya dengan rasa malas. Falish mengambil ipad miliknya yang terletak di atas meja kecil di tepi katilnya. Dia melompat gembira ke atas katil lalu membaringkan tubuhnya. Falish mula bermain game Angry Bird dalam ipad dengan khusyuk sekali. Sampai matanya tak berkelip walaupun sesaat. Macam budak-budak perangai Falish ni.

“Tembak tembak mampus kau. Hisy, tak kena pulak. Kenapa liat sangat ba ni nak mampus ekk? Ala, game over dah. Hisy, boring la main game ni. Huh..” Falish mendegus kecil lalu diletakkan ipad di sebelahnya.

“Ermm, nak buat apa ekk?” Falish meletakkan  di atas dahi seperti sedang memikirkan sesuatu lantas kedua-dua matanya memandang ke atas.

“Hurmm, nak wat ape ni?Fikir fikir. Ha..” Falish memetik jari lalu tersenyum lebar.

 “Pergi dapur la. Boleh kacau mak masak. He he he..” Falish melompat turun dari atas katil dengan cepat sehingga kakinya terseliuh menyebabkan mukanya tercium lantai yang bermozek ungu cair. Falish bangun sedikit dan menolak badannya bergerak ke belakang supaya belakang badannya dapat disandar di sisi katil.

“Aduh, my leg. Patah ke kaki aku ni?” Falish mengadu sakit sambil mengurut-urut kakinya yang kesakitan.

“Mami, sakit..” Falish menjerit sedikit dengan air mata yang hampir mengalir.

‘Si Falish ni jenis yang tak cepat marah tapi cepat merajuk dan manja. Sikit-sikit nak berkepit dengan mak. Kalau boleh nak aje dia berkepit dengan mak 24 jam. Kita orang nak berkepit dengan mak pun sampai terbantut. Semua ni sebab si Falish la. Sepatutnya, aku yang patut bermanja lebih dengan mak sebab aku anak bongsu bukannya dia. Dia tu anak sulung tapi dah macam anak bongsu dah perangainya. Ei, geram betul la aku. Tak aci betul dia ni.’

‘Walaupun si Falish ni seorang yang suka manja berlebihan tapi ade satu benda je yang aku tak boleh nafikan iaitu Falish ialah sorang jejaka yang amat handsome. Dah la muka putih pastu muka macam baby face pula tu. Alahai, kiut gitu. Kalau boleh aku nak cari suami yang kiut miut macam abang aku sendiri suatu hari nanti. He he…. Cewah,puji abg sendiri la pulak aku ni. Ha ha ha.. Pape je la.’

“Ya Allah, kenapa ni Ish? Nangis mengalahkan budak kecik. Putus cinta ke apa?” seorang gadis yang berusia 17 tahun menghampiri Falish lalu berlutut di tepi Falish dengan segera.

‘Ha, yang berbaju kurung sekolah siap bertudung ni pulak anak yang tengah dan nama dia, Nur Faliza Falisha. Aku panggil dia dengan nama Falisha. Kadang-kadang, aku panggil dia dengan nama Kak Lisha. Dia tu jenis yang suka membebel dari subuh hari ni sampai ke subuh keesokan harinya. Ha ha ha, ape macam? Hebat tak kakak aku yang sorang ni?’

‘Kalau kakak aku yang sorang ni masuk pertandingan membebel paling lama sekali la kan, pasti kakak aku yang jadi juara. Nak buat macam mana, mak aku sendiri pun kalah dengan bebelan si Lisha tu. Kalau nak dibandingkan bebelan Lisha dengan mak, jauh sangat. Kalau mak, dia membebel pasal benda yang serius je tapi kalau Lisha, benda yang remeh-temeh pun dia pedulikan dan pasti dia akan membebel panjang lebar.Naik rimas aku dengan dia. Tak percaya? Tengok ni..’

“Woi, kau tak nampak ke kaki aku sakit ni? Tolong la. Aduh..” Ujar Falish malas. Falish mengosok-gosok kaki kirinya yang terseliuh.

“Tu la. Lain kali hati-hati. Kan tak pasal-pasal sakit saja. Dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah perangai manja kau tu. Tak padan dengan umur 19 tahun. Sikit-sikit..”

“Woi woi woi…” Falish memotong ayat Falisha segera.

 “Lisha ni nak tolong abang ke tak? Asyik membebel je kerja dia.” Falish mendengus beberapa kali.

“Tepi la.” Falish berkata lembut lalu menolak sedikit Falisha ke tepi. Falish cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya.

“Ye la ye la. Orang tolong.” Falisha menghulurkan tangan lalu perlahan-lahan membantu Falish duduk di atas katil.

‘Aku dan Ish dah bosan dah dengan bebelan si Lisha yang banyak songeh tu. Kadang-kadang, rasa geram pun ade kat si Lisha poyo tu. Rase macam nak je sumbat mulut dia dengan senduk, kuali, periuk, sudu, garpu, mangkuk tingkat, mangkut ayun dan sewaktu dengannya.’

“Ish, Lisha, Sya mari makan sayang.” Panggil mak dari dapur.

‘Aku dan keluargaku selalu panggil guna nama je sebab lebih mengeratkan hubungan silaturahim antara kami sekeluarga kut. Takdenya, panggil guna nama gelaran macam along ke, angah ke, achik ke, sayang ke, manja ke, intan ke, payung ke, emas ke, berlian ke, baby boy/girl ke, kecuali ayah dan mak. Kami tak panggil ayah dan mak dengan nama panggilan macam kami adik beradik guna sebab bunyinya macam kasar je kalau panggil ayah dan mak dengan nama mereka sendiri.’

‘Ye la kan. Takkan nak panggil mak dan ayah kita dengan guna nama kut. Kalau nama ayah tu Mohd Farid Fauzan la kan. Eh, sekejap tu nama ayah aku tu. Ah, pape je la. Kalau nama si ayah begitu, takkan la si anak nak panggil ayahnya dengan nama Farid kut. Kan tak elok tu. Cuba bayangkan kalau kita sendiri panggil ayah kita macam tu dan bercakap dengannya. Contohnya..“Farid, Sya nak gi sekolah dah ni. Dah lewat.” Rasa-rasanya, kena penampar tak kalau panggil dia macam tu?’

‘Dah la bunyi macam kawan panggil kawan dia la pulak tu. Nanti tak pasal-pasal melambung semua barang kat dapur sebab ayah baling kat kita. Kesnya tak pandai nak hormat kat family sendiri. Korang nak? Hisy, kalau aku dah menyerah diri wo. Tak pasal-pasal nanti masuk hospital sebab lebam sana sini. Boleh hilang kecomelan aku kalau macam tu beb. Kalau dengan kawan, adik beradik atau sepupu tu takpe la jugak nak panggil guna nama macam tu. Betul tak?’

‘Okey, sekarang dah tiba masanya untuk aku memperkenalkan diri aku pulak.’

Sya duduk di atas kerusi hadapan meja make up dengan berpakaian baju kurung sekolah menengah. Sya mengosok-gosok rambutnya yang masih basah dengan tuala mandi lalu menyikat rambutnya yang panjang mengurai sehingga mencecah punggungnya. Sya memandang cermin pada meja make up dengan senyuman terukir di bibirnya.

‘Nama aku, Nurul Farmisya Falrisya. Nama aku memang pelik sikit. Nak disebut bukan main sosah(susah) lagi. Terbelit-belit lidah dibuatnya. Korang boleh panggil aku dengan nama Falrisya tapi aku lebih suka orang panggil aku dengan nama Sya or Risya. Simple kan?’

Sya kembali menyikat rambutnya supaya nampak lebih kemas lalu menyanggulnya. Sya mengambil tudung sekolah yang tersangkut pada almari lalu dipakainya. Sya membetulkan tudungnya dengan lemah-lembut sekali. Perfect.

‘Aku ni jenis yang periang dan suka ketawa sebab aku nak hidup aku ni happy je. Aku tak nak la tension-tension. Bagi aku hidup ni kenalah selalu happy tapi jangan sampai terlebih happy pulak, nanti tak pasal-pasal kang masuk tanjung rambutan. He he he… yang penting happy tu kena ada batasannya jugak.’

Sya mula mengatur langkah untuk keluar dari biliknya itu. Sya sempat membuat flying kiss ke arah gambar lelaki yang nampak segak lagi bergaya yang diletakkannya di atas meja make up sebagai hiasan. Gambar lelaki itu ialah Minwoo. Ala, penyanyi korea dalam kumpulan Boyfriend tu. Sya melangkah keluar dari biliknya lalu menuruni anak tangga menuju ke dapur.

‘Orang selalu tengok aku ni happy tiap-tiap hari. Tak pernah marah, mahupun sedih. Namun, siapa tahu dalam hati aku ni sentiasa ada tangisan. Orang kata, satu senyuman boleh menutupi seribu kesedihan dan satu ketawa boleh menutupi seribu kesakitan dan keperitan yang dialami.’

Sya berjalan menuju ke pintu utama untuk mengambil kasut sekolahnya. Ayah Sya yang asyik membaca surat khabar Berita Harian sambil duduk bersilang kaki di atas sofa tidak dipedulikan oleh Sya. Sya berjalan tanpa berpaling ke arah ayahnya sedikit pun. Sudah menjadi kebiasaan bagi ayah Sya membaca surat khabar setiap kali waktu pagi.

“Sya nok gi mano ni?” Tanya ayah. Sya memberhentikan langkah lalu berpaling ke arah ayahnya di ruang tamu.

“Nak pergi dapur la ayah. Kan mak panggil suruh makan tadi. Ayah ayah..” Sya tersenyum lalu mengeleng kepala beberapa kali sebelum beredar pergi meninggalkan ayahnya yang masih sibuk membaca surat khabar. Entah apa yang best sangat dalam surat khabar Berita Harian tu.

‘Nama ayah aku ni Mohd Farid Fauzan seperti yang anda ketahui. Ayah aku ni pemilik sebuah resort. Nama resort tu Cahaya Resort kat Pantai Seri Tujuh. Ayah asal orang sini, orang Kelantan.Ayah aku ni jenis yang sporting dan tak cepat menyerah kalah. Dia selalu menyokong aku dan yang lain berbanding mak. Kesian kat mak takde yang nak support dia. Takpe mak, Sya ada untuk support mak. Sya akan selalu support mak. He he..’

Sya mencari-cari kasut sekolahnya di pintu utama.

“Hisy, mana pulak kasut aku ni pergi? Nak menyorok pun agak-agak la. Tapi, tak logik pulak kasut sekolah pandai menyorok.Tak kan hilang kut.” Sya mengaru-garu kepalanya yang tidak pula terasa gatal.

“Mak mana kasut Sya?” Sya menjerit sedikit lantang tetapi cukup untuk satu rumah dengar akan suaranya.

“Ada kat dalam almari tu.” mak turut menjerit sama seperti Sya.

“Almari mana pulak mak?” balas Sya lemah.

“Almari kasut kat dapur ni la.” lembut mak menjawab soalan Sya.

Sya yang berbaju kurung sekolah lengkap dengan bertudung menghampiri Maknya dari belakang. Mak yang tengah sibuk mengoreng ayam untuk dibuat ayam masak pedas sempat menoleh ke arah Sya yang berdiri di sebelahnya bermuka monyok.

‘Ha, mak aku ni pulak nama dia Nur Farmila. Dia seorang suri rumah. Kadang-kadang tu mak aku mengusaha sebuah butik kecil yang menjual pakaian berasaskan kain batik iaitu De’ Butik kat kawasan ni, nak tambah duit poket katakan. Mak aku ni jenis yang cepat merajuk dan rajuknya turun kepada kami adik beradik menjadi kuat merajuk. Kesian kat mak kena pujuk kami hari-hari.’

‘Ada satu benda yang aku pelik dengan nama kami adik beradik. Nama kami hampir sama je. Falish, Falisha dan aku Falrisya. Mimpi apa mak dan ayah aku ni ekk sampai letak nama kami hampir sama je masa kami lahir? Adoi, poning(pening) pulak nanti kang kepala aku ni kalau nak difikirkan tentang nama kami tu je. Malas la nak fikir pasal tu.’

Lamunan panjang Sya terhenti apabila pinggang Sya dicuit oleh maknya.

“Oi, mak kau.” Sya melatah di luar kawalannya. Siap buka langkah kuda-kuda lagi.

“Isy, apa cuit pinggang orang ni mak.” Sya menarik muncung sambil berpeluk tubuh.

“Tu la. Siapa suruh temenong jauh sampai ke bulan depan mak. Kan mak goreng jugak kamu dengan ayam ni. Nak?”Ugut mak. Mak mengangkat sodek dan ditunjukkan di depan mata Sya.

“Tak nak.” Sya mengeleng laju kepalanya.

“Tau pun takut.” Puan Farmila menurunkan senduk lalu digunakannya untuk mengangkat ayam yang telah siap digoreng lantas di sejatkan terlebih dahulu di dalam piring.

Tiada ulasan: