Ahad, 8 Jun 2014

novel KAU BUKAN FIR AKU!!


BAB 2                                                         

Suasana malam yang sunyi di tambah pula dengan udara sejuk yang bertiup lembut mampu mengigit tulang sesiapa saja yang merasainya. Sya yang berpakaian baju tidur lengkap berwarna merah kosong mula melabuhkan punggungnya di sisi katil. Sya mengambil telefon bimbit kesayangannya iaitu Samsung Galaxy Y berwarna oren dihiasi lagi dengan keychain berbentuk love berhampiran dengan batal tidurnya. Sya membaringkan badannya di atas katil queen lalu Sya membuka folder gambar dan dicarinya gambar seseorang.

“Mana gambar Lina ekk? Aku rasa aku letak dalam folder ni. Hurmm, mana ni? Ha, dah jumpa.” Gambar Lina yang berbaju kurung ayu berwarna kuning kosong dan bertudung bawal hitam sambil memegang basikal direnung lama oleh Sya. Fikiran Sya mula memutarkan semula kenangan ketika dia mula-mula mengenali Lina 2 tahun yang lepas.

Selepas sesi pendaftaran untuk masuk ke tingkatan 1, semua pelajar bergerak ke dewan sekolah. Sya pada masa tu hanya ikut je budak-budak lain pergi ke dewan. Sya tak tahu di mana dewan tu berada. Masih blur la katakan.

Selepas mendengar taklimat, naik la sorang mak cik ni kat atas pentas. Siapa dia pun Sya tidak mengenalinya.

 “ Alahai, mak i pulak yang nak bagi ucapan ni? Kaki aku dah lenguh dah ni. Dah sejam lebih aku dengar taklimat je. Boringnye… mujur ada kerusi kat dewan ni untuk semua pelajar duduk kalau tak,boleh tercabut kaki aku yang comel lagi gebu ni dibuatnya.” Sya merungut seorang diri.

“ Ehem, kau tak tau ke si yang nak bagi ucapan di atas pentas tu sekarang ni?”

Seorang gadis yang sebaya denganku berbisik di tepi telingaku. Perlahan je kedengaran suaranya di telingaku. Dah nama pun berbisik mesti perlahankan. Dia duduk di sebelah kiri kerusiku sejak dari mula lagi, masa taklimat baru nak start. Aku tak pernah mengenalinya sebelum ni. Lain sekolah rendah kut. Aku baru tau nama dia sebab dia yang bagitau aku nama dia. Tak silap aku nama penuh dia Nur Salina Amani.

‘Eh, aku lupa la. Kat dewan ni ramai pelajar. Nama pun sesi pendaftaran. Tak tau la pulak ade yang dengar apa yang aku cakap. Aku rase aku cakap tadi dah habis perlahan. Alamak, kantoi yang aku sedang mengutuk seorang mak cik. Camne ni? Adoi, mati la aku. Somebody help me. Tenang Sya, kau kena tenang. Rilex ok.’

“ He he.. Tak tau la pulak. Siapa ea? Mak kau ke?” aku berkata dengan selamba tetapi ada sedikit nada ketakutan.

“Eh, tak la. Mak aku lagi cantik daripada dia la. Hisy, aku takde la mak yang setua tu. Mak aku muda lagi tau. Dia tu dah tua dan tak layak jadi mak aku. Dah macam nenek nenek dah aku tengok. Tu kalau kau nak tahu pengetua di sekolah ni. So, kau kena respect dia. Jangan cuba-cuba nak kutuk dia. Kalau dia dengar kau kutuk dia, habis la kau. Kena buang sekolah jawabnya.” Lina memerli Sya dengan kata-kata sinis.

“Owh. Pengetua kita rupanya. Aku ingatkan pengetua kita muda, rupa-rupanya yang dah ehem-ehem sekarang ni. Emm.. Oi, kau kata aku kena respect dia dan jangan kutuk dia tapi yang kau gi kutuk dia tadi takpe la pulak. Last-last, bukan aku yang kena buang sekolah tapi kau. Siapa tahu la kan?” Sya tersenyum sendiri melihat gelagak Lina yang mula rasa bersalah.

“Alamak, aku tak perasan la pulak aku ada kutuk dia tadi. Adoi, jahatnya mulut aku. Eh,masa aku terrkutuk pengetua kita tadi ada orang dengar tak? Aku takut ada orang repot kat pengetua la. Aku tak nak kena buang sekolah nanti. Aku nak belajar lagi.” Lina berkata sambil mukanya ada sedikit riak ketakutan.Lina cuba menagih simpati daripada Sya. Lina tu memang pandai orangnya sebab tu dia takut kena buang sekolah.

“Mesti la ada yang dengar apa yang kau cakap tadi tapi sorang je la yang dengar. Tu la kau cakap tadi kuat sangat sampai ada yang terdengar. Takpe, kau jangan risau ok. Orang yang dengar kau cakap tadi baik orangnya. Aku yakin sangat-sangat. Lagipun dia takkan bagitau pengetua la. Percayakan aku.”

Sya memegang tangan kanan Lina dengan erat sekali untuk memberi kepercayaan kepada Lina. Lina menyambut pegangan tanganku dengan lembutnya.

“Cara kau cakap tu macam kau dah tahu dan kenal je orang yang dengar apa yang aku cakap tadi.”Lina kehairanan.

“Sudah semestinya. Dah nak masuk 13 tahun aku kenal dengan dia. So, aku tau la dia tu perangai macam mane.”

“Iye? Lamanya kau kenal dia. Cer kau tunjuk orangnya. Aku nak tau jugak sape yang kau kenal sampai 13 tahun tu dan sekali gus orang yang dengar apa yang aku cakapkan tadi.”

“Ala, orang tu dekat dengan kau sangat-sangat. Dia duduk kat tepi sebelah kanan kau sekarang. Dari tadi lagi dia sembang dengan kau.”

“Sebelah kanan aku? Kalau sebelah kanan tu….” Lina memandang sebelah kanannya dan…

“KAU LAH. Isy, kau ni wat aku suspen je. Benci la.”Lina mula menarik muncung sambil berpeluk tubuh. Merajuk dengan aku la tu.

‘Alahai, kenapa la semua orang yang rapat dengan aku mesti berjangkit dengan perangai kuat merajuk aku ni? Pelik pelik..’ Rintih hati Sya.

“Isy, jangan la benci kita. Kesian kat kita tau. Kau pun, dah suara kau aku sorang je yang dapat dengar, tu pun nak takut ke. Alahai.” Sya mengelengkan kepala beberapa kali dan senyuman manis terukir di bibirnya.

“Owh, ye ke? Fuh, selamat aku.” Lina mengosok sedikit dadanya kerana berasa lega dengan penjelasan Sya itu.

“Iya la. Eh, sebelum aku terlupa nama aku Nurul Farmisya Falrisya. Kau boleh panggil aku dengan nama Risya or Sya.”

Aku menghulurkan tangan kananku untuk bersalam dengannya sambil memberikan senyuman manis kepadanya.

“Memang dah lupa pun. Tu la, asyik sangat bersembang sampai nama sendiri pun tak ingat nak diperkenalkan. Pape pun, hai Sya. Nama aku Nur Salina Amani. Kau panggil je aku Lina. Aku ni jenis yang sporting so kau jangan risau ok. Aku ni orang yang friendly. Selamat berkenalan.”

Lina segera menyambut tanganku untuk bersalaman. Lina turut melemparkan senyuman manis kepadaku. Cantik senyuman dia. Kami melepaskan pegangan tangan selepas selesai bersalaman.

“Oh, ye ke kau sporting. Sama la dengan aku. Ni boleh dijadikan best friend kalau macam ni. Pape pun, aku suka dengan nama penuh kau tu Lina. Cantik dan sedap didengar. Selamat berkenalan jugak.”

Pap.. satu tamparan lembut hinggap di paha sebelah kiriku.

“Auhh.. sakit la” aku menjerit dengan perlahan sekali. Cover suara beb. Takut orang lain dengar. Ramai orang ni. Mana boleh jerit kuat-kuat. Nanti buat malu je.

“Isy, kau ni. Nama aku biasa-biasa je la. Ni aku nak tanya sikit, kenapa nama kau punya la susah sangat nak disebut? Nurul Far Far Far. Ermm, Farsya… Eh, ape dah nama kau tadi. Cer kau sebut semula. Aku lupa pulak.”

Lina mula berkerut dahi sambil matanya memandang ke atas untuk mengingati semula nama Sya. Lina kembali menatap wajah Sya untuk mendapatkan kepastian.

“Nurul Farmisya Falrisya. Kau dengar baik-baik ea. Farmisya Falrisya. F A R M I S Y A Farmisya F A L R I S Y A Falrisya.” Aku memberitahu Lina satu persatu ejaan namaku supaya dia mudah untuk faham dan disebut.

“Owh, Farmisya Falrisya rupanya. Sorry la Sya sebab aku salah sebut nama kau tadi.” Pujuk Lina sambil tangan kanannya memegang lembut bahu Sya.

“ Takpe aku tak kisah pun. Eh, kau budak kelas mana ea?” Sya mula menarikkan lagi topic perbualan mereka.

“Kelas tingkatan 1 Genius. Kau pulak?”

“ Aku 1 Genius jugak. Sama dengan kau la. Yes, so kita classmate la.”

“ Owh. Ye la. Nice to meet you. ”

“Nice to meet you too.”

Aku tersenyum gembira kerana dapat berkenalan dengan seorang kawan yang baru iaitu Lina. Sekelas pulak tu. Aku dan Lina menyambung kembali mendengar ucapan pengetua di sekolah itu.

“Untuk pengetahuan semua pelajar ya,bermula pada tahun ini PMR diwajibkan ya mendapat A+ untuk matapelajaran Sains jika ingin memasuki kelas 4 Sains pada tahun berikutnya. Apabila pelajar ya berada di tingkatan 3 nanti, pelajar perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan A+ dalam mata pelajaran Sains ya.” Puan pengetua memberi ucapan dengan kelam-kabut sehingga semua pelajar berkerut-kerut dahi mendengar ucapan pengetua itu.

“Pesal pulak dengan pengetua ni kelam-kabut semacam ekk?” Sya kehairanan.

“Entah la Sya. Stail sekarang kut.” Balas Lina.

“Hurm.. Eh, ye ke ni tingkatan 3 nanti Sains kena dapat A+ dalam PMR baru boleh masuk kelas 4 Sains?”Sya menanyakan soalan kepada Lina untuk mendapatkan kepastian.

“Ha’ah..Hisy, kenapa mesti Sains yang kena dapat A+? Dah la aku ni lemah subjek Sains. Yang lain takpe la aku pandai tapi kalau pasal Sains aku memang fail sikit.” Lina menggaru sedikit kepalanya.

“Hurm, macam tak percaya la pulak. Takpe kau jangan risau, aku kan ade. Aku kalau pasal subjek Sains aku memang pandai. Nanti aku ajar la kau yang mana kau tak faham pasal Sains ya.”

Aku dan Lina tersenyum manis. Ni baru la dinamakan rakan sekelas. Saling tolong-menolong.

“Tetapi ya….” Puan pengetua menyambung ucapannya.

“Ai, ade tapi-tapi la pulak.” Sya berkata sambil mengerutkan dahi.

“Ujian SPM untuk tingkatan 5 nanti ya sangat penting untuk menentukan hala tuju seseorang pelajar. So, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan sebulat suara supaya pelajar diwajibkan lulus 3 subjek penting iaitu BM, BI dan SJ untuk mendapatkan sijil SPM nanti ya.” Kata pengetua.

“Ala,SPM la pulak Lina. Dah la kena lulus 3 subjek pulak tu baru boleh ambil sijil SPM.Adoi, camne ni?”Sya mendegus kecil.

“Emm,aku pun tak tau nak buat macam mana Sya. Yang penting kita kena usaha la bersungguh-sungguh untuk SPM nanti.”

“Ermm, betul tu Lina. Usaha itu kan tangga kejayaan.” Sya menyokong kata-kata Lina.

“Malasnya aku nak dengar pengetua bagi ucapan. Boring sangat-sangat. Ha,aku nak tanya sikit ni. Kau asal orang mane ea Sya?”

“Aku asal orang Kelantan ni la. Tinggal kat kawasan bandar Kota Bh ni je. Kau pulak?”

“Aku orang negeri Sembilan. Tinggal sini sebab ayah aku bekerja di sini. So, kena la sekolah kat sini jugak. Kenapa kau tak cakap dalam bahasa Kelantan ea? Kau kata kau orang sini. Takkan tak pandai cakap Kelantan kut.” Lina memerli Sya.

“Isy,aku pandai la. Aku saja je nak practise bahasa melayu aku. Asyik cakap bahasa Kelantan je kat sini. Nanti nak cakap bahasa melayu pun bunyi dah macam bahasa Kelantan. Lagi satu,aku risau kalau aku cakap bahasa Kelantan dengan orang macam kau Lina nanti dia orang tak faham apa yang aku cakap.”

“Owh. Macam tu rupanya. Cer kau cakap sikit bahase Kelantan. Aku nak dengar la. Please.”

Lina cuba memujuk Sya sambil memegang erat tangan Sya.                                

“Okey-okey. Dengar ni. Ehem.” Aku membetulkan suaraku terlebih dahulu supaya apabila aku test bahase Kelantan aku nanti dengan suara yang perlahan. So, Lina sorang je la yang boleh dengar.

“Weh,Lina mu nok tahu dok male kea aku mipi jupo nga Fizo Omar wei. Semax gilo dio tu. Buleh cair kalu duk ten lamo-lamo. Rugi la mu dop masuk dale mipi aku male. Aku kalu buleh nok sangat la mipi dio pulok male ni. Semaxnyo. Ari-ari mipi dio pon aku tok kisoh.”

“Yo ko male mu mipi Fizo Omar? Bakpow mu dop royak ko aku nyo male. Kalu mu royak, aku buleh la tupe sekaki.  Aku lamo doh nok mipi jupo nga dio tapi gak dio tok se masuk la dale mipi aku. Ruginyo tok leh tupe sekaki nga mu. Ko gano?” Ujar Lina bersemangat. Lina menjongketkan keningnya.

“Ai,Lina. Kau belajar kat mane bahase Kelantan. Bukan main kuat bunyi Kelantannya. Kau tak bagitau pun aku yang kau pandai cakap Kelantan.” Sya kehairanan seketika.

“Kau tak tanya, so aku tak bagitau la. Aku ni sebenarnya pandai sikit-sikit je. Aku belajar dengan anak jiran aku.”

“Dah okey la tu Lina. Daripada tak pandai langsung kan. Aku pun tak pandai sangat cakap bahase Kelantan ni sebab mak aku orang Perak dan ayah aku orang sini. Aku selalu guna bahase KL je. Dah la tinggal sini baru 4 tahun.”

“Maksudnya?” Tanya Lina ingin mendapatkan kepastian.

“Maksudnya, aku lahir di Kelantan pastu terus tinggal di Perak. Lepas umur aku 9 tahun baru la balik Kelantan semula dan sampai sekarang tinggal sini. Pasal tu aku cakap bunyi macam orang KL. Dah 9 tahun di Perak. Kalau Kelantan pulak baru 4 tahun. Beza banyak tahun tu kan. Pastu setiap kali cuti sekolah panjang macam sebulan mesti balik Perak.”

“Owh, tapi kira kau pandai la jugak cakap Kelantan kan. Nanti kau tolong ajar aku ea. Aku nak belajar la bahas kat sini.”

“Okey, no problem. Kau pun ajar la aku jugak bahase nogori. Teringin nak belajar la pulak.”

“Okey, bereh. Kita sama-sama belajar bahasa yang ade di Negara kita ni ok. Setuju?”

Lina menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Aku menyambut dengan riang sekali.

“Ok. Aku setuju je. Kalau boleh kita belajar bahasa Sabah dengan Sarawak retek.”

“Bagus jugak idea tu. Aku suka. He he he..”

 

Falish membuka luas pintu bilik Sya perlahan-lahan. ‘Pesal adik aku ni termenung ekk? Macam dah ke laut China Selatan dah gayanya.’

“Apa la yang Sya termenungkan tu sampai tersengih sorang-sorang? Teringat pakwe ke ape?” Falish menyindir Sya tetapi tidak didengari oleh Sya malah senyuman manis semakin menghiasi di bibir Sya. ‘Ai, dia tak dengar ke?’ Falish menghampiri Sya lalu…

“Gah..” Falish memegang bahu Sya dengan cepat.

“Mak…” Sya melompat cepat daripada pembaringan lalu berdiri di atas katil dengan batal menutupi mukanya.

Falish ketawa terbahak-bahak selepas melihat Sya terkejut sampai dinding pun di ketuknya. Sya menurunkan perlahan-lahan batal yang dipegangnya daripada terus menutupi mukanya kerana mendengar ketawa besar Falish itu.

“Oi, lucu sangat la tu. Huh..” Sya membaling bantal yang dipegangnya ke arah Falish. Falish sempat mengelak balingan bantal Sya itu. Sya membaringkan tubuhnya lalu membelakangkan Falish.

“Okay okay. Jangan merajuk adik abang. Abang gurau je la. Sya mengantuk ea? Tido ekk Sya sayang.” Pujuk Falish lembut.

Falish mula menyelimutkan Sya. Sya memalingkan muka laju dan…

“Gah.. He he he…” Sya tersenyum sinis. Falish jatuh terduduk di atas lantai apabila di sergah oleh Sya sebegitu.

“Astaghfirullahalazim, Sya…” Falish memarahi Sya.

“Dah. Tido.” Falish mengarahkan Sya. Falish menutup lampu meja yang masih menyala lalu Falish keluar dari bilik Sya yang gelap gelita itu. Ditutupnya pintu bilik Sya dengan perlahan-lahan. Sya ketawa terbahak-bahak dalam selimut kerana terbayang wajah Falish yang bukan main terkejut tadi.

Tiada ulasan: