Syafzira sudah berfikir masak-masak sampai terlebih masak dengan
permintaan ibunya yang tercinta tentang pencarian jodoh untuknya. Hampir
sebulan satu hari satu jam satu minit satu saat Syafzira berfikir tentang
perkara itu. Nak tak nak, aku akan merasai juga manisnya perkahwinan walaupun
TERPAKSA. Tapi, adakah aku sudah bersedia untuk bergelar isteri? Dan kalau aku
setuju dengan permintaan ibu, siapa pula jejaka BERTUAH yang akan menjadi suami
aku? Fikir Syafzira seketika.
Ibu pun satu hal, aku dah rancang lama dah sejak sekolah
rendah lagi yang aku nak kahwin masa umur aku mencecah 24 tahun. Ulang suara,
24 tahun….. Bukannya 20 tahun. Ibu ni macam dah tak sabar-sabar pula nak sambut
menantu. Huh… tunggu la 4 tahun lagi. Bukannya lama pun 4 tahun tu, pejam celik
pejam celik dah 4 tahun.
Makin lama makin serabut kepala otak aku setiap kali
memikirkan nasib aku ini. Dulu, aku pernah berazam, masa tu umur aku baru 12
tahun yang aku takkan tergoda dengan mana-mana lelaki sehinggalah umur aku 23
tahun. Itulah prinsip hidup aku sampai sekarang. Aku amat menginginkan suatu
hari nanti lelaki yang menjadi suami aku adalah lelaki yang amat aku cintai dan
aku rela untuk bersama-sama dengannya menuju ke JANNAH. Lebih tepat lelaki
pilihan aku sendiri. Tapi kini, segala azam aku waktu hingusan dulu sudah
hancur berkecai macam kena letupan bom atom.
Aku pernah baca novel, bukan satu tapi 10 novel yang
menceritakan tentang kisah kehidupan kahwin paksa, kahwin kontrak, kahwin tiga
hari lepas tu bercerai dan macam-macam lagi la. Ada juga aku terfikir, selepas
aku kahwin dengan lelaki pilihan mama nanti adakah aku akan menghadapi situasi
yang sama seperti dalam novel. Kalau la betul, mesti ‘sweet’ kan. Mula-mula
saling tak kenal, saling tak suka lama-lama cinta mekar di dalam hati dan akhir
kisah bahagia.
Sekarang, pada detik ini, saat ini, tika ini, aku Nurul
Syafzira Ezlin sebulat suara bersetuju untuk mengikut permintaan mengarut ibu aku
tu tentang jodoh yang akan di pilih oleh dia sendiri. Keputusan aku ini adalah
muktamad. Surat bantahan tidak akan dilayan termasuk e-mail, twitter, facebook
dan sebagainya.
“Zira, macam mana? Setuju tak dengan permintaan ibu?” Tanya
Puan Nazilah kali ke sembilan.
“Erkk…”
“Zira, jangan sampai kamu buat ibu nangis. Fikir betul-betul
dulu baru buat keputusan. Tak masuk syurga kamu nanti kang.” Ugut Puan Nazilah
selamba. Sengaja nak tengok reaksi wajah Syafzira bila mendengar ugutannya itu.
Buntang mata Syafzira bila mendengar ugutan ibunya itu. Syafzira menggigit
bibir sementara menanti keputusan muktamad daripada hatinya pula.
Wahai hati, adakah kau mampu untuk menerima dan mencintai
lelaki yang tak pernah mengusik perasaan kasih sayang kau selama 20 tahun?
Bisik benak Syafzira ikhlas kepada hatinya sendiri. Kalau fikiran kata nak,
belum tentu hati kata mahu.
“Insyaallah, Zira Zira Zira se se setuju.” Ujar Syafzira
sambil menutup rapat matanya. Tak nak tengok wajah ibunya saat perkataan SETUJU
keluar dari mulutnya sendiri.
Syafzira membuka perlahan-lahan kedua-dua belah matanya
kerana tiada sebarang respons yang diberikan oleh ibunya. Peluk pun tak, jerit
gembira pun tak. Terlopong Syafzira memandang sofa kosong di hadapannya, tempat
yang tadi ibunya duduk. Mana ibu pergi? Tadi ada, sekarang….. Mana ibu
menghilang ni? Takkan aku cakap sorang-sorang macam orang gila kut.
“Ibu!!!” Panggil Syafzira, lantang. Mata Syafzira melilau
setiap sudut di dalam rumah banglo satu tingkat itu mencari susuk tubuh ibu
kesayangannya.
“Ibuuuu….. oi, mari masuk. Mari lawan satu lawan satu.“ Dek
terlampau terkejut kerana ibunya memegang bahu kanannya, Syafzira mula membuka
langkah kekuda tanpa disedarinya. Macam nak bersilat dah gaya si Syafzira ni.
Puan Nazilah ketawa terbahak-bahak di sisi Syafzira. Haji Amsyar yang baru hendak
memulas tombol pintu utama hanya menggeleng kepala dan tersenyum kecil
memerhati gelagat dua beranak itu. Syafzira berhenti membuka langkah kekuda
yang tak nampak macam kuda tu. Merah muka Syafzira menahan malu tika itu.
“Ibu…. dah la ketawa.” Pinta Syafzira.
“Okay…” Ibu menghabiskan ketawanya yang masih berbaki 10%
itu.
“Eh, ibu nak pergi mana ni? Bergaya sakan nampak.” Syafzira
memandang dari hujung kaki ibunya sampai ke tudung jenama Farida berwarna
purple gelap yang dipakai dengan penuh bergaya oleh ibunya. Tudung sama warna
dengan baju kurung moden. Nampak cantik sangat ibu aku hari ni.
“Ibu dengan papa nak pergi jumpa Dato’ Haizal dan Datin
Umairah jap.” Ujar Puan Nazilah seraya menguntum satu senyuman yang penuh
maksud tersirat buat anak dara di hadapannya.
“Ibu nak buat apa jumpa dia orang?” Syafzira mula berkerut
seribu.
“Nak bincang pasal perkahwinan korang la.” Sampuk Haji
Amsyar dari belakang tempat ibu berdiri.
Korang? Siapa? Aku ke? Takkan secepat itu kut?
“Jom sayang. Kan lewat pula nanti. Take care, Zira. Papa
dengan ibu pergi dulu ea. Assalamualaikum.” Bicara Haji Amsyar lantas memimpin
erat tangan ibu berjalan meninggalkan aku keseorangan di dalam rumah ini.
Aku menjawab salam papa dalam hati. Aku terlebih dahulu melabuhkan
punggung ke sofa bersama-sama satu keluhan berat. Aku tak tahu sama ada keluhan itu adalah
keluhan bahagia ataupun keluhan resah + gelisah. Aku sebenarnya belum sedia
lagi nak jadi isteri orang ni. Lagipun aku bukan cantik sangat pun. Comel tu adalah
sikit-sikit mewarisi ibu. Dah la aku tak suka pakai make up tebal-tebal. Nanti
hari perkahwinan mesti kena pakai make up macam pontianak. So scary.
***
Majlis pertunangan, risik merisik semua aku tak dapat rasa.
Ni semua idea ibu la. Katanya lagi cepat lagi bagus. Apa yang bagusnya pun aku
sendiri tak tahu. Hari ini adalah hari kemuncak hidup aku yang selama 19 tahun
memegang status single mingle akan berakhir ditukarkan dengan status baru iaitu
isteri. Majlis akad nikah aku dengan si dia yang aku tak tahu nama apa, umur
dia berapa, handsome ke tidak, senang cerita semua la aku tak tahu fasal si dia
yang sekejap lagi akan menjadi suami yang sah kepada Nurul Syafzira Ezlin iaitu
aku dan majlis kami akan di adakan di masjid besar berhampiran kawasan sini.
Simple je perkahwinan kami.
Aku mengenakan busana gaun putih dihiasi dengan mutiara dan
diamonds pada tubuhku yang tinggi lampai ini. Cantik gaun pengantin ni. Pandai
si… erkkk…. entah nama apa bakal suami aku tu…Yang pasti, DIA yang pilih busana
ni untuk aku. Nak suruh sama warna dengan baju Melayu DIA kut. Ya la, takut
tukar bini la tu.
Aku duduk bersimpuh malu betul-betul tengah sanak-saudara
aku dan sanak-saudara si DIA. Susuk tubuh DIA pun aku tak nampak. Ramai sangat
la yang nak ambil gambar aku buat kenangan. Aku membetulkan sedikit tudung
warna putih yang melilit indah di kepala ku. Petang ini aku rasa macam aku ni
princess la pula sebab ada mahkota warna putih atas kepala ku. Kebanggaan
terserlah di bibir merah ku.
Lepas sorang, sorang lagi yang nak ambil gambar aku. Tahu la
hari ini aku pakai make up tebal-tebal sampai kecantikan aku yang aku sengaja
sembunyikan selama 19 tahun terserlah pada petang damai ini. Kalau terlebih
tebal make up muka aku ni, orang pertama yang aku akan mengamuk ialah Sarah,
kawan satu universiti. Dia yang beria-ria nak make up aku. Tapi, untung apa.
Tak payah bayar perkhidmatannya. Dia kata percuma sebab itulah hadiah
perkahwinan aku. Apa la Sarah ni? Orang bagi la kereta sebuah ke, motosikal ke,
komputer riba ke, telefon Samsung ke. Ni tak. Make up kira hadiah juga ke?
“Kak Zira, pandang sini. Orang nak ambil gambar Kak Zira.
Kak Zira kan lepas ni jadi kakak ipar orang.” Ujar Syamina lembut sekali gus
mematikan lamunan Syafzira. Syafzira menarik bibir menguntum senyuman comel.
Siap buat pizz lagi. Macam budak-budak Syafzira ni.
Snap..
“Lagi sekali.” Syamina berkata lagi lantas meneruskan
kerjanya mengambil gambar Syafzira sebagai wakil daripada keluarga si DIA. Kamera NIKON D5100 yang
digunakan oleh Syamina membuatkan aku bertambah teruja untuk bergambar. Kali
ini, Syafzira menarik lengan abangnya, Syahidan supaya bergambar bersama-sama
dengannya. Syahidan dengan rela hati bergambar bersama-sama dengan adik
bongsunya itu. Kang tak ikut kehendak Syafzira, nanti merajuk pula. Siapa nak
pujuk? Nak harapkan Syahidan pujuk, jangan harap.
Snap…
***
15 minit sudah berlalu. Tok kadi pun baru je sampai. Aku
terpaku seketika memandang sepasang pengantin bertemakan warna putih juga masuk
ke dalam masjid bersama dengan rombongan, ramai.
“Ina, berapa pasangan yang akan akad nikah hari ini?” Tanya
Syafzira kepada Syamina. Syamina hanya mengangkat bahu sedikit.
“Dua kut. Kak Zira dengan pasangan yang lagi satu tu.”
Syamina menjawab sekadar pengetahuannya sahaja. Lagipun Syamina baru berumur 17
tahun. Mana la dia nak ambil tahu tentang orang lain. Syafzira mengangguk faham.
Aku melihat tepat jam yang tergantung pada dinding masjid.
Dah pukul 3.30 petang sekarang. Bakal laki aku pun aku tak tengok lagi. Entah
gemuk ke, gelap ke, tua ke, ke duda anak satu? Eh, macam-macam la aku ni. Biar
la, nanti lepas majlis akad nikah aku dapat tengok juga rupa laki aku. Masa dia
nak sarungkan cincin nikah lepas ni mesti aku surprise gila. Aku tahu sangat cita
rasa ibu macam mana. Nak menantu yang perfect. Walaupun aku tak perfect. Tak sabar la pula nak tatap wajah si DIA.
“Eh, dah nak mula ke?” Tanya Syafzira.
“Ya kak.” Syamina menjawab dengan penuh semangat.
Inilah detik yang amat mendebarkan. Saat mendengar kata-kata
keramat ‘aku terima nikahnya….’ daripada mulut lelaki yang aku tak pernah jumpa
mahupun kenal.
“Mohamad Nizam bin Dato’ Haizal?” Soal tok kadi sambil
memegang erat tangan kanan Nizam. Eh, jap macam pernah kenal je nama tu? Mohamad
Nizam? Kata Syafzira hanya sekadar di kerongkongnya.
“Ya, saya.” Jawab Nizam selamba tapi penuh serius. Dan suara
lelaki itu? Aku rasa aku pernah dengar. Tapi siapa? Fikir Syafzira sejenak.
“Aku nikahkan dikau dengan Nurul Syafzira Ezlin binti Haji
Amsyar dengan mas kahwin sebanyak RM100 ringgit tunai…” Saat Tok kadi
menggoncang tangan Nizam tiba-tiba suatu debaran datang menghantui jiwa
Syafzira serta-merta. Apakah maksud di sebalik debaran ini?
“Aku terima nikahnya Nurul Syafzira Ezlin binti Haji Amsyar
dengan mas kahwin sebanyak RM100 ringgit tunai.” Lafaz yang keluar daripada
mulut Nizam itu telah mengesahkan bahawa Nurul Syafzira Ezlin secara sah
menjadi milik Mohamad Nizam 100%. Hurray….
Usai bacaan doa, pasangan seterusnya pula yang mengambil
alih untuk majlis akad nikah. Memang secocok pasangan yang satu lagi. Bagai
pinang di belah dua. Aku pula? Mungkin bagai pinang di belah lima. Guna kapak
pula tu nak di belahnya. Apa la nasib ku. Kahwin dengan orang yang aku tak
kenal. Zira, inilah permulaan hidup kau yang amat mengerikan, mengelirukan,
mengejutkan dan semua ‘meng’ la.
Nizam berborak riang dengan rakan-rakannya yang turut serta
berada di situ sambil berjalan menuju tepat ke arah ku. Aku terpaku melihat
kaki putih yang berjalan penuh bergaya itu datang menghampiriku. Hatiku semakin
berombak kencang menahan debaran yang kian melanda dengan penuh dahsyat. Aku
sengaja buat-buat malas angkat muka kononnya malu dengan si DIA yang dah sah
jadi suami aku. Tak nak tengok konon. Sebenarnya nak. Fikiran Syafzira menyindir
tindakannya itu.
Nizam berlutut sopan betul-betul di hadapanku. Lebih kurang
50 cm je jarak dia dengan tempat aku yang duduk bersimpuh ni. Nizam mencapai
lembut tangan kananku lantas di sarungkan sebentuk cincin emas bertakhta
berlian ke jari manisku. Aku tanpa segan silu mencium lama tangan kanan Nizam
membiarkan sanak-saudaranya mengambil gambar. Nizam belum sempat menatap lagi wajah
aku tika itu kerana sanak-saudaranya terlalu sibuk mengambil gambar muka
DIA….ulang suara lagi DIA sorang je. Benci!!
Mak ai, wanginya tangan. Pakai losyen tiap-tiap hari ke
mamat ni? Bisik hati Syafzira. Syafzira mengangkat mukanya lantas menatap wajah
suaminya itu seketika. Buntang mata Syafzira memandang lelaki di hadapannya
itu. Takkan la Nizam ni, Nizam musuh lama aku kut? Nizam yang dulu budak perasan
handsome ke ni? Memang handsome pun. Dah la putih melepak, kiut, sweet,
romantik, tinggi lampai, baby face… perfect la. Eh, jap aku puji dia? Alamak,
aku dah kena angau dengan dia. Syafzira cuba untuk menenangkan dirinya.
Nizam hampir sahaja ingin mencium dahi Syafzira tika itu tapi
dia terlebih dahulu terdiam seribu kata sekali gus mematikan niatnya untuk
mencium dahi Syafzira apabila memandang pipi Syafzira yang mula bertukar warna
menjadi sedikit kemerahan, comel…. Syafzira mengelipkan matanya beberapa kali
merenung Nizam yang berbaju Melayu putih itu. Sungguh kacak. Baju yang
tersarung pada badan Syafzira sama warna dengan baju Melayu Nizam. Macam
pasangan yang amat sepadan sekali.
Sungguh menawan sepasang mata milik Syafzira. Boleh cair
hati setiap jejaka yang memandangnya tapi tidak mampu untuk mencairkan hati
Nizam yang mungkin sekeras batu. Saat ini, baru lah mereka betul-betul menatap
wajah satu sama lain. Nizam yang dari tadi mengukir senyuman kini senyuman itu
hilang entah ke mana. Syafzira pula mengangkat kening kirinya, tinggi.
Mengalahkan Ziana Zain.
“Zira?” “Nizam?” Serentak mereka berdua melemparkan soalan.
“Eh, awak ke suami saya?” Soal Syafzira ingin mendapatkan
kepastian.
“Eh, takkan la you isteri I ? Impossible.” Soal Nizam pula.
Masing-masing kehairanan.
“Eh, awak ni salah orang kut. Saya tak mungkin kahwin dengan
awak. Lagipun, suami saya tu anak Dato’.. Dato’ Haizal. Awak anak Dato’ Haizal
ke?” Sinis Syafzira. Nizam mengecilkan anak matanya merenung Syafzira, lama.
Sampai Syafzira tergoda dengan wajah sempurna itu.
“Dato’ Haizal? For your information Zira mulut murai, Dato’
Haizal tu daddy I tau.” Nizam menjawab dengan penuh bangga. Syafzira segera
menarik nafas dalam-dalam lantas menjerit…
“TIDAK…..” Jerit Syafzira, sedikit lantang sambil menekup
kedua-dua belah telinganya. Terangkat sedikit bahu Nizam mendengar jeritan
Syafzira itu. Ah, sudah. Minah mulut murai ni dah mula buat hal dah. Ni yang
aku nak sumbat kasut dalam mulut minah ni. Bisik benak fikiran Nizam.
***
Malam ini adalah malam pertama aku dengan mamat perasan
handsome tu. Tak sabar pula nak jalankan rancangan aku yang pertama. Bagi sikit
si Nizam tu serik sebab mengahwini aku. Petang tadi selepas majlis akad nikah,
sempat lagi dia nak cari gaduh dengan aku. Ada ke patut dia kata muka aku macam
itik kena tepung. Satu masjid ketawakan aku termasuk keluargaku sendiri. Huh,
tak mengapa Syafzira. Waktu untuk kau balas dendam hampir tiba. Dah lama aku
nak balas dendam aku selama ini dengan mamat tu dan malam ini adalah masa yang
tepat untuk aku balas dendam.
Gunting? ada!! sos cili? ada!! air masak? ada!! Bagus semua
benda yang aku perlukan semua ada di sisi ku. Kau tunggu dan lihat apa yang aku
akan buat dengan benda kesayangan kau, Nizam. Syafzira menoleh ke kiri
memandang benda yang paling berharga dalam hidup Nizam. Memang berharga pun, nak
pegang sikit pun tak boleh. Kedekut tahap dewa.
Daun pintu di kuak sedikit membenarkan cahaya dari luar
memasuki biliknya yang gelap gelita itu. Nizam melangkah masuk ke dalam
biliknya seperti tidak menyedari dirinya sudah bertukar gelaran daripada single
mingle kepada berkahwin. Daun pintu di tutup rapat. Nizam menekan suis lampu
membenarkan cahaya lampu menerangi ruang biliknya. Buntang mata Nizam memandang
benda yang paling penting dalam hidupnya sudah berada dalam pelukan Syafzira.
Di tambah pula sebelah tangan Syafzira yang satu lagi sedang memegang gunting.
Peluh mula merenek di dahi Nizam. Rasa marah semakin membuak-buak dalam jiwa
Nizam. Pantang kalau ada orang yang berani menyentuh semua barang
kesayangannya.
“Zira!! Kau letak balik teddy bear aku tu. Kau jangan sentuh
teddy bear aku sebelum kau langkah mayat aku dulu. Kau letak balik!! Cepat!!!”
Bentak Nizam. Walaupun tengkingan yang di hadiahkan oleh Nizam khas untuk
Syafzira tetapi itu tidak mematahkan semangat Zira untuk meneruskan rancangan
jahatnya. Zira ketawa sinis. Gunting di halakan menghampiri teddy bear putih
Nizam yang sebesar dirinya. Nizam terpaku dengan tindakan berani Syafzira itu.
Kenapa aku boleh lupa yang aku sudah berkahwin dengan minah mulut murai ni?
Kalau aku ingat, mesti aku sempat untuk sorokkan teddy bear buah hati pengarang
jantung aku itu. Bodohnya aku!!!
“Apa yang awak nak sebenarnya, Zira?” Nizam memperlahankan
suaranya. Cuba untuk menjadi tenang. Nizam meraup mukanya meredakan api yang
marak membakar jiwanya.
“Saya cuma nak awak tunaikan semua permintaan saya.”
Syafzira menekankan sedikit perkataan ‘semua’ agar Nizam dapat
mendengarnya dengan jelas. Nizam terkedu
seketika. Ah, sudah.. Minah ni main ugut-ugut la pula.. Ni yang aku nak tembak
guna senapang gajah je, minah ni.
“Just tell me. What you want?” Jawab Nizam selamba.
“Ha, soalan tu la yang saya nak dengar. Bagus la awak ni. Ni
yang membuatkan saya makin sayangkan awak.” Seloroh Zira. Nizam hanya ketawa
kecil.
“Saya yang sebenar-benarnya dan sejujur-jujurnya ada banyak
permintaan yang awak perlu tunaikan. Awak tak kisahkan?” Ujar Zira sedikit
bergurau.
“I tak kisah pun asalkan you bagi balik my teddy bear. Bak
sini.” Nizam cuba merampas teddy bearnya daripada tangan Zira tetapi percubaannya
gagal. Zira lebih pantas daripada yang di sangka. Nizam membulatkan matanya
manakala Zira pula menjelir lidah.
“Awak kena tunaikan dulu permintaan saya. Lepas awak
tunaikan, baru saya beri balik teddy bear busuk awak ni.”
“You ugut I ke apa ni?” Nizam bertanya sekadar meneka
sahaja.
“Ugut?” Tanya Zira pula.
“Yes, ugut..”
“Of course la…… ya. Tengok la siapa, Zira gitu.” Nizam dan
Zira ketawa terbahak-bahak seketika sebelum keadaan menjadi tegang semula.
Macam anjing dengan kucing.
Situasi sebegini yang amat aku rindukan. Teringat saat pertama
kali aku gaduh dengan dia dulu. Tak silap aku masa tu aku darjah tiga dan dia
pula darjah enam. Kami mula-mula bergaduh hanya kerana dia langgar bahu aku
sampai aku jatuh tergolek kat tapak perhimpunan. Semua ketawakan aku. Yang
menyebabkan si Nizam bermusuhan dengan aku sampailah sekolah menengah hanya
kerana aku pernah buat aduan kepada pengetua sekolah tentang sikap kurang
beradab si Nizam tu. Siapa suruh langgar aku sesuka hati mak bapak dia. Kalau
masa tu dia minta maaf atas kesalahannya kepada aku, mungkin aku tak buat aduan
sampai dia kena gantung sekolah selama seminggu. Aku masih ingat lagi kata-kata
dia dulu.
“ People like you just give me more troubles, you know? You
ingat I tak tahu kenapa dan mengapa you buat aduan mengarut tentang I kat
cikgu. Huh… perempuan selalu menyusahkan. Manja tak bertempat. Menyampah!!!!
You dengar sini, disebabkan you, I kena gantung sekolah and disebabkan you juga
I dah masukkan your name in my list of some people I hate forever. I akan balas
dendam I dengan you suatu hari nanti. You must remember that!!!” Kata-kata
‘puaka’ itulah yang selalu menghantui fikiran aku ni setiap kali aku bersama-sama
dengannya.
Huh, mustahil kalau mamat poyo tu masih ingat dengan
kata-kata ‘puaka’ dia dulu. Hal remeh-temeh macam tu bukannya penting pun untuk
terus melekat kemas di mindanya. Tapi….. macam mana kalau dia akan tunaikan
kata-katanya dulu? Adakah dia akan membunuh aku suatu hari nanti? Oh Tuhan, apa
yang harus aku lakukan? Aku tak pernah minta maaf dengannya dari dulu sampai
kami kahwin. Tapi kan, semua pergaduhan kami bukan berpunca daripada aku pun.
Dia yang salah. Dia yang mulakan dulu. Jadi, dia la yang kena minta maaf. Dan
memang layak pun aku balas dendam aku sampai dia serik sebab selama ini dia hidup
dengan hati batu dan ego tahap dewanya itu.
Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa 11 tahun yang
lalu. Sakit, malu, sedih, pilu, kecewa dan segala-galanya yang telah kau
lakukan kepada aku. Berpuluh-puluh kali kau cari fasal dengan aku dari kecil
sampai besar panjang. Aku sabar je. Kalau boleh nak je aku kerat-kerat badan
kau. Dan sekarang aku rasa impian aku untuk buat kau menderita semakin senang
sebab kau dah jadi milik aku selamanya. Selamanya? Oh, bukan selamanya tapi
untuk seketika sahaja. Hidup berdua dengan mamat poyo tu? Jangan harap aku rela.
Teddy bear yang aku peluk aku rasakan seolah-olah ada sesuatu
yang sedang menariknya secara perlahan-lahan. Lamunan panjang aku terhenti. Aku
menguatkan lagi pelukan lantas menjeling tajam tepat ke wajah masam Nizam. Aku
memijak kaki kanan Nizam, kuat sehingga merah mukanya menahan kesakitan. Aku
menarik pantas teddy bear Nizam daripada tangan Nizam yang terus cuba merampas
teddy bearnya kembali.
“Lepaskan pegangan you tu!!!”
“Awak yang perlu lepaskan!!!”
“This is my teddy bear!!” Marah Nizam.
“This is my teddy bear…” Zira meniru gaya percakapan Nizam,
lebih tepat menyindir. Nizam menggigit bibir menahan marah. Mahu saja dia
menelan Zira hidup-hidup tika itu. Namun, dia mampu bersabar sahaja melayan
kerenah si Zira tu. Kurang matang mengalahkan budak umur 8 tahun.
Gaya Syamina yang sedang meletakkan telinga kirinya pada
pintu bilik Nizam yang tertutup rapat membuatkan Shahrul bertambah aneh melihat
adiknya itu.
“Ina, kau buat apa
depan pintu Abang Nizam? Kau skode….” Syamina pantas menutup mulut Shahrul
dengan telapak tangannya.
AKAN BERSAMBUNG….
8 ulasan:
tak sabar nak tunggu sambungan dia
Bila nk sambung.. Smua crpen x dismbung lg
Maaflah korang...mia bukannya x nk smbung tp sejak akhir2 ni mia sibuk dgn belajar..so,mase cuti je mia ade mase nk karang crite2 tu semua
Bestnyeeeeeeee... Thumbs up tuk penulis ...
Bila nk smbung?
Asslm,adk mcm mane nk baca smbungan cite ni......
Best
ASSALAMUALAIKUM...bila boleh baca sambungan cerita ni....nak tahu macam mana ending cerita ni
Catat Ulasan