NOVEL: TAKDIR CINTA
PROLOG ROSNAH mengatur langkah menghampiri suaminya yang asyik menonton televisyen. Rosnah melabuhkan punggungnya ke sofa bersebelahan dengan Khalid. Khalid merenung lama anak mata Rosnah. Rosnah menahan ketawa dalam diam. Sudah masak dengan perangai suaminya itu. Walaupun perkahwinan mereka telah mencecah usia yang ke-11, namun suaminya tetap romantik dan penyayang orangnya. Alhamdulillah, selama 11 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Mazlan, sepuluh tahun dan Puteri Arisya, enam tahun. Rosnah amat bersyukur kerana dikurniakan suami dan anak-anak yang taat kepada agama. “Ada apa abang?” “Nah sayang abang tak?” Soal Khalid pula. Anak matanya tidak berganjak sedikit pun daripada terus menatap wajah isterinya itu. “La, Nah ingat apalah tadi. Abang.. abang. Sudah terang masih juga hendak di suluhnya. Mestilah Nah sayang abang. Abang kan suami Nah yang tercinta.” “Kalau macam itu, Nah boleh tolong tunaikan permintaan abang tak?” Berk...