Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

cerpen EH, AWAK KE SUAMI SAYA? 2

Imej
Angin malam dihirup segar oleh Nizam. Nizam merenung tajam susuk tubuh Syafzira yang meliuk lentuk tidur di atas katilnya. Nizam ketawa kecil. Lucu dengan gaya tidur Syafzira yang persis bayi manja. Comel sangat si Zira di matanya. Geram hatinya untuk menarik hidung Syafzira yang comel itu. Tapi, bolehkah? Nanti  tidak fasal-fasal ada yang kena penampar percuma. Andai saja hati Syafzira memberi ruang kosong kepada Nizam sebagai suaminya, pastinya Nizam akan bersorak keriangan. Mungkin semua itu hanyalah mimpi di siang hari yang sukar di kecapinya. Sabarlah Nizam. Nizam menghampiri Syafzira yang masih di buai mimpi. Nizam duduk mencangkung berhampiran dengan katil. Mata Nizam tidak henti-henti menatap wajah polos di hadapannya. Terasa deruan nafas Syafzira pada wajah Nizam. Nizam menongkat dagu dengan tangan kiri. Sebelah tangannya yang satu lagi dibiarkan bergerak sesuka hati. Biasalah tangannya itu susah untuk dikawal. Sikit-sikit merayap. Tidak reti hendak duduk diam. Sekejap sen...

Novel : Takdir Cinta 12

12 FIRDAUS  memakai kopiah putih pemberian Umi Khadijah. Langkah diatur laju menuruni anak tangga. Syafrill yang sedang menaiki tangga memandang Firdaus yang lengkap serba putih dengan hairan. Nak pergi mana pula budak ni? Syafrill mendepakan tangannya menghalang Firdaus daripada terus menuruni anak tangga. Firdaus berkerut seribu. Apa hal pula dengan dia ni? Masa ni la dia nak buat ‘road block’ bagai. Getus hati Firdaus. “Along.. acik dah lewat ni.” Firdaus membuat muka sepuluh sen. “Nak pergi mana ni? Handsome tahap Imam Muda Nazrul bagai.” “Acik nak pergi pondok la. Dah lewat ni.. Tepi la along.” Rengek Firdaus. Syafrill mencebik bibir. Kelmarin tak nak pergi, sekarang kelam kabut nak pergi. Adik siapa la ni. “Pergi sana tu belajar. Jangan nak jatuh cinta dengan orang kat sana pula.” Pesan Syafrill tegas. Firdaus mengangkat kening. Macamlah aku tak ada kerja lain pula nak cari makwe kat sana. “Yalah cik Syafrill Hafiz.” Syafrill menurunkan tangannya. Firdaus bers...

Novel : Takdir Cinta 11

11 HIDAYAH memeluk erat tubuh Asyifah. Pipinya dihujani air mata. Kenapa takdir menemukan dirinya dengan Firdaus? Selama ini dia bersusah payah memaksa hatinya untuk melupakan Firdaus dan setelah dia berjaya, wajah itu kembali mengetuk pintu hatinya. Apakah makna di sebalik pertemuan ini? Firdaus sampai hati kau buat aku macam ini. Pergi dan kembali begitu sahaja. Apa niat sebenarmu? Mahu mempermainkan hati aku lagi? Cukuplah luka yang engkau tinggalkan bekasnya pada hati aku. Sakitnya masih terasa, Firdaus. “Sabarlah Hidayah. Allah uji pasti ada sebabnya.” Asyifah meniupkan kata-kata semangat kepada Hidayah. Sayu hatinya bila melihat sahabatnya itu sudah lecuh dengan air mata. “Ana sudah melupakannya, Asyifah. Kenapa dia perlu muncul semula?” Rintih Hidayah. Asyifah yang tidak dapat menahan sebak turut mengalirkan air mata. “Kuatkan semangat Hidayah. Jangan jadi lemah.” Pujuk Asyifah lagi. Asyifah mengerling ke arah pak cik yang asyik melihat mereka dari cermin pandang bela...

Novel : Takdir Cinta 10

10 SELEPAS sebulan menduduki ujian SPM, kini Hidayah mampu menarik nafas lega. Terlepas satu beban dalam otaknya. Sepanjang penantian keputusan, Hidayah berhajat untuk mengisi masa cutinya dengan berada di pondok. Bolehlah dia menambah bekalan akhirat dengan pungutan butir-butir ilmu di sana nanti. Tidaklah sia-sia masa penantiannya. Hidayah memasuki bilik guru. Dia ingin meminta pendapat gurunya akan hajatnya itu. “Assalamualaikum ustaz.” “Waalaikumussalam. Eh, Hidayah. Ada apa cari ustaz?” Kembang kucup hati Syafrill menerima kehadiran Hidayah. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyum ada makna tu. “Ana nak minta pendapat ustaz. Ana berhajat nak menimba ilmu di pondok sepanjang cuti ni tapi ana keliru nak pilih pondok yang mana satu. Ustaz boleh tolong beri cadangan tak?” Pandangan Syafrill tidak berganjak sedikit pun daripada wajah Hidayah. Dia mendengar penuh minat. Hidayah mula tidak selesa dengan pandangan mata Syafrill itu. Segera dia menundukkan pandangannya. ...

Novel : Takdir Cinta 9

9 SYAFRILL menghentikan langkah apabila anak matanya terpandang Hidayah dan Asyifah yang ralit berborak sakan dengan seorang lelaki. Sebenarnya Asyifah sahaja yang asyik berbual sebaliknya Hidayah pula diam macam patung cendana. Siapa lelaki tu? Tidak mungkin abang Hidayah. Abang Hidayah kan masih di luar negara. Kakaknya pun sama. Hairan juga kalau di fikir semula. Abang dan kakak sambung belajar sampai ke negara orang bagai tapi adiknya pula belajar di maahad. Mungkin kerana rahim yang berlainan. Syafrill terkedu hilang kata melihat Asyifah memasuki perut kereta Vios milik lelaki yang berkemeja kemas itu. Syafrill menghampiri Hidayah yang sedang melambai-lambai ke arah kereta yang makin hilang daripada pandangan. “Siapa tu?” Soal Syafrill tiba-tiba. Hidayah pantas mengurut dadanya yang hampir luluh. Terkejut dengan kehadiran Syafrill. Macam Jun On si Syafrill ni. Tiba-tiba sahaja ada di tepi. Menyeramkan. “Ya Allah, ustaz rupanya. Terkejut Hidayah. Yang tadi tu abang Asyif...

Novel : Takdir Cinta 8

8 SYAFRILL menyumbat telinganya dengan ‘ear phone’. Bosan duduk dekat rumah. Maklumlah, cuti minggu. Kalau hari persekolahan biasa bolehlah dia penuhkan sisa-sisa bujangnya dengan mengajar. Hairan sungguh si Syafrill ni. Masa kerja nak cuti, bila diberi cuti nak kerja pula. Ke rindu Hidayah? “Dengar apa tu?” tegur Firdaus sambil matanya mengerling abangnya yang ralit mendengar lagu. “Lagu.” jawab Syafrill bersahaja. “Lagu apa?” “Nah.. dengar sendiri.” Firdaus menyumbat ‘ear phone’ di telinganya. Eh, macam pernah dengar saja lagu ni. Kalau tak silap aku ni lagu nasyid kumpulan dehearty. Permata apa dah? Ha, permata yang dicari. Amboi, sejak bila abang aku sorang ni layan lagu macam ni. Ke… “Along tengah dilamun cinta ea? Dengan siapa along?” Tebak Firdaus tiba-tiba. Terbatuk Syafrill dek penangan kata-kata Firdaus itu. Macam tahu-tahu saja budak ni yang aku dilamun cinta. “Mana ada. Saja layan lagu nasyid macam ni. Bosan.. Tak tahu nak buat apa.” Bohong Syafrill. Mana mun...

Novel : Takdir Cinta 7

7 ABI MUSTAFA meletakkan buku kisah para nabi di atas meja. Penuh otaknya dengan ilmu dan pengajaran yang baru dikorek daripada buku agama itu. Tidak rugi dia membeli buku setebal kamus. Padat dengan ilmu agama. Wajah Umi Khadijah yang asyik bermain telefon dipandangnya hairan. Tengok apa benda entah. Abi Mustafa sendiri pun tidak tahu. Siap senyum seorang diri lagi. Jangan gila sudah. He he.. “Bang, cuba tengok gambar baby ni.” Abi Mustafa hanya memandang sekilas. Tidak berminat dengan gambar. Kalau betul-betul wujud baru dia minat. Geram nak cubit, cium, gurau sama-sama. Macam si Afiqah. “Hurm, kenapa dengan baby tu?” “Comel kan, bang?” Umi Khadijah tiba-tiba mengeluh. Abi Mustafa memandang hairan. “Ai, Jah. Awak ni dah kenapa tiba-tiba mengeluh? Sakit ke?” “Bukan saya yang sakit, bang. Tu, anak kita yang sulung tu yang sakit.” “Siapa? Hafiz?” “Yalah. Siapa lagi anak sulung kita kalau bukan si Hafiz.” “Eh, setahu saya pagi tadi along tu sihat je. Sakit apanya?”...

Novel : Takdir Cinta 6

6 HIDAYAH berniat untuk bertemu dengan Syafrill. Ada sesuatu perkara yang ingin diberitahu kepada cikgunya itu. Hidayah menghampiri Syafrill yang sibuk menaip sesuatu pada laptop. Beberapa pucuk surat dipegang kemas. “Assalamualaikum ustaz.” Syafrill tergamam melihat Hidayah berada dekat dengannya. Bagaikan mimpi indah tika itu. Aku bermimpi ke? Hidayah ada di tepi aku? Bangun Syafrill, bangun. “Erkk, waalaikumussalam.” Berdegup laju jantung Syafrill seiring dengan cinta yang bercambah dalam hatinya. “Ana mengganggu ustaz ke?” “La ya ukhty. Sila duduk, Hidayah.” Bersorak jiwa Syafrill dapat menyambut kehadiran cinta hatinya di sisi. Ya Allah, kau kena kuat semangat Syafrill. Jangan mudah cair. “Syukran. Ustaz, ana ada perkara penting hendak beritahu ustaz. Fasal surat-surat ni.” Syafrill berkerut dahi melihat surat-surat yang Hidayah tunjukkan kepadanya. Surat apa pula ni? Syafrill mengambil surat-surat itu daripada Hidayah dengan muka hairan. “Surat apa ni?” “Entah...

Novel : Takdir Cinta 5

5 SYAFRILL  melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah penat. Dia sudah memberi salam namun tiada yang menjawabnya. Hairan juga. Selalunya bila dia pulang pasti ada yang menjemputnya. Umi ke, abi ke, acik ke, tak pun si…… “Pak su……..” Panggil Afiqah, gembira. Syafrill berlutut lantas mendepakan tangannya. Afiqah melajukan langkah dan memeluk erat badan Syafrill. Gembira benar dia bila berpeluang memeluk Syafrill. “Mama Fiqah mana?” “Ada kat dapur. Jom pak su…” Tanpa menanti bicara Syafrill seterusnya, Afiqah pantas menarik tangan Syafrill menuju ke ruangan dapur. “Pergi mana ni sayang?” “Jangan banyak cakap. Ikut je.” Amboi-amboi, budak ni kecil-kecil rupanya cili padi. Pandai mengarah orang tua ya. Siapa la yang mengajar ni? Setibanya di ruangan dapur, Syafrill terpaku melihat hidangan yang mampu melelehkan air liurnya. “Dah balik rupanya. Bila sampai?”  Safina meletakkan dulang yang berisi satu jag air fresh oren bersama beberapa biji gelas ke atas meja. S...

Novel : Takdir Cinta 4

4 HIDAYAH berjalan menuju ke perpustakaan bersama-sama dengan Asyifah. Memang rutin harian mereka apabila waktu rehat akan ke perpustakaan. Bagi mereka masa akan lebih bermanfaat jika terisi dengan ilmu yang berfaedah. “Hebat la Hidayah ni. Ana tengok Hidayah bagi penerangan fasal talak tadi memang terbaik arr.” Puji Asyifah. “Ada-adalah Asyifah ni. Ana biasa saja. Tadi pun, ana jawab sekadar yang ana tahu.” “Eh, Hidayah perasan tak ustaz Syafrill tadi?” “Perasan apa?” “Ana rasa kan ustaz Syafrill ni ada hati dengan Hidayah la.” “Astaghfirullah, Asyifah tak baik reka-reka cerita ni. Ia boleh menimbulkan fitnah tau tak? Hukumnya berdosa besar tau kalau kita memfitnah ni. Ustaz tu guru kita.” “Astaghfirullah. Tapi, betul la. Ana nampak ustaz bukan main lagi senyum lebar masa Hidayah beri penerangan tadi.” Hidayah menggeleng kepala dengan firasat Asyifah yang entah betul atau salah itu. Hidayah melajukan langkahnya dan membiarkan Asyifah mengekori dari belakang. Khair...