Novel : Takdir Cinta 11
11 HIDAYAH memeluk erat tubuh Asyifah. Pipinya dihujani air mata. Kenapa takdir menemukan dirinya dengan Firdaus? Selama ini dia bersusah payah memaksa hatinya untuk melupakan Firdaus dan setelah dia berjaya, wajah itu kembali mengetuk pintu hatinya. Apakah makna di sebalik pertemuan ini? Firdaus sampai hati kau buat aku macam ini. Pergi dan kembali begitu sahaja. Apa niat sebenarmu? Mahu mempermainkan hati aku lagi? Cukuplah luka yang engkau tinggalkan bekasnya pada hati aku. Sakitnya masih terasa, Firdaus. “Sabarlah Hidayah. Allah uji pasti ada sebabnya.” Asyifah meniupkan kata-kata semangat kepada Hidayah. Sayu hatinya bila melihat sahabatnya itu sudah lecuh dengan air mata. “Ana sudah melupakannya, Asyifah. Kenapa dia perlu muncul semula?” Rintih Hidayah. Asyifah yang tidak dapat menahan sebak turut mengalirkan air mata. “Kuatkan semangat Hidayah. Jangan jadi lemah.” Pujuk Asyifah lagi. Asyifah mengerling ke arah pak cik yang asyik melihat mereka dari cermin pandang bela...