Angin malam dihirup segar oleh Nizam. Nizam merenung tajam susuk tubuh Syafzira yang meliuk lentuk tidur di atas katilnya. Nizam ketawa kecil. Lucu dengan gaya tidur Syafzira yang persis bayi manja. Comel sangat si Zira di matanya. Geram hatinya untuk menarik hidung Syafzira yang comel itu. Tapi, bolehkah? Nanti tidak fasal-fasal ada yang kena penampar percuma. Andai saja hati Syafzira memberi ruang kosong kepada Nizam sebagai suaminya, pastinya Nizam akan bersorak keriangan. Mungkin semua itu hanyalah mimpi di siang hari yang sukar di kecapinya. Sabarlah Nizam.
Nizam menghampiri Syafzira yang masih di buai mimpi. Nizam duduk mencangkung berhampiran dengan katil. Mata Nizam tidak henti-henti menatap wajah polos di hadapannya. Terasa deruan nafas Syafzira pada wajah Nizam. Nizam menongkat dagu dengan tangan kiri. Sebelah tangannya yang satu lagi dibiarkan bergerak sesuka hati. Biasalah tangannya itu susah untuk dikawal. Sikit-sikit merayap. Tidak reti hendak duduk diam. Sekejap sentuh tangan, sekejap sentuh hidung isterinya. Maklumlah, ingin ambil mood happy sebelum tidur.
“Cantik juga isteri aku ni. Hai, apalah nasib. Dapat isteri garang. Tapi yang garang tu yang aku suka.” Nizam berkata perlahan. Senyuman diukir di bibirnya. Nizam mengangkat kening hairan kerana Syafzira seolah-olah mengigau sesuatu. Nizam menepuk perlahan bahu isterinya. Kononnya ingin mendodoi kembali Syafzira.
Gedebuk…Syafzira tergolek jatuh ke lantai sekali gus menindih badan kurus Nizam. Boleh tahan berat si Syafzira ni. Bisik Nizam dalam hati. Nizam mencuba untuk meloloskan diri namun tidak berhasil. Syafzira kini mula memeluknya dengan erat sampai pucat wajah Nizam jadinya. Dia ni ingat aku teddy bear ke? Peluk dah la kuat. Nak bunuh orang ke apa dia ni? Nizam tidak berputus asa untuk meleraikan pelukan Syafzira secepat mungkin. Tidak sanggup Nizam menghadapi situasi sedemikian. Risau kalau-kalau hatinya akan cair seratus peratus pada wanita di sisinya itu.
Nizam berura-ura meninggalkan Syafzira yang masih tidur nyenyak di atas lantai. Nizam memberhentikan langkahnya lantas menoleh ke arah Syafzira. Hisy, dia ni tidak sejuk ke tidur atas lantai? Ah, lantaklah! Tapi, kesian pula aku menengoknya. Nak angkat ke tidak? Kalau angkat, nanti aku pula yang bahaya. Tidak mahu aku makan penampar malam-malam macam ni. Tapi…. ah, angkatlah!
Nizam mendukung Syafzira lantas diletakkan di atas katil. Nizam tersentak seketika. Alamak, minah ni pegang tangan aku. Masak aku kali ni. Dia dah sedar ke?
“Abang, jangan tinggalkan Zira.” Rengek Syafzira dengan mata yang masih terpejam rapat. Mengigau agaknya.
Meremang bulu roma Nizam mendengar rengekan isterinya itu. Habis cair egonya yang dahulu tinggi melangit. Nizam meleraikan pegangan tangan Syafzira dengan perlahan. Khuatir jika Zira tersedar. Nanti ada pula burung murai yang berleter sampai ke subuh.
Sebelum berlalu ke sofa, Nizam sempat mengucup dahi Zira. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa ingin menyayangi Zira.
“Sayang jangan mengigau lagi tau.” Pesan Nizam lembut setelah ciuman diberi. Nizam tergelak kecil. Beraninya aku panggil Zira, sayang. Gatal juga aku ni.
“KITA pergi honeymoon minggu hadapan.” Ujar Nizam bersahaja.
Buntang mata Syafzira mendengarnya. Dia ni dah buang tabiat agaknya. Honeymoon apa pula ni? Yang ni yang buat aku rasa macam nak makan orang saja. Dia ni dah nyanyuk ea. Dah tak ingat yang aku dengan dia bermusuhan sejak kecil lagi. Ke dia ada pelan nak kenakan aku? Opss, ini Syafzira la. Sukar untuk dikenakan oleh lelaki macam si Nizam poyo plus papan itu.
“What? Honeymoon? Excuse me, perkataan honeymoon tidak pernah wujud dalam kamus hidup I TERUTAMANYA dengan manusia macam you ni. Please la.” Zira memandang Nizam di sisinya sebelum jelingan maut diberikannya. Sepoi habis mood aku hendak layan cerita Suami Aku Ustaz.
“Tapi, mama yang suruh kita pergi.” Terang Nizam.
“Kalau you nak pergi, you pergi sorang!! I ada banyak kerja di hospital. Berlambak dan ia lebih penting daripada honeymoon bodoh you itu.”
“Degil betul you ni!! Harap muka je cantik tapi perangai…” Sinis Nizam.
“Kau ni dah kenapa? Tidak puas hati dengan aku? Sengaja nak cari gaduh, ha?” Bentak Zira geram. Pantang bagi dirinya jika ada yang mengejek akan perangainya. Apa lagi angin satu badan la jadinya.
“You ni sikit-sikit melenting. You ingat you sorang saja dekat dunia ni ada rasa marah. I tak faham la, kenapa banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, I boleh TERkahwin dengan perempuan sengal macam you?” Sinisnya lagi.
Apa? Dia kata aku sengal? Oh, mamat poyo plus papan ni nak kena dengan aku agaknya. Kecik besar, kecik besar saja aku menengoknya. Kau memang nak cari nahas Nizam. Aghhhh!!!! Aku benci kau, NIZAM!!! Sampai bila-bila….
Bila ku teringat akannya, tanganku mula la gatal nak menaip setiap cerita yang hanya ada kenangan kita berdua sahaja
Sabtu, 28 November 2015
Isnin, 23 November 2015
Novel : Takdir Cinta 12
12
FIRDAUS memakai kopiah putih pemberian Umi Khadijah. Langkah diatur laju menuruni anak tangga. Syafrill yang sedang menaiki tangga memandang Firdaus yang lengkap serba putih dengan hairan. Nak pergi mana pula budak ni? Syafrill mendepakan tangannya menghalang Firdaus daripada terus menuruni anak tangga. Firdaus berkerut seribu. Apa hal pula dengan dia ni? Masa ni la dia nak buat ‘road block’ bagai. Getus hati Firdaus.“Along.. acik dah lewat ni.” Firdaus membuat muka sepuluh sen.
“Nak pergi mana ni? Handsome tahap Imam Muda Nazrul bagai.”
“Acik nak pergi pondok la. Dah lewat ni.. Tepi la along.” Rengek Firdaus.
Syafrill mencebik bibir. Kelmarin tak nak pergi, sekarang kelam kabut nak pergi. Adik siapa la ni.
“Pergi sana tu belajar. Jangan nak jatuh cinta dengan orang kat sana pula.” Pesan Syafrill tegas. Firdaus mengangkat kening. Macamlah aku tak ada kerja lain pula nak cari makwe kat sana.
“Yalah cik Syafrill Hafiz.” Syafrill menurunkan tangannya. Firdaus bersalaman dengan Syafrill dan terus beredar pergi. Berderum enjin kereta Myvi putih milik Firdaus dari luar rumah. Syafrill hanya menggeleng kepala melihat telatah adik bongsunya.
“Acik pergi mana tu along?” Sampuk Safina dari dapur.
“Pergi pondok.” Jawab Syafrill bersahaja. Syafrill meneruskan langkah mendaki anak tangga.
FIRDAUS membuka pintu keretanya lalu melangkah keluar. Karim yang terlihat kereta Myvi milik Firdaus terus menghampiri. Firdaus tersenyum lebar melihat sahabatnya yang menyambut kehadirannya di situ. Kamil segera bersalaman dengan Firdaus.
“Firdaus… Subhanallah, ke mana anta menghilang sampai seminggu tak datang pondok? Kami semua kat sini risau fasal anta.” Firdaus ketawa kecil selepas mendengar teguran Kamil. Ada juga orang risau fasal aku. Ingatkan tak ada yang peduli.
“Allah, ana ada hal yang perlu diselesaikan. Yang penting ana dah datang semula ke pondok ni. Kai faha lukka?”
“Alhamdulillah, bikhoir.” Firdaus memeluk sahabatnya itu. Senyuman Firdaus terus mati saat matanya terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Hidayah?
Firdaus melonggarkan pelukannya dan menolak tubuh Kamil ke tepi. Kamil kehairanan. Anak mata Firdaus langsung tidak berganjak daripada terus memerhati gerak-geri Hidayah.
“Tunggu sini sekejap Kamil.” Firdaus bergegas mendapatkan Hidayah namun bayangan Hidayah tiba-tiba hilang begitu sahaja. Aku yakin gadis tadi Hidayah. Aku kenal dia.
“Hidayah!!!” Panggil Firdaus sekuat hati. Semua mata tertumpu pada Firdaus waktu itu.
Hidayah menghentikan langkah. Telinganya menangkap satu suara yang memanggil namanya. Hatinya mula berombak kencang. Firdaus? Ya Allah, tidak mungkin dia ada di sini.
“Kenapa ni Hidayah?” Tegur Hanim risau.
“Ana terdengar ada orang panggil nama ana.” Adu Hidayah pada Hanim. Hanim melihat sekeliling tempat mereka berdiri. Hanya dia dan Hidayah sahaja di situ.
“Hidayah salah dengar kut. Ana tak ada dengar apa-apa pun. Dah jom…” Hidayah mengikuti langkah Hanim. Ya Allah, Kau damaikanlah hati hamba-Mu ini.
“Firdaus, anta okay tak ni?” Karim memegang bahu Firdaus. Risau hatinya bila terdengar Firdaus menjerit memanggil nama seseorang.
“Ana nampak dia, Karim. Ana nampak dia.” Rintih Firdaus.
“Ya Allah, istighfar Firdaus. Jangan jadi lemah macam ni.” Karim merangkul badan Firdaus yang lemah. Entah kenapa sahabatnya itu dalam sekelip mata menjadi lemah tidak berdaya. Siapa Hidayah?
HIDAYAH dan kumpulan ‘four’ H a.k.a rakan sebiliknya bersiap untuk ke masjid. Mereka berjalan sambil berbual sakan. Firdaus menyelit di celah orang yang memenuhi saf depan. Pantang baginya kalau terlihat ada ruang kosong di saf hadapan, pasti dia akan memenuhinya.
“Firdaus, silakan.” Firdaus terkejut beruk bila Kamil menyuruhnya untuk melaungkan azan.
“Tapi ana…” Belum sempat Firdaus menghabiskan ayatnya Kamil pantas mencelah.
“Anta kan dah lama tak datang pondok. Ana rindu nak dengar anta azan. Silakan Firdaus.” Habis longgar tulang belulang Firdaus mendengarnya. Ya Allah, kenapa hati ini berdebar-debar? Firdaus menapak selangkah ke hadapan. Kamil tersenyum gembira.
Waktu maghrib telah tiba, Firdaus segera melaungkan azan dengan penuh rasa cinta pada Ilahi. Dada Hidayah kembali berdenyut laju. Ya Allah, suara itu. Firdaus?
Usai solat maghrib dan Isyak, Hidayah teragak-agak untuk memijak tangga masjid. Dia takut Firdaus akan ternampak dirinya. Hidayah belum bersedia untuk bertemu dengan Firdaus. Ah, kalau ingin diikutkan hati 20 tahun lagi pun Hidayah takkan bersedia.
“Hidayah?” Suara itu hampir membuatkan Hidayah pengsan. Ya Allah, dia nampak aku ke?
“Siapa ni?” Tanya Hanim ingin tahu.
“Tak kenal.” balas Hidayah. Hidayah ingin menuruni anak tangga namun di halang oleh Hanim. Hanim memegang erat tangan Hidayah.
“Tak baik pergi macam tu je.” Hanim menegur Hidayah, perlahan. Hanim yang perasan Firdaus memandang mereka dengan muka hairan mula menayangkan sebaris giginya. ‘Cover line’..
“Hidayah, ana ada sesuatu yang ingin diberitahu. Tolong beri Fir peluang untuk menjelaskan semuanya.” Hidayah memandang Firdaus penuh rimas. Apa lagi yang dia nak? Hidayah berlalu begitu sahaja. Tidak ingin mendengar sebarang penjelasan daripada mulut lelaki itu. Hanim tergamam hilang kata. Dia tidak faham akan situasi sebenarnya.
“Hidayah, jangan tinggalkan Fir lagi.” luah hati Firdaus. Hidayah, apa salah Firdaus? Kenapa buat Firdaus macam ni?
“Ana pergi pujuk Hidayah ya.” Hanim berlari anak mendapatkan Hidayah. Firdaus terduduk di tangga. Sayu hatinya tika itu. Kamil yang mengikuti perbualan mereka, duduk di sisi Firdaus. Ditepuk bahu Firdaus berulang kali. Kasihan sahabatnya itu.
HANIM membuka matanya yang sedia tertutup rapat. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Tidur lenanya terganggu dek suara Hidayah yang tidak henti-henti memanggil nama Firdaus. Mengigau agaknya. Hanim menggoncang bahu Hidayah beberapa kali. Risau hatinya melihat Hidayah berpeluh bagai. Mimpi apa dia ni?
“Hidayah… bangun Hidayah. Hidayah…”
“Firdaus…. jangan tinggalkan saya.. Fir… Fir!!!!”
Gedebuk!!! Hanim terjatuh di lantai dek terkejut dengan jeritan Hidayah. Hanim menggosok belakangnya yang menjadi mangsa awal pagi buta lagi. Hidayah meraup muka dan beristighfar. Hanim mengambil tempat di sisi Hidayah.
“Awak okay tak ni? Kalau tak okay, saya rasa awak perlu solat tahajud. Mohon ketenangan daripada Allah. In sha Allah, hati awak akan tenang nanti. ” Hanim menggenggam erat tangan Hidayah. Hidayah yang masih bersisa ketakutan, mendakap rakannya itu.
YA ALLAH, kenapa dia buat kerja bodoh pagi-pagi begini? Aku tak nak jumpa dia. Tak faham bahasa ke? Hidayah curi-curi intai Firdaus yang terpacak persis tiang bendera depan pintu. Bila dia nak blah ni. Dah sejam lebih aku terperuk dalam bilik. Aku bukan asam yang boleh terperap lama. Hanim sekadar membisu. Kalau dia buka mulut mahunya si Hidayah sumbat mulutnya dengan tuala.
Bulat mata Hidayah melihat Firdaus seperti memberitahu Haida sesuatu. Mata Haida tertangkap wajah Hidayah yang seperti pencuri intai-intai dari celah pintu. Hidayah pantas menutup pintu yang sedikit terbuka. Haida menggeleng kepala.
“Hidayah, buka pintu ni.” Tegas Haida. Perlahan-lahan Hidayah memulas tombol pintu.
“Kenapa buat orang tertunggu-tunggu macam tu, Hidayah? Tak baik tau.” Tegur Haida. Hidayah menundukkan kepalanya. Dia pun tak sampai hati biarkan Firdaus berdiri di luar sana. Sampai sejam lebih. Rasa bersalah menerpa wajahnya.
“Saya tak bersedia untuk jumpa dia. Suruh dia balik, Haida. Awak kan kawan saya.” rayu Hidayah penuh pengharapan.
“Pergilah jumpa dia sekejap. Mana tahu ada hal penting.” Pujuk Haida. Hati Hidayah berbelah-bahagi. Nak jumpa ke tak?
“Pergilah Hidayah.” Celah Hanim.
Hidayah menarik nafas panjang. Langkah disusun rapi mendekati Firdaus yang masih setia berdiri di situ. Bibir Firdaus ditarik sampai ke telinga. Alhamdulillah, Hidayah sudi juga bertemu dengannya. Peluang itu dimanfaatkan Firdaus sebaik mungkin. Dia mesti perbaiki hubungannya dengan Hidayah secepat mungkin. Sengsara hatinya semenjak Hidayah menjauhi dirinya.
“Hidayah, terima kasih kerana beri Fir peluang. Mula-mula sekali, Fir nak minta maaf jika Fir ada menyinggung hati Hidayah. Percayalah, tidak pernah terdetik sebesar zarah pun dalam hati Fir untuk menyakitkan perasaan Hidayah. Fir tahu semua ni salah Fir. Fir punca kemarahan Hidayah. Maafkan Fir.” luah isi hati Firdaus.
Lega rasanya membebaskan ayat yang bersarang dalam mindanya. Semalaman Firdaus tidak dapat tidur. Semuanya gara-gara memikirkan ayat untuk menambat semula kepercayaan Hidayah. Sampai lebam matanya persis mata panda.
“Salah Hidayah juga. Ikutkan sangat perasaan hati.” Ujar Hidayah, bersalah.
Firdaus angkat kening. Tanpa dipinta, benaknya terlintas akan sesuatu yang bisa membuatkan Hidayah tersenyum kembali. Firdaus mula menyanyikan lagu kumpulan dehearty iaitu Permata Yang Dicari.
Hadirnya.. tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadirnya insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi…
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini…
Hidayah tertunduk malu. Lagu itulah yang pernah mengikat cintanya dengan Firdaus ketika di maahad dahulu. Lunak suara Firdaus masih tidak berubah. Maklumlah, Firdaus bekas ketua kumpulan nasyid suatu ketika dahulu. Dari situlah hatinya terpaut dengan Firdaus.
Kasih mereka tidak pernah membatasi syariat. Mereka pasrah dengan ketentuan Allah. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau mereka berjodoh, alhamdulillah. Kalau tiada jodoh, mungkin mereka akan terus sebagai kawan. Tetapi setelah Firdaus tamat pengajian di maahad, tiada satu pun khabar mengenai Firdaus. Itulah penyebab utama Hidayah tidak mahu berjumpa Firdaus. Dia kekok.
Novel : Takdir Cinta 11
11
HIDAYAH memeluk erat tubuh Asyifah. Pipinya dihujani air mata. Kenapa takdir menemukan dirinya dengan Firdaus? Selama ini dia bersusah payah memaksa hatinya untuk melupakan Firdaus dan setelah dia berjaya, wajah itu kembali mengetuk pintu hatinya. Apakah makna di sebalik pertemuan ini?Firdaus sampai hati kau buat aku macam ini. Pergi dan kembali begitu sahaja. Apa niat sebenarmu? Mahu mempermainkan hati aku lagi? Cukuplah luka yang engkau tinggalkan bekasnya pada hati aku. Sakitnya masih terasa, Firdaus.
“Sabarlah Hidayah. Allah uji pasti ada sebabnya.” Asyifah meniupkan kata-kata semangat kepada Hidayah. Sayu hatinya bila melihat sahabatnya itu sudah lecuh dengan air mata.
“Ana sudah melupakannya, Asyifah. Kenapa dia perlu muncul semula?” Rintih Hidayah. Asyifah yang tidak dapat menahan sebak turut mengalirkan air mata.
“Kuatkan semangat Hidayah. Jangan jadi lemah.” Pujuk Asyifah lagi. Asyifah mengerling ke arah pak cik yang asyik melihat mereka dari cermin pandang belakang. Mungkin dia hairan dengan dua orang penumpangnya yang bersedih dari tadi.
“Maaflah pak cik. Kawan saya baru lepas ditimpa ujian. Tu yang dia sedih sangat.” Maklum Asyifah. Pemandu teksi itu mengangguk faham.
“Sabar ya nak. Allah uji sebab Allah sayang.” Pujuk pak cik teksi, ramah dan ikhlas. Asyifah tersenyum mendengarnya.
Pedal brek ditekan kuat. Kereta teksi berhenti betul-betul di hadapan rumah Hidayah.
“Tunggu sekejap ya pak cik.” Lelaki yang berumur dalam lingkungan 50 tahun itu mengangguk faham.
Asyifah memimpin badan Hidayah yang masih lemah hingga ke pagar rumah. Hidayah penat menangisi ujian yang menimpanya.
“Sampai sini saja Asyifah. Ana boleh masuk sendiri.” Ujar Hidayah lemah.
“Betul ni?” Soal Asyifah penuh risau.
“Betul.”
“Jaga diri tau. Jangan ingat fasal kejadian tadi lagi. Ana balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”Asyifah kembali memasuki kereta teksi dan berlalu pergi.
HIDAYAH meletakkan beg di atas katil. Wuduk diambilnya. Dia ingin menunaikan solat asar. Mungkin setelah dia mengadu kepada Allah, hatinya akan sedikit tenang. Usai solat asar, Hidayah mencari ibunya di dapur. Ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada ibunya itu.
“Ibu…” Rosnah berhenti memotong sayur saat telinganya menangkap suara lemah lembut itu.
“Ya nak. Ada apa?” Rosnah menoleh ke belakang.
“Hidayah nak cakap sikit ni. Hidayah bercadang nak duduk di pondok cuti ni. Ibu benarkan tak?” Pinta Hidayah.
“Ya Allah, mestilah ibu benarkan. Anak ibu nak cari ilmu akhirat kan, takkan ibu tidak izinkan. Bila nak pergi?”
“Minggu depan. Boleh?”
“Boleh sayang. Tapi urusan kemasukan Hidayah?”
“Yang tu ibu tak usah fikir. Ada seorang ustaz di maahad boleh tolong uruskan segalanya.” Rosnah sekadar mengangguk. Dia memegang pipi Hidayah. Diusapnya penuh sayang. Wajah dia sama dengan wajah ibu kandungnya. Bisik hati kecil Rosnah. Hidayah memeluk Rosnah penuh kasih. Agak berat hatinya untuk meninggalkan ibunya itu buat kali kedua.
HIDAYAH memasukkan pakaiannya ke dalam almari. Mujurlah ada Syafrill yang sudi menguruskan kemasukannya. Kenapa ustaz terlalu baik dengan aku? Mata Hidayah tiba-tiba beralih pada sekumpulan gadis yang sedang menghampirinya.
“Pelajar baru di pondok ni ke?” Tegur salah seorang daripada mereka.
“Na’am. Ismy Hidayah. Wa anta?”
“Ismy Haida. Yang ni Haliza, Hafiza dan Hanim. Kami four H.”
“Four H?” Berkerut dahi Hidayah mendengarnya. Apa ke benda ‘four’ H tu?
“Macam ni, nama kami semua bermula huruf ‘H’. Jadi kami beri gelaran kepada kumpulan kami four H. Kalau Hidayah nak join group kami pun boleh sebab nama Hidayah bermula huruf H juga. Betul tak korang?” Ujar Haida teruja.
“Ya. Jom la join kami. Kita boleh jadi five H.” Ajak Hanim pula. Yang lain hanya tersenyum setuju.
“Jangan risau kami orang baik. Sama-sama nak timba ilmu di sini.” Maklum Haliza, lembut.
“In sha Allah… boleh tak kamu semua bantu saya kenal semua kawasan di pondok ni? Saya tak biasa dengan tempat ni.” Pinta Hidayah. Dia perlu mengenali setiap kawasan di pondok itu terlebih dahulu. Barulah dia tidak sesat.
“Okay. No problem.. Sekarang jom ikut kami pergi round satu pondok ni.” Arah Hafiza bersemangat. Hidayah mengekori kumpulan four H itu ke mana sahaja mereka pergi. Terima kasih ya Rabb kerana memudahkan segala urusan hamba-Mu di sini dan memberi diri ini empat orang rakan baru yang baik hati.
FIRDAUS membaca hadis Rasulullah di taman mini. Syafrill menepuk bahu Firdaus dari belakang. Agak terkejut adiknya itu. Mujurlah tidak melambung buku hadis di tangan Firdaus dek terkejut.
“Along rupanya. Ingat siapa la tadi.”
“Ni kenapa acik tak pergi pondok? Kalau tak silap along dah hampir seminggu acik tidak pergi sana. Ada masalah ke?”
“Tak ada apa-apa masalah. Acik cuma nak rehat minggu ni. Tenangkan fikiran.”
“Jangan bohong la acik. Acik tu adik kandung along tau. Along kenal siapa adik along. Acik tak pernah ponteng kelas pengajian di pondok. Mesti ada masalah ni. Cepat beritahu along.”
“Fikiran acik tengah serabut sekarang ni.” luah Firdaus.
“Cuba cerita apa masalah acik. Mana tahu along boleh tolong.”
Syafrill duduk berhadapan Firdaus.
“Acik ada terserempak dengan kawan acik masa maahad dulu. Acik sayangkan dia. Sayang sangat. Dia ingat acik dah lupakan dia. Acik tak pernah lupakan dia, along. Setiap doa yang acik tadahkan, tidak ada satu pun doa yang tidak pernah acik selitkan namanya. Acik sedih sangat dia dah mula membenci acik. Bercakap dengan acik pun dia tak nak.” Firdaus mula menangis teresak-esak.
Syafrill rasa kasihan dengan nasib adiknya. Syafrill memeluk erat tubuh kurus Firdaus. Dia ingin menyalurkan kekuatan dalam diri Firdaus. Syafrill tidak menyangka adiknya itu akan mengalirkan air mata kerana seorang perempuan. Begitu kuat kasih sayang Firdaus pada perempuan itu.
“Sabarlah acik. Lambat-laun hati dia akan lembut jua. Perempuan ni dia marah sekejap saja. Bila dia dah sejuk, ambil semula hatinya. Hurm, along kenal ke gadis yang telah membuat adik along menangis bagai ni?”
“Dia pelajar along.” Syafrill mengangkat kening tidak percaya. Pelajar aku? Yang mana satu? Lantak la yang mana pun. Janji bukan Hidayah. Kalau tak mahunya aku menangis tidak berlagu.
Novel : Takdir Cinta 10
10
SELEPAS sebulan menduduki ujian SPM, kini Hidayah mampu menarik nafas lega. Terlepas satu beban dalam otaknya. Sepanjang penantian keputusan, Hidayah berhajat untuk mengisi masa cutinya dengan berada di pondok. Bolehlah dia menambah bekalan akhirat dengan pungutan butir-butir ilmu di sana nanti. Tidaklah sia-sia masa penantiannya.Hidayah memasuki bilik guru. Dia ingin meminta pendapat gurunya akan hajatnya itu.
“Assalamualaikum ustaz.”
“Waalaikumussalam. Eh, Hidayah. Ada apa cari ustaz?” Kembang kucup hati Syafrill menerima kehadiran Hidayah. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyum ada makna tu.
“Ana nak minta pendapat ustaz. Ana berhajat nak menimba ilmu di pondok sepanjang cuti ni tapi ana keliru nak pilih pondok yang mana satu. Ustaz boleh tolong beri cadangan tak?”
Pandangan Syafrill tidak berganjak sedikit pun daripada wajah Hidayah. Dia mendengar penuh minat. Hidayah mula tidak selesa dengan pandangan mata Syafrill itu. Segera dia menundukkan pandangannya. Syafrill yang menyedari ketidakselesaan Hidayah mula mengalihkan pandangan. Rasa malu menerpa jiwanya.
“Hurm, bagus niat kamu itu. Ustaz ada satu idea. Apa kata Hidayah belajar di pondok Yusufiah. Lagipun adik ustaz belajar kat sana juga. Nanti dia boleh tolong tengok-tengok kan Hidayah.” Cadang Syafrill penuh semangat.
Hidayah sedikit terkejut. Tidak percaya dengan kata-kata ustaz Syafrill. Kenapa dia tiba-tiba ambil berat fasal aku? Siap kata ada orang boleh tolong tengokkan aku bagai. Macamlah aku tak boleh jaga diri sendiri. Hello cik ustaz, ni Hidayah la. Bekas pelajar taekwondo zaman sekolah rendah dulu tau. ‘Belt’ hitam lagi.
“Dekat mana pondok tu? Ana tak nak tempat yang jauh.”
“Dekat je. Di Gelang Mas. Jangan risau.. Tempat itu area Pasir Mas juga.”
Ustaz ni pun satu. Macam la aku orang luar Kelantan yang tak tahu nama tempat yang ada dalam Kelantan. Tak payah beritahu pun aku dah tahu di mana Gelang Mas itu. Yang pasti Gelang Mas tu bukannya di tangan. He he he…
“Tengok la dulu macam mana. Ana perlu minta pendapat ibu dan ayah dulu. Kalau ada rezeki, in sha Allah ana akan menimba ilmu di sana. Hurm, ana minta diri dulu ya. Dah janji dengan Asyifah nak pergi kedai buku petang ni.”
“Silakan.”
Hidayah berlalu dengan muka hairan. Makin lama, makin pelik ustaz ni. ‘Stress’ dengan kerja kut. Syafrill masih dengan senyuman di bibirnya. Gembira benar hatinya dapat bersua dengan Hidayah. Sampai ikhtilat berterabur semuanya. Allahuakhbar…
SEMENJAK Firdaus terserempak dengan Hidayah di kedai buku sebulan yang lalu, Firdaus acap kali pergi ke kedai buku yang sama dengan harapan dia dapat bertemu lagi dengan Hidayah. Firdaus ingin mengorek alasan di sebalik keengganan Hidayah berbicara dengannya. Setahunya dia tidak berbuat apa-apa salah pun. Kenapa Hidayah ingin menjauhkan diri daripadanya?
Firdaus bersandar pada pintu keretanya berhadapan kedai Jaafar Rawas. Gerak hatinya mengatakan bahawa Hidayah akan pergi ke kedai itu pada hari ini. Dia tidak putus asa untuk terus menunggu dan menunggu. Bibir Firdaus mula mekar dengan senyuman saat terpandang sepasang mata yang amat dikenalinya. Hidayah?
“Hidayah!!” Panggil Firdaus gembira. Hidayah menoleh ke arah pemilik suara itu. Asyifah memandang Firdaus dengan wajah teruja.
Firdaus mendekati dua gadis berjubah hitam.
“Firdaus? Ya Allah, anta ke ni?” tanya Asyifah tidak percaya.
“Ya. Asyifah kan?” Asyifah pantas mengangguk tanda mengiakannya. Hidayah segera mencelah.
“Jom Asyifah.” Asyifah berkerut seribu dengan ajakan Hidayah itu. Tanpa menunggu Asyifah, Hidayah pantas melangkah masuk ke kedai buku. Tidak selesa dengan kehadiran Firdaus.
“Jom join sekali.” Ajak Asyifah kepada Firdaus. Firdaus tersenyum setuju lantas berjalan masuk ke kedai buku yang sedia terbuka luas. Asyifah mengekori Firdaus dari belakang. Dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Firdaus, bekas kawan dia dan Hidayah.
Firdaus mendekati Hidayah yang asyik memilih buku agama.
“Hidayah, ana ada buat salah dengan Hidayah ke? Kalau ada, ana minta maaf.” Hidayah diam membisu membuatkan Firdaus tidak menentu. Asyifah mula mencelah.
“Hidayah kecewa dengan anta. Anta dah lama tak tanya khabar dia. Dia masih sayangkan anta. Tapi dalam masa yang sama dia benci anta. Dia ingat anta dah lupakannya.” Terang Asyifah. Firdaus tersentap dengan kata-kata Asyifah. Dia masih sayangkan aku? Ya Allah, benarkah apa yang aku dengar ini?
Hidayah mengerling penuh makna kepada Asyifah. Asyifah mula mengetap bibir. Dia yakin Hidayah tidak suka dengan kata-katanya itu. Itulah.. siapa suruh cakap melulu. Kan Hidayah dah marah?
“Hidayah, maafkan Fir sebab diamkan diri begitu sahaja selama ini. Fir tak ada niat untuk lupakan Hidayah. Fir…”
“Anta tak perlu minta maaf, Firdaus. Lagipun, ana lebih selesa macam ni. Mengejar cinta Ilahi daripada cinta duniawi. Ana sudah padamkan perasaan kasih dan cinta ana pada anta yang terbina dahulu. Lupakan ana.”
Bulat mata Asyifah tidak percaya. Bukankah selama ini Hidayah sayangkan Firdaus? Ini tidak mungkin. Pasti Hidayah bohong. Aku yakin dia sedang membohongi perasaannya sendiri. Mengalir air mata lelaki Firdaus saat itu. Hidayah yang hampir menitiskan air matanya segera memalingkan mukanya. Disapu air mata yang hampir melimpah keluar daripada kolam matanya. Dia harus kelihatan tabah di hadapan lelaki itu.
“Hidayah bohong, kan? Fir tahu Hidayah masih sayangkan Fir.”
Asyifah hanya menjadi penonton setia. Dia keliru untuk berpihak pada siapa tika itu.
“Sudahlah Fir. Kita bukan muhram. Tidak elok menyimpan perasaan. Ia mungkin membawa kepada zina hati.”
“Kita halalkan hubungan kita.”
“Ana masih muda Fir. Banyak perkara yang ana perlu belajar. Ana mohon anta kejar cinta Allah yang hakiki dahulu. Perbaiki ikatan cinta antara anta dengan Allah. Kasih Allah tidak pernah berbelah bahagi. Kalau Allah telah tetapkan kita berjodoh, tiada apa yang dapat menghalang. Ana minta diri dulu. Assalamualaikum.” Hidayah pantas menarik tangan Asyifah dan terus meninggalkan Firdaus. Terbatal hasratnya untuk membeli buku baru. Semuanya gara-gara kehadiran Firdaus.
Novel : Takdir Cinta 9
9
SYAFRILL menghentikan langkah apabila anak matanya terpandang Hidayah dan Asyifah yang ralit berborak sakan dengan seorang lelaki. Sebenarnya Asyifah sahaja yang asyik berbual sebaliknya Hidayah pula diam macam patung cendana.Siapa lelaki tu? Tidak mungkin abang Hidayah. Abang Hidayah kan masih di luar negara. Kakaknya pun sama. Hairan juga kalau di fikir semula. Abang dan kakak sambung belajar sampai ke negara orang bagai tapi adiknya pula belajar di maahad. Mungkin kerana rahim yang berlainan.
Syafrill terkedu hilang kata melihat Asyifah memasuki perut kereta Vios milik lelaki yang berkemeja kemas itu. Syafrill menghampiri Hidayah yang sedang melambai-lambai ke arah kereta yang makin hilang daripada pandangan.
“Siapa tu?” Soal Syafrill tiba-tiba. Hidayah pantas mengurut dadanya yang hampir luluh. Terkejut dengan kehadiran Syafrill. Macam Jun On si Syafrill ni. Tiba-tiba sahaja ada di tepi. Menyeramkan.
“Ya Allah, ustaz rupanya. Terkejut Hidayah. Yang tadi tu abang Asyifah. Mereka nak pergi jalan-jalan sekejap. Mereka dah lama tak berjumpa. Rindu agaknya.”
Syafrill mengaru kepala yang tidak pula terasa gatal. Dia rasa bersalah kerana telah membuat Hidayah terkejut tadi. Nasib baik Hidayah tiada penyakit jantung. Mahunya Syafrill menangis tak berlagu tengok Hidayah terlantar di hospital.
“Hurm… Hidayah, ustaz nak tanya anta. Sebagai umat Islam, perkara apa yang paling berat dan susah untuk anta terus istiqamah?”
Ai, di luar kelas pun ada sesi soal jawab juga. Macam-macam la ustaz Syafrill ni.
“Ma’zirah ustaz. Ana tidak tahu.”
“Jawapannya ikhtilat. Ustaz ternampak Hidayah langsung tidak menundukkan pandangan masa berbual dengan abang kepada Asyifah tadi.” Tegur Syafrill.
Bila masa pula aku berbual dengan abang Asyifah? Aku cuma jadi pendengar setia sahaja. Tapi yang ikhtilat tu aku rasa memang betul kut. Aku tak perasan pula yang pandangan aku telah tersasar tadi. Ya Allah, ampunkan aku. Aku lalai dalam menjaga pandangan mataku ini.
“Na’am. Walaupun ana berniqab namun belum tentu ana mempunyai kekuatan untuk terus istiqamah dalam menjaga ikhtilat. Astaghfirullah..” Hidayah tidak putus-putus beristighfar dalam hatinya.
“Sebab itu kita perlu berdoa dan terus berdoa kepada Allah agar Allah memberi kekuatan dalam diri kita. Tanpa bantuan Allah, kita tidak dapat menangkis hasutan syaitan. Ingat, syaitan merupakan musuh umat Islam yang nyata.” Nasihat Syafrill penuh keikhlasan. Hidayah mengangguk faham.
SYAFRILL mengemas barang-barangnya yang bersepah di atas meja. Kalau pulang dengan meninggalkan meja seperti tongkang pecah, itu bukan Syafrill namanya. Mungkin Syafrall. Syafrill amat menitikberatkan soal kebersihan. Kebersihan merupakan amalan yang dituntut di dalam Islam. Kekotoran pula tempat kesukaan syaitan.
“Tadi ana nampak anta berbual dengan Hidayah. Soal apa?” spontan Khairil menyoalnya. Syafrill memandang sekilas.
“Ana tegur dia. Ikhtilatnya sedikit terbabas tadi.” Syafrill memasukkan laptop ke dalam beg hitam.
“Sayang betul anta dengan Hidayah.” usik Khairil.
“Mestilah. Seorang bakal suami perlu menegur kesilapan bakal isterinya. Walau sekecil mana pun kesilapan yang dilakukannya. Itulah tanda kasih sayang.” Syafrill tersenyum sampai ke telinga melihat wajah Khairil yang agak terkejut.
“Subhanallah. Betul-betul serius anta ni?” Terlopong mulut Khairil saat Syafrill menganggukkan kepala.
Novel : Takdir Cinta 8
8
SYAFRILL menyumbat telinganya dengan ‘ear phone’. Bosan duduk dekat rumah. Maklumlah, cuti minggu. Kalau hari persekolahan biasa bolehlah dia penuhkan sisa-sisa bujangnya dengan mengajar. Hairan sungguh si Syafrill ni. Masa kerja nak cuti, bila diberi cuti nak kerja pula. Ke rindu Hidayah?“Dengar apa tu?” tegur Firdaus sambil matanya mengerling abangnya yang ralit mendengar lagu.
“Lagu.” jawab Syafrill bersahaja.
“Lagu apa?”
“Nah.. dengar sendiri.” Firdaus menyumbat ‘ear phone’ di telinganya. Eh, macam pernah dengar saja lagu ni. Kalau tak silap aku ni lagu nasyid kumpulan dehearty. Permata apa dah? Ha, permata yang dicari. Amboi, sejak bila abang aku sorang ni layan lagu macam ni. Ke…
“Along tengah dilamun cinta ea? Dengan siapa along?” Tebak Firdaus tiba-tiba. Terbatuk Syafrill dek penangan kata-kata Firdaus itu. Macam tahu-tahu saja budak ni yang aku dilamun cinta.
“Mana ada. Saja layan lagu nasyid macam ni. Bosan.. Tak tahu nak buat apa.” Bohong Syafrill. Mana mungkin dia membuka rahsia hatinya pada Firdaus. Mahunya kecoh satu rumah.
“Jom ikut acik pergi pondok. Daripada along duduk layan lagu Permata Yang Dicari yang sweet macam kek coklat tu, lebih baik pergi pondok. Boleh tambah ilmu akhirat. Tak gitu?”
Ewah bukan main lagi budak ni sindir aku. Tajam tu ayat dia sampai menusuk kalbu. Tapi ada betulnya di sebalik sindiran Firdaus itu.
“Boleh juga. Tunggu sekejap ya. Along nak pergi siap.”
Syafrill mendaki tangga satu per satu menuju ke kamar miliknya. Firdaus menyumbat semula lubang telinganya dengan ‘ear phone’. Buat apa? Layan lagu nasyid la.
HIDAYAH menyeka air mata yang mula membasahi pipinya. Sejak dia pijakkan kaki ke rumah itu pagi tadi, Khalid langsung tidak menghiraukan kepulangannya seolah-olah Hidayah tidak wujud. Sambut pun tak, tanya khabar pun tak. Apatah lagi berbual, sepatah kata pun tak keluar daripada celah-celah gigi Khalid. Hati anak mana yang tak terasa bila ayahnya tidak mahu pandang sedikit pun wajah anaknya. Kenapa ayah terlalu benci pada Hidayah? Ya Allah, bukakanlah pintu hati ayah untuk menerima hamba-Mu ini sebagai anaknya.
Hidayah mencapai al-Quran yang tersimpan rapi di atas meja. Dia ingin menenangkan jiwanya dengan mengalunkan bacaan al-Quran. Kesunyian bilik itu dihiasi buih-buih cinta pada Ilahi yang kian berterbangan di udara. Hidayah lebih suka mengejar cinta yang Esa berbanding cinta dunia.
“Abang ada nampak Hidayah tak? Nah nak ajak dia makan ni. Sejak pagi tadi lagi dia tak makan.”
“Tak ada. Biarlah dia nak makan ke, tak nak makan ke, nak mati kebulur ke, yang awak risau sangat ni kenapa? Dia tu bukannya budak hingusan lagi yang perlu awak ajak bagai. Tahu la dia cari makan sendiri.” Balas Khalid penuh rimas. Dia alah dengan nama Hidayah. Pantang ada yang menyebut nama itu, habis berkecai ‘mood’ Khalid.
“Malas Nah cakap dengan abang. Tak pernah fikir perasaan anak, perasaan saya.”
“Sikit-sikit pergi dapur. Asal lepas sakitkan hati saya terus pergi dapur. Ha, elok sangatlah. Mak dengan anak sama saja. Tahu buat hati saya panas je.” Rosnah meninggalkan Khalid yang rancak membebel di ruang tamu.
Hidayah terduduk lemah di sebalik pintu biliknya. Air mata dibiarkan mengalir laju. Hati Hidayah remuk dek terdengar perbualan ibu dan ayahnya itu. Kenapa keluargaku jadi begini? Adakah kerana hadirnya aku dalam hidup mereka? Ya Allah, apa yang harus aku lakukan?
SYAFRILL melihat setiap sudut kawasan pondok yang agak janggal baginya. Dia tidak biasa dengan persekitaran pondok itu. Kalau ditinggalkannya seorang diri di situ pasti dia akan sesat. Macamlah tempat tu hutan nak sesat bagai. He he…
“Dulu pondok ni pernah berlaku kebakaran. Pada tahun lepas. Alhamdulillah, berkat bantuan semua pihak, pondok ni terbina semula.” Terang Firdaus.
“Apa nama pondok?”
“Pondok Yusufiah. Orang di sekitar sini panggil pondok ni pondok Gelang Mas sebab pondok ni terletak dalam kawasan Gelang Mas.”
Syafrill terfikir akan sesuatu. Mungkin ideanya sedikit sebanyak dapat membantu pondok itu.
“Along ingat nak bagi sumbangan sedikit. Mungkin dapat menolong dalam menyediakan kemudahan untuk penuntut di sini.”
Firdaus mengangguk tanda setuju.
“Bagus juga idea along tu. Kalau along turut menyumbang, pasti mudir senang hati. Tambahan pula, harta yang along kumpul tu tidaklah menjadi sia-sia. In sha Allah, Allah akan berkati dan membuka luas pintu rezeki along.”
“Amin..”
Syafrill meneruskan langkah meneliti setiap kawasan pondok itu. Kalau hatinya tergerak untuk menimba ilmu di sana, mungkin dia akan daftarkan dirinya. Ilmu itu perlu dicari bermula dari buaian hinggalah liang lahad. Selagi nyawa di kandung badan, tiada alasan untuk tidak menimba ilmu. Sayangnya masyarakat akhir zaman ini tidak menyedari hakikat bahawa ilmu akhirat jauh lebih penting daripada ilmu dunia.
ABI MUSTAFA mengelamun jauh hingga ke planet Pluto bagai. Dia teringat akan bayi yang pernah dia azankan suatu masa dahulu. Di mana agaknya bayi itu sekarang? Mesti dah besar panjang. Kalaulah dapat satukannya dengan Syafrill. Hisy, merepek apa aku ni?
“Doktor, ada pesakit nak jumpa.” maklum seorang jururawat wanita. Abi Mustafa sedikit tersentak dengan kehadiran jururawat itu.
“Suruh dia masuk.” Arah Abi Mustafa. Tidak lama kemudian, seorang pesakit lelaki duduk berhadapan Abi Mustafa. Abi Mustafa menarik nafas panjang membenarkan oksigen mengisi ruang kosong dalam paru-parunya. Dia perlu fokus pada kerja.
Abi Mustafa mula memeriksa pesakitnya itu. Abi Mustafa tersenyum melihat wajah yang tidak asing baginya itu. Dia tahu pesakitnya itu penghidap kanser perut tahap satu. Baginya senyuman mampu mengubat seribu jenis penyakit dalam dirinya mahupun diri orang yang melihat senyumannya. Sebab itulah senyum itu satu sedekah. Ia mampu menenangkan hati orang yang resah mahupun berduka.
“Macam mana keadaan cik hari ni? Ada rasa sakit-sakit ke?”
“Alhamdulillah, dah kurang rasa sakit tu tapi saya risau dengan penyakit saya ni. Boleh pulih ke kanser saya ni, doktor?” Abi Mustafa mengerling ke arah raut wajah pesakitnya yang sayu.
“In sha Allah, lagipun cik mendapatkan rawatan kanser secara lebih awal. Yang penting, perbanyakan doa dan bacaan al-Quran. Ayat al-Quran ni merupakan penawar kepada segala penyakit rohani mahupun jasmani terutamanya surah al-Fatihah. Surah ini adalah syifa’. Amalkan selalu. Jangan pernah putus asa memohon bantuan Allah S.W.T.” Nasihat Abi Mustafa dengan bersungguh-sungguh. Walaupun dia doktor, tapi itu tidak bermakna dia berkuasa menyembuhkan penyakit seseorang. Dia sekadar penolong ikhtiar sebaliknya Allah jualah yang berkuasa menyembuhkan penyakit.
“In sha Allah, doktor. Ermm, doktor tak lama lagi saya akan berkahwin. Doktor datang ya. Jemput seluruh keluarga doktor. Saya senang kalau doktor sudi hadir ke majlis perkahwinan saya nanti.” Abi Mustafa tersenyum dengan ajakan pemuda di hadapannya itu. Dah nak kahwin rupanya pesakit aku ni. Biasalah muka kacak, takkan tak ada yang berkenan. Tapi anak aku si Syafrill tu, ada rupa, ada agama, ada kerja tetap tapi masih membujang lagi.
“Subhanallah, tahniah cik. In sha Allah kalau saya ada kelapangan saya akan pergi ke majlis cik. Ni bila dah jadi suami orang jangan lupa tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Pimpin isteri, berinya didikan agama.” Pesan Abi Mustafa lagi. Pemuda itu mengangguk faham.
“In sha Allah doktor. Sebenarnya doktor, saya ni dah anggap doktor macam ayah saya sendiri. Doktor ni mesti seorang ayah yang baik, kan? Untung anak doktor ada ayah macam doktor. Baik hati dan ada ilmu agama.” Puji pemuda itu ikhlas.
“Allahuakhbar… Saya biasa saja. Banyak kekurangannya..” Abi Mustafa meletuskan tawa kecil. Pemuda itu akhirnya mengukir senyuman jua. Senang hatinya bila berbual dengan doktor itu. Hati yang berduka boleh berubah menjadi hati yang ceria dalam sekelip mata.
Novel : Takdir Cinta 7
7
ABI MUSTAFA meletakkan buku kisah para nabi di atas meja. Penuh otaknya dengan ilmu dan pengajaran yang baru dikorek daripada buku agama itu. Tidak rugi dia membeli buku setebal kamus. Padat dengan ilmu agama.
Wajah Umi Khadijah yang asyik bermain telefon dipandangnya hairan. Tengok apa benda entah. Abi Mustafa sendiri pun tidak tahu. Siap senyum seorang diri lagi. Jangan gila sudah. He he..
“Bang, cuba tengok gambar baby ni.” Abi Mustafa hanya memandang sekilas. Tidak berminat dengan gambar. Kalau betul-betul wujud baru dia minat. Geram nak cubit, cium, gurau sama-sama. Macam si Afiqah.
“Hurm, kenapa dengan baby tu?”
“Comel kan, bang?” Umi Khadijah tiba-tiba mengeluh. Abi Mustafa memandang hairan.
“Ai, Jah. Awak ni dah kenapa tiba-tiba mengeluh? Sakit ke?”
“Bukan saya yang sakit, bang. Tu, anak kita yang sulung tu yang sakit.”
“Siapa? Hafiz?”
“Yalah. Siapa lagi anak sulung kita kalau bukan si Hafiz.”
“Eh, setahu saya pagi tadi along tu sihat je. Sakit apanya?”
“Hisy, abang ni. Bukannya dia sakit tapi along ni dah berumur 28 tahun tapi masih bujang lagi. Bila la nak kahwin budak tu? Saya ni bang teringin nak timang cucu kedua. Yang penting darah daging along. Tak main anak angkat.”
“La, fasal tu rupanya. Awak ni pun Jah. Berilah anak kita tu masa. In sha Allah, adalah tu jodohnya. Lambat-laun naik jinjang pelamin juga anak kita.”
“Tapi bila bang? Kita ni bukannya muda macam dulu lagi. Saya takut tak sempat nak menengok zuriat pertama along.”
“Eh, kamu ni Jah. Tak baik cakap macam itu. Hurm, kalau awak tak boleh sabar tunggu anak daripada si along tu, apa kata kalau awak saja yang lahirkan anak untuk saya.” Abi Mustafa tersengih penuh makna. Hampir terkeluar biji mata Umi Khadijah, tidak percaya. Telinga aku tersumbat ke? Orang tua ni nak aku lahirkan anak? Biar betul?? Ke otak orang tua ni yang tersumbat?
“Eh, ke situ pula abang ni?” Abi Mustafa tergelak kecil melihat Umi Khadijah yang menjuihkan bibirnya. Tua-tua pun masih comel Jah ni. Ni yang buat aku geram nak cubit. Aumm…
KHALID memasuki rumah dengan wajah kusut masai. Punggung dihempap ke sofa. Banyak masalah yang mengacau mindanya.
“Nah, ambilkan aku air sejuk. Cepat sikit.” Laung Khalid. Tidak lama kemudian, Rosnah menghampiri Khalid bersama segelas air sirap sejuk. Khalid pantas mencapai gelas yang dipegang Rosnah. Hampir tertumpah air sirap itu dibuatnya.
“Air sirap je?”
“Tu saja yang ada.” Khalid meneguk sekali lantas meletakkan gelas ke atas meja dengan kasar.
“Air apa ni? Tawar tak ada gula. Kau ni dah nyanyuk ke? Dah lupa nak tambah gula?”
“Nak tambah gula apa bendanya? Gula satu habuk pun tak ada kat dapur tu. Suami ada kedai runcit sendiri tapi barang kat dapur pun semua kosong. Petang ni, awak makan bawang kat dapur tu. Tu je yang ada.” Sinis Rosnah. Hampir meletus gunung kemarahan Khalid tika itu.
“Awak ni isteri apa, ha? Langsung tak pandai hormat suami. Suami baru pulang dari kerja bukannya nak disambut dengan baik. Awak kena ingat sikit syurga awak tu di bawah tapak kaki saya. Jangan nak kurang ajar sangat.” Khalid mula meninggikan suaranya.
“Memang syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami tapi tak bermakna syurga tu awak punya. Syurga tu milik Allah yang hakiki. Awak jangan salah guna istilah itu ikut sedap selera awak aja.” Rosnah berlalu ke bilik tanpa disuruh. Malas nak panjangkan pergaduhan yang langsung tidak memberi manfaat itu. Khalid menggenggam kemas tangannya, geram.
FIRDAUS MEMILIH buku agama dengan khusyuk sekali. Naik pening kepalanya untuk buat keputusan yang mana satu harus dibelinya. Semuanya best. Firdaus memang suka beli buku di Syarikat Jaafar Rawas. Asal habis baca saja, pergi beli yang baru di sana. Lagipun, tak rugi beli buku. Banyak faedahnya.
Selepas puas memilih buku, Firdaus membuat keputusan untuk membeli dua buah buku dahulu. Firdaus berura-ura meninggalkan kedai buku itu tetapi niatnya terbantut. Firdaus tersentak melihat seorang pemuda melanggar bahu seorang gadis. Habis berterabur buku-buku yang baru di beli gadis itu. Dah la langgar orang, boleh pula buat muka blur.
Firdaus pantas mengutip buku-buku gadis itu yang berselerak atas lantai. Niatnya baik iaitu ingin menolong tetapi perkara tidak dijangka berlaku. Mata Firdaus bertemu dengan mata gadis malang itu. Firdaus memandang gadis itu dengan riak terkejut. Gadis itu pun turut terkejut sama tetapi dia pantas melarikan pandangannya.
“Hidayah? Awak ke ni?”
“Maaf. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Hidayah!!!!” Panggil Firdaus sekuat hati. Sayangnya Hidayah tidak menghiraukan panggilan itu malah melajukan lagi langkahnya. Firdaus memegang dadanya yang terasa sempit.
FIRDAUS hanya tunduk sahaja di meja makan. Nasi tidak dimakannya malah di kuis-kuis sahaja. Semua orang memandangnya hairan. Syafrill meneguk sedikit air lantas dicuit lengan Firdaus.
“Kenapa tak nak makan? Ada masalah ke?” Syafrill memulakan bicara.
“Acik tak ada selera la. Umi abi, acik masuk bilik dulu ya. Acik ngantuk. Nanti kalau acik lapar, acik makan.” Firdaus menaiki tangga menuju ke biliknya.
“Kenapa dengan acik tu?” soal Safina risau. Syafrill sekadar menjongketkan bahu lantas menyambung semula aktiviti mencengkiknya.
Firdaus merenung langit dari jendela biliknya. Angin malam di hirup segar. Firdaus teringat akan kejadian pagi tadi. Dia tidak menjangka akan bertemu dengan Hidayah semula. Setelah tiga tahun tidak bersua muka, kenapa Hidayah kelihatan tidak mengenalinya?
Aku pasti gadis itu Hidayah. Aku cam suara dia, mata dia. Tapi kenapa dia macam tidak selesa bertemu dengan aku? Dia benci aku ke? Air mata lelaki tiba-tiba mengalir dari kolam matanya. Dia rindukan Hidayah. Cinta pertamanya.
“Kenapa ni? Kalau acik ada masalah beritahu along?” Syafrill memeluk bahu Firdaus. Ingin disalurkan kekuatan ke dalam diri adiknya yang bongsu itu.
“Tak ada apalah. Masalah kecil je. Acik boleh selesaikan sendiri. Along jangan risau okay.” Firdaus pantas menyeka air mata daripada dilihat Syafrill. Syafrill menepuk beberapa kali bahu Firdaus sebelum beredar.
Novel : Takdir Cinta 6
6
HIDAYAH berniat untuk bertemu dengan Syafrill. Ada sesuatu perkara yang ingin diberitahu kepada cikgunya itu. Hidayah menghampiri Syafrill yang sibuk menaip sesuatu pada laptop. Beberapa pucuk surat dipegang kemas.
“Assalamualaikum ustaz.” Syafrill tergamam melihat Hidayah berada dekat dengannya. Bagaikan mimpi indah tika itu. Aku bermimpi ke? Hidayah ada di tepi aku? Bangun Syafrill, bangun.
“Erkk, waalaikumussalam.” Berdegup laju jantung Syafrill seiring dengan cinta yang bercambah dalam hatinya.
“Ana mengganggu ustaz ke?”
“La ya ukhty. Sila duduk, Hidayah.” Bersorak jiwa Syafrill dapat menyambut kehadiran cinta hatinya di sisi. Ya Allah, kau kena kuat semangat Syafrill. Jangan mudah cair.
“Syukran. Ustaz, ana ada perkara penting hendak beritahu ustaz. Fasal surat-surat ni.”
Syafrill berkerut dahi melihat surat-surat yang Hidayah tunjukkan kepadanya. Surat apa pula ni? Syafrill mengambil surat-surat itu daripada Hidayah dengan muka hairan.
“Surat apa ni?”
“Entahlah ustaz. Ana rasa ada orang cuba mengurat ana. Orang itu ada di maahad ni. Tapi, ana tidak tahu siapa penulisnya. Ana mahu ustaz ambil tindakan disiplin.”
“Hidayah sudah baca isi kandungan surat-surat ni?”
“Belum. Ana tidak mahu berlaku zina hati selepas ana membacanya nanti.”
Bagusnya Hidayah ni. Pandai jaga perasaan hati. Aku? Jaga fitrah hati yang ingin dikasihi? Memang ke laut. Suka si dia dalam diam lagi. Tapi, siapa yang syok dekat Hidayah? Kena siasat ni.
“Kalau macam itu biarlah surat ini ustaz simpan dahulu.” Buntang mata Hidayah, tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
“Ustaz nak buat apa dengan surat tu? Ana rasa lebih baik buang saja daripada terus menyimpannya. Lagipun surat itu tidak penting.”
“Ustaz kena simpan surat ni. Sebelum ambil tindakan, ustaz perlu siasat dulu siapa penulisnya.”
“Hurm, tak apalah kalau macam itu. Ana keluar dulu ya. Maaf mengganggu masa ustaz. Assalamualaikum.”
Ekor mata Syafrill mengekori bayangan Hidayah yang mula melangkah keluar daripada bilik guru. Syafrill pantas memasukkan kesemua surat itu ke dalam beg kerjanya. Aku mesti siasat malam ini juga.
SYAFRILL menutup penggera telefon yang membingitkan telinganya. Mata dibuka perlahan. Dalam kesamaran lampu bilik, Syafrill cuba mencapai cermin matanya dan terus memakainya. Syafrill bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan hidup lagi. Jam menunjukkan tepat pukul tiga pagi. Itulah rutin hariannya. Bangun pukul tiga pagi, solat tahajud, hafaz al-Quran dan bersiap untuk ke masjid, solat subuh berjemaah.
Usai menghafaz beberapa ayat suci al-Quran, Syafrill menambah kelainan pada rutin hariannya dengan melakukan solat istikharah. Dia ingin memohon petunjuk Ilahi untuk mendapatkan jawapan di sebalik rasa aneh yang mengetuk pintu hatinya.
Sesudah solat istikharah, Syafrill teringat akan surat-surat yang perlu di siasatnya. Dikeluarkannya surat-surat itu daripada beg kerjanya. Syafrill membaca setiap bait kata yang tertulis pada sekeping kertas putih. Satu per satu surat cinta dibaca oleh Syafrill. Ada ayat yang rasa meluat, ada yang sedih sebab Hidayah buat tak tahu, ada yang terlebih jiwang dan yang paling meremukkan hati Syafrill, ada orang berani panggil Hidayah habibi.
“Siapa la empunya surat ni. Berani dia panggil Hidayah habibi. Memang nak kena wasabi budak ni. Lain kali kejar cinta Allah dahulu, lepas itu Rasulullah, akhir sekali barulah manusia. Budak-budak zaman sekarang entah apa-apa.” Bebel Syafrill sendiri. Syafrill mengoyak geram surat yang telah mencabar kesabarannya. Nasib baik tiada nama penulisnya. Kalau tak, nahas budak-budak ni aku kerjakan.
Marah benar nampak. Cemburu ea? Syafrill tersentap seketika saat suara hatinya menyoal dirinya sebegitu. Aku? Cemburu? Memang arr. Balas Syafrill dalam hati.
“Kalau aku yang hantar surat ni, confirm aku pun tersenarai dalam group bertepuk sebelah tangan.” Syafrill membuang surat-surat itu ke dalam tong sampah. Buat semak saja kalau simpan.
Syafrill mula bersiap untuk ke masjid terdekat. Waktu subuh hampir tiba. Syafrill bergegas ke masjid bersama-sama dengan abi dan Firdaus. Mereka menaiki kereta Kancil milik Syafrill. Walaupun sekadar Kancil, tetapi itulah kereta kesayangan Syafrill.
PAGI yang segar mendamaikan hati Syafrill. Bunyi kicauan burung menambahkan lagi ketenangan. Syafrill memandang langit pagi yang membiru. Syafrill tersenyum bila otaknya membayangkan lirikan mata Hidayah terlukis indah pada bumbung langit. Tanpa disedari, gelagatnya itu telah diperhatikan Umi Khadijah.
“Cantik sangat ke langit tu sampai tersenyum sendiri? Ke along tengah bayangkan wajah seseorang?”
“Tak adalah. Cantik langit pagi ni.”
Dah kenapa budak ni? Tiba-tiba kata langit hari ni cantik. Yang sebelum ni tak cantik ke? Umi Khadijah memandang Syafrill dengan renungan tajam.
“Kenapa pandang along macam tu, umi?”
“Angau ekk? Ni dah ada calon isteri ke sampai boleh angau tahap Gunung Kinabalu?”
“Mana ada umi. Along tak angau. Lagipun, siapa la yang nak dekat along? Along orang biasa-biasa saja. Kereta pun pakai yang paling murah. Kancil pula tu.”
Eh, budak ni. Dia yang terhegeh-hegeh beli kereta tu, tapi sekarang merungut pula. Orang nak tolong belikan yang lebih elok, cantik, canggih tapi dia pula yang tidak mahu. Pelik betul budak sorang ni.
“Along, umi tahu kamu masih nak pakai kereta Kancil tu sebab kamu ada alasan tersendiri tapi tak salah kalau kamu beli yang lain. Yang lagi elok. Kamu bukannya tak mampu tapi…”
“Along lebih suka hidup macam ni. Sederhana dan tidak membazir. Membazir kan amalan syaitan. Along akan pegang moto kehidupan di akhirat lebih baik daripada kehidupan di dunia sampai akhir hayat along. Itu prinsip along.”
“Yalah. Janji along selesa dan bahagia dengan hidup sederhana along tu. Umi tidak boleh menghalang prinsip hidup kamu. Umi masuk dulu ya.”
Novel : Takdir Cinta 5
5
SYAFRILL melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah penat. Dia sudah memberi salam namun tiada yang menjawabnya. Hairan juga. Selalunya bila dia pulang pasti ada yang menjemputnya. Umi ke, abi ke, acik ke, tak pun si……
“Pak su……..” Panggil Afiqah, gembira. Syafrill berlutut lantas mendepakan tangannya. Afiqah melajukan langkah dan memeluk erat badan Syafrill. Gembira benar dia bila berpeluang memeluk Syafrill.
“Mama Fiqah mana?”
“Ada kat dapur. Jom pak su…” Tanpa menanti bicara Syafrill seterusnya, Afiqah pantas menarik tangan Syafrill menuju ke ruangan dapur.
“Pergi mana ni sayang?”
“Jangan banyak cakap. Ikut je.”
Amboi-amboi, budak ni kecil-kecil rupanya cili padi. Pandai mengarah orang tua ya. Siapa la yang mengajar ni? Setibanya di ruangan dapur, Syafrill terpaku melihat hidangan yang mampu melelehkan air liurnya.
“Dah balik rupanya. Bila sampai?” Safina meletakkan dulang yang berisi satu jag air fresh oren bersama beberapa biji gelas ke atas meja. Syafrill menatap wajah Safina.
“Eh, sepatutnya along yang tanya angah soalan tu. Ini terbalik pula. Along baru je sampai. Angah bila sampai? Tak beritahu pun nak balik.”
“Angah sampai pukul 11 tadi. Saja nak bagi surprise kat semua orang. Lagipun, si Fiqah ni rindu sangat dengan pak su dia.”
“Mama pun sama pak su.” Sampuk Afiqah di sisi Syafrill. Syafrill tergelak kecil mendengarnya.
“Abang Adam tak balik sekali ke?” Soalan itu mematikan senyuman Safina. Syafrill memandang hairan wajah Safina seolah-olah tidak selesa dengan soalan itu.
“Dia sibuk.” Jawab Safina acuh tidak acuh.
“Angah dengan dia bergaduh ke?”
“Nantilah angah cerita. Sayang dah solat asar?” Safina melarikan topik perbualan mereka dengan mengajukan soalan kepada Afiqah. Dia tidak mahu menceritakan semua masalah rumah tangga di depan anak.
“Belum. Jom solat sama mama, pak su.” Syafrill tersenyum mendengarnya.
“Jom.. Fiqah pergi ajak atuk dan nenek sekali. Kita solat berjemaah. Lepas solat baru kita makan sama-sama.” Arah Syafrill. Afiqah akur dengan arahan. Pantas dicarinya atuk dan neneknya. Safina mula mengukir senyuman melihat gelagat anaknya itu.
“Assalamualaikum.” Sapa Firdaus dari belakang.
“Waalaikumussalam.” Jawab Syafrill dan Safina serentak.
“Eh, angah ada kat rumah. Bila sampai?” Soal Firdaus teruja.
“Tengah hari tadi.” Jawab Safina.
“Acik dah solat asar?” Syafrill menyampuk tiba-tiba.
“Belum lagi.”
“Okay kalau macam tu kita semua solat asar berjemaah. Acik jadi imam.” Cadangan Syafrill itu membuntangkan mata Firdaus, terkejut agaknya.
“Kenapa acik pula? Along yang tua, along la jadi imam.” Rungutan Firdaus itu berjaya memesongkan cadangan Syafrill.
“Yalah.” Asyik-asyik aku saja jadi imam. Si Firdaus ni tak nak belajar jadi imam solat ke? Ke nak tunggu ada isteri di sisi baru ringan tulang nak jadi imam? Liat betullah si Firdaus ni. Asal imam je, aku. Sabarlah Syafrill. Janji dapat pahala lebih. He he he…..
“DIA dah ceraikan angah. Talak satu.” Terduduk Syafrill mendengarnya.
Ya Allah, kenapa semua ini berlaku? Kesian Afiqah kalau dia dapat tahu ibu bapanya telah bercerai. Fikir benak Syafrill.
“Kenapa boleh terjadi semua ni? Takkan gaduh sampai bercerai-berai bagai. Angah ada masalah dengan suami ke?”
“Angah tak ada masalah tapi….. Tapi Adam yang nekad ingin menceraikan angah.”
“Mesti dia ada sebab atas penceraian ini.” Fikir Syafrill.
“Dia curang dengan angah. Dia kata kekasih dia tidak mahu ada madu bila mereka menikah. Along boleh bayang tak apa yang angah rasa? Hina sangat ke angah ni sampai dia sanggup ketepikan perasaan angah semata-mata mengharapkan yang lain, yang belum tentu kekal untuknya.” Luahan Safina itu telah menghiris hati Syafrill. Terasa dirinya gagal melindungi hati adiknya daripada dilukai orang.
Manik-manik jernih mula menari di pipi lembut Safina. Sakit hatinya masih berbekas. Syafrill mengurut sedikit kepalanya yang terasa berat dengan masalah adiknya itu. Firdaus yang berada di sisi Syafrill hanya membatu. Dia masih terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan yang didengarinya itu.
Bagi Firdaus, Adam ialah orang yang baik, berhati mulia dan penyayang. Namun, semua firasatnya jelas tersasar jauh. Kenapa insan seperti Adam masih bernyawa di muka bumi ini?
“Adam? Nama seorang nabi dan merupakan manusia pertama yang Allah ciptakan. Tapi sayang, hatinya tidak semulia nabi Adam A.S.” Ujar Firdaus sinis. Syafrill meraup muka sebak. Tidak sampai hati melihat adik perempuannya mengalirkan air mata.
Ya Allah, aku berharap aku tidak akan tergolong dalam kalangan lelaki yang suka melukai hati mana-mana wanita di muka bumi ini. Kasihan para kaum Hawa. Hati mereka lembut selembut tisu tetapi ada yang ingin mengoyakkannya. Engkau ciptakan wanita sebagai perhiasan di dunia bukannya barang mainan. Kaum Adam, kamu diberi tanggungjawab melindungi mereka bukannya menyakiti hati mereka.
“Angah sudah beritahu umi dan abi fasal ni?” Firdaus melontarkan soalan yang asyik bermain di mindanya. Safina hanya menggeleng lemah.
“Subhanallah. Angah nak beritahu mereka bila? Tak baik sembunyikan masalah ini pada keluarga terutamanya umi dan abi. ” Syafrill cuba menasihati Safina.
“Angah takut.”
“Takutlah pada Allah yang Esa. Along yakin umi dan abi akan support angah. Mereka takkan marah angah tanpa sebab yang kukuh. Lagipun angah tidak bersalah dalam hal ni.” Safina memandang Syafrill lama. Ingin mencari kekuatan di sebalik wajah itu.
“Acik pun yakin yang umi dan abi akan support angah dari belakang. Angah tak usah serabut fikir fasal ni. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Percaya pada Allah. Rasulullah pun pernah bersabda, tidak ada sesuatu perkara yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakitkan, atau kesusahan meningkatkan apa yang telah berlaku sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya.”
Tenang sedikit hati Safina mendengar nasihat daripada dua orang jejaka di hadapannya. Safina menyeka air mata dan menggantikannya dengan ukiran senyuman. Dia harus kuat menghadapi ujian hidup. Afiqah masih kecil dan amat memerlukannya. Dia tidak boleh lemah, tidak boleh cepat mengalah dengan ranjau kehidupan.
Novel : Takdir Cinta 4
4
HIDAYAH berjalan menuju ke perpustakaan bersama-sama dengan Asyifah. Memang rutin harian mereka apabila waktu rehat akan ke perpustakaan. Bagi mereka masa akan lebih bermanfaat jika terisi dengan ilmu yang berfaedah.
“Hebat la Hidayah ni. Ana tengok Hidayah bagi penerangan fasal talak tadi memang terbaik arr.” Puji Asyifah.
“Ada-adalah Asyifah ni. Ana biasa saja. Tadi pun, ana jawab sekadar yang ana tahu.”
“Eh, Hidayah perasan tak ustaz Syafrill tadi?”
“Perasan apa?”
“Ana rasa kan ustaz Syafrill ni ada hati dengan Hidayah la.”
“Astaghfirullah, Asyifah tak baik reka-reka cerita ni. Ia boleh menimbulkan fitnah tau tak? Hukumnya berdosa besar tau kalau kita memfitnah ni. Ustaz tu guru kita.”
“Astaghfirullah. Tapi, betul la. Ana nampak ustaz bukan main lagi senyum lebar masa Hidayah beri penerangan tadi.” Hidayah menggeleng kepala dengan firasat Asyifah yang entah betul atau salah itu. Hidayah melajukan langkahnya dan membiarkan Asyifah mengekori dari belakang.
Khairil berkerut dahi setelah terdengar perbualan Asyifah dan Hidayah yang berada di hadapan tidak jauh darinya.
“Hafiz ada hati dengan Hidayah? Biar betul? Kena tanya tuan empunya badan ni.” Khairil berpatah semula ke bilik guru. Terpadam hasratnya untuk ke perpustakaan.
KHAIRIL mengatur langkah mendekati Syafrill yang asyik memeriksa buku-buku latihan murid. Khairil menepuk bahu Syafrill sekali lantas Syafrill menoleh ke arah Khairil, salah seorang sahabat karibnya. Senyuman mula mekar indah di bibir Syafrill tika matanya terlihat wajah Khairil. Gembira peneman hatinya saat suka dan duka ada di sisi.
Sepanjang penantian jodoh, Khairil ialah teman yang selalu berada di sisinya. Selalu bagi nasihat, kadang-kadang tolong menceriakan harinya dan yang paling penting suka belanja makan. Untungnya kau Syafrill. Dapat makan percuma. He he he….
“Assalamualaikum.” Sapa Khairil ramah.
“Waalaikumussalam. Duduklah.”
“Tak pergi lunch ke?”
“Tak rasanya. Ana belum siap periksa buku anak murid ana. Banyak lagi ni.” Syafrill menyambung semula tugasnya memeriksa buku latihan murid.
“Hafiz, ana nak tanya sikit ni.”
“Tanyalah. Ana memang tengah buat rancangan Tanyalah Ustaz sekarang ni. Live lagi.” Seloroh Syafrill bersahaja.
“Amboi, ayat. Ni, betul ke anta ada hati dengan Hidayah?” Khairil memperlahankan suaranya. Takut rahsia Syafrill terbongkar. Riak wajah Syafrill mula berubah. Dadanya mula berombak kencang dek soalan itu yang pantas diserap masuk ke telinganya sehingga menggoncang pintu rahsia hatinya.
“Uhuk…mana anta tahu fasal ni?” soal Syafrill resah.
“Jadi, betullah?” Syafrill hanya melemparkan senyuman sebagai jawapan. Khairil terduduk di sisi Syafrill, tidak percaya.
FIRDAUS menapak ke arah ruang tamu di mana umi dan abinya berada. Ekor mata Umi Khadijah beralih ke raut wajah tenang anaknya yang kian menghampiri. Abi Mustafa yang sedang menonton rancangan Tanyalah Ustazah hanya memandang sekilas. Dia dapat menjangka anaknya itu ingin keluar. Maklumlah dah segak bergaya, tak kan nak pergi berkebun pula.
“Umi abi, acik minta diri dulu ya. Acik nak pergi pondok sekejap. Ada hal penting.”
“Yalah, hati-hati tau bawa kereta tu.” Pesan Umi Khadijah.
“Baiklah umi.” Firdaus bersalaman dengan Umi Khadijah dan Abi Mustafa.
“Jangan balik lewat tau.” Pesan Abi Mustafa pula. Sayang betul mereka dengan anak bongsunya itu. Firdaus bersyukur kerana dikurniakan dua insan yang amat mengambil berat akan dirinya.
“Yalah abi. Acik pergi dulu ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Serentak Abi Mustafa dan Umi Khadijah menjawab salam Firdaus. Firdaus mula berlalu keluar.
“Dah besar ya anak kita ni bang.”
“Yalah Jah.” Abi Mustafa menyambung semula menonton televisyen.
SUASANA sepi di bilik guru tika itu memudahkan Khairil menemu bual Syafrill yang persis orang dilamun cinta. Terlalu banyak rahsia yang ingin dibongkar namun Khairil bukan jenis yang suka siasat ala spy.
“Anta ni serius ke?” Khairil mula serius. Dia ingin mendapatkan kepastian di sebalik kekeliruan ini dengan segera.
“Mestilah. Lagipun, ana dah lama berkenan dengan dia. Sejak ana mula bekerja di sini lagi.”
“Bahaya, bahaya.” Khairil menggeleng kepala, risau.
“Kenapa pula? Apa yang bahayanya?” Syafrill mula cuak.
“Mana boleh seorang guru ada hati dengan anak muridnya. Ianya salah, Hafiz. Mungkin tanpa disedari perasaan anta ini akan mengakibatkan anak murid di maahad lebih mengejar cinta, bukannya cita-cita. Ingat, guru ialah role model kedua kepada anak murid setelah ibu bapa.” Syafrill mengeluh lemah.
“Habis tu, apa yang ana perlu lakukan sekarang? Ana tidak mahu orang lain curi hatinya sebelum ana.”
“Macam ni, anta tunggu sampai Hidayah habis belajar dahulu. Dalam tiga ke empat tahun lagi. Masa itu mungkin dia sudah bersedia untuk menerima seseorang singgah di hatinya. Bila dia sudah bersedia, anta lamar dia. Jadikan dia yang halal untuk anta. Barulah zina hati dan zina mata tidak berlaku.” Cadangan Khairil dipersetujui oleh Syafrill.
“Bagus juga idea anta. Tapi, kalau Hidayah tidak suka ana macam mana? Ana kan sudah dewasa dan dia pula masih muda remaja. Jarak usia ana dengannya banyak bukan setahun dua.”
“Allah kan ada, Hafiz. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua Allah telah aturkan. Kalau sudah tertulis Hidayah tu jodoh anta, dia tetap jodoh anta. Percaya pada Allah.” Syafrill menerima teguran Khairil dengan hati terbuka. Walaupun dia ustaz tapi dia juga manusia biasa. Sering lupa dan alpa. Jadi, sebab itu umat Islam digalakkan melakukan amar makruf nahi mungkar agar manusia saling mengingati antara satu sama lain.
“Syukran ustaz Khairil. Anta memang sahabat ana dunia akhirat.” Syafrill memeluk Khairil sebagai tanda terima kasih atas nasihat bernilai itu.
Novel : Takdir Cinta 3
3
“UMI tak nak dengar sebarang alasan daripada Hafiz lagi. Umi nak Hafiz bawa calon isteri tahun ini juga. Titik!!!”
“Tapi umi….”
“Hafiz, awak tu dah berumur 28 tahun. 28 tahun tahu tak? Bukannya 16 tahun lagi. Awak tu dah terlebih layak jadi ayah orang dah. Sampai bila nak membujang? Beritahu umi…”
Syafrill mengusap mukanya. Ingin dibuang segala kekusutan dalam benak fikirannya. Entah mengapa otaknya selalu mengulang kata-kata umi soal status bujangnya sejak kebelakangan ini. Seolah-olah memperli dirinya yang belum berkahwin. Syafrill menolak ke tepi longgokan buku latihan muridnya. Dia tidak dapat fokus 100 peratus dengan kerjanya saat itu.
“Kahwin? Ya Allah…kenapa mesti dikaitkan dengan aku? Aku belum bersedia lagi.” Ujar Syafrill perlahan.
Dia sendiri sedar akan dirinya yang kian berumur. Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga? Sudah semestinya insan sepertinya menginginkan teman hidup yang bisa mewarnai kehidupannya sementara menunggu ajal menjemput. Tapi, siapakah yang akan dijadikan isterinya? Lagipun, selama 28 tahun usianya itu, belum pernah kaum hawa singgah di taman hatinya. Dia sendiri hairan mengapa dirinya sukar menemui cinta manusia.
Dia akur bahawa jodoh itu rahsia Tuhan yang Esa. Namun, adakah dia harus terus menunggu tanpa sebarang usaha? Ah, biarlah takdir menentukan segala-galanya.
“Assalamualaikum ustaz Hafiz.” Sapa Zarif.
Zarif berkerut dahi apabila Syafrill tidak membalas salamnya. Mengelamun agaknya. Timbul akal nakalnya tika itu. Dilihat sekeliling ruangan bilik guru itu sebagai langkah keselamatan. Mujurlah hanya dia dan Syafrill sahaja di situ. Maklumlah waktu rehat. Zarif meneruskan niatnya. Perlahan-lahan Zarif memeluk badan Syafrill yang asyik dalam alam khayalan dari belakang.
Berdiri bulu roma Syafrill saat dirinya dipeluk secara tiba-tiba. Belum pernah dia dipeluk sedemikian rupa. Syafrill menepis kasar pelukan Zarif.
“Astaghfirullah… apa yang kamu buat ni?” Marah Syafrill tanpa mengetahui siapa yang memeluknya. Syafrill menoleh ke belakang.
“Zarif?”
Merah padam wajah Syafrill menahan malu. Zarif pula tidak henti-henti meletuskan ketawanya. Apa yang lucu sangat pun tak tahu la? Mungkin kerana riak wajah Syafrill yang terkedu plus terkejut.
“Tak habis lagi ketawa?” Soalan itu mematikan ketawa Zarif.
“Okay okay…. dah habis.”
“Demo gak selalu nak kenakan ambo. Kalau sehari tak kenakan orang memang tak sah kan?”
“Tenang la Hafiz. Ambo gurau jah. Janganlah garang sangat ustaz. Ambo risau kalu demo garang sangat nanti jodoh demo lari. He he he….”
Syafrill mencapai buku teks Agama Islam Tingkatan 5 lantas berura-ura meninggalkan Zarif.
“Nak pergi mana Hafiz?”
“Ambo ada kelas ni. Demo tak mengajar ke? Ke curi tulang?”
“Hisy dia gak. Ni masa ambo rest. Lepas ni baru ada kelas.” Syafrill mengangguk faham.
“Assalamualaikum.” Zarif menjawab salam Syafrill dalam hati. Susuk tubuh Syafrill kian menghilang daripada pandangan Zarif.
SYAFRILL memasuki kelas 5 Sains bersama satu senyuman di bibirnya. Syafrill meletakkan buku teks Agama Islam Tingkatan 5 di atas meja. Semua murid bangun berdiri dan memberikan salam. Usai bacaan doa, Syafrill membenarkan muridnya duduk.
“Alhamdulillah, hari ini kita boleh bertemu dan menimba ilmu lagi. Okay, hari ini ustaz akan ajar mengenai topik perkahwinan. Sebelum ustaz memulakan sesi pengajaran, ada apa-apa soalan yang ingin kamu tanya ustaz mengenai topik ini?”
Syafrill melihat semua muridnya diam membisu. Sudah faham ke budak-budak ni bab perkahwinan? Mata Syafrill beralih kepada Hidayah.
“Hidayah, ada nak tanya ustaz apa-apa fasal topik ni?” Hidayah sekadar menggeleng kepala.
“Baiklah, kalau macam itu biar ustaz yang tanya Hidayah.” Hidayah terkedu seketika.
“Apa maksud talak taklik?”
“Erkk, ustaz ana minta maaf kerana ana sebenarnya belum arif lagi soal talak ni. Ana takut tersalah maksudnya. Jadi, ana rasa lebih baik ustaz saja yang menerangkan maksud talak taklik.”
“Ustaz rasa tidak eloklah ustaz yang bertanya dan ustaz juga yang menjawabnya. Betul atau salah jawapan Hidayah, ustaz tak akan marah. Yang penting Hidayah mampu menerangkan apa yang Hidayah faham dengan talak taklik.”
Hidayah terkulat-kulat di tempatnya. Hidayah mencuit lengan Asyifah dengan harapan kawannya itu boleh membantunya.
“Jawab je..” Ujar Asyifah perlahan.
“Hurm, pada pandangan ana talak taklik ni suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak. Contohnya si suami kata sekiranya si isteri melangkah keluar melepasi pintu rumah maka jatuh talak satu. Jadi, si isteri telah melakukannya juga. Maka, telah berlaku penceraian di situ.” Terang Hidayah yakin.
“Bagus Hidayah. Ustaz suka dengan jawapan itu. Syukran.” Hidayah duduk dengan perasaan yang amat lega.
Alhamdulillah, nasib baik ustaz suka dengan jawapan aku. Kalau tak nahas aku… Terima kasih ya Allah kerana telah membantu hamba-MU ini.
Novel : Takdir Cinta 2
2
“17 TAHUN yang lalu….” Rosnah mula menceritakan kenangan lampau kepada Hidayah.
Terimbau kembali detik-detik pahit 17 tahun yang lampau dalam ingatan Rosnah. Majlis perkahwinan Khalid dan Sabariah dilangsungkan secara kecil-kecilan. Sepanjang majlis itu berlangsung, Rosnah lebih selesa mendiamkan diri sahaja. Setiap ungkapan yang keluar dari bibirnya hanyalah sepatah dua kata. Senyuman yang diberikan, semuanya senyuman pahit. Hati mana yang tidak terluka setelah disahkan mempunyai madu? Rosnah terpaksa menelan kenyataan pahit itu tanpa kerelaan hatinya. Hubungan Rosnah dan Khalid kian renggang semenjak Sabariah hadir dalam hidupnya. Pernah sekali Rosnah meminta Khalid menceraikannya kerana Khalid tidak berlaku adil pada dirinya. Namun, permintaan itu tidak memberikan kesan sedikit pun.
Semenjak Khalid berkahwin dengan Sabariah, Rosnah diketepikan. Rosnah dan anak-anaknya persis pengemis jalanan yang menagih secebis kasih sayang daripada Khalid. Perasaan benci sehari demi sehari berputik di hati Rosnah terhadap Sabariah. Dia tidak menyangka, jirannya yang selalu berkongsi suka duka bersama tergamak menghancurkan hatinya yang persis kaca itu. Rosnah hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan yang dipenuhi dengan tangisan.
Sakitnya kian mencengkam saat Sabariah disahkan mengandung. Perhatian Khalid seratus peratus beralih kepada Sabariah. Hari-hari Rosnah ditemani air mata kecewa. Kecewa dengan sikap Khalid yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna sebagai seorang suami dan ayah.
Tidakkah Khalid mengetahui akan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat tiga, iaitu: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Kini, barulah Rosnah mengerti akan perasaan wanita yang dimadukan. Perit, derita dan sengsara bercampur baur menjadi satu adunan sebati dalam hatinya…
HARI yang mendebarkan jantung Sabariah telah hadir secara mengejut. Dia tidak menyangka anak sulungnya akan dilahirkan pada hari itu. Tidak silapnya, doktor menjangka dia akan bersalin dalam dua minggu lagi. Tetapi, entah mengapa anak sulungnya ingin benar melihat wajah ibunya dua minggu lebih awal.
Hampir dua jam Sabariah di dalam wad bersalin. Khalid kian cemas menanti isterinya yang berjuang seorang diri di dalam sana. Rosnah tiba-tiba teringat akan anak-anaknya. Terus dicapainya telefon dari dalam beg. Nombor Mak Esah di dail.
“Assalamualaikum.. Mak, Nah ni. Nah nak minta tolong mak jaga anak-anak Nah hari ni, boleh? Nah ada dekat hospital ni.” Jeda seketika. “Yah bersalin. Apa-apa hal nanti Nah akan beritahu dekat mak. Assalamualaikum..”
Rosnah menghampiri Khalid. “Abang, pergilah solat asar dulu. InsyaAllah, semuanya akan selamat.” Nasihat Rosnah. Khalid akur dengan kata-kata Rosnah. Bayangan Khalid kian menghilang dari ruang menunggu. Rosnah mengeluh berat. Dia turut risau akan keselamatan Sabariah dan anak tirinya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat perempuan bergegas mendapatkan Rosnah. Raut wajah Rosnah berubah pucat. Entah apa yang telah berlaku pada Sabariah. Semoga semuanya baik-baik saja hendak-Nya.
“Puan ahli keluarga Puan Sabariah ke?” Soal jururawat muda itu.
“Ya saya. Kenapa ni nurse?”
“Cepat ikut saya. Keadaan Puan Sabariah kritikal sekarang ni.”
“Ya Allah!!” Rosnah bergegas memasuki wad bersalin. Hampir luluh hatinya saat melihat Sabariah yang kini sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Rosnah memegang erat tangan pucat milik Sabariah. Air mata dibiarkan mengalir di pipi. Rosnah mendekatkan telinganya ke mulut Sabariah yang seperti ingin menuturkan bicara.
“A a a…akak…to..tolong…jag..ga…a a…an..nak…Yah. Am…punkan…Yah…kak..” Air mata mengalir di pipi Sabariah. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan anak sulungnya. Namun, apakan daya. Dia sendiri tidak mampu melawan takdir yang telah ditetapkan untuknya. Mungkin itulah kali terakhir dia bisa melihat dunia.
“Jangan tinggalkan akak, Yah.”
Khalid bergegas mendapatkan Sabariah yang sedang nazak. Air mata lelakinya mula mengalir penuh sayu.
“Ab…bang…ma..afkan…Yah.” Khalid menyeka air matanya. “Yah, jangan buat abang macam ni. Please, jangan tinggalkan abang.” Serak basah suara Khalid menambahkan kepiluan semua orang di situ.
Jururawat Zaiton mendukung seorang bayi perempuan menghampiri Sabariah. Sabariah memegang erat tangan kecil anak pertama dan terakhirnya.
“An..nak…ib..bu..” Degupan jantung Sabariah kian tidak stabil. Doktor Anisah memeriksa kadar nadi pesakitnya.
“Mengucap, Yah.” Sabariah mengikut kalimah syahadah yang dibaca oleh Khalid dengan perlahan-lahan.
Deringan panjang daripada mesin kadar denyutan jantung telah mengesahkan bahawa Sabariah telah meninggal dunia. Doktor Anisah hanya mampu menggeleng lemah. Suasana di dalam wad itu kian suram. Hanya tangisan yang kedengaran bersilih-ganti.
“MACAM itulah bermulanya kisah ayah kamu menanam pohon kebenciannya. Dia tidak mampu menerima takdir. Dia sangka kamulah penyebab utama kematian isterinya iaitu mama kamu. Ibu tidak tahu kenapa terlalu sukar bagi ayah Hidayah menerima kenyataan. Kesian dekat kamu Hidayah.” Hidayah menyeka air mata yang meniti di pipi Rosnah.
“Dan yang paling ibu sedih, ayah Hidayah tidak sudi pun untuk azankan Hidayah waktu itu. Mujurlah ada seorang doktor lelaki yang baik hati, sanggup tolong azankan Hidayah.” Hidayah tersentak. Begitu sekali ayahnya berdendam?
“Ibu, siapa nama doktor tu?”
“Tidak silap ibu, doktor Mustafa namanya.” Hidayah memandang pohon bunga ros merah di sisinya. Di manakah doktor Mustafa sekarang? Bagaimanakah cara untuk aku bertemu dengannya? Ya Allah, berilah hamba-Mu yang kerdil ini kesempatan untuk bertemu dengan doktor Mustafa. Aku ingin berterima kasih padanya.
“17 TAHUN yang lalu….” Rosnah mula menceritakan kenangan lampau kepada Hidayah.
Terimbau kembali detik-detik pahit 17 tahun yang lampau dalam ingatan Rosnah. Majlis perkahwinan Khalid dan Sabariah dilangsungkan secara kecil-kecilan. Sepanjang majlis itu berlangsung, Rosnah lebih selesa mendiamkan diri sahaja. Setiap ungkapan yang keluar dari bibirnya hanyalah sepatah dua kata. Senyuman yang diberikan, semuanya senyuman pahit. Hati mana yang tidak terluka setelah disahkan mempunyai madu? Rosnah terpaksa menelan kenyataan pahit itu tanpa kerelaan hatinya. Hubungan Rosnah dan Khalid kian renggang semenjak Sabariah hadir dalam hidupnya. Pernah sekali Rosnah meminta Khalid menceraikannya kerana Khalid tidak berlaku adil pada dirinya. Namun, permintaan itu tidak memberikan kesan sedikit pun.
Semenjak Khalid berkahwin dengan Sabariah, Rosnah diketepikan. Rosnah dan anak-anaknya persis pengemis jalanan yang menagih secebis kasih sayang daripada Khalid. Perasaan benci sehari demi sehari berputik di hati Rosnah terhadap Sabariah. Dia tidak menyangka, jirannya yang selalu berkongsi suka duka bersama tergamak menghancurkan hatinya yang persis kaca itu. Rosnah hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan yang dipenuhi dengan tangisan.
Sakitnya kian mencengkam saat Sabariah disahkan mengandung. Perhatian Khalid seratus peratus beralih kepada Sabariah. Hari-hari Rosnah ditemani air mata kecewa. Kecewa dengan sikap Khalid yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna sebagai seorang suami dan ayah.
Tidakkah Khalid mengetahui akan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat tiga, iaitu: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Kini, barulah Rosnah mengerti akan perasaan wanita yang dimadukan. Perit, derita dan sengsara bercampur baur menjadi satu adunan sebati dalam hatinya…
HARI yang mendebarkan jantung Sabariah telah hadir secara mengejut. Dia tidak menyangka anak sulungnya akan dilahirkan pada hari itu. Tidak silapnya, doktor menjangka dia akan bersalin dalam dua minggu lagi. Tetapi, entah mengapa anak sulungnya ingin benar melihat wajah ibunya dua minggu lebih awal.
Hampir dua jam Sabariah di dalam wad bersalin. Khalid kian cemas menanti isterinya yang berjuang seorang diri di dalam sana. Rosnah tiba-tiba teringat akan anak-anaknya. Terus dicapainya telefon dari dalam beg. Nombor Mak Esah di dail.
“Assalamualaikum.. Mak, Nah ni. Nah nak minta tolong mak jaga anak-anak Nah hari ni, boleh? Nah ada dekat hospital ni.” Jeda seketika. “Yah bersalin. Apa-apa hal nanti Nah akan beritahu dekat mak. Assalamualaikum..”
Rosnah menghampiri Khalid. “Abang, pergilah solat asar dulu. InsyaAllah, semuanya akan selamat.” Nasihat Rosnah. Khalid akur dengan kata-kata Rosnah. Bayangan Khalid kian menghilang dari ruang menunggu. Rosnah mengeluh berat. Dia turut risau akan keselamatan Sabariah dan anak tirinya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat perempuan bergegas mendapatkan Rosnah. Raut wajah Rosnah berubah pucat. Entah apa yang telah berlaku pada Sabariah. Semoga semuanya baik-baik saja hendak-Nya.
“Puan ahli keluarga Puan Sabariah ke?” Soal jururawat muda itu.
“Ya saya. Kenapa ni nurse?”
“Cepat ikut saya. Keadaan Puan Sabariah kritikal sekarang ni.”
“Ya Allah!!” Rosnah bergegas memasuki wad bersalin. Hampir luluh hatinya saat melihat Sabariah yang kini sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Rosnah memegang erat tangan pucat milik Sabariah. Air mata dibiarkan mengalir di pipi. Rosnah mendekatkan telinganya ke mulut Sabariah yang seperti ingin menuturkan bicara.
“A a a…akak…to..tolong…jag..ga…a a…an..nak…Yah. Am…punkan…Yah…kak..” Air mata mengalir di pipi Sabariah. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan anak sulungnya. Namun, apakan daya. Dia sendiri tidak mampu melawan takdir yang telah ditetapkan untuknya. Mungkin itulah kali terakhir dia bisa melihat dunia.
“Jangan tinggalkan akak, Yah.”
Khalid bergegas mendapatkan Sabariah yang sedang nazak. Air mata lelakinya mula mengalir penuh sayu.
“Ab…bang…ma..afkan…Yah.” Khalid menyeka air matanya. “Yah, jangan buat abang macam ni. Please, jangan tinggalkan abang.” Serak basah suara Khalid menambahkan kepiluan semua orang di situ.
Jururawat Zaiton mendukung seorang bayi perempuan menghampiri Sabariah. Sabariah memegang erat tangan kecil anak pertama dan terakhirnya.
“An..nak…ib..bu..” Degupan jantung Sabariah kian tidak stabil. Doktor Anisah memeriksa kadar nadi pesakitnya.
“Mengucap, Yah.” Sabariah mengikut kalimah syahadah yang dibaca oleh Khalid dengan perlahan-lahan.
Deringan panjang daripada mesin kadar denyutan jantung telah mengesahkan bahawa Sabariah telah meninggal dunia. Doktor Anisah hanya mampu menggeleng lemah. Suasana di dalam wad itu kian suram. Hanya tangisan yang kedengaran bersilih-ganti.
“MACAM itulah bermulanya kisah ayah kamu menanam pohon kebenciannya. Dia tidak mampu menerima takdir. Dia sangka kamulah penyebab utama kematian isterinya iaitu mama kamu. Ibu tidak tahu kenapa terlalu sukar bagi ayah Hidayah menerima kenyataan. Kesian dekat kamu Hidayah.” Hidayah menyeka air mata yang meniti di pipi Rosnah.
“Dan yang paling ibu sedih, ayah Hidayah tidak sudi pun untuk azankan Hidayah waktu itu. Mujurlah ada seorang doktor lelaki yang baik hati, sanggup tolong azankan Hidayah.” Hidayah tersentak. Begitu sekali ayahnya berdendam?
“Ibu, siapa nama doktor tu?”
“Tidak silap ibu, doktor Mustafa namanya.” Hidayah memandang pohon bunga ros merah di sisinya. Di manakah doktor Mustafa sekarang? Bagaimanakah cara untuk aku bertemu dengannya? Ya Allah, berilah hamba-Mu yang kerdil ini kesempatan untuk bertemu dengan doktor Mustafa. Aku ingin berterima kasih padanya.
Langgan:
Catatan (Atom)