Hidup tanpa tujuan seolah-olah manusia yang tidak berguna.
Tapi, tujuan yang bagaimana untuk aku pilih? Cinta, kerjaya, cita-cita, impian,
masa depan atau khayalan? Kenapa hidup aku ni tak indah? Bak kata pepatah nenek
aku, hidup bagai laut bergelora. Nampak indah tetapi berbahaya. Hisy, ada ke pepatah
macam tu.
Sejak umur aku kini semakin meningkat bukan semakin TUA, aku
rasa hidup ni penuh dengan cabaran. Macam candy crush dan angry bird. Kalau di
fikir-fikirkan semula, aku nak jadi budak balik. Tak nak jadi remaja. Bosan,
mengarut dan memeningkan kepala. Kalau jadi budak tak payah nak fikir semua tu.
Boleh buat apa yang suka.
Sekarang dah lain. Nak main sikit pun tak boleh. Sikit-sikit
kena ngadap buku 24 jam. Ingat muka aku ni muka ulat buku ke? Aku ni bukannya
komputer. Aku nak rehat, nak makan, nak tidur, nak semuanya la. Hidup aku
memang membosankan. Kalau di buat novel mesti orang tengok tajuk je dah bosan. Siap
menguap bagai. Belum baca lagi.
Cinta? Aku tak percaya cinta yang sebenar-benarnya wujud.
Semuanya mengarut je. Cinta sejati yang tulus dari hati yang ikhlas menyayangi
itu hanya wujud sekadar dalam novel je. Aku tak pernah jumpa pun cinta sejati.
Yang aku tahu dan nampak dengan mata aku sendiri adalah tidak lain dan tidak
bukan cinta monyet, cinta buta, cinta buaya, cinta kura-kura, cinta unta, cinta
khayalan dan macam-macam jenis cinta lagi.
Okay, bab cinta dah tamat. Malas fikir fasal cinta. Aku
sedar hidup tanpa cinta ni macam satu kehidupan yang tidak lengkap. Tapi kan
aku tak pernah dengar lagi ada manusia yang mati tanpa cinta. Jadi, tak
mustahil la aku boleh hidup tanpa cinta mengarut yang ada dalam dunia yang
penuh dengan benda yang membosankan termasuk Syam. Syam? Erkk… kenapa aku
teringat nama dia pula ni? Ah, semua ni mengarut je.
Aku terasa satu udara panas mengenai batang hidungku. Ima,
kau jangan kata ada orang depan kau sekarang ni. Aku mengelipkan mataku sekali
gus lamunan yang tadi sampai ke bintang hancur berkecai mengembalikan aku ke
dunia asal. Buntang mataku merenung sepasang anak mata coklat yang begitu
hampir dengan mataku.
“Woi!!” Aku menolak bahu Aznif menjauhi muka ku. Reaksi aku
itu hanya menjadi bahan ketawa Aznif.
“Aku pelik la dengan kau ni. Suka sangat mengelamun. Kau
fikir apa sebenarnya? Beritahu aku sekarang.” Ujar Aznif sambil menghabiskan
sisa tawanya. Aznif ni kalau sehari tak kacau hidup aku tak sah kan. Boleh mati
ke?
“Aku malas nak layan kau. Lagi lama aku layan kau, lagi naik
gila aku di buatnya.” Aku berura-ura bangun daripada terus duduk semeja dengan
Aznif di café Fantasy. Niat ku terbantut dek tangan Aznif sudah memegang
tanganku. Aku melopong.
“Arghhhhh…” Jeritku sedikit lantang. Aznif tersentak
seketika.
“Kenapa kau pegang tangan aku, ha?” Bentak ku tiba-tiba
menyebabkan Aznif tidak senang duduk walaupun dia sedang berdiri tika itu. Ini
kali pertama aku dapat melihat secara live si Aznif diam hilang kata. Lucu
sangat muka dia masa dia rasa bersalah. Kalah muka badut. Kalau boleh ingin
saja aku ketawa sampai pecah perut tika itu. Kawal emosi kau Ima, jangan sampai
akhlak keperempuanan kau tercalar disebabkan hal kecil macam ni. Jangan ketawa,
jangan marah cuma perlu sedikit bertenang.
“Aku minta maaf, aku tak sengaja.” Aku menjeling tepat ke
pegangan Aznif. Masih tak longgar walau 1 cm pun. Ni yang nak naik angin satu
badan ni. Aznif faham dengan jelingan maut yang aku hadiahkan itu. Serta-merta
pegangan dileraikan.
“Kau tahu tak disebabkan kau, wuduk aku terbatal secara
automatik tau.” Aku berkata dengan lembut tapi maksud yang tersirat dalam
kata-kataku itu mampu menikam hati, jantung, jiwa, perasaan dan benak fikiran
Aznif. Aku pantang 7 keturunan aku ada yang pegang tangan dengan yang bukan
muhrim. Kalau ada, sepak terajang la yang dia orang dapat.
“Ak ak aku…”
Aku tahu dan yang paling tepat aku dah boleh agak mamat tu pasti
akan kata maaf. Kalau bukan maaf, tak sengaja. Tak sengaja kepala hotak kau.
Daripada aku tercegat kat situ macam orang gila lebih baik aku pergi jauh
membawa diri. Eh, silap bukan orang gila. Orang gila tak sesuai, ha, macam
patung cendana yang tak laku.
“Ima…. aku minta maaf. Air ni siapa nak bayar?” Jerit Aznif
sambil matanya memerhati susuk tubuhku yang kian menghilang .
Tak dengar, tak dengar, tak dengar. Aku melajukan lagi
langkah meninggalkan Aznif yang menghentak kaki persis budak kecil nak coklat
di belakang.
***
Belajar, belajar, belajar. Arghh, bencinya aku. Sejak umur aku
mencecah 15 tahun ni, dalam kamus hidup aku ada perkataan belajar, belajar,
belajar. Sakitnya kepala. Aku tahu kalau tak belajar nak jadi manusia apa. Tak
kan nak jadi mat rempit. Eh, bukan mat rempit tapi minah rempit. Broomm….
Ima… belajar. Ima, jangan tengok tv. Ima, Ima, Ima…. Arghh.
Tu la benda yang mak aku selalu bebel kat aku. Okay, aku tahu dan amat
mengerti. Aku akan menghadapi peperiksaan yang separuh besar iaitu PMR tahun
ini tapi tenang la. Baru separuh bukan penuh. Nanti SPM orang belajar sampai
subuh la. Dasar pemalas betul aku ni.
Hujung minggu ku memang membosankan. Memang selalu
membosankan pun. Asyik tidur makan tidur makan lepas tu belajar sampai naik
lebam mataku. Dah macam mata kena tumbuk dah. Huh, sabar je la. Otak aku
berserabut setiap kali tiba hari yang menyusahkan dalam hidup aku iaitu hari
ahad. Ahad? Hari ni hari apa?
“Kak Ima……” Jerit anak buahku yang baru berusia 8 tahun. Ha,
dia dah mula dah. Memang sah hari ni hari ahad. Kenapa aku boleh lupa yang hari
ni hari ahad?
“Ya sayang.” Jawab ku lembut. Ya, selamat datang ke dunia
Nurul Syimah Kaylisaf. Pakar mengasuh anak orang yang secara tidak bertauliah
ini. Ha ha ha…. Tak lawak pun.
“Kak…..” Lagi sekali telingaku di hidangkan dengan jeritan
suara katak anak buahku yang macam mulut murai tu.
“Iya, sayang. Kakak ada kat sini.”
“Kak…” Zurisha menghampiri tubuhku yang enak melemahkan diri
duduk di atas sofa.
AKAN BERSAMBUNG…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan