Rabu, 18 Disember 2013

cerpen: ABANG CUBA LA KEJAR SAYANG


 
Suasana di Taman Rekreasi Teluk Intan amat menenangkan jiwa kerana adanya air tasik buatan dan dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang mekar. Beginilah suasana pada waktu pagi di taman ini. Masyarakat berhampiran taman ini ramai yang mengambil peluang pada waktu pagi untuk merehatkan minda dengan bersenam.

“Awak buat apa kat sini?” Muhaimin duduk di sebelah Irfa. Irfa membiarkan teman lelakinya itu duduk di sebelahnya.

“Buat apa lagi, tengok wayang la. Tak nampak orang tengah tengok cerita The Hobbit ni?” Irfa berkata malas sambil tangannya asyik mengikat tali kasut sukan.

“Kat sini mana ada pawagam la awak. Camne nak tengok wayang? Ni kan taman untuk orang jogging. Macam-macam la awak ni.” Muhaimin ketawa kecil.

Irfa menarik muka rimas. ‘aku macam-macam, atau dia yang macam-macam.’

“Awak kata saya macam-macam? kenapa saya pulak? Yang awak tu pakai baju pejabat kat sini macam mana pulak? Bukankah itu dikira macam-macam jugak ke? Ke awak tak jumpa pejabat kat mana sampai boleh tertukar taman dengan office?” Irfa memandang jam tangannya lama. Kerutan di dahi Irfa mula kelihatan.

“Ai, baru pukul 9.30 pagi. Tak kan dah habis kerja kut. Ke….” Irfa mula merenung tajam ke dalam anak mata Muhaimin.

“Awak ponteng ea?” tembak Irfa.

“Hisy, mana ada. Takde istilah ponteng dalam hidup saya tau. Saya kan bos. So, ikut suka saya la nak pergi office pukul berapa pun.” Muhaimin menyilangkan kakinya.

“Awak dengki ea?” Muhaimin sekadar meneka.

“Takde maknanya saya nak dengki dengan awak.” Irfa menyilangkan kakinya sama seperti Muhaimin.

“Bila awak merajuk nampak comel sangat. Geram saya nak cubit-cubit je awak ni tau.” Muhaimin merenung wajah gadis bertudung ayu yang baru berusia 19 tahun itu. Comel + cute + comel + cute balik. Macam barbie comel dia.

Irfa bangkit berdiri lalu menghadap Muhaimin dengan senyuman.

“Jom.”

“Nak pi mana?”

“Jogging..” Irfa mengenyitkan mata kanannya.

“Tak nak.” Muhaimin berpeluk tubuh lalu mucungnya ditarik sedikit. ‘macam budak-budak.’ Getus hati Irfa.

“Tak nak sudah.” Irfa mula berlari setempat. Saja nak panaskan badan sebelum jogging.

“Okay okay. Saya ikut.” Muhaimin mengaku kalah. Muhaimin bangun lalu mendekati Irfa.

“Tapi awak… saya kan pakai baju pejabat. Malu la orang tengok. Lain la awak, awak pakai satu pakej lengkap pakaian jogging. Nanti apa pulak orang akan kata kat saya nanti.” Banyak alasan pulak cik Muhamad Muhaimin ni.

“Apa susah? Kalau orang tanya, awak jawap la macam ni. *Jogging sebelum ke pejabat.* Simple + mudah kan?” Irfa mengelengkan kepala sedikit. Banyak songeh la boyfriend aku sorang ni.

“Tapi….” Muhaimin masih ingin memberi alasan.

“Dah. Takde tapi tapi… ikut setiap pergerakan yang saya buat ni.” Irfa dan Muhaimin mula melakukan pergerakan memanaskan badan yang diketuai oleh Irfa.

***

“Sekarang korang boleh la nak happy bagai. Suatu hari nanti, korang akan rasa apa yang aku rasa selama ni. Terutamanya…. kau Muhaimin.” Fakrul menyembunyikan dirinya di sebalik pokok yang hanya jaraknya 30 meter dari tempat Irfa dan Muhaimin berdiri. Fakrul menumbuk beberapa kali batang pokok di depannya kerana rasa cemburu + benci + marah yang membuak-buak dengan kemesraan di pandangannya.

“Kau akan terima balasannya nanti.” Fakrul mula memikirkan idea jahat untuk menyakiti Muhaimin. Fakrul tersenyum kerana ideanya sudah pun berligar di otaknya.

“Muhaimin, aku tak kan biarkan kau merasai kebahagian lagi setelah kau…mampus di tangan aku.” Fakrul mengengam kuat tangannya seperti ingin menumbuk seseorang.

“Dan kau Irfa, kau akan melutut depan aku nanti. Masa tu barulah kau tahu siapa yang layak untuk kau.” Fakrul mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Arghh.. mak… hantu…..” Fakrul terlompat-lompat lalu memeluk batang pokok di depannya kerana terkejut apabila ada seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 10 tahun sudah tercegat di sebelahnya bersama-sama dengan sebuah basikal tanpa disedarinya. Oleh sebab terkejut dengan kehadiran budak itu, pokok rendang di depannya menjadi mangsa pelukan Fakrul.

“Abang okay ke tak ni?” Tanya budak yang bernama Izzat kehairanan dengan riaksi Fakrul memeluk batang pokok.

Fakrul melepaskan perlahan-lahan batang pokok yang dipeluknya lalu menyapu kesan kotoran yang melekat pada t-shirt birunya.

“Abang abang okay.” Fakrul menjadi sedikit gagap apabila wajahnya direnung tajam oleh Izzat.

“Dalam mulut abang tu apa?” Izzat menelan air liur.

“Oh, yang ni.” Fakrul mengeluarkan benda yang dari tadi diletakkan di dalam mulutnya lalu ditunjukkan kepada Izzat.

“Ni namanya lolipop.” Fakrul berlutut di depan Izzat sambil tersenyum manis. Dia sangat suka akan kanak-kanak kerana baginya kanak-kanak mampu menceriakan hidupnya.

“Kenapa takde warna?” Tanya Izzat lagi.

“Erkk… sebab abang dah hilangkan warnanya dalam mulut abang la.”

“Ermm…” Izzat menjongketkan kening kirinya. Macam tak puas hati je budak ni dengan jawapan aku.

“Erkk…. adik, adik ada dengar tak apa yang abang cakap sorang-sorang tadi?” Fakrul menukar topik.

Izzat mengangguk.

“Boleh tolong abang tak?”

Izzat mengangguk lagi.

“Tapi…kena ada upahnya. Apa macam?” Izzat tersenyum penuh makna.

“Apa upahnya?”

“Nak tu…” Izzat memuncungkan ke arah lolipop yang Fakrul sedang pegang.

“Okay, abang setuju.” Fakrul tersenyum gembira.

***

“Awak, saya cabar awak kejar saya. Kalau awak dapat kejar saya, saya akan terima lamaran awak. Kalau tak…”

“Kalau tak, apa?” Muhaimin merenung sepasang mata milik Irfa.

“Kalau tak dapat kejar saya, saya tak nak kahwin dengan awak.” Irfa mula tersipu-sipu malu.

‘kahwin? Biar betul?’ bisik hati Muhaimin kegembiraan.

“Okay, saya setuju.” Pantas Muhaimin menyahut cabaran.

Dengan wajah yang mula kemerahan macam tomato, Irfa berlari dengan sepantas yang mungkin meninggalkan Muhaimin yang tidak berganjak walau selangkah di situ.

“Amboi, lajunya sayang aku ni lari. Jom kita tengok, siapa yang paling pantas berlari. Aku ni juara berturut-turut lari pecut 100 meter tau. Tu pun sekolah rendah.” Muhaimin sempat memuji dirinya sebelum berlari mengejar Irfa.

“Irfa tunggu la saya.” Jerit Muhaimin sambil kakinya pantas berlari bagai ada satu perlumbaan. Memang perlumbaan pun. Muhaimin akhirnya dapat memintas Irfa lalu dijelirkan lidah kepada Irfa.

‘Cepat Muhaimin, laju lagi. Lagi laju kau lari, lagi cepat kau akan mati.’ Desis hati Fakrul. Fakrul menantikan ketibaan Muhaimin di laluan jogging yang akan mereka lalui di sebalik sebatang pokok besar. Fakrul memegang erat basikal yang bakal ditunggangnya itu. Muhaimin semakin menghampiri kawasan yang Fakrul rancangkan. Tanpa berfikir panjang, Fakrul mula mengayuh basikal dan ingin melanggar Muhaimin. Di mata Fakrul hanyalah Muhaimin sahaja sebagai sasarannya.

‘Oh, main lintas aku ea. Siap kau.’ Irfa kembali berlari pecut memintas Muhaimin. Wekk… kini giliran Irfa pula menjelirkan lidahnya kepada Muhaimin.

“Irfa, awas!!!!” Jerit Muhaimin sekuat hati. Irfa kembali menoleh ke depan semula. Alangkah terkejutnya apabila basikal yang ditunggang laju oleh seorang pemuda hampir merempuhnya bertentangan.

“Arghh…” Jerit Irfa panik sambil kakinya berhenti berlari. Mujur la Muhaimin sempat memaut pinggang Irfa daripada terjatuh ke tanah akibat mengelak daripada dilanggar.

“I dah dapat you, sayang. Esok I meminang you ea.” Muhaimin tersenyum nakal. Posisi mereka sebegitu mengakibatkan mereka saling merenung mata. Lama mereka begitu sebelum masing-masing tersedar daripada lamunan. Ramai yang menyaksikan aksi romantik mereka. Ada yang tepuk tangan dan yang ambik gambar mereka pun ada jugak. Muka mereka berdua mula kemerahan. Malu ada yang tengok.

***

“Hisy, kenapa Irfa pulak yang kena? Aku nak langgar kau Muhaimin, bukan Irfa. Huh..” Fakrul menumbuk beberapa kali tapak tangannya sambil duduk di atas basikal yang ditunggangnya tadi.

“Bang, nak basikal balik. Izzat nak balik dah ni. Nanti mak marah.” Petah Izzat berkata-kata.

Fakrul turun dengan malas daripada basikal lalu diberikan semula kepada Izzat. Izzat mengambil basikalnya sebelum mengayuh meninggalkan Fakrul.

Izzat berhenti mengayuh dan menoleh ke belakang.

“Bang, thanks tau.” Izzat mengangkat lolipop yang dipegangnya. Ada colour lagi lolipop tu. Maklum la, tak bukak lagi. Siap ada plastiknya lagi.

“Hurm, thanks jugak sebab bagi abang pinjam basikal tu.” Fakrul mengangkat cermin mata hitamnya lalu diletakkan di kepalanya. Izzat membuat thumb up kepada Fakrul kemudian pergi menghilangkan diri.

***

“Bang, ni jus yang abang mintak tadi.” Seorang wanita bertudung bawal pink meletakkan gelas berisi jus oren di atas meja kaca perlahan-lahan.

“Abang ada mintak jus ke tadi?” tanya jejaka yang sudah pun bergelar suami yang sah.

“Ada kut.” Irfa duduk di atas sofa mewah bersebelahan dengan suaminya.

“Sayang bangun sekejap.” Perintah sang suami.

Irfa menurut lalu menghadap suaminya itu. Muhaimin menarik pantas tangan Irfa sehinggakan Irfa hilang keseimbangan menyebabkan Irfa terduduk di atas paha Muhaimin. Muhaimin memeluk erat pinggang Irfa dengan senyuman terukir di bibir.

“Sayang dah semakin berat sekarang kan?” Muhaimin meletakkan dagunya di bahu kanan Irfa.

“Mana ada.” Irfa menafikan kata-kata suaminya itu.

“Sayang…” Muhaimin sengaja meleretkan perkataan sayang.

“Hurmm…ye abang……” Irfa mengikut sama perlakuan Muhaimin.

“Sudah 6 bulan kan kita kahwin. Rasa macam masa tu berlalu dengan pantas je.” Muhaimin berkata sambil matanya asyik menonton Sinetron di kaca tv plasma.

Diam seketika. Hanya kedengaran suara di televisyen sahaja.

“Abang.” Irfa melompat sedikit di atas paha Muhaimin dengan senyuman.

“Hurmm…” jawab Muhaimin. Irfa merenung mata Muhaimin lama sebelum berkata-kata.

“Jom ke taman nak tak?”

“Taman mana?” Muhaimin menjongketkan kening kirinya.

“Taman mana lagi, taman tempat abang pertama kali terpeluk sayang la.” Irfa menayangkan giginya.

Muhaimin merenung tajam ke dalam anak mata Irfa ingin mendapatkan kepastian.

“Sayang masih ingat masa tu?” tembak Muhaimin.

“Mesti la. Sampai bila-bila pun sayang akan ingat peristiwa tu. Sweet sangat.” Irfa menarik lembut pipi Muhaimin kemudian dilepaskan setelah beberapa saat pipi Muhaimin ditariknya.

“Watpe nak gi sana?”

“Nak gi jogging la. Sayang dah gemuk la abang. Nak kurus balik.” Renget Irfa.

“Ai, dalam keadaan macam ni pun nak jogging lagi ke?” Dahi Muhaimin mula berkerut seribu.

“Mesti la. Nanti abang tak nak kat sayang lagi kalau sayang gemuk.” Irfa menarik muncung.

“Sayang gemuk sebab sayang berisi. Yang dalam perut ni la yang buat abang makin cinta kat sayang.” Muhaimin mengosok-gosok perut Irfa yang sudah berusia 3 bulan.

“Abang tipu. Nanti bila sayang dah gemuk, tentu abang tak nak kat sayang lagi. Pastu abang…” Muhaimin meletakkan jari telunjuknya di bibir merah milik Irfa.

“Syuhhh… abang tak nak dengar lagi. Abang cuma sayangkan Irfa sorang je. Dalam hati abang hanya ada nama Nurul Irfa Akirah binti Muhammad Zain sahaja. Takde nama orang lain. Kalau sayang tak percaya, sayang bedah la hati abang lepas tu sayang tengok nama siapa di hati abang. Sungguh abang cintakan sayang seorang aje. Cinta abang kat sayang sampai ke JANNAH. Sayang jangan fikir yang bukan-bukan lagi ea.” Muhaimin berterus-terang akan perasaan sayangnya pada Irfa tidak terkira.

“Sayang abang. I love you.” Muhaimin mencuit sedikit hidung isterinya.

“I love you too.”

Diam seketika.

“Boleh la bang.” Irfa kembali merayu kepada Muhaimin.

Muhaimin mengangguk lemah.

Sang suami terpaksa la akur dengan permintaan sang isteri. Terutamanya semasa sang isteri sedang mengandung. Nanti merajuk, susah pulak nak dipujuknya. Kesian Muhaimin.

***

Suasana pagi di taman rekreasi yang tenang sama seperti 6 bulan yang lalu amat dirindui oleh gadis yang masih berumur 19 tahun itu. Sebulan lagi umurnya akan genap 20 tahun sekali gus menyambut tahun baru.

“Sayang 1/1/2014 nanti ada apa ea? Abang rasa macam ada benda istimewa je dengan tarikh tu.” Muhaimin berjalan berpegangan tangan dengan Irfa di taman itu. Mereka berjalan sambil berbual-bual.

“Mesti la. Abang lupa ea sebulan lagi ada hari terindah dalam hidup sayang.” Tembak Irfa.

“Abang rasa abang lupa la.”

Irfa berhenti berjalan. Muhaimin juga turut berhenti. Irfa merenung tajam mata Muhaimin. Muhaimin mengetap bibir lalu ditelan air liur perlahan-lahan. Tajamnya renungan isteri aku ni.

“Benci benci benci…” Irfa memekul lembut dada Muhaimin sebelum tangannya berpeluk tubuh. Geram.

“Auhh…sakit la sayang.” Muhaimin mengosok-gosok dadanya yang terkena pukulan tangan kecil isterinya. Boleh tahan sakitnya.

“Abang ingat la sayang. 1/1/2014 hari jadi sayang yang ke-20 kan.” Muhaimin mengangkat sedikit dagu Irfa lalu dicuitnya hidung Irfa itu.

“Dah jangan merajuk. Tak manis orang pandang.” Pujuk Muhaimin. Irfa kembali tersenyum kerana Muhaimin sudi memujuknya.

***

“Assalamualaikum.” Sapa Fakrul.

“Waalaikumussalam.” Jawab Irfa. Irfa menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Muhaimin. Alangkah terkejutnya dengan kahadiran Fakrul, lelaki yang pernah di sukainya tetapi orang sama yang telah melukakan hatinya suatu masa dahulu.

“Fak Fak Fak Fakrul.” Irfa terus menjadi gagap.

“Irfa, awak apa khabar? Lama tak jumpa.”

“Aku khabar baik. Ni suami aku, Muhaimin.” Irfa memperkenalkan suaminya kepada Fakrul. Irfa cuba berlagak tenang supaya Muhaimin tidak mencurigai sikapnya yang tiba-tiba berubah.

“Hi, saya Muhaimin.” Muhaimin menghulurkan tangan kanannya.

“Fakrul.” Fakrul menyambut tangan Muhaimin mesra.

Mereka saling berjabat tangan. Muhaimin mula berkerut seribu. Bukankah mamat ni yang hampir langgar isteri aku dengan basikal 6 bulan yang lepas? Ya, aku ingat lagi muka mamat tu. Muhaimin tidak melepaskan tangannya daripada terus berjabat tangan malah cengkaman semakin kuat dihadiahkan kepada Fakrul.

Fakrul mula kegelisahan. Sakit tangannya di gengam dibiarkan malah senyuman manis dibalas kepada Muhaimin. Muhaimin melepaskan gengamannya lalu memaut mesra pinggang Irfa. Irfa mula tersipu malu.

“Sayang, you tau tak siapa yang hampir langgar you 6 bulan lepas?” Tanya Muhaimin.

“Tak. Sebab masa tu sayang panik pastu sayang pejam mata rapat-rapat. Kenapa? Abang tahu ke siapa orang tu?” Irfa memandang Muhaimin ingin mendapatkan jawapan.

“Yang kat depan kita ni la orangnya.” Sinis pandangan Muhaimin memandang Fakrul yang mula mengetap bibir.

“What? Kau….” Jari telunjuk Irfa menunjuk tepat ke muka Fakrul. Irfa memandang Fakrul dengan penuh kebencian.

“Papa..” Jerit Izzat sambil berlari mendapatkan Fakrul. Fakrul berlutut sambil mendepakan kedua-dua tangannya. Izzat memeluk erat papanya. Fakrul membalas kembali pelukan Izzat. Senyuman mula terukir di bibir Fakrul.

“Mana mama?” tanya Fakrul.

Izzat menoleh ke belakang.

Seorang wanita yang bertudung oren dan sehelai baju kurung moden berwarna hijau muda tersarung indah di tubuh lampai itu. Cantik, ditambah pula pengayaan kasut tumit tinggi berwarna hitam berkilat. Macam gadis Melayu terakhir.

“Papa kat sini rupanya. Puas mama cari kan sayang.” Suhaida duduk mencakung di depan Izzat sambil tangan kanannya memegang tangan Izzat.

***

“Su, kenapa kau tak bagitau aku yang kau dah kahwin? Dengan si Fakrul pulak tu. Dan bila masa kau balik Malaysia?” Macam peluru Irfa menanyakan soalan kepada Suhaida.

“Aku balik tahun lepas lagi. Pasal Fakrul tu kau tak ingat ke yang aku ada hantar e-mel kat kau fasal aku dah nak kahwin. Siap bagi kad undangan lagi tau.”

“Bila kau kahwin dengan si…”

“2 bulan yang lepas. Masa tu kan kau sedang honeymoon dengan cik abang kau tu.”

“Macam mana kau tahu?”

“Cik abang kau la yang bagitau. Dia kata kau dengan dia duk di Australia sebab nak honeymoon. Dia pun dah mintak maaf dah dengan aku sebab tak dapat datang hari aku nikah. Aku tak kecik hati pun. Kau jangan risau ok. Kita tetap friend, betul tak?”

Irfa mengangguk. Diam seketika. Irfa dan Suhaida tiba-tiba menjerit bersama-sama lalu mereka saling berpeluk erat.

“Aku rindu kau.” Irfa melepaskan rindunya kepada sahabat baiknya itu sejak tadika lagi.

“Aku jugak… Aku rindu kat kau bagai nak rak kau tau tak.” Irfa dan Suhaida mula menitiskan air mata gembira kerana ALLAH telah mempertemukan mereka semula.

“Eh, macam mana kau boleh tersangkut dengan si Fakrul tu? Aku tengok dia pendek je. Dah la kecik, manja pulak tu.” Bidas Irfa. Dalam diam sempat lagi Irfa mengutuk suami Suhaida.

“Ada la. Rahsia…” Suhaida mengenyitkan mata kanannya.

***

“Kau kan yang hampir langgar isteri aku hari tu?” Muhaimin merenung maut ke dalam anak mata Fakrul.

“Aku dah bertaubat bro. Aku tahu masa tu dalam hati Irfa hanya ada nama kau sorang je. Aku mintak maaf Min.” Fakrul meletakkan tangannya di bahu kiri Muhaimin.

“Aku pelik la. Kenapa kau nak langgar Irfa sedangkan kau sayang dia?” Dahi Muhaimin berkerut seribu.

“Aku sebenarnya nak langgar kau masa tu. Aku tak perasan yang Irfa yang aku hampir langgar. Masa tu aku hanya nampak kau je. Takde orang lain. Syaitan telah menghasut aku untuk membunuh kau. Aku menyesal Muhaimin.” Fakrul berkata dengan tenang walaupun dalam hatinya ada rasa ketakutan + menyesal + gementar.

‘Ai, aku rupanya yang dia nak langgar. Parah parah..’ Muhaimin menelan air liurnya perlahan-lahan. ‘Bahaya jugak mamat ni. Mahu dibunuhnya jugak aku ni. Dah la aku kurus kering macam papan. Adoi!!’ rintih hati Muhaimin.

“Tapi… aku kan kawan kau Fakrul. Sejak kita mula-mula kenal erti persahabatan lagi. Sampai hati kau nak bunuh aku.” Terusik jiwa lelaki Muhaimin apabila mengetahui kawannya sendiri ingin dia cepat meninggal.

“Aku masa tu tak fikir panjang Min. Yang aku tahu hati aku cemburu setiap kali melihat kau dengan Irfa mesra. Aku rasa terpinggir. Aku tahu aku ni kawan yang tikam belakang. Aku dah insaf Min. Aku dah boleh terima hakikat yang kau cinta terakhir Irfa. Aku mintak maaf Min. Aku banyak wat salah dengan kau, dengan Irfa. Aku harap kau boleh maafkan aku dan kau sudi jadi sahabat aku macam dulu.” Fakrul mula menitiskan air mata menyesal.

“Aku dah maafkan kau. Walau sekejam mana pun kau, kau tetap sahabat aku dunia akhirat.” Muhaimin memeluk bahu Fakrul lalu mengosok-gosoknya.

“Thanks Min.” Fakrul menangis teresak-esak di bahu Muhaimin.

Diam seketika.

“Dah dah dah… jangan nangis lagi. Malu orang tengok. Kau tu lelaki kena kuat. Gentleman la sikit.” Fakrul mengesat air matanya yang mengalir dengan tapak tangannya.

“Kau ni sama je macam perangai budak-budak. Macam mana la Su boleh tahan dengan perangai kau ni.” Usik Muhaimin.

Fakrul ketawa kecil. Merah matanya di lindungi dengan kaca mata hitam. Malu kalau orang tengok.

Diam seketika. Hanya beberapa orang lalu di tepi tempat mereka berdiri.

“Eh, bini kita?” Fakrul memegang bahu kanan Muhaimin.

“Ha’ah.. macam mana boleh lupa pulak ni?” Muhaimin mengaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal.

***

“Sayang..” Panggil Muhaimin mesra kepada Irfa.

“Mama..” Fakrul meniru perlakuan Muhaimin dengan memanggil Suhaida.

“Sayang...” Fakrul mencubit pipi gebu Izzat, anak tirinya.

“Hey, kenapa sayang nangis ni? Nanti baby kat dalam tu nangis jugak camne?” Muhaimin mengelap air mata Irfa dengan sehelai tisu yang sengaja dibelinya untuk mengelap air matanya tadi. Irfa membiarkan perlakuan suaminya walaupun ada yang menyaksikan perlakuan mereka itu.

“Sibuk je..” Irfa menarik muncung sedepa. Muhaimin berhenti mengelap pipi Irfa setelah air mata tidak lagi kelihatan di pipi Irfa.

“Wah, dah berisi rupanya kau ea. Tak bagitau aku pun. Dah berapa bulan?” Suhaida berkata sambil tersenyum gembira.

“Baru 3 bulan.” Irfa membalas senyuman Suhaida.

“Congratulations.” Suhaida gembira mendengarnya..

“Congratulations, bro. I proud with you.” Fakrul meletakkan tangannya di bahu kanan Muhaimin lalu mereka berjabat tangan.

“Thanks.” Jawab Muhaimin malu.  

“Min, kau tolong jaga sahabat aku ni ea. Kalau dia mintak macam-macam, kau bagi je. Dia ni kalau merajuk, bukan main susah lagi nak dipujuknya. Terutamanya masa pregnant.” Nasihat Suhaida kepada Muhaimin.

“Okay bos.” Muhaimin menabik Suhaida seperti askar.

“Good.” Suhaida membuat thumb up kepada Muhaimin.

“Yang kau ni Su, bila lagi nak ada anak yang ke-2?” Usik Irfa.

“Sibuk je dia.” Suhaida menjeling sekilas.

“Min, aku dan Su balik dulu ea.” Fakrul berjabat tangan dengan Muhaimin. Suhaida memeluk erat Irfa sebelum pelukan dilepaskan.

“Kalau ada masa, datang la rumah kami. Boleh jumpa dengan Izzat ni.” Pelawa Suhaida.

“Insyaallah..” Muhaimin dan Irfa berkata serentak.

“Izzat, meh salam dengan aunty and uncle.” Perintah Suhaida kepada anaknya yang sedang memberi makan kepada kucing yang baru dijumpainya.

Izzat mendekati Irfa dan Muhaimin lalu menyalami tangan mereka. Senyuman manis terukir di bibir Izzat. Suhaida, Fakrul dan Izzat berjalan ke tempat parking kereta meninggalkan Irfa dan Muhaimin.

***

“Mama, Irfa masih marahkan papa lagi ke?” Fakrul menarik tali pinggang keledar.

“Dia dah tak marah abang dah.” Senyuman mula terukir.

“Macam mana…” Belum sempat Fakrul menghabiskan ayatnya, Suhaida terlebih dahulu memotong ayatnya.

“Mama dah cerita semuanya kat Irfa. Papa jangan risau okay.” Suhaida mengenyitkan mata kanannya kepada Fakrul.

“Thanks mama. I love you.” Fakrul memegang tangan kanan milik Suhaida.

“Me too.” Balas Suhaida.

***

“Abang?” Panggil Irfa mematikan lamunan Muhaimin.

“Hurmm..” jawab Muhaimin.

“Abang, sayang cabar abang kejar sayang macam 6 bulan yang lalu.” Irfa mula menarik minat Muhaimin.

“What?” Muhaimin sedikit terkejut.

“Abang cuba la kejar sayang. Wekk…” Cabar Irfa sambil dijelirkan lidahnya. Irfa berlari beberapa langkah sebelum berhenti kerana Muhaimin tidak mengejarnya.

“Irfa jangan macam ni. Nanti kalau baby tu jadi apa-apa, camne? Abang jugak yang susah.” Muhaimin bimbang akan keselamatan isterinya dan anaknya.

“Takpe, baby okay la abang. Cepat la kejar sayang.” Irfa mula berlari meninggalkan Muhaimin sendirian. Walaupun dengan keadaan perut yang semakin membesar tetapi itu tidak menjadi halangan untuk Irfa terus berlari. Muhaimin dengan malasnya mengejar Irfa sekuat hati.

“Sayang, tunggu abang.” Muhaimin berlutut kepenatan setelah 5 minit berlari mengelilingi taman ini. Irfa berhenti daripada terus berlari lalu berjalan menghampiri Muhaimin.

“Dah, bangun. Malu nanti orang tengok.” Irfa mencapai tangan Muhaimin dan membantunya untuk berdiri.

“Jom kita duduk kat bangku sana.” Ajak Irfa. Irfa menarik tangan Muhaimin supaya mengikutnya.

***

Irfa dan Muhaimin duduk bersandar di atas bangku yang sama 6 bulan yang lepas. Irfa tersenyum manakala Muhaimin pula terjelir-jelir keletihan.

“Penat ke bang?” sinis Irfa.

“Abang rasa macam nak tercabut je lutut ni. Sayang pun satu hal. Kenapa sayang lari laju sangat? Tak penat ke? Kesian kat baby tu.” Muhaimin memegang kedua-dua belah lututnya lalu diketuk-ketuk perlahan.

“Sayang dah lama tak jogging la abang.” Irfa menyandarkan kepalanya di bahu kiri Muhaimin. Irfa membuat muka seposen.

“Tu bukan jogging tapi lari. Abang sampai sekarang tak boleh nak kejar sayang tau. Laju sangat macam lari pecut 100 meter. Macam mana sayang boleh lari laju macam tu?” Muhaimin ingin mendapatkan rahsia isterinya itu boleh berlari sebegitu laju dalam diam.

“Sebab… sayang setiap tahun masuk acara 4x100 meter dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Lepas tu, sayang setiap tahun jadi juara berturut-turut. So, bak larian ni sayang pakar la.” Irfa berkata bangga.

“Wah, hebatnya isteri abang.” Puji Muhaimin. ‘Patut la dia boleh kalahkan aku. Dia boleh lari pecut jauh. Aku, sampai 100 meter je boleh pecut. Kalau 200 meter pun aku dah berlari dengan guna lutut je.’ Bisik hati Muhaimin.

“Biasa la. Tengok la kaki siapa.” Irfa mengangkat keningnya beberapa kali.

Muhaimin meletakkan telingannya di perut Irfa dengan ditemani senyuman manis.

“Baby macam mana? Penat tak?” Muhaimin berbisik di perut Irfa.

“Baby tak penat pun. Mama dia je yang penat.” Irfa menutup mulutnya kerana hampir ingin keawa dengan gelagat suaminya itu.

“Nakal ea.” Muhaimin mencuit lembut hidung Irfa. Muhaimin memeluk mesra bahu Irfa lalu kucupan di pipi di hadiahkan kepada sang isteri. Irfa meletakkan kepalanya di bahu kiri Muhaimin.

‘Walaupun abang tak handsome macam lelaki idaman Irfa, cukup la dengan kasih sayang yang abang beri kepada Irfa selama ini. Sungguh bukan rupa yang mengukur kebahagiaan tetapi akhlak dan keimanan yang menjadi tiang kebahagiaan. Sungguh ku tak sangka dirimu yang akan menemani hidupku. Berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan. Aku bersyukur padamu Ya ALLAH. Dialah jodoh yang terbaik yang telah ENGKAU sediakan untukku. Aku mohon padamu Ya ALLAH, kekalkan rasa cinta ini sehingga ke syurgaMU Ya ALLAH. Amin ya rabalalamin….’ Irfa berasa amat bertuah kerana jodohnya dengan seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang bernama Muhamad Muhaimin bin Dato’ Hazwan. Semoga cinta mereka kekal hingga ke JANNAH. Amin…

 

1 ulasan:

Kiara berkata...

Hurm,tak terlalu dijelaskan sape tokoh disini but not bad lah biat kedepan perhatikan lah lagi ye :)