Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

cerpen SIAPAKAH JODOHKU?

Imej
Hatiku sentiasa berdebar-debar setiap kali terbayang akan sepasang mata brown yang cukup menawan itu. Aku hairan kenapa mata secantik itu dimiliki oleh insan yang bernama…ah, aku sendiri pun tak tahu. Tapi kan orang tu kacak. Meskipun dia sentiasa hadir dalam mimpiku dengan rupanya yang kurang jelas tapi aku…. “Sofia!!!!” Jerit Hakim lantang. Bergema lubang telinga aku ni dek mendengar jeritannya. Eii, dia ni kan kalau jerit macam aku ni duk kat Australia. Ni yang aku nak lempang je mamat ni. Huh, sabar je la. “Kau ni dah kenapa, Kim? Aku depan kau aje. Tak payah la jerit bagai nak seluruh pelosok dunia dengar suara kau yang macam kambing nak mati tu.” Bentak Sofia. Terangkat kedua-dua belah bahu Hakim dek terlampau terkejut. “You, ada orang nak jumpa.” Ujar Hakim dengan penuh lemah lembut. Kalah orang perempuan. Sampai aku sendiri pun dah tak boleh beza jantina kawan serumah aku sorang ni. Atau lebih tepat, sepupu aku. Dah la cara dia berpakaian persis perempuan, nasib baik l...

novel KAU BUKAN FIR AKU!!

BAB 10 Fir melabuhkan punggungnya di sisi katil dalam suasana yang diterangi dengan cahaya lampu. Fir mengambil gitar yang tersandar pada dinding di tepi katilnya lalu dipegangnya. Fir mengambil gambar Sya yang disimpannya di bawah bantal tidurnya dan direnung lama gambar Sya yang diambilnya semasa birthday Sya tahun lepas. Fir tersenyum melihat gambar Sya yang sedang meniup lilin kek. Comel sangat. Fir meletakkan gambar itu di atas meja berhampirannya. Fir mula bermain gitar ditangannya dan menyanyi mengikut rentak lagu Sandiwara Cinta daripada Republik. Aku tahu ini semua tak adil Aku tahu ini sudah terjadi Mau bilang apa aku pun tak sanggup Air mata pun tak lagi mau menitis Alasan yang sering kali ku dengar Alasan yang sering kali kau ucap Kau dengannya seakan ku tak tahu Sandiwara apa yang telah kau lakukan Kepadaku… Jujurlah sayang aku tak mengapa Biar semua jelas tak berbeza Jika nanti aku yang harus pergi Ku terima walau sakit hati ...

novel KAU BUKAN FIR AKU!!

BAB 9 Seorang gadis berusia 16 tahun berpakaian skirt pendek berwarna hitam menampakkan betisnya yang putih gebu dan memakai blouse biru yang menampakkan susuk tubuhnya yang lampai. Rambutnya yang diwarnakan sedikit kemerahan di bahagian hujung rambutnya yang panjang mengurai menjadikan dia nampak lebih anggun ditambah pula dengan make up tebal yang diserikan di wajahnya. Biasa la, anak Dato’ katakan. Gadis itu berjalan dengan penuh bergaya menghampiri Fir yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran di meja ruang tamu. “Hai sayang. You tengah watpe tu?” Amanda duduk tanpa segan silu di atas sofa iaitu belakang Fir yang duduk di atas lantai. Fir membuat seolah-olah tidak dengar akan pertanyaan Amanda dan menganggap Amanda seperti tak wujud dalam hidupnya tika itu. ‘Amanda, itulah nama anak kepada Dato’ Ridzuan pemilik sebuah syarikat pemasaran permata yang terkenal di Johor Bahru. Amanda ni anak tunggal dan ibunya telah meninggal dunia ketika dia berumur 12 tahun akibat kemala...

novel KAU BUKAN FIR AKU!!

BAB 8 Falish memapah Fir perlahan-lahan memasuki rumah yang agak mewah itu. Besar betul rumah yang Fir tinggal ni. Kalau nak dibandingkan rumah Fir dengan rumah aku memang cantik dan mewah rumah Fir lagi la. Anak orang kaya la katakan. Ayah Fir tu pemilik sebuah syarikat pemasaran mutiara asli yang terkenal di Kuching, Sarawak iaitu Mutiara Holdings   dan mak Fir pulak seorang peguam. Beruntung Fir dapat keluarga kaya camni. Ayah dan maknya dah jadi Dato’ dan Datin dah sekarang ni. Kira Fir ni anak Dato’ la. Falish memerhatikan setiap sudut di dalam rumah itu. Kagum dengan keindahan rumah yang Fir diami itu. Besarnya…. Dah la rumah ni tiga tingkat. Cantik dan luas pulak tu. “Oi, kau ni dah kenapa sampai ternganga macam tu? Macam la kau tak pernah masuk rumah aku selama ni.” Fir bertanya hairan dengan gaya Falish seperti itu. Kenapa dengan Falish ni. Kan dah 3 tahun kami berkawan takkan la macam sehari je kenal kut. Rumah ni pun hari-hari si Falish tu masuk. Macam ka...

novel KAU BUKAN FIR AKU!!

BAB 7 Hari ini bermula la operasi mengemas rumah seperti yang si Falisha mulut murai tu tulis untuk aku. Tak buat kang kena bebel pulak. Aku lebih sanggup buat semua tugas yang dia tulis di atas kertas A4 tu daripada kena dengar dia membebel sebijik sama macam burung murai yang tak tau nak berhenti berbunyi. “Fuh, penatnya. Tak sempat aku nak rehat ni. Banyak lagi ni tugas yang nak kena siapkan. Emm, aku pergi sidai baju kat luar dulu la. Yang lain, aku buat lepas ni. Lepas tu, nanti dah beres boleh la aku rest secukupnya.” Aku memberitahu diriku. Aku mula melangkah keluar dari rumah melalui pintu belakang. Nak tengok cuaca kat luar camne. Kut, kut nak hujan. Sesudah aku berada di luar rumah, aku dapat rasai panasnya cahaya matahari menyinari. Fuyoo!! Panas gila hari ni. Boleh terbakar kulit aku yang gebu ni. Kena cepat-cepat sidai baju ni kalau tak, jadi minah Bangladesh la jawabnya. Alamak, baru aku ingat satu benda. Aku berjalan memasuki rumah semula untuk mengambil ...