Syira
segera bangkit daripada mimpi indah apabila jam loceng miliknya berbunyi dari atas
meja berhampiran dengan katilnya. Syiramengosok-gosok sepasang matanya yang
baru terbuka lalu menutup jam loceng daripada terus membingitkan telinganya. Syira
membuka lampu mejanya dan mencapai sebatang pen dan buku diarinya dari atas
meja yang sama.Syira membuka diarinya dan menulis apa-apa yang terlintas di
fikirannya.
‘Tak
semua yang ku impikan menjadi kenyataan tetapi apa salahnya kalau kita
menganggap apa yang kita impikan itu akan menjadi kenyataan juga suatu hari
nanti. Aku berharap sangat bila aku dewasa nanti aku akanberkahwin dengan
lelaki yang memenuhi ciri-ciri yang aku idamkan. Aku tak terlalu mengharapkan si
dia mempunyai paras muka yang tip top, kacak, comel ataupun kiut miut tetapi
aku hanya ingin si dia beragama, penyayang, baik hati dan penyabar. Kalau boleh
yang penghafaz al-Quran lagi bagus.Boleh cair hati ni setiap hari kalau dapat
si dia yang begitu.’Syira mula mengarang ayatnya sambil tangannya giat menulis
di buku diari miliknya.Syira menyambung menulis setelah ideanya muncul.
‘Aku
bukanlah jenis perempuan poyo, gedik, gatal dan sebagainya tetapi aku ni jenis
yang bila depan khalayak ramai aku akan jadi pendiam. Kadang-kadang sifat
pendiam aku ni buat aku rasa bosan sebab takde yang nak berbual-bual denganku.
Tetapi ada satu perkara yang orang luar tak tahu pasal perangai aku di
rumah.Mengalahkan orang lelaki.Nak tahu kenapa?Sebab aku suka panjat pokok, duduk
di atas tingkap, ketawa kuat, buat lawak bodoh hari-hari dan sebagainya. Aku ni
jenis yang tak boleh tengok teddy bear. Kalau ada depan mata pasti aku akan
peluk-peluk sampai geram aku melihat kecomelannya tu habis tapi kalau di kedai
jual teddy bear tu aku tak akan buat la macam tu. Nanti apa pula orang akan
kata kan.’ Syira mula menceritakan tentang kehidupannya dengan menulis di
diarinya.Menulis diari adalah hobi bagi Syira.
‘Ha, korang pasti
nak tahu kan nama aku. Nama aku boleh dikatakan panjang la juga iaitu Puteri
Nur Kasyirah Elaika. Cantik kan nama aku tu, sama cantik dengan tuannya. Untuk
pengetahuan korang, kawan-kawan rapat aku selalu panggil aku Ika tapi kalau
family aku pula panggil aku Syira je. Aku ni kira anak orang kaya la juga yang
tinggal kat Kedah. Aku ada adik-beradik 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan.Aku
anak bongsu, so aku ni budak manja yang suka berkepit dengan mama 24 jam.’ Syira
tersenyum memikirkanapa yang ditulisnya.
“Syira, mari turun
makan sayang. Makanan dah terhidang dah ni. Kalau lambat turun makan nanti
makanan ni sejuk pula.”Puan Safrina memanggil anak bongsu kesayangannya Syira
dengan sedikit lantang untuk makan juadah yang disediakannya.
“Yes mum.” Jerit
Syira lantang tetapi serak basah.
Syira menutup
diari miliknya yang berwarna pink dan meletakkannya di atas meja tulis bersama
dengan pen.Syira menguap kecil sementara tangannya menutup mulutnya yang
terbuka.Syira membuka pintu bilik dan melangkah keluar dari biliknya itu dengan
lemah.
Syira yang masih
berbaju tidur bercorak bunga kemerah-merahan dengan berwajah lesu menuruni anak
tangga untuk ke dapur dengan malas sekali.Tanpa disedari, Syira terbawa teddy
bearnya yang berwarna putih sebesar pelukan bersama-sama menuju ke dapur sambil
memeluknya dengan begitu erat.Dengan berambut kusut-masai, Syira menguatkan
semangat untuk membuka kedua-dua matanya mencari kelibat mamanya di dapur
walaupun matanya berat untuk dibuka.
“Mama kat mana?”
suara Syira yang serak basah itu menyebabkan Puan Safrina sedikit terkejut.
“Syira, mama ada
kat sini. Ni kenapa muka Syira pucat semacamni? Syira tak sihat ke?”Tanya Puan
Safrina bimbang.Puan Safrina menghampiri Syira sambil memegang kedua-dua belah
tangan Syira yang lemah.
“Entah la mama.
Adik rasa kepala adiknipening sikit. Nak demam kut .”Syira melabuhkan
punggungnya dengan lemah sekali di atas kerusi yang ada di tepi meja makan.Syira
mengurut-urut sedikit dahinya untuk menghilangkan rasa pening.
Puan Safrina
segera meletakkan tangannya di dahi Syira untuk memeriksa suhu badan Syira.
“Panasnya. Syira
demam ni. Hari ni Syira tak payah pergi sekolah ya. Ambil MC di klinik mama.”
Puan Safrina cuba menasihati anaknya itu.
“Takpe la mama.
Nanti adik makan ubat panadol turun la suhu badan adik ni. Mama jangan la
risau. Adik akan okay sebab adik ada doctor peribadi yang sentiasa ada di sisi
adik ketika adik sakit iaitu mama.”
Syira tersenyum
tawar memandang wajah mamanya itu. Puan Safrina memandang sayu wajah Syira.
Puan Safrina mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi menghadap wajah Syira.
Jelas terserlah riak kebimbangan di wajah Puan Safrina.
“Jadi, Syira nak
pergi la ke sekolah hari ni?” Tanya Puan Safrina ingin mendapatkan kepastian.
“Emm, tahun ni kan
adik dah nak SPM. So, adik kena pergi sekolah juga walau apa pun yang terjadi.”
Puan Safrina
mendengus kecil setelah mendengar penjelasan anak bongsunya itu.
“Emm, kalau itu la
keputusan Syira mama tak boleh nak halang. Lepas sarapan jangan lupa makan ubat
tau.”
“Emm.” Syira
mengiakan nasihat mamanya.
“Dah pergi mandi.
Nanti lewat pula sampai di sekolah.”
Puan Safrina
menyuruh anaknya dengan penuh prihatin. Syira mula melangkah lemah menghampiri
bilik air yang ada di kawasan dapur dengan teddy bearnya.
“Syira, kalau ya
pun nak pergi mandi jangan la bawa masuk teddy bear tu sekali masuk dalam bilik
air.”
Puan Safrina
mengeling kepala sedikit sambil tersenyum melihat gelagat anaknya. Syira
memalingkan kepala kembali melihat mamanya. Ketawa kecil terkeluar dari mulut
Syira apabila melihat teddy bearnya masih berada di dalam pelukan.
“Ha’ah, tak
perasan pula terbawa teddy bear ni sekali.”
Syira menghampiri Puan Safrina dan menyerahkan teddy
bearnya. Syira menaiki anak tangga menuju ke biliknya untuk mengambil tuala
mandi. Syira menuruni tangga semula untuk ke bilik air dengan memegang sehelai
tuala mandi berwarna biru.
Syira yang siap berpakaian
sekolah mula menghampiri mamanya yang sibuk membasuh pingan mangkuk di dapur.
“Mama, Abang Long
dengan Abang Ngah kat mana? Adik tak nampak diorang pun. Selalunya diorang
paling awal bangun pagi.”
Mata Syira mula
mencari-cari kelibat abang-abangnya.
“Entah la Syira.
Mama rasa abang-abang kau tak bangun lagi kut. Ni Kak Chik kau tu tak bangun
lagi ke?”
“Dah bangun. Dia
tengah solat subuh dalam bilik tadi. Sekejap lagi turun la tu.” Syira memegang
bahu mamanya dengan kedua-dua belah tangannya dari belakang.
“Syira pergi la
makan dulu. Pastu makan ubat. Panadol ada atas meja tu. Jangan tak makan pula.”
Puan Safrina menunjuk dua biji ubat panadol di atas meja makan.
“Emm.” Syira
mengiakan arahan mamanya itu.
Syira melabuhkan
punggungnya di atas kerusi berhampiran meja makan untuk bersarapan pagi. Syira
mula menyuap beberapa keping sandwish ke dalam mulutnya. Kak Chik mula
melangkah menghampiri Syira dari arah anak tangga.
“Emm, bestnye dia
dapat makan sandwish. Mama, Kak Chik pun nak jugak.” Kak Chik mula membuat muka
kesian seperti meminta simpati.
“Kalau nak, buat
sendiri. Sayang mama ni kan dah besar panjang, dah boleh jadi menantu orang dah.
Tak kan la umur dah masuk 20 tahun sandwish pun nak kena mama yang buat.” Puan
Safrina mula memeluk tubuh menatap wajah Kak Chik.
“Ala, malas la nak
buat sandwish sendiri. Mama la yang buat. Please! Mama buat sedap.” Kak Chik
melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Syira.
“Buat malas tapi
makan rajin pula. Mama malas nak buat sandwish dah ni. Mama penat. Yang ada
atas pingan dua keping tu untuk papa. Jangan nak ambil makan pula.” Puan
Safrina kembali berehat di atas kerusi sambil melihat gelagat anak-anaknya.
“Ye la, Kak Chik
tak curinya sandwish papa tu.” Kak Chik mula menarik mucung. Merajuk dengan
mama.
Abang Long
bersama-sama Abang Ngah menuruni anak tangga dengan pantas sekali menuju ke
dapur. Biasa la, nama pun lelaki. Mesti la turun tangga sepantas kilat
terutamanya ketika ingin ke dapur untuk makan.
“Sedapnya
sandwish. Mama, Abang Long nak sekeping boleh. Lapar la.” Abang Long cuba
memujuk mama sambil tangannya menepuk-nepuk perutnya yang kelaparan.
“Abang Ngah pun
nak jugak.” Abang Ngah tersenyum sehingga menampakkan giginya.
“Oi, kalau nak,
pergi la buat sendiri.” Kak Chik memarahi Abang Long dan Abang Ngah dengan rasa
tak berpuas hati.
“Mana rotinya?”
Tanya Abang Long selamba.
“Buat ape dengan
roti?” Kak Chik bertanya dengan sengaja mukanya dibuat blur.
“Kata suruh buat
sendiri sandwish. Mana ada sandwish takde roti.” Kata Abang Long sinis.
“Betul tu. Sokong
100%.” Abang Ngah tidak teragak-agak menyokong apa yang dikatakan oleh Abang
Long.
“Banyak la kau
punya sokong. Abang Long cuba tanya mama kat mana roti.” Kak Chik berpaling
menghadap mama.
“Mama mana roti
sandwich?” Tanya Abang Long lembut dengan senyuman terukir di bibirnya.
“Longcuba cari di
dalam kabinet tu. Mama rasa mama ada simpan kat situ tadi.” Puan Safrina menunjukkan
kabinet yang dikatakan itu. Puan Safrina menyambung kembali membasuh pinggan
mangkuk di singki.Abang Long segera menghampiri kabinet yang dikatakan oleh
mama dan mencari roti di dalamnya.
“Dah jumpa.” Abang
Long segera mengambil bungkusan roti sandwish itu.
“Jom kite buat
sandwish.” Abang Long mengajak Abang Ngah untuk membuat sandwish bersama-sama
dengannya.
“Ehem, sebelum
buat sandwish kena pergi man….” Mama sengaja memberhentikan ayatnya supaya
anak-anak terunanya yang menyambung kembali ayatnya itu.
“Di….” Serentak
Abang Long dan Abang Ngah menyambung ayat mama dengan lemah.
“Anak mama memang
pandai.”Puji Puan Safrina.
Abang Long dan
Abang Ngah mula mengatur langkah meninggalkan
kawasan dapur dengan kedua-duanya bermuka masam. Belum sempat meninggalkan
ruangan dapur, Kak Chik mula berkata-kata sehingga memberhentikan langkah
mereka.
“Oit, nak bawa ke
mana roti tu? Jangan nak makan dalam bilik air sudah. Letak je atas meja makan
ni.” Kak Chik menyindir Abang Ngah yang masih memegang bungkusan roti sandwish
yang masih belum dibuka.
Abang Ngah kembali
menghampiri Kak Chik dan meletakkan roti tersebut di atas meja dengan rasa tak
puas hati.
“Sibuk je dia.”
Abang Ngah berkata sambil menjeling ke arah Kak Chik. Puan Safrina dan Syira
hanya tersenyum memerhatikan gelagat Abang Ngah dengan Kak Chik yang tengah
mula nak berperang. Mana ada adik-beradik yang tak pernah bergaduh.
Abang Ngah berlalu
pergi meninggalkan Kak Chik dan menghampiri Abang Long yang tercegak di tangga.
Abang Ngah menepuk sedikit bahu Abang Long yang tersenyum di tangga.
“Jom la Abang Long
kita naik atas.”
Abang Ngah
mengajak Abang Long untuk ke bilik mereka. Mereka menaiki anak tangga dan
berlalu pergi meninggalkan Kak Chik, mama dan Syira di dapur.
“Mama, hari ni
siapa yang hantar adik ke sekolah?” Tanya Syira lembut.
“Kak Chik la yang
hantar Syira ya. Boleh kan Kyira kamu hantar adik kamu ni ke sekolah pagi ni?”
Mama bertanya kepada Kak Chik ingin mendapatkan kepastian.
“Kyira tak boleh
nak hantar adik ke sekolah la mama. Pagi ni Kyira ada meeting penting dengan
klien kat office tu. Ha, mama suruh anak teruna mama dua orang tu. Diorang kan
cuti hari ni. Lagipun, semua budak-budak di kolej tu cuti semester.”
“Isy, kamu ni
Kyira ada-ada je la alasannya. Nanti la mama bagitau diorang. Syira dah makan
ubat?”
“Dah mama.” Syira
menjawab lembut pertanyaan ibunya.
“Syira makan bila
ubat? Mama tak perasan pula.” Tanya Puan Safrina kehairanan.
“Masa Kak Chik
gaduh dengan Abang Ngah tadi.” Senyuman terukir dibibir Syira.
“Oww.”
“Adik makan ubat
apa?” Kyira bertanya ingin tahu.
“Ubat panadol.”
“Adik demam ke?”Tanya
Kyira lagi.
“Emm, dari semalam
lagi rasa badan ni tak berapa sihat.”
“Ni larat ke nak
pergi sekolah? Kang tak pasal-pasal pengsan kat sekolah.”
“Syira okay. Demam
sikit je ni. Lepas makan ubat baik la tu.”
Hafiz dan Fazil
mula menuruni anak tangga dengan berbaju t-shirt dan berseluar jeans. Terserlah
kecomelan dan kehenseman mereka.
“Stop!” Hafiz
mengangkat sedikit tangan kirinya di depan dada Fazil.
“Why? Ada yang tak
kena ke dengan baju angah?”
Fazil
membelek-belek baju yang dipakainya. ‘Ok je baju aku’
“Bukan tu la
angah. Tapi yang tu.”
Hafiz memuncungkan
mulutnya sebagai isyarat supaya Fazil melihat telatah Kak Chik yang rancak
berbual pasal diorang di dapur.
“Apa tu tu? Ada
hantu ke?” Fazil kehairanan.
“Bukan la. Nanti
aku hantukan kau baru tahu. Tu cer Angah tengok Kak Chik tu. Along rasa dia
tengah kutuk kita tu. Jom kita beng dia nak tak?”
“Angah setuju.
Kalau dia betul la tengah perli kita, apa kata kita beng dia macam dalam
rancangan…” Fazil membulatkan matanya sambil tersenyum penuh makna. Angah dan
Along saling berpandangan antara satu sama lain.
“BengBengBOOM…”
Angah dan Along serentak mengungkap perkataan yang sama dengan tersenyum
gembira.Mereka sempat membuat highfive. Abang Ngah dan Abang Long mula
mengintip Kak Chik dari belakang dinding dapur secara senyap-senyap. Dah macam
pencuri gaya diorang.
“Ai, lamanya
abang-abang hensem kita nak bersiap. Pergi mandi ke pergi sambung tidur?”
Sindir Kyira.
“Entah la Kyira. Apa
la abang-abang korang ni buat atas tu?” Puan Safrina mendengus kecil.
Hafiz dan Fazil
menampilkan diri mereka di hadapan Kak Chik dengan bermuka masam.
“Ada ni ha.
Kitorang baru siap.” Kata Abang Long malas.
“Suka suki dia je
kata kita pergi sambung tidur kan Along. Terasa hati ni tau.” Abang Ngah mula
menayangkan muka kecewa.
“Dah korang kat
atas tu lama sangat. Mana tahu korang sambung sweet dreams.” Kata Kyira lagi.
Kyira mengelipkan matanya beberapa kali dengan satu senyuman. Abang Long
menolak sedikit kepala Kyira dengan hujung jarinya. Geram dengan telatah Kyira.
Kyira menjeling sekilas kepada Hafiz yang tengah berpeluk tubuh.
“Macam la dia tak
pernah mandi lama dalam bilik air. Mengalahkan orang buat tandas lamanya.”
Fazil menjeling mata kepada Kyira. Fazil meletakkan tangan kanannya di atas
bahu kiri Hafiz.
“Eii, korang ni
kan.” Kyira mengengam kuat tangannya seolah-olah ingin menumbuk seseorang.
“Dah dah dah.
Cukup stop.” Tegas mama. Puan Safrina mengurut-urut sedikit kepalanya yang
tiba-tiba kepeningan.
“Sorry mama.”
Serentak Fazil, Hafiz dan Kyira memohon maaf.
“Emm ye la. Ni
Fazil kamu tolong hantar adik kamu ke sekolah hari ni ya.” Mama menyuruh Abang
Ngah untuk menghantar Syira.
“Okay, jom adik
Syira comel. Dah nak pukul 7.30 pagi dah ni. Adik tunggu dalam kereta Abang
Ngah tau. Abang Ngah nak ambil sesuatu jap dalam bilik.” Fazil melebarkan
senyuman di bibirnya. Fazil sempat mencuit lembut pipi Syira yang comel itu.
“Emm, ok Abang
Ngah. Cepat sikit tau.” Kata Syira.
“Ye la.”
Fazil bergegas
menaiki anak tangga untuk mengambil telefon bimbit kesayangannya. Syira
bersalam dengan Puan Safrina dan adik beradiknya sebelum meninggalkan rumah
itu. Fazil membuka pintu kereta Grand Livina miliknya yang berwarna silver.
Syira yang sudah berada di dalam kereta hanya tersenyum memandang setiap
perlakuan Fazil yang mencuit hati. Mereka mula meninggalkan kawasan rumah itu.
èDI SEKOLAH
“Hisy, mana Ika
ni. Dah pukul 7.45 dah ni. Tak kan dia tak datang sekolah kut.”
Kirana mula
berjalan mundar-mandir di dalam kelas seperti kucing kehilangan anak.
“Gah..” Sergah
Syira sambil tangannya memegang bahu Kirana.
“Eh, mak aku
comel.” Latah Kirana.
“Hisy, kau ni
kalau sehari tak buat aku peranjat tak sah kan.” Kirana mula memarahi Syira.
“Alolo, merajuk ke
sayangku Kirana oi. Cori….” Syira menarik lembut kedua-dua belah pipi Kirana.
“Ouch, sakit la.” Kirana
menepis tangan Syira lalu mengosok-gosok bekas tarikan jari Syira di pipinya.
“Sakit ke?”
“Sakit la. Nak
rasa?”
“Tak nak.” Dengan
cepat Syira menolak tawaran Kirana sahabat baiknya itu.
“Tau pun tak nak. Ni kenapa lambat sampai ke
sekolah? Aku punyalah tunggu kau sampai naik lenguh kaki aku ni.”
“Aku pergi
honeymoon.” Syira tersenyum sambil meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi
tempat duduknya.
“Dengan siapa?”
Kirana mula berminat ingin tahu.
“Dengan Iskandar,
boyfriend kau.” Tambah Syira lagi.
“What?” Kirana
sedikit terkejut dengan penjelasan Syira itu.
“Eleh, cemburu la
tu. Tak la aku gurau aje. Macam biasa la aku kena tunggu abang hensem aku tu
hantar aku ke sekolah. Abang aku tu kan kalau bersiap mengalahkan perempuan.”
Syira melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Begitu juga dengan Kirana yang
duduk bersebelahan dengannya.
“Oww, camtu
rupanya.” Kirana mengangguk-angguk laju tanda memahami penjelasan Syira itu.
“Eh, tudung kau
senget la. Meh sini aku tolong betulkan.” Syira membuat gaya seperti ingin
membetulkan tudung Kirana.
“Eii, tak nak la.
Tak romantic pun. Tudung kau pun apa kurangnya, senget yang teramat sangat.”
Kirana menepis lembut tangan Syira lalu dia memeluk tubuh dengan mulutnya
memuncung panjang.
“Isy, mana ada
tudung aku senget. Ke kau ni nak Is yang betulkan?” Syira mencuit sedikit
hidung Kirana.
“Boleh jugak.” Mereka
ketawa sampai tak ingat dunia kerana perbualan mereka dikaitkan dengan
Iskandar.
èDI KAWASAN RUMAH KELUARGA SYIRA
Fazil melangkah
keluar dari perut keretanya dan menanggalkan kasut yang dipakai di kakinya
depan pintu rumah. Fazil memberi salam setibanya dia di dalam rumah. Puan
Safrina menjawab salam Fazil. Fazil bersalam lalu mencium tangan Puan Safrina.
“Ha, sampai pun.
Ni dah makan ke belum?” Tanya Puan Safrina.
“Dah. Makan kat
kedai lepas hantar Syira tadi.”
“Owh.”
“Papa mana?” Tanya
Fazil.
“Ada kat atas tu
tengah bersiap nak ke office.”
Kelibat Dato’
Safuan kelihatansedang menuruni anak tangga dengan berpakaian pejabat lengkap
setaraf dengan statusnya bos di sebuah syarikat terkenal iaitu Syarikat
Enterprise Holdings. Dato’ Safuan membetulkan tali lehernya supaya lebih kemas
lalu menghampiri Fazil dan Puan Safrina.
“Fazil tak kerja
ke hari ni?” Tanya Dato’ Safuan.
“Tak papa. Cuti
semester.”
“Untung anak papa
ni jadi pensyarah. Dapat cuti macam pelajar kolej. Tengok papa ni, hari-hari
kena pergi office. Cuti pun jarang-jarang.”
“Eh, jadi bos pun
takde cuti jugak.”
“Ye la. Papa ni
kena urus semuanya. Nama pun bos.”
“Emm, ye la papa.”
“Okay, dah la.
Papa dah lewat dah ni.”Dato’ Safuan bergegas menghampiri pintu utama. Puan
Safrina sempat mengejar suaminya itu.
“Abang.” Panggil
Puan Safrina.
“Emm.” Dato’
Safuan memberhentikan langkah lalu memalingkan mukanya untuk melihat isterinya
itu.Puan Safrina menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan suaminya. Di
kucup lama tangan Dato’ Safuan sebelum dilepaskan. Senyuman terukir di bibir
Puan Safrina dan Dato’ Safuan.
“Hati-hati ya
bang.” Puan Safrina menasihati suaminya.
“Emm, ye la.”
Dato’ Safuan memegang erat tangan isterinya. Sukar untuk berpisah dengan
isterinya itu walaupun sehari. Puan Safrina melambai-lambaikan tangannya kepada
Dato’ Safuan di depan pintu utama. Dato’ Safuan mula meninggalkan kediamannya
dengan menaiki kereta Vios kesayangannya yang berwarna putih.
èDI KANTIN SEKOLAH
Syira meletakkan
tin minuman air soya yang dibelinya di atas meja. Syira melabuhkan punggungnya
di atas kerusi di kantin. Kirana duduk bersebelahan dengan Syira. Syira
mengurut-urut sedikit dahinya yang masih berbaki rasa pening. Kirana sedikit
terkejut melihat muka Syira yang sudah mulai pucat itu.
“Eh, Ika. Are you
okay?” Tanya Kirana bimbang sambil tangan kirinya memegang erat tangan Syira.
“I’m fine tapi aku
rasa kepala aku ni pening sikit.”
“Kau dah makan
ubat?”
“Dah. Kat rumah
tadi.”
Syira segera
menghabiskan air yang dibelinya begitu juga dengan Kirana. Mereka berjalan
beriringan menuju ke kelas mereka. Syira memberhentikan langkahnya dan
mengurut-urut beberapa kali dahinya kerana pandangannya yang mula menjadi kabur
dan kepalanya terasa seperti berpusing-pusing. Zakwan yang kebetulan lalu di
situ segera menyambut badan Syira yang hampir terjatuh ke lantai. Kirana
tiba-tiba menjadi cemas apabila melihat keadaan Syira yang lemah itu.
“Ika, bangun Ika.
Jangan takutkan aku.” Kirana menepuk-nepuk pipi Syira beberapa kali.
Semua orang yang
lalu di kawasan itu segera menghampiri untuk melihat apa yang berlaku. Tanpa
berfikir panjang, Zakwan mendukung Syira menuju ke bilik kesihatan dengan
tergesa-gesa. Setelah sampai di bilik kesihatan, Zakwan meletakkan Syira
perlahan-lahan di atas katil di bilik itu.
“Cantiknya.” Kata
Zakwan jujur. Zakwan merenung lama wajah Syira yang putih gebu itu. Hatinya
berdegup laju saat memandang wajah Syira. Kirana yang tercungap-cungap kerana
berlari segera duduk berhampiran dengan Syira. Zakwan bangun dan berdiri di
sebelah Kirana. Dia hanya memerhatikan setiap perlakuan Kirana yang risau
tentang keadaan Syira. Kirana memandang kepada Zakwan kerana ingin berkata
sesuatu.
“Terima kasih
ya…erkk…..” Kirana tidak tahu nama lelaki yang telah membantu sahabatnya itu.
“Zakwan. Muhammad Zakwan.
Panggil jer Wan.” Zakwan menghadiahi Kirana satu senyuman yang manis.
“Terima kasih la
Wan sebab sudi tolong kawan saya ni. Kalau takde awak tadi entah apa yang nak
jadi dengan kawan saya ni.”
“Sama-sama. Hal
kecil je tu. Lagipun saya suka tolong orang.”
“Owh. Erkk..Awak
budak baru kan dalam kelas kami?”
“Emm.” Zakwan
mengangguk sedikit kepalanya.
“Selamat
berkenalan. Saya Nur Ain Kirana. Panggil saya Kirana.” Kirana menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan Zakwan tetapi hanya senyuman yang diberi oleh
Zakwan. Tangan Kirana segera menampar sedikit pipinya. “Pup…” Kirana ketawa
sedikit dengan gelagatnya.
“Kenapa awak
tampar pipi awak tu? Tak sakit ke? Pape pun selamat berkenalan jugak.”
“Erkk…ada nyamuk
kat pipi saya tadi sebab tu la saya tampar.” Kirana menayangkan sedikit
giginya.
“Owh, camtu
rupanya.”
“Ha, nama kawan
saya ni Syira. Sebenarnya dia ada bagitau saya yang dia tak berapa sihat hari
ni tapi saya tak sangka pula dia akan pengsan.” Kirana cuba menukar topic.
“Owh.” Zakwan
kembali merenung wajah Syira. ‘Syira. Cantik nama dia sama cantik dengan
tuannya.’ Tanpa Zakwan sedari, satu senyuman menghiasi di bibirnya tatkala dia
memandang wajah Syira. Lama Zakwan merenung Syira. Kirana yang menyedari riaksi
Zakwan itu mula memikirkan sesuatu.
‘Dia ni dah kenapa
ekk pandang Syira lain macam je. Ke dia….’ Kirana menjongketkan kening kirinya
sambil memandang Zakwan. Pandangan Zakwan beralih ke arah Kirana. Senyuman yang
tadi menghiasi bibir sekarang entah ke mana. Zakwan mula mengetap bibir apabila
mengetahui riaksinya diperhatikan oleh Kirana.
“Erkk… Kirana,
saya masuk kelas dulu ya. Dah lewat dah ni. Assalamualaikum…” Zakwan bergegas
meninggalkan bilik kesihatan. Zakwan menutup mukanya yang mula kemerahan kerana
malu dengan Kirana atas riaksinya terhadap Syira. ‘Wan, apa yang kau dah buat
ni.’ Zakwan memarahi dirinya sendiri.
“Waalaikumussalam.”
Jawab Kirana perlahan. ‘Kenapa dengan Wan ekk? Lain macam je.. Ah, lantak la.’
kata hati Kirana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan